25 Ogos 2008

AKHAWAT MELAKA SANGGUP TAK MACAM NIE ??

GOMBAK: Seorang ibu muda sanggup menahan kesakitan bersalin anak sulung untuk menerima sendiri ijazah undang-undangnya walaupun dinasihati suami dan doktor supaya bergegas ke Hospital Selayang dekat sini.Siti Maslina Tharim, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) dari Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkeras melawan kesakitan untuk menerima ijazah daripada Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Leftenan Jeneral (Bersara) Tahir Mahmud Qazi pada istiadat Konvokesyen UIAM ke-24, semalam.Dia dibenarkan menerima ijazah lebih awal disebabkan keadaannya semakin hampir untuk bersalin.Dengan menggunakan kerusi roda yang ditolak seorang petugas majlis, Siti Maslina dari Negeri Sembilan, tiada masalah menerima ijazah itu daripada Tahir Mahmud Qazi.
Selepas itu, dia segera dibawa ke pintu belakang untuk dihantar ke Hospital Selayang menggunakan ambulans universiti dengan ditemani suaminya, Faizal Mahdi Mahmud, 29. Siti Maslina selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.66 kilogram secara normal pada jam 5.05 petang. Faizal yang ditemui di Hospital Selayang, malam tadi, berkata isterinya yang dijangka bersalin pada 19 Ogos tidak mahu orang lain menerima ijazah bagi pihaknya kerana kejayaan menamatkan pengajian bukan sesuatu yang mudah.“Kami tidak bercadang menghadiri majlis konvokesyen ini.
Namun, disebabkan terlewat beberapa hari bersalin, isteri saya berdegil untuk naik sendiri ke pentas menerima ijazah,” katanya.“Siti Maslina mengadu sakit ketika bersiap ke majlis konvokesyen itu. Justeru, saya menasihatinya supaya membatalkan hasrat ke majlis berkenaan.“Dia meyakinkan saya dia masih kuat untuk naik ke pentas. “Sebelum itu doktor turut membuat pemeriksaan dan mendapati isteri saya sudah hampir bersalin serta memintanya ke hospital segera,” katanya yang berasal dari Terengganu.
Pasangan itu berkahwin November tahun lalu dan Siti Maslina disahkan hamil ketika di tahun akhir pengajian.Ketika usia kandungan menjangkau lima bulan, isterinya sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.“Dia tidak pernah menghadapi kesukaran membawa kandungan yang sedang membesar walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pelajar dan isteri,” katanya.Dia tidak menghalang isterinya melanjutkan pelajaran atau bekerja kerana kehidupan mereka sudah lengkap dengan kehadiran cahaya mata yang dilahirkan pada hari bersejarah. Pasangan itu yang berkenalan ketika menuntut di UIAM dalam jurusan sama menganggap peristiwa berkenaan sebagai satu kenangan manis dalam hidup mereka dan tidak akan melupakan setiap saatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan