25 Ogos 2008

9 SITI YANG PATUT DICONTOHI

Antara 9 Siti yang patut dicontohi
1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira?
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah bata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti Aishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama 4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa. 6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah. 7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. 8.) Siti Mutiah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. 9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utkkegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

TANDA TANDA DILAMUN CINTA

Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya! Pastinya cinta-Nya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dll. Bagaimana nak tahu anda sedang dicintai-Nya?
1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: esiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya?
2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: ?mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri?
3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.
4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??
5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.
6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: anda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah?
7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: rang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka? Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.
8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: ud telah memutihkan kepalaku?. Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud?langkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud?Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.
Saudaraku, adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.

KONVOKESYEN GRADUAN MALAYSIA UNIVERSITI AL-AZHAR 2008

Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2008 akan diadakan pada :
TARIKH : 24 Ogos 2008
HARI : Ahad
JAM : 8.00 pagi
TEMPAT : Al-Azhar Conference Center (ACC)
YURAN : EGP 250.00
Pendaftaran boleh dibuat melalui :1. Encik Yazit bin Kechik (Atase Pendidikan) Tel : 010-13123822.
Encik Zainuddin bin Ab Rahman (Atase Pendidikan) Tel : 016-31628273.
Encik Azhari bin Yaacob (Warden DMAK) Tel :016-14219624.
Puan Habibah binti Mat Rejab (Atase Pendidikan) Tel : 010-37741535.
Abu Bakar bin Razak (NYDP MKKK) Tel : 010-9940656
* Raptai akan diadakan pada 23 OGOS 2008 pada masa dan tempat yang sama.
* Borang Pendaftaran boleh diperolehi di Pejabat MKKK dan hendaklah dilampirkan bersama sijil tamat sementara

SURAMNYA KEMPEN JALUR GEMILANG DI MALAYSIA ..

"...MARI kita seluruh warga negara, ramai-ramai menyambut hari merdeka, Merdeka!..." Itulah seruan yang tidak jemu-jemu, dari seorang penghibur terkenal suatu ketika dahulu, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad setiap kali tibanya sambutan ulang tahun kemerdekaan sehinggalah pada hari ini. Nampaknya, beliaulah seorang yang tidak pernah luntur semangat cintakan negara kerana saban tahun akan melaungkan 'Medeka'! dalam lagunya 'Tanggal 31'. Malah lagu itu akan sentiasa dimainkan di corong radio apabila tibanya hari yang bersejarah. Apa kata kalau syorkan orang yang sepatutnya mendapat anugerah kemerdekaan adalah Allahyarham Sudirman kerana dialah yang sentiasa bersemangat.
Tahun lepas, ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 disambut penuh meriah dan warna-warni di sana-sini dengan pelbagai acara dan aktiviti misalnya kembara merdeka, pertandingan bunga api antarabangsa, kempen kibarkan bendera dan bermacam-macam lagi acara yang gilang-gemilang. Tetapi pada tahun ini, walaupun ianya masih dalam sambutan jubli emas pengisian kemerdekaan itu jauh berbeza jika dibandingkan tahun lepas. Walaupun tidak ada acara gilang-gemilang, sekurang-kurangnya ada juga semangat untuk menjulang dan mengibarkan Jalur Gemilang. Beberapa hari lagi, negara akan menyambut tarikh keramat itu tetapi sejak awal bulan Ogos lalu rakyat seperti tidak bersemangat untuk meraikan hari yang penuh bermakna tersebut. Apatah lagi hendak mengibarkan 'Jalur Gemilang', sehingga hari ini pun hendak melihat kereta meluncur laju di lebuh raya sambil mengibar bendera pun, susah.
Siapa yang hendak dipersalahkan, kerajaan atapun rakyat? Apakah kerana kerajaan tidak memberi 'Jalur Gemilang' secara percuma kepada rakyat membuatkan roh kemerdekaan itu suram? Rasanya perkara itu memberi tempias dan menutup semangat rakyat ke arah itu. Apa yang membuatkan suasana suram kemerdekaan ini, ianya jelas, sedikit sebanyak ada kaitan dengan kenaikan harga minyak yang melampau. Ini sudah terang lagi bersuluh, kerana kerajaan sendiri yang telah menyekat roh kemerdekaan rakyat dengan kenaikan bahan api itu. Rakyat hari ini sudah tertekan dan tidak lagi 'happy' akibat dengan pelbagai kenaikan harga barangan. Rasanya, kalaulah rakyat hidup dengan suasana gembira dan tidak tertekan roh kemerdekaan mungkin tidak luntur. Bagi rakyat, walau macam mana sekali pun pengisian kemerdekaan yang dihidangkan kerajaan, namun kesedihan dan kegelisahan rakyat tidak akan terubat jika harga minyak tidak diturunkan.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi baru pertama kali merasai keperitan rakyat apabila berdiri dan bersesak dalam komuter. Berebut-rebut serta lama menunggu komuter hanya serpihan daripada tekanan rakyat, banyak lagi yang sewajarnya Pak Lah 'menghayati' keperitan rakyat. Apa kata selepas ini Pak Lah pula turun ke pasar, berada di dalam kesesakan lalu lintas, naik bas bersama golongan marhain dan beratur panjang di hopital kerajaan untuk mendapatkan rawatan

FADHILAT RAMADAN

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

KATA-KATA PAK HAMKA

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka).
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).
Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka).
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah. Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak. Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. (Hamka).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan". (Hamka).

PERANAN MENGEKALKAN KEMERDEKAAN

Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanya kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntut kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan mereka telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini. Kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.Janganlah kita yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati generasi masa hadapan.Para remaja adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan cinta kepada negara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk remaja mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara. Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara. Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul. Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Para remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin kedaulatan negara.

Islam dan Kemerdekaan

Oleh AHMAD SAHIDIN ”Sudahkah kita merdeka?” tanya seorang teman. ”Merdeka dari apa? Bukankah penjajah sudah pergi dari negeri kita? Merdeka dari jajahan apa?” jawab saya balik tanya. Teman saya waktu itu diam. Saya bilang padanya, ”Tentunya bukan merdeka dari jajahan fisik dan upaya mempertahankan bangsa, tapi merdeka dalam erti luas”. Jadi apa itu merdeka? Kata merdeka merupakan istilah yang seringkali dekat dengan kebebasan. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, Edisi Ketiga Departemenen Pendidikan Nasional, Jakarta: Balai Pustaka, 2003, merdeka memiliki beberapa arti, yaitu bebas; tidak terkena atau lepas dari tuntutan; tidak terikat atau tidak bergantung kepada orang atau pihak tertentu; dan leluasa. Jadi, merdeka tidak hanya berkaitan dengan pembebasan dari penjajahan bangsa, tapi bisa juga berkaitan dengan diri sendiri. Yakni memerdekakan diri dari segala bentuk ”jajahan” atau hal-hal yang membelenggu diri. Rasulullah SAW menyebutkan, musuh yang paling besar dan berat untuk dihadapi adalah melawan hawa nafsu. Jadi, mereka yang bisa mengendalikan hawa nafsu bisa disebut manusia yang merdeka, bebas dari belenggu hawa nafsu. Inilah sosok merdeka. Islam membebaskan Agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW merupakan risalah sempurna. Selain memperbaiki dan menyempurnakan ajaran-ajaran yang dibawa para Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, juga dalam rangka membebaskan manusia dari kebodohan menuju masyarakat cerdas dan bermartabat. Masyarakat Mekkah yang masih berperilaku tidak bermoral diubah dengan ajaran Islam menjadi berakhlak mulia dan berperdaban. Sehingga dengan hadirnya Rasulullah SAW masyarakat Arab dan Persia yang dulunya terbelakang menjadi terkenal, dan hingga sekarang pun masih tercatat kejayaannya dalam sejarah dunia. Peradaban Islam yang muncul dengan berbagai khazanah intelektual, monumen-monumen megah, dan warisan ilmu pengetahun yang tiada duanya, menjadi sumbangan besar untuk perkembangan dan kemajuan dunia sekarang. Sumber yang membebaskan dan mencerahkan itu tiada lain adalah ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dan penuturan hikmah dari Rasulullah SAW. Tanpa berpegang pada kedua sumber tadi, Islam hanya namanya saja. Seperti masa sekarang ini, Indonesia hanya terkenal dengan kuantitas (jumlah), namun belum berkualitas atau menjadi solusi atas pelbagai masalah bangsa. Bebas dari hak dhuafa Seharusnya umat Islam Indonesia mulai berpikir untuk menjadi solusi, bukan menambah masalah. Persoalan ekonomi dan himpitan beban hidup kadang menjadi persoalan yang tidak pernah selesai dengan sebuah seminar atau konferensi. Tapi butuh aksi dan tindakan nyata dalam bentuk program-program yang membangkitkan hajat hidup orang banyak. Namun langkah tersebut membutuhkan sokongan material yang tidak sedikit. Sebagian masyarakat Islam di Indonesia, bila diteliti sebetulnya berada dalam garis kecukupan dan kemapanan ekonomi. Tengok saja anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan pengusaha-pengusaha yang memiliki beberapa perusahaan atau bisnis itu rata-rata mengaku beragama Islam. Tidak dipungkiri juga yang miskin pun beragama Islam. Ironis, identias yang sama, namun saling bertolakbelakang. Tidak menjadi satu kesatuan merajut masyarakat yang bermartabat, makmur, sejahtera dan berkah. Tampak tak ada kesadaran untuk membantu saudaranya yang dhu`afa. Bila tidak tindakan alias kepedulian yang nyata, maka umat Islam tak bisa disebut merdeka. Umat Islam tersebut masih dijajah dengan kekikiran (bakhil), kerakusan, dan cinta dunia. Mereka tidak menyadari bahwa pada harta atau rezekinya terdapat hak-hak orang-orang dhuafa dan fakir miskin. Allah berfirman, ”Dan di dalam harta mereka ada hak orang-orang yang meminta dan yang tidak meminta (Q.Q. Al-Dzariyat; 19); Dan orang-orang yang di dalam hartanya ada hak yang sudah maklum, untuk peminta-minta dan yang tidak meminta-minta (Q.S. Al-Maarij: 24, 25)”. Jelas, berbagi rezeki dalam bentuk ibadah maal (zakat, infak, shodaqoh) dengan yang berhak menerimanya merupakan perintah Allah. Jika tidak ditunaikan, maka pemilik harta tersebut terkena azab Allah. Harus disadari bahwa Allah menjadikan dalam harta para orang kaya ada hak orang dhuafa dan fakir miskin ini semata-mata demi terwujudnya masyarakat makmur, sejahtera, dan munculnya rasa empathi terhadap sesama. Andai saja harta atau rezeki tetap terkungkung dan hanya berputar pada orang kaya semata, maka akan berakibat malapetaka berupa tindakan kejahatan sosial dan perampokan. Hadirnya orang-orang miskin dan dhuafa sendiri dalam al-Quran di dunia ini untuk mendapatkan karunia Allah melalui orang-orang dermawan. “Dan Kami hendak memberi karunia bagi orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi bumi” (QS.Al-Qasas [28]:5). Jangan bakhil Ketidakpedulian atau enggan berbagi rezeki merupakan sifak bakhil. Sifat atau karakter ini merupakan buah dari cinta dunia dan akhlak yang tercela. Ketercelaan sifat bakhil disebutkan di dalam Al-Quran, “(Yaitu) orang-orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan karunia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka” (QS.An-Nisa: 36); Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat” (QS.Ali-Imran: 180)”. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari, Rasulullah SAW mengingatkan, “Takutlah kalian terhadap sifat bakhil, karena sifat ini telah membinasakan orang-orang sebelum kalian. Membawa mereka pada pertumpahan darah, dan menghalalkan hal-hal yang diharamkan.” Dengan berbagi, peduli, dan menunaikan hak-hak dhu`afa yang besarnya tak seberapa dibanding denga kebutuhan hidup harian kita, berarti kita menjadi manusia merdeka. Mari bebaskan diri kita dari hak dhuafa!

Habib Abdullah Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani

Berkata Imam Maa'ruf Al Kharki :"Salah satu manfaat yang paling kecil dari mengenang orang saleh adalah turunnya rahmat dai Allah.".
Tokoh pada kali ini membawa kita mengenang kembali kembali sejarah seorang mujadid yang hidup pada kurun ke 12 Hijrah yang merupakan seorang Ulama Tasawauf yang terkenal pada zamannya.Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut , selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di kota Tarim.Ketika beliau meningkat umur empat tahun , Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang nengakibatkan kehilangan daya penglihatan . Walaupun demikian , Allah yang Maha Agong telah mengantikan kepada kepada Al-Habib dengan mata hati yakni cahaya ilmu. Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah ulama menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik .
Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan menuntut ilmu.Al-Habib pernah berkata" ketika aku masih kecil , aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya , sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba'Alawi supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu banyak dan kuat. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku".
Walaupun Al-Habib sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata " aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah nikmatnya kelazatan bersama Allah.Pada permulaan perjalanan Al-Habib , beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para salihin , menziarahi pusara ulama'dan auliya'. Pada masa beliau berada diperkampungannya , beliau sering duduk di sudut Masjid Al-Hijriah dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau sejak kecil lagi .
Beliau sering membaca surah Yasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak .Keadaan beliau sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya " Di sinilah futuh ( pembukaan ) bagi Al-Habib.Ahklak dan budi pekertiAl-Imam Al-Haddad memiliki perwatakan badan yang tinggi,berdada bidang ,tidak terlalu gempal,berkulit putih,sangat berhaibah dan tidak pula diwajahnya kesan mahupun parut cacar.
Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis apabila beliau gembira dan girang , wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka.Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar , beliau mamberi haknya sebagai pembesar , kiranya didatangi orang lemah , dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya.Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat.
Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kasih sayang serta penuh rahmat tanpa malalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik . Beliau pernah menegaskan "Tiada seoarang pun yang berada dimajlisku mengangguku dari mengingati Allah".Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat , perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan sebarang faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir , diskusi keagamaan , nasihat untuk muslimin , serta rayuan kepada mereka dan selainnya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau " Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar, sewajibnya masa diperuntukkan sepenuhnya untuk akhirat sahaja .
Al-Habib adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan yang mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan . Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari orang lain,bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala urusannya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulai dan pemurah , lebih-lebih lagi di bulan ramadhan . Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan yang tidak pernah putus semata-mata mencari barakah Al-Imam. Tidakj terputus pengunjung bertemu dengan beliau pada bulan yang mulia ini di rumahnya.Al-Imam berkata " Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan". Katanya lagi : Kirannya ditangan kita ada kemampuan , nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin"Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa bersabar terhadap sikap buruk dari yang selainnya serta tidak prnah merasa marah. Kalaupun ia memarahi , bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib " Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku , aku telah maafkan , tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan".Al-Imam amatlah menegah dari mendoa agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan Al-Imam.
Namun beliau menahan marahnya bahkan kepada Si Pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata " Alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku.Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara'.Apabila memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun , Masjid Al-Abrar di As-Sabir , Masjid Al-Fatah di Al-Hawi , Masjid Al-Abdal di Shibam , Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi. Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu' . Ini tersalah pada kata-katanya , syair-syairnya dan tulisannya . Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Andullah Al-Aidarus.
"Doailah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampun Allah"Ibadah dan Mujahadahnya : Tiada siapa yang pernah menyatakan Al-Imam bersolat walau satu waktu bersendirian, atau tidak bersolat di awal waktu , sembahyang dalam situasi yang tergapah-gapah , atau meninggalkan qiamullail. Diantara sifat mulianya Al-Imam ialah tidak berbicara ketika menunggu solat dan amat marah jika ada yang cuba berkata-kata di waktu itu. Bahkan beliau menegahnya serta memberi amaran kepada sahabatnya dari menegurnya ketika waktu tersebut. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Imam dengan katanya "Kami keluar dengan penuh menghadirkan diri dan meninggalkan segala kerungsingan".Dan ditegaskan lagi , " Kami bercadang untuk melaksanakan sebarang solat sunat An-Nawaafil ( solat sebelum dan selepas solat fardu ) kecuali setelah hati kami benar-benar hadir dan iqbal ( menuju ) kepada Allah " .Al-Imam amat memelihara amalan solat Ar-Rawaatib.
Doa-doa serta wirid-wiridnya yang ma'thur dari amalan Rasul s.a.w. termasuk mendirikan solat Ad-Dhuha sebanyak lapan rakaat dan solat Al-Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya , solat Al-Awwaabin sebanyak dua puluh akaat selepas sunat maghrib dimana Al-Imam menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh haru Jumaat , Al-Imam berjemaah solat fajar di masjid Al-Jame' seterusnya beri'tiqaf sehingga solat Jumaat demi mendapatkan keutamaan berawal-awalan untuk solat tersebut.Al-Imam juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari yang diutamakan pada hari Isnin dan Khamis , Ayyaamul Baidh ( hari ke 13 , 14 , dan 15 tiap-tiap bulan ) hari Asyura , hari Arafah , enam hari dalam bulan Syawal , sehinggalah terhentinya amalan ini apabial Al-Imam sudah berumur dan lemah.Adapun pada bulan Ramadhan , Al-Imam telah menjelaskan kepada para sahabatnya " Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal , perkurangkanlah / tinggalkan sementara ilmu semata-mata untuk beribadah dalam bulan ini " . Seterusnya dapat dilihat orang-orang ramai mengurangkan kelas-kelas ilmu kecuali selepas Asar, sebagai peringatan kepada sahabat-sahabat yang utamakan amal bersungguh-sungguh dan membersihkan dalaman ( Batin ).
Walaubagaimanapun, Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya ianya menjadikan tauladan kepada yang lain . Kata Al-Imam " Tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja , walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya'. Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan Firman Allah yang bermaksud :Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan , maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk.Al-Imam juga telah menegaskan " Sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan , kecuali rambut " . Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul s.a.w.Al-Imam juga sering menzirahi Nabi Allah Hud , selawat dan salam keatasnya dan Nabi kita di mana makam Nabi Hud terletak di Wadi Hadramaut.
Sebanyak tiga puluh kali Al-Imam telah menzirahinya, kesemuanya pada bulan Sya'ban . Al-Imam telah pergi berjalan kaki bersama-sama sanak saudaranya, kaya dan miskin. Kebiasaannya Al-Imam berada di maqam itu selalunya diwaktu maghrib dari 12 haribulan hingga 15 haribulan Sya'ban.Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saidina Muhammad s.a.w , keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya.

MAT KALI KE 21

Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Kali Ke-21
Hari : Rabu
Tarikh : 03 September 2008
Masa : 07.00 Pagi
Tempat : Dewan Muallim
Diharapkan kepada semua ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 ini. Sebarang masalah boleh ajukan di forum .

JAGA LIDAH MASING-MASING

KEUPAYAAN lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati.Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia. Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.”Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyengatmu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie)Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata:“Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.”Daripada Muaz, Rasulullah bersabda: “Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan?”Jawab Muaz, “Ya, kami nak tahu.” Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi kebaikan itu pada lidahnya dan berkata, “Jagalah ini.” Muaz berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat seksaan akhirat daripada ucapan kami?”Rasulullah menjawab, “Betapa azabnya Muaz orang yang tersungkur di dalam neraka itu melainkan hasil daripada menabur fitnah melalui lidah mereka. Akhirnya mereka menerima seksaan daripada Allah.”

AKHAWAT MELAKA SANGGUP TAK MACAM NIE ??

GOMBAK: Seorang ibu muda sanggup menahan kesakitan bersalin anak sulung untuk menerima sendiri ijazah undang-undangnya walaupun dinasihati suami dan doktor supaya bergegas ke Hospital Selayang dekat sini.Siti Maslina Tharim, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) dari Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkeras melawan kesakitan untuk menerima ijazah daripada Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Leftenan Jeneral (Bersara) Tahir Mahmud Qazi pada istiadat Konvokesyen UIAM ke-24, semalam.Dia dibenarkan menerima ijazah lebih awal disebabkan keadaannya semakin hampir untuk bersalin.Dengan menggunakan kerusi roda yang ditolak seorang petugas majlis, Siti Maslina dari Negeri Sembilan, tiada masalah menerima ijazah itu daripada Tahir Mahmud Qazi.
Selepas itu, dia segera dibawa ke pintu belakang untuk dihantar ke Hospital Selayang menggunakan ambulans universiti dengan ditemani suaminya, Faizal Mahdi Mahmud, 29. Siti Maslina selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.66 kilogram secara normal pada jam 5.05 petang. Faizal yang ditemui di Hospital Selayang, malam tadi, berkata isterinya yang dijangka bersalin pada 19 Ogos tidak mahu orang lain menerima ijazah bagi pihaknya kerana kejayaan menamatkan pengajian bukan sesuatu yang mudah.“Kami tidak bercadang menghadiri majlis konvokesyen ini.
Namun, disebabkan terlewat beberapa hari bersalin, isteri saya berdegil untuk naik sendiri ke pentas menerima ijazah,” katanya.“Siti Maslina mengadu sakit ketika bersiap ke majlis konvokesyen itu. Justeru, saya menasihatinya supaya membatalkan hasrat ke majlis berkenaan.“Dia meyakinkan saya dia masih kuat untuk naik ke pentas. “Sebelum itu doktor turut membuat pemeriksaan dan mendapati isteri saya sudah hampir bersalin serta memintanya ke hospital segera,” katanya yang berasal dari Terengganu.
Pasangan itu berkahwin November tahun lalu dan Siti Maslina disahkan hamil ketika di tahun akhir pengajian.Ketika usia kandungan menjangkau lima bulan, isterinya sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.“Dia tidak pernah menghadapi kesukaran membawa kandungan yang sedang membesar walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pelajar dan isteri,” katanya.Dia tidak menghalang isterinya melanjutkan pelajaran atau bekerja kerana kehidupan mereka sudah lengkap dengan kehadiran cahaya mata yang dilahirkan pada hari bersejarah. Pasangan itu yang berkenalan ketika menuntut di UIAM dalam jurusan sama menganggap peristiwa berkenaan sebagai satu kenangan manis dalam hidup mereka dan tidak akan melupakan setiap saatnya.

10 PERATUS SAJER YANG BANTAH

POLEMIK yang tercetus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pembukaan sepuluh peratus tempat kepada mahasiswa bukan Bumiputera menimbulkan reaksi pelbagai pihak sekali gus menggegarkan industri pendidikan negara.Selain berpendapat ada agenda di sebalik cadangan itu serta mengaitkannya dengan politik tanah air, isu itu dilihat sebagai satu 'penderaan dan tekanan' kepada mahasiswa serta warga universiti terbabit sekali gus menggugat kelangsungan proses pencarian ilmu.
Meskipun ada berpendapat cara itu mampu membuka pintu kepada mahasiswa bersaing dan menjana perkongsian idea, ramai tidak bersetuju dan berpegang pada pendirian, UiTM perlu dipertahankan demi menjaga kepentingan hak serta keistimewaan Bumiputera.Mengulas isu terbabit, Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UiTM, Profesor Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, berkata institusi pendidikan seharusnya bersih daripada propaganda pihak tertentu bagi menjamin matlamat asal tidak tergugat.Menurutnya, mencampur aduk institusi itu dengan isu remeh bagi kepentingan pihak atau individu lain bukan saja menjadikan pelajar sebagai mangsa tapi mencetuskan fenomena berbeza."Berbeza di sini maksudnya, apabila tujuan utama pelajar ini diganggu, secara tidak langsung mereka sukar menumpukan perhatian pada pelajaran.
"Apatah lagi jika disogokkan dengan sesetengah isu sensitif sedangkan setiap anasir tidak sihat tidak boleh dibebankan pada mereka mahupun institusi pendidikan. "Ia perlu bersih dan bersifat telus demi menjamin kelangsungan bangsa pada masa depan."Jika institusi dipolitikkan atau ditekan dengan isu bersifat negatif, apa akan berlaku? Sudah tentu ilmu mahupun misi gagal serta lari daripada matlamat sebenar. Itukah yang dimahukan pihak terbabit?" katanya.Isu UiTM mengundang kecaman pelbagai pihak selain melukakan hati warga universiti Bumiputera terbesar di negara ini. Ia turut dianggap menggugat hak orang Melayu sepertimana tertakluk pada artikel 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dr Ahmad Redzuan berkata, cadangan memberi kuota sepuluh peratus kepada bukan Bumiputera bukanlah sesuatu yang ikhlas namun lebih pada desakan pihak ketiga yang tidak mahu melihat Bumiputera mempunyai kelebihan.Menurutnya, dalam konteks ini, pembukaan kuota bukanlah jalan terbaik kerana pelajar Bumiputera juga perlu mempunyai satu institusi pendidikan yang diberi mandat melahirkan graduan mengikut acuan sendiri.Pada masa sama, beliau mengakui kaum lain juga memahami UiTM diwujudkan khas bagi Bumiputera ."Kaum lain tahu kedudukan UiTM dan mereka tidak persoalkannya. Yang dicadangkan ini adalah agenda politik yang tujuannya mahu beransur-ansur melemahkan kekuatan Melayu, secara fizikal atau rohani."Malah saya percaya, kaum bukan Melayu tidak memerlukan UiTM sebagai tempat belajar dan jika diberi pun mereka tidak akan masuk, seperti yang terjadi pada Maktab Rendah Sains Mara."Begitu juga yang menimpa Sekolah Wawasan yang dicadangkan tidak lama dulu. Orang Melayu menerima tetapi kaum bukan Melayu menentang perkongsian yang dicadangkan melalui sistem sekolah berkenaan.
"Justeru, itu hanya propaganda tapi dikesali kerana membabitkan institusi pendidikan yang seharusnya tidak diganggu," katanya.Beliau juga menolak andaian, pelajar UiTM akan gagal bersaing serta tidak kompetitif jika institusi itu tidak membuka pintunya."UiTM sudah membuktikan kejayaannya mendidik, melahirkan pelajar cemerlang serta menguasai pelbagai bidang kerjaya sejak ditubuhkan, justeru tidak relevan mempersoalkan kewibawaannya."Seharusnya, masyarakat atau pihak terbabit melihat UiTM dengan bangga kerana institusi ini berjaya melahirkan graduan Bumiputera berkualiti dan menjadi aset negara, bukan mempertikaikan kemampuannya. Malah pada pendapat saya, tidak wujud perkataan gagal bersaing," katanya. Beliau berkata pelajar Bumiputera lebih berkeyakinan apabila bersaing sesama sendiri dengan mengikut sistem universiti yang mengasuh mereka supaya menyedari peranan sebagai rakyat Malaysia.
Aktiviti seperti debat, seni, teknologi maklumat, inovasi, penyelidikan serta sukan yang membabitkan pelbagai bangsa dan negara juga menjadi platform membuktikan pelajar UiTM mampu bergaul serta menyesuaikan diri."Ini juga membuktikan mereka diterima, jadi apakah relevan jika pihak terbabit menyatakan pelajar UiTM tidak berdaya saing mahupun memerlukan sokongan bangsa lain untuk maju?"Saya berpendapat, isu ditimbulkan hanya demi kepentingan pihak tertentu dan amat menyedihkan. Seharusnya, ketenteraman institusi pendidikan tidak diganggu. Biarkan mereka belajar dengan tenang tanpa disogok atau dijadikan mangsa sesuatu kemelut," katanya.

BOTOX MENURUT PANDANGAN ISLAM

MENIPU adalah haram, semua orang tahu ia termasuk dosa besar, bukannya dosa kecil. Yang menipu biasanya seronok saja tetapi yang tertipu malu, hati terguris, perasaan tercalar dan kerana itulah Islam awal-awal lagi mengharamkannya.Menipu pula banyak jenisnya, ada yang menipu duit, tipu janji maka jadilah janji palsu. Kata janji hendak kahwin alih-alih kahwin dengan orang lain. Kata nak bayar hutang tetapi lesap tak nampak ‘batang hidung’.
Dalam banyak-banyak menipu, yang kita hendak bincang kali ini ialah tipu wajah, tipu umur dengan menutup dan mengubah bentuk wajah dengan cara yang diharamkan oleh Islam. Yang saya maksudkan ialah menipu wajah dengan memakai susuk dan pembedahan plastik.Jika hendak menjadi lebih cantik, kita sanggup mengikut cara hidup materialistik barat yang sanggup mengorbankan berapa saja jumlah duit supaya berubah bentuk wajah.Hidung kemek diangkatnya, mata sepet dibulatkannya, tulang muka ditinggikan dengan pembedahan plastik. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan Rasul-Nya, kerana di dalamnya terkandung penyeksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ (pertunjukan) dan lebih mengutamakan bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.Bagaimanapun, Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi menyebut: “Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran.” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
Islam bukan sahaja mengharamkan penipuan dan segala mak neneknya malah syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda. Tujuan syariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadis Rasulullah maksudnya: “Tukarlah ia (warna rambut, janggut dan misai ) dan jauhilah dari warna hitam.” (Sahih Muslim) Hadis larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur. Ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan, ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi iaitu susuk.
Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam.Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Berkenaan pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan: “Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka.” (al-Baqarah: 102) Rasulullah menilai sihir sebagai satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia ini lagi.Justeru itu sabda Rasulullah maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara besar yang merosakkan. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, wahai Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu:
1) menyekutukan Allah;
2) sihir;
3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak;
4) makan harta riba;
5) makan harta anak yatim;
6) lari dari peperangan;
7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebahagian ahli fiqah menganggap, sihir itu bererti kufur atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir. Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, iaitu firman-Nya, bermaksud: “(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul.” (al-Falaq: 4) Peniup simpul satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan: “Barang siapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir dan barang siapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik.” (Riwayat Thabarani) Susuk itu ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi dan kemudian susuk dimasukkan ke dalam tubuh.
Jelas, bahawa pemakaian susuk mampu mempengaruhi seseorang itu mempercayai ada kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga diharamkan melalui hadis yang sahih sebagaimana pengharaman kepercayaan kepada tangkal dan menggantungnya. Pemakai susuk mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

BERJABAT TANGAN DALAM ISLAM

Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan.Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan.Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita? Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.“Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.“Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (mem bolehkan) jika berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas,” katanya.Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, se pupunya yang perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur tangan mereka untuk ber salam.“Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki, maka mereka me lakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu.“Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh) berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya,” katanya.Ketua Mahjlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, berkata berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi isu rumit.Jadi, menurutnya, untuk mendapatkan keputusan mengikut perspektif Islam, ia memerlukan usaha dari segi psikologi, intelektual dan saintifik.“Jadi, mufti perlu membuang tekanan yang mempenga ruhinya dan adat diwarisi, kecuali ia berdasarkan nas dari al-Quran atau sunnah.“Sebelum mengupas isu ini, saya suka mengenepikan dua perkara yang saya tahu wujud persetujuan di kalangan pakar undang-undang Muslim,” katanya.Pertama, dilarang berjabat tangan dengan wanita jika khua tir menimbulkan keinginan seksual atau keseronokan atau jika bimbang berlaku godaan.Kedua, pengecualian dalam berjabat tangan dengan pe rempuan tua, atas alasan tiada kebimbangan menimbulkan gelora nafsu.Perkara yang sama diamalkan kepada budak perempuan kerana tiada kekhuatiran akan membangkitkan nafsu atau godaan.Sama juga jika seseorang itu adalah lelaki yang sudah tua.Ini berdasarkan apa yang diceritakan daripada Abu Bakar as-Sidiq, bahawa beliau berjabat dengan perempuan tua. Juga dilaporkan, bahawa Abdullah ibnu az-Zubair me ngupah wanita tua untuk merawatnya ketika beliau sakit dan wanita itu pura-pura tidak melihat dan membuang kutu daripada kepalanya. Malah, ini juga berasaskan apa yang dijelaskan dalam al-Quran membabitkan wanita tua yang mandul, diberikan pengecualian.Allah berfirman, maksudnya: “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur:60)
Justeru, objek perbincangan yang ingin dikongsi bersama al-Qaradwi di sini membabitkan yang luar daripada dua kes berkenaan.“Berjabat tangan dengan wanita adalah haram menurut pandangan mereka yang berpegang bahawa menutup semua badan wanita, termasuk muka dan dua tangannya adalah wajib.“Jika memandang kepada mereka adalah haram, menyentuh pun haram kerana sentuhan lebih kuat daripada memandang, ia menimbulkan berahi.“Tetapi mereka yang menyokong pandangan ini adalah sedikit, sementara majoriti pakar undang-undang Muslim, termasuk Sahabat berpendapat muka dan tangan tidak ter masuk dalam larangan,” katanya.Pandangan mereka berdasarkan pandangan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 31, maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak...” Jadi, al-Qaradawi mempersoalkan, di mana nas mengenai larangan berjabat tangan jika ia membangkitkan keinginan nafsu?“Saya mencari nas menyakinkan untuk menyokong la rangan itu tetapi saya tidak menemuinya. Hujah paling kuat di sini ialah bagi menghalang maksud fitnah dan ini tidak syak lagi diterima apabila membangkitkan nafsu atau takut fitnah,” katanya.Bagi sesetengah ulama, mereka menjadikan tindakan Ra sulullah membiarkan wanita pergi selepas menerima ikrar taat setia pada hari penaklukan Makkah sebagai satu sandaran dalam memutuskan hukum ini.Mereka berpendapat, Rasulullah meninggalkan sesuatu per kara bukan menunjukkan ia adalah larangan, seperti baginda meninggalkannya kerana haram, makruh atau kerana tidak disukai.Kemudian mereka mendakwa, Nabi s.a.w menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita (selain isterinya) tidak menjadi nas larangan. Jadi, menurut mereka, sepatutnya ada hujah lain untuk menyokong pendapat mereka yang mendakwa berjabat ta ngan dilarang sama sekali.Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju Rasulullah menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita yang berikrar setia itu. Ini kerana Umm Atiyah al-Ansariyyah dilaporkan dalam riwayat lain, menunjukkan Nabi berjabat tangan dengan wanita terbabit.Ini nyata berbeza dengan hadis diriwayatkan Ummul Muk minin, Aisyah r.a yang menafikan perkara terbabit dan menyatakan akuan ia tidak berlaku.Dalam kes ini juga ada ulama mengatakan larangan terbabit tidak dapat dibuktikan jika tiada dalil qatie seperti dari nas al-Quran dan hadis sahih.Malah, jika sekadar mengandaikan hadis itu sahih, ia masih tidak jelas hadis berkenaan menyatakan larangan lelaki dan wanita bukan mahram berjabat tangan.Bagaimanapun, daripada perbincangan di atas, al-Qaradawi memberikan dua keadaan hukum, iaitu:“Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan fitnah.“Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan, kemudian berjabat tangan tidak diragui men jadi haram.“Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).“Kedua, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan perkahwinan,” katanya.

BAZARIA CITARASA HANG TUAH 2008

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
PADA : 5, 6, 7 OGOS 2008 / 4, 5, 6 SYA'BAN 1429
HARI : SELASA, RABU DAN KHAMIS
TEMPAT : PERKARANGAN WISMA MELAKA HAIYYU SABI'E, KAHERAH
Kehadiran kepada semua siswa/wi amat di alu-alukan oleh pihak kami... "KESTABILAN EKONOMI PEMANGKIN UMMAH GEMILANG"