16 November 2007

PAMERAN KERJAYA & UCAPAN PERDANA SEMPENA KARNIVAL TIMUR TENGAH 2007 BAKAL BERLANGSUNG DI MESIR.

PMRAM mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi beserta dengan rombongan yang bakal menjejakkan kaki ke Mesir pada Isnin, 26 November ini. PMRAM menyeru seluruh para ahli dan rakyat Malaysia yang menuntut ilmu di Mesir untuk tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Menurut sumber yang diperolehi daripada Tuan Yang Terutama, Duta Malaysia Ke Kaherah, Dato Zainal Abidin Abdul Kadir, beliau menyatakan bahawa sebanyak 40 buah syarikat dari Malaysia akan turut menyertai Karnival Timur Tengah yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para mahasiswa Islam di Mesir peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh para mahasiswa apabila pulang ke tanah air kelak. TYT Dato Duta juga mendedahkan bahawa sebanyak 500 jawatan yang bakal disediakan kepada para mahasiswa Islam di Mesir. Karnival Timur Tengah yang akan dijalankan selama dua hari ini akan diadakan di Dewan CICC bersebelahan dengan Makam Presiden Sadat, Hayyu Sadis Madinat Nasr, Kaherah. Bagi PMRAM, program dan pertemuan bersejarah antara para mahasiswa dan YAB Perdana Menteri Malaysia ini merupakan satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh para mahasiswa Islam bagi menyuarakan pandangan secara terus kepada pemimpin tertinggi Malaysia yang prihatin terhadap para mahasiswa Islam di Mesir secara khusus. Para Mahasiswa juga dapat memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan peluang pekerjaan di Malaysia secara terus daripada 40 syarikat yang bakal tiba ke Mesir. PMRAM berharap para mahasiswa Islam di Mesir akan memeriahkan lagi kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia. Untuk melihat tentatif penuh program, sila download.

14 November 2007

PEKEJ HAJI PMRAM 2007

Pada tahun ini Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sekali lagi di bawah Badan Sambutan Dan Rehlah telah menganjurkan pakej haji bagi tahun 1428 H. Pada kali ini juga PMRAM membuka kepada sesiapa yang ingin membuat badal haji untuk terus berhubung dengan saudara Md Khairul Anuar B Mohd Ariff di talian 010-7925723. Tarikh tutup bagi urusan badal haji ialah pada 15 November 2007. Berikut adalah beberapa maklumat yang berkenaan: Pakej Haji Termasuk: 1-Visa haji 2-Tiket Kapal Laut Pergi Balik Kelas Pertama 3-Cek Wakalah 4-Tempat Tinggal Di Mekah Berdekatan Dengan Masjidil Haram 5-Tempat Tinggal Di Madinah 6-Lawatan Di Mekah dan Madinah 7-Pengangkutan Untuk Penumpang Dari Kaherah-Suez-Kaherah Dokumen Yang Diperlukan 1-5 Keping Gambar Berukuran Pasport (Latar Belakang Putih) 2-Tasdiq Kuliah 3-Surat Sokongan Safarah 4-Syahadah Tat`iim - Sijil Kesihatan (Beserta Resit Merah) 5-Pasport Lama Jika Ada 6-Surat Nikah Bahasa Arab (Bagi Yang Berkahwin) 7-Ta’syirah Audah 8-Salinan Pasport Syarat-Syarat 1-Tarikh Akhir Iqamah Pada 15/06/08 2-Ditemani Mahram (Untuk Siswi Sahaja) 3-Telah Berada Di Mesir Lebih Tempoh 6 Bulan 4-Tidak Menunaikan Haji Dalam Tempoh 5 Tahun Maklumat Lanjut Boleh Berhubung saudara Md Khairul Anuar B Mohd Ariff (010-7925723), Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2007 atau BSR BKKIMM

Liqa Ketua Fakulti Dan Malam Munajat & Motivasi Perdana

Pada 6 November 2007, sebuah perjumpaan di antara ketua dan timbalan pendidikan setiap BKAN dan DPM telah diadakan di dalam program Liqa’ Ketua Fakulti dan Malam Munajat & Motivasi Perdana bertemakan “KEJAYAAN HAK KITA”. Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor, Hayyu Thamin menjadi tempat berlangsungnya program tersebut. Seramai 43 peserta ikhwah dan 40 peserta akhwat dari pelbagai BKAN dan DPM dikumpulkan bersama bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah pendidikan. Antara agenda program ialah Taklimat Kelas Tutorial, Taklimat Study Group dan Taklimat Nota. Program yang dimulakan dengan pendaftaran peserta bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini hangat membincangkan segala permasalahan pendidikan yang timbul. Pelbagai juga buah idea yang dilontarkan bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut agar dapat meningkatkan lagi prestasi pelajaran Azhari dan Azhariyyah. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik ahli-ahli PMRAM khususnya, memberi penerangan kepada semua ketua fakulti tentang kaedah pembelajaran serta teknik ulangkaji yang berkesan dan menyuntik kesedaran dan semangat ahli PMRAM bahawasanya kejayaan adalah hak milik semua ahli PMRAM. Ucapan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih bagi semua yang menjayakan program ini. Malam Munajat & Motivasi Perdana Objektif PMRAM tidak terhenti sekadar di program Liqa’ Ketua Fakulti sahaja, bahkan diteruskan dengan program MALAM MUNAJAT & MOTIVASI PERDANA. Program ini telah dilangsungkan di Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor,Hayyu Thamin pada sebelah malam program Liqa’ Ketua Fakulti. Antara agenda program ialah Kalam Taujihat dari Presidan PMRAM, saudara Hairul Nizam Bin mat Husain Husain, Solat Sunat Hajat yang diimamkan sendiri oleh Presiden PMRAM dan dihangatkan lagi dengan Talkshow Kecemerlangan yang menggabungkan dua ahli panel yang cukup mantap. Program yang bermula pada jam 4.30 petang telah berakhir pada jam 12.30 malam. Program ini telah dihadiri oleh kebanyakkan pelajar tahun 1 setiap jurusan untuk dijadikan sebagai penyuntik semangat beljar dan mencapai kejayaan.Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.”KEJAYAAN HAK KITA”

SELAMAT BERANGKAT

Pihak AJKT dan HEWI BKKIMM sesi ini, mengucapkan selamat berangkat dan selamat menempuh pengajian di muhafazah masing-masing kepada mahasiswa dan mahasiswi baru. Pihak pimpinan BKKIMM amat berharap mahasiswa/wi dapat menyesuaikan diri di muhafazah masing-masing dan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada Dewan-Dewan Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi masing-masing.