25 Ogos 2008

Habib Abdullah Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani

Berkata Imam Maa'ruf Al Kharki :"Salah satu manfaat yang paling kecil dari mengenang orang saleh adalah turunnya rahmat dai Allah.".
Tokoh pada kali ini membawa kita mengenang kembali kembali sejarah seorang mujadid yang hidup pada kurun ke 12 Hijrah yang merupakan seorang Ulama Tasawauf yang terkenal pada zamannya.Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut , selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di kota Tarim.Ketika beliau meningkat umur empat tahun , Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang nengakibatkan kehilangan daya penglihatan . Walaupun demikian , Allah yang Maha Agong telah mengantikan kepada kepada Al-Habib dengan mata hati yakni cahaya ilmu. Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah ulama menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik .
Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan menuntut ilmu.Al-Habib pernah berkata" ketika aku masih kecil , aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya , sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba'Alawi supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu banyak dan kuat. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku".
Walaupun Al-Habib sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata " aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah nikmatnya kelazatan bersama Allah.Pada permulaan perjalanan Al-Habib , beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para salihin , menziarahi pusara ulama'dan auliya'. Pada masa beliau berada diperkampungannya , beliau sering duduk di sudut Masjid Al-Hijriah dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau sejak kecil lagi .
Beliau sering membaca surah Yasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak .Keadaan beliau sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya " Di sinilah futuh ( pembukaan ) bagi Al-Habib.Ahklak dan budi pekertiAl-Imam Al-Haddad memiliki perwatakan badan yang tinggi,berdada bidang ,tidak terlalu gempal,berkulit putih,sangat berhaibah dan tidak pula diwajahnya kesan mahupun parut cacar.
Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis apabila beliau gembira dan girang , wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka.Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar , beliau mamberi haknya sebagai pembesar , kiranya didatangi orang lemah , dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya.Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat.
Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kasih sayang serta penuh rahmat tanpa malalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik . Beliau pernah menegaskan "Tiada seoarang pun yang berada dimajlisku mengangguku dari mengingati Allah".Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat , perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan sebarang faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir , diskusi keagamaan , nasihat untuk muslimin , serta rayuan kepada mereka dan selainnya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau " Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar, sewajibnya masa diperuntukkan sepenuhnya untuk akhirat sahaja .
Al-Habib adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan yang mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan . Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari orang lain,bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala urusannya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulai dan pemurah , lebih-lebih lagi di bulan ramadhan . Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan yang tidak pernah putus semata-mata mencari barakah Al-Imam. Tidakj terputus pengunjung bertemu dengan beliau pada bulan yang mulia ini di rumahnya.Al-Imam berkata " Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan". Katanya lagi : Kirannya ditangan kita ada kemampuan , nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin"Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa bersabar terhadap sikap buruk dari yang selainnya serta tidak prnah merasa marah. Kalaupun ia memarahi , bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib " Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku , aku telah maafkan , tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan".Al-Imam amatlah menegah dari mendoa agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan Al-Imam.
Namun beliau menahan marahnya bahkan kepada Si Pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata " Alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku.Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara'.Apabila memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun , Masjid Al-Abrar di As-Sabir , Masjid Al-Fatah di Al-Hawi , Masjid Al-Abdal di Shibam , Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi. Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu' . Ini tersalah pada kata-katanya , syair-syairnya dan tulisannya . Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Andullah Al-Aidarus.
"Doailah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampun Allah"Ibadah dan Mujahadahnya : Tiada siapa yang pernah menyatakan Al-Imam bersolat walau satu waktu bersendirian, atau tidak bersolat di awal waktu , sembahyang dalam situasi yang tergapah-gapah , atau meninggalkan qiamullail. Diantara sifat mulianya Al-Imam ialah tidak berbicara ketika menunggu solat dan amat marah jika ada yang cuba berkata-kata di waktu itu. Bahkan beliau menegahnya serta memberi amaran kepada sahabatnya dari menegurnya ketika waktu tersebut. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Imam dengan katanya "Kami keluar dengan penuh menghadirkan diri dan meninggalkan segala kerungsingan".Dan ditegaskan lagi , " Kami bercadang untuk melaksanakan sebarang solat sunat An-Nawaafil ( solat sebelum dan selepas solat fardu ) kecuali setelah hati kami benar-benar hadir dan iqbal ( menuju ) kepada Allah " .Al-Imam amat memelihara amalan solat Ar-Rawaatib.
Doa-doa serta wirid-wiridnya yang ma'thur dari amalan Rasul s.a.w. termasuk mendirikan solat Ad-Dhuha sebanyak lapan rakaat dan solat Al-Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya , solat Al-Awwaabin sebanyak dua puluh akaat selepas sunat maghrib dimana Al-Imam menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh haru Jumaat , Al-Imam berjemaah solat fajar di masjid Al-Jame' seterusnya beri'tiqaf sehingga solat Jumaat demi mendapatkan keutamaan berawal-awalan untuk solat tersebut.Al-Imam juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari yang diutamakan pada hari Isnin dan Khamis , Ayyaamul Baidh ( hari ke 13 , 14 , dan 15 tiap-tiap bulan ) hari Asyura , hari Arafah , enam hari dalam bulan Syawal , sehinggalah terhentinya amalan ini apabial Al-Imam sudah berumur dan lemah.Adapun pada bulan Ramadhan , Al-Imam telah menjelaskan kepada para sahabatnya " Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal , perkurangkanlah / tinggalkan sementara ilmu semata-mata untuk beribadah dalam bulan ini " . Seterusnya dapat dilihat orang-orang ramai mengurangkan kelas-kelas ilmu kecuali selepas Asar, sebagai peringatan kepada sahabat-sahabat yang utamakan amal bersungguh-sungguh dan membersihkan dalaman ( Batin ).
Walaubagaimanapun, Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya ianya menjadikan tauladan kepada yang lain . Kata Al-Imam " Tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja , walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya'. Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan Firman Allah yang bermaksud :Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan , maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk.Al-Imam juga telah menegaskan " Sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan , kecuali rambut " . Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul s.a.w.Al-Imam juga sering menzirahi Nabi Allah Hud , selawat dan salam keatasnya dan Nabi kita di mana makam Nabi Hud terletak di Wadi Hadramaut.
Sebanyak tiga puluh kali Al-Imam telah menzirahinya, kesemuanya pada bulan Sya'ban . Al-Imam telah pergi berjalan kaki bersama-sama sanak saudaranya, kaya dan miskin. Kebiasaannya Al-Imam berada di maqam itu selalunya diwaktu maghrib dari 12 haribulan hingga 15 haribulan Sya'ban.Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saidina Muhammad s.a.w , keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan