28 April 2007

Fatwa Hiburan: QARDHAWI JAWAB ALBANI

Seorang alim dan ahli hadis yang terkenal iaitu Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani telah mentakhrijkan hadis dalam buku karanganku iaitu Al-Halal Wal Haram Fil Islam lalu mengeluarkan buku komentarnya yang bertajuk Ghayatul Muram. Dia telah menyelidiki sanad hadis nombor 399, iaitu berkenaan nyanyian dua orang jariah di rumah Rasulullah s.a.w. pada suatu hari raya. Di akhir komentarnya dia (Albani) berkata: “Alangkah baiknya jika penulis (Qardhawi) mengkaji semula secara ilmiah dan terperinci hujah-hujah yang diambil daripada Ibnu Hazm dan Ibnu Arabi. Pendapat sebenar dalam hal ini ialah haram secara sepakat antara kesemua empat mazhab fiqh yang muktabar. Tambahan pula sunnah juga datang selari dengan hukum ini. Tidak sepatutnya seorang alim yang berwibawa menidakkannya. Ghayatul Muram ms 227 cetakan Maktab Al-Islami. Oleh kerana itulah kini saya berada di sini untuk menyahut nasihat syeikh. Saya telah menganalisa kembali secara terperinci dan menyeluruh. Namun begitu hasil kajian dan usaha saya itu tidak sepertimana yang dikehendaki oleh syeikh. Terdapat beberapa perkara yang ingin saya ulas berkenaan komentar syeikh tersebut iaitu: Pertama: Keempat-empat mazhab fiqh yang muktabar tidak pernah bersepakat mengharamkan seni nyanyian, khasnya mazhab Syafie, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali: “Ia adalah hiburan yang makruh yang menyerupai perkara yang batil”. Begitu juga apa yang disebut oleh Al-Kamal al-Adfawi dalam bukunya Al-Imta yang mengutarakan pendapat keempat-empat mazhab fiqh dalam masalah ini. (*Jelas… Albani melakukan kesilapan yang tak sepatutnya dibuat. Entah dari mana diperolehinya fakta kononnya keempat-empat mazhab bersepakat menghukumkan haram) Kedua: Perkara yang tidak boleh disangkal ialah apabila berlaku ijma fuqaha kerana umat ini tidak akan sekali-kali bersepakat atas perkara yang salah. Mazhab fiqh yang empat mahupun lapan tidak terjamin selamat dari kesilapan. Kita lihat bagaimana Ibnu Taimiyyah telah menidakkan pendapat keempat-empat mazhab dalam masalah perceraian dan selainnya, walaupun beliau terpaksa meringkuk dalam penjara dan disiksa. Sebenarnya perkara sebegini telah terbukti merupakan perkara khilafiyah, dan mungkin ia adalah merupakan antara masalah khilafiah yang paling rumit, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Jumaah. Ketiga: Syeikh Al-Albani sendiri merupakan seorang ulama yang bebas daripada ikatan mazhab, seorang yang amat lantang menentang konsep bermazhab dan orang yang berpegang kepada pendapat mazhab. Beliau banyak mengeluarkan pendapat yang berbeza daripada empat mazhab ini bahkan juga dalam masalah yang telah diijma’kan, sepertimana yang berlaku dalam masalah “haram wanita memakai emas” dan masalah-masalah lain. Oleh itu, adalah tidak munasabah jika di sini beliau lantang menentang siapa sahaja yang tidak mengikut pegangan mazhab. (*Hairan… Albani sendiri tidak bermazhab malah menentang konsep bermazhab. Tetapi apabila Qardhawi (mengikut dakwaan Albani) tidak mengikut keempat-empat mazhab dikira tidak benar. Dia boleh, Qardhawi tak boleh) Justeru itu saya menulis lembaran-lembaran ini dengan harapan ia akan dapat menjelaskan kebenaran, berkhidmat untuk agama, mendekatkan agama kepada manusia dan merealisasikan keberlangsungan konsep universal, kekal, sederhana, mudah dan toleran dalam Islam. Insya Allah. Saya berdoa kepada Allah agar mengurniakan taufik dan ketetapan hati kepada saya dan menulis dua pahala kepada saya jika saya benar dan tidak menidakkan satu pahala jika saya salah dalam penulisan ini. Taufik hanyalah datang daripada Allah, kepada-Nyalah aku berserah dan kepada-Nya aku kembali. Petikan daripada buku “Fiqhul Ghina wal Muziki fi Dhuil Quran wa Sunnah”.oleh Dr Yusuf Qardhawi. * Perkara ini tidaklah menghairankan kita kerana bagi Albani, Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi bukan Ahli Sunnah lagi sebagaimana dakwanya: “Tidak benar jika dikatakan bahwa Ikhwanul Muslimin termasuk Ahlus Sunnah kerana mereka memerangi As-Sunnah.” (Sumber: Kaset Fatwa Para Ulama sekitar Jemaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin, studio Minhajus Sunnah, Riyadh)

Terkenang Semasa Dulu ...

Setelah lebih 82 tahun berlalu (sejak jatuhnya Kekhilafahan Uthmaniyah di Turki pada Mac 1924) umat Islam di seluruh dunia bak anak ayam yang kehilangan ibunya (Daulah Khilafah). Umat Islam di manapun mereka berada terkapai-kapai mencari secebis simpati akibat penindasan dan permasalahan yang datang secara bertubi-tubi dan tak kunjung henti setelah `ibu' mereka telah tiada. Barat telah membawa pisau (yang digunakan untuk membunuh ibu mereka) kepada kaum muslimin yang berlumuran darah dengan titisan darah `ibu' mereka. Kemudiannya orang-orang Muslim berjabat tangan dengan pembunuh yang memegang pisau yang masih menitiskan darah ibu mereka tanpa mereka sedari bahawa jabatan tangan itulah jua yang bakal menghancurkan mereka. Barat yang diketuai oleh AS sebenarnya masih takut untuk melihat Islam itu bangkit semula. Oleh yang demikian itu mereka sedaya upaya cuba meraih perhatian kaum muslimin dan menjauhkan kaum muslimin daripada Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Untuk itu mereka telah melancarkan serangan demi serangan bagi mencapai hasrat mereka. Untuk melancarkan serangannya terhadap Dunia Islam, AS menyandarkan dirinya pada asas-asas utama berikut ini: Pertama, Kedudukan AS dalam politik antarabangsa dan pengaruhnya yang kuat terhadap Dunia Islam. Keadaan ini terwujud setelah Perang Teluk II yang telah menghasilkan keuntungan-keuntungan politik bagi AS, iaitu pemantapan hegemoninya di Dunia Islam secara keseluruhan. Akibat adanya posisi dan pengaruh AS itu, Dunia Islam menjadi pihak yang paling banyak menerima tekanan-tekanan AS dan menjadi sasaran serangan AS yang bertujuan untuk menghancurkan Islam dengan cara memimpin dan mengajak kaum muslimin-untuk menganut Kapitalisme. Kedua, Kepemimpinan AS ke atas negara-negara Kapitalis lain yang bercita-cita untuk turut serta dalam serangan yang dilancarkan AS. Selain itu, AS juga telah melemahkan pengaruh negara-negara Kapitalis tadi dan menundukkan agen-agennya di Dunia Islam demi kelancaran serangannya. Meskipun demikian, negara-negara Kapitalis tadi sebenarnya tak berbeza dengan AS dalam pandangannya terhadap Islam, yakni Islam dianggap sebagai bahaya yang mengancam negara-negara Kapitalis berikut seluruh pengaruh dan kepentingan mereka. Ketiga, AS mempunyai legislatif dan alat antarabangsanya, iaitu PBB dan Piagam PBB, termasuk berbagai badan dan organisasi yang menginduk kepada PBB. Semua alat ini telah dikendalikan oleh AS untuk menjalankan strateginya dan memberikan legitimasi antarabangsa terhadap segala tindakan yang dianggap perlu oleh AS, baik tindakan dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan, dan yang lainnya. Keempat, Mekanisme dan alat-alat media massa antarabangsa telah dikuasai oleh AS dan sekutu-sekutunya, kemudian dijadikan senjata paling mematikan untuk melancarkan serangan. Sarana-sarana itu di manfaatkan AS untuk menjajakan slogan-slogan yang mereka gunakan dalam serangan ini. Begitu pula AS melalui saranan-sarana ini juga menggambarkan citra buruk mengenai Islam serta membangkitkan rasa benci dan permusuhan dunia terhadap orang-orang yang berpegang teguh pada Islam. Mereka yang konsisten terhadap Islam ini telah dilabel dan dicaci maki dengan bermacam-macam predikat : fundamentalis, radikalis, ekstrimis, teroris, dan sebagainya. Tidak diragui lagi, senjata mereka ini sangatlah ber-bahaya, terutama setelah adanya revolusi komunikasi dan informasi yang berlangsung pada abad ini, sehingga dunia seakan-akan telah berubah menjadi sebuah desa kecil. Akibatnya, hampir-hampir tidak ada satu rumah pun di dunia ini yang tidak dimasuki oleh arus informasi, baik informasi yang dapat dibaca mahupun yang bersifat audio visual. Kelima, Asas yang paling merbahaya ialah para penguasa yang menjadi agen AS dan sekutu-sekutunya, termasuk orang-orang yang ada di sekitar para penguasa tersebut. Orang-orang yang rapat dengan para penguasa ini terdiri dari para penjilat hina yang munafik, orang-orang lemah yang pragmati dan para intelektual yang kenyang dengan kebudayaan Batat yang kafir dan tertipu oleh metod kehidupan mereka. Termasuk juga dalam kategori ini adalah sebahagian orang yang pura-pura membela Islam, seperti para ulama pendukung penguasa, individu-individu tertentu yang ditonjol-tonjolkan sebagai intelektual muslim dan beberapa tokoh harakah (gerakan) Islam. Pada hakikatnya, mereka ini tak lebih hanyalah orang-orang sekular yang mempropagandakan pemisahan agama dari kehidupan. Semua pihak di atas telah berkomplot dan berkhidmat demi menjayakan serangan Amerika, yang sesungguhnya bertujuan menuntun kaum muslimin agar membuang ideologi Islam dan kemudian memeluk ideologi Kapitalisme. Dalam-hal ini kaedah dan sarana yang digunakan oleh para penguasa dan kuncu-kuncunya dalam adalah pelbagai, di antaranya :1. Menyesatkan umat melalui media massa:2. Memanipulasi pemahaman dan hukum Islam.3. Menerapkan peraturan-peraturan kufur dan merlegislasi berbagai hukum dan undang-undang untuk menerapkan peraturan kufur itu.4.Mengadakan pelbagai perjanjian dan kesepakatan agar negara-negara di Dunia Islam tetap lestari berada di. bawah telapak kaki orang-orang kafir dan cengkeramannya.5. Menjalankan rencana dan senario yang dikarang oleh kaum kafir, yang bertujuan untuk menghina dinakan umat dengan cara memusnahkan nilai-nilai luhur dalam ajaran Islam.6. Menumpas secara kejam para pejuang Islam yang telah sedar dan ikhlas dari kalangan putera-puteri umat Islam, dengan tujuan untuk membungkam mulut mereka dan menyebarkan rasa ngeri sekaligus melancarkan kejahatan terhadap rakyatnya sendiri. Dengan demikian, para penguasa tersebut berharap agar tiada seorang pun yang berani menyuarakan kebenaran secara terang-terangan, sehingga mereka akan lebih mudah menginjak-injak umat dan memimpin mereka agar redha meyakini kekufuran dan ikhlas dipijak-pijak kaum kafir. Kelima Asas inilah merupakan asas-asas utama yang digunakan oleh AS untuk melancarkan serangannya melawan kaum muslimin. Serangan ini bertujuan untuk menghancurkan Islam dengan cara menggiring kaum muslimin untuk memeluk dan menganut ideologi Kapitalisme.Serangan AS itu terwujud dalam empat slogan yang sebenarnya merupakan cabang ideologi Kapitalisme, iaitu: Demokrasi, Pluralisme, Hak Asasi Manusia, dan Politik Pasaran Bebas.Asas slogan­slogan ini adalah aqidah Kapitalisme, iaitu aqidah pemisahan agama dari kehidupan (Sekularis-me). Aqidah ini, sebenarnya bukanlah hasil proses berfikir. Bahkan, tidak dapat dikatakan sebagai pemikiran yang logik. Aqidah pemisahan agama dari kehidupan tak lain hanyalah penyelesaian yang berkecenderungan ke arah jalan tengah atau bersikap moderat, antara dua pemikiran yang kontradik. Kedua pemikiran ini, yang pertama adalah pemikiran yang diserukan oleh tokoh-tokoh gereja di Eropah sepanjang Abad Pertengahan (abad V - XV M), yakni keharusan menundukkan segala urusan dalam kehidupan menurut ketentuan agama. Sedangkan yang kedua, adalah pemikiran sebagian pemikir dan filosof yang mengingkari keberadaan Al Khaliq. Jadi, pemikiran pemisahan agama dari kehidupan merupakan jalan tengah di antara dua sisi pemikiran tadi. Penyelesaian jalan tengah, sebenarnya mungkin terwujud di antara dua pemikiran yang berbeza (tapi masih mempunyai asas yang sama). Namun penyelesaian seperti itu tak mungkin terwujud di antara dua pemikiran yang kontradik. Sebab dalam hal ini hanya ada dua kemungkinan. Pertama, ialah mengakui kewujudan Al Khaliq yang menciptakan manusia, alam semesta, dan kehidupan. Dan dari sinilah dibahas : apakah Al Khaliq telah menentukan suatu peraturan tertentu lalu manusia diwajibkan untuk melaksanalcannya dalam kehidupan ? Juga apakah Al Khaliq akan menghisab manusia setelah mati mengenai keterikatannya terhadap peraturan Al Khaliq ini Kedua, ialah mengingkari keberadaan Al Khaliq. Dan dari sinilah dapat ditarik suatu kesimpulan, bahawa agama tidak perlu lagi dipisahkan dari kehidupan, tapi bahkan harus dibuang dari kehidupan. Adapun pendapat yang mengatakan bahwa keberadaan Al Khaliq tidaklah lebih penting daripada ketiadaanNya, maka ini adalah suatu idea yang tidak memuaskan akal dan tidak menenteramkan jiwa. Jadi, berdasarkan fakta bahawa aqidah Kapitalisme adalah jalan tengah di antara pemikiran-pemikiran kontradiktif yang mustahil diselesaikan dengan jalan tengah, maira sudah cukuplah bagi kita untuk mengkritik dan membatalkan aqidah ini. Tidak ada bezanya apakah aqidah ini dianut oleh orang yang mempercayai keberadaan Al Khaliq atau yang mengingkari keberadaan-Nya. Tetapi dalam hal ini dalil aqli (dalil yang berlandaskan keputusan akal) yang qath'i (yang tidak diragukan lagi kebenarannya), membuktikan bahwa Al Khaliq itu ada dan Dialah yang menciptakan manusia, alam semesta, dan kehidupan. Dalil tersebut juga membuktikan bahwa Al Khaliq ini telah menetapkan suatu peraturan bagi manusia dalam kehidupannya, dan bahwasanya Dia akan menghisab manusia setelah mati mengenai keterikatannya terhadap peraturan Al Khaliq tersebut. Kendatipun demikian, pembahasan kali ini bukan untuk melakukan pembahasan mengenai kewujudan Al Khaliq atau mengenai peraturan yang ditetapkan Al Khaliq untuk manusia. Namun yang menjadi fokus pembahasan di sini ialah aqidah Kapitalisme itu sendiri dan penjelasan mengenai kebatilannya. Dan kebatilan Kapitalisme cukup dibuktikan dengan menunjukkan bahawa aqidah Kapitalisme tersebut merupakan jalan tengah antara dua pemikiran yang kontradik, dan bahawa aqidah tersebut tidak dibangun atas dasar pembahasan akal. Dengan merobohkan aqidah Kapitalisme ini, sesungguhnya sudah cukup untuk merobohkan ideologi Kapitalisme secara keseluruhan. Sebab, seluruh pemikiran cabang yang dibangun di atas landasan yang batil pada hakikatnya adalah batil juga. Dan ini bererti, tidak perlu lagi dibahas idea-idea pokok dalam Kapitalisme satu per satu secara terperinci. Namun, pembahasan secara terperinci terhadap idea-idea pokok itu kini telah menjadi satu keharusan, kerana sebahagian idea-idea tersebut telah dipasarkan secara universal dan diterima oleh sebahagian kaum muslimin. Selain itu, idea-idea tadi ternyata telah menjelma menjadi slogan-slogan yang digunakan Amerika untuk menyerang Islam dan umatriya dengan suatu serangan-yang sangat ganas dan berbahaya.Olehlcerana itu; idea-idea pokok tadi harus dibahas secara terperinci, kemudian diterangkan kekeliruannya dan gertentangannya dengan Islam. Dengan demikian, diharapkan kaum muslimin akan mengetahui bahawa mereka diharamkan untuk mengambil idea-idea tersebut. Lebih dari itu, mereka bahkan diwajibkan membuang sama sekali semua idea-idea itu dan menentang serta melawan siapa pun yang berusaha menjajakannya. Seruan Kepada Kaum Musilimin, Menghadapi niat jahat AS terhadap kalian ini, kalian harus selalu waspada dan memahami hakikat pelbagai perancangan licik kaum kafir dan kuncu-kuncunya yang diarahkan kepada- kalian. Kalian saat ini diseru untuk membela aqidah dan agama kalian. Kalian saat ini diseru untuk membela kewujudan kalian sebagai sebuah umat, sebab sebuah umat akan tetap wujud dengan kelangsungan ideologi mereka. Dan sebaliknya, umat itu akan hancur dengan punahnya ideologi mereka.Saat ini adalah detik-detik kritikal yang akan menjadi pemisah antara perkara yang hak dengan yang batil, antara kejayaan dan kebinasaan. Sedarilah, bahawa AS dan Barat yang kafir, juga para penguasa kalian berserta pembela-pembelanya; iaitu orang-orang yang terpengaruh oleh Kapitalisme dan tertipu oleh metod hidupnya, para ahli politik, intelektual, ekonomi, tokoh, juga para propaganda Demokrasi, Pluralisme, HAM, Politik Pasar Bebas; semuanya berada dalam satu barisan, iaitu barisan pembela kebatilan. Sementara itu, para pengembang dakwah yang penuh kesedaran dan keikhlasan dan juga siapa saja dari kalangan putera-puteri umat ini yang masih memiliki ghirah(semangat) membela agama Allah, semuanya berada pada barisan yang sama, iaitu barisan pembela kebenaran. Sedarilah pula, bahawa pertempuran hidup mati ini akan menentukan nasib kalian. Sebab sesudah pertempuran ini hanya ada dua pilihan : kemenangan dan kemuliaan di dunia dan akhirat; atau kebinasaan dan kehinaan di dunia dan akhirat. Na'udzubillah min dzalik. Maka dari itu, setiap individu muslim dan mukmin yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta beriman kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, saat ini benar-benar dituntut untuk bergabung dengan barisan pembela kebenaran tadi. Sungguh, tidak ada pilihan lain saat ini, sebab tidak boleh lagi ada seorang muslim pun yang hanya menonton pertempuran hidup mati yang menentukan nasib kalian ini. Bahaya kemusnahan ini, tak diragukan lagi akan terus mengancam kalian, selama kalian tetap hidup seperti sekawanan ternakan yang tersesat tanpa penggembala yang dapat menjaga dan membelanya dari segala bahaya yang mengancam. Sedangkan, Islam telah mewajibkan adanya seseorang yang bertugas bagaikan penggembala bagi kalian, iaitu seorang Khalifah yang akan kalian bai'at untuk mengamalkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Benar-benar telah terlalu lama kalian hidup tanpa Khalifah itu. lebih 82 Tahun ! Sungguh, ini adalah kemaksiatan yang sangat besar di sisi Allah Azza wa Jalla. Bukankah Rasulullah saw telah bersabda 'Siapa saja yang mati dm di pundaknya tidak ada bai at (untuk Khalifah), bererti dia telah mati jahiliyah. " (HR Muslim) Khalifah sajalah yang akan sanggup mempersatukan kalian. Dia tidak akan menyia-iyakan atau membiarkan kalian. Bahkan dia akan menyahkan segala gangguan dan kejahatan yang mengancam kalian. Diaiah yang akan mengembalikan kalian kepada sifat kalian yang asal --.seperti yang dikehendaki Allah SWT atas kalian- iaitu sebagai umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia. Dan demi Allah, kalian sebenarnya mampa antak melepaskan diri dari segala gelimang dosa dan belenggu penderitaan ini, jika kalian berniat secara ikhlas dan bertekad dengan benar untuk berjuang ! Orang-orang kafir dan kuncu-kuncunya yang senantiasa menyerukan kesesatan- telah menyedari kemampuan kalian ini. Oleh kerana itu, para penguasa kalian terus menyebarkan rasa takut dan pesimis di antara kalian serta terus melancarkan kejahatan atas kalian. Mereka bermaksud agar kalian tidak berani menyampaikan kebenaran secara terang-terangan, dan agar kalian redha menerima kekufuran dan ikhlas dipijak-pijak kaum kafir. Namun kalian harus ingat, bahawa Allah SWT telah memerintahkan kalian untuk tidak takut kepada mereka dan hanya takut kepada Allah SWT semata. Allah SWT ber-firman yang mafhumnya:"...kerana itu janganlah kalian takut kepada mereka (orang- orang kafir), tetapi takutlah kalian kepada-Ku jika kalian benar-benar orang-orang beriman."( TMQ Ali `Imran : 175)Selain itu, Allah SWT juga telah berjanji kepada kalian bahawa Dia akan memberi pertolongan kepada kalian sekiranya kalian mengerjakan perintah Allah itu. Allah SWT berfirrman:"Jika kalian menolong (agama) Allah niscaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian. " (TMQ Muhammad : 7) Yakinlah, bahawa Allah tidak akan mengingkari janjinya. Maka dari itu, bangkitlah kalian segera untuk mematuhi perintahNya dan menolong agamaNya dengan jalan memusnahkan dan mencampakkan ideologi Kapitalisme yang kufur itu dan ide apa pun yang dikatakan oleh Kapitalisme; seperti Demokrasi, Pluralisme, Hak Asasi Manusia, dan Politik Pasaran Bebas. Dan kalian pun wajib menentang dan melawan siapa saja yang berupaya menjajakan dan menggembar- gemburkan ide-ide kufur itu. Namun, hendaklah kaiian menyedari bahawa perjuangan kalian itu tak akan sempurna, kecuali kalian berjuang bersama-sama dengan para pengembang dakwah yang ikhlas, untuk menegakkan Khilafah yang akan menjadi benteng sejati bagi kalian sebagai pelindung dari segala ancaman dan bahaya kekufuran, perpecahan, gangguan dan kejahatan.