04 Disember 2006

TOKOH-TOKOH MUFASSIR SILAM

IBNU ABBAS Nama sebenar beliau Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib bin Hasyim. Merupakan salah seorang daripada sepupu Nabi SAW. Dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah Nabi SAW ke madinah. Semasa saidina Ali menjadi khalifah, beliau telah dilantik sebagai gabenor di basrah. Kemudian beliau telah meninggalkan basrah dan kembali ke Makkah. Beliau merupakan antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadith Nabi SAW dan mengambilnya dari Sahabat-sahabat yang besar. Selain berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk sasteraArab, sejarah dan mahir dalam menentukan sebab-sebab nuzul ayat, mengira harta pusaka dan faham tentang kitab-kitab suci dahulu. Beliau banyak meninggalkan jasa dalam menafsirkan Al-Quran. Catatan beberapa saluran oleh tokoh-tokoh terkemuka seperti al-kalbi,Muhammad bin marwan,muqatil bin sulaimandan ad-dakhak. Sepanjang hidup beliau memperhambakan diri kepada Al-Quran dan menyampaikan dakwah sialam tanpa melibatkan diri dengan politik Negara. Beliau meninggal dunia pada tahun 65 Hijrah di Taif. IBNU KATHIR Nama sebenar beliau ialah Ismail bin Omar al-Qarsy Ibnu Kathir Imaduddin Abu Al-fida’. Terkenal sebagai seorang hafiz,mufassir,faqih dan muarrikhin terulung.dilahirkan di basrah pada tahun 701 Hijriyah. Mendapat pendidikan daripada ibnu As-Syahnah,Al-Amidi,Ibnu Asakir,Ibnu Taimyyah dan Al-Mazi. Beliau juga menuntut ilmu di masjid-masjid kerana tradisi menuntut ilmu pada waktu ini adalah di masjid yang merupakan pusat penyebaran ilmu pengeatahuan. Syeikh Muhammad Rashid Redha mengakui ketokohan ibnu kathir sebagai tokoh mufassir kerana ketelitian beliau membicarakan ruwayat-riwayat ahli tafsir yang terdahulu terutaman tentangayat-ayat dan hukum. Sepanjang hayatnya beliau telah menulis kitab Al-Kawakib Al-Dirari, Al-Ijtihad fi Talabi Al-Jihad, Jami’ Al-Masanid alhadi liaqwam al-sunnan dan beberapa kitab lain karangan beliau. Beliau meninggal dunia pada tahun 774 hijriyah ketika berusia 73 tahun. Al-QURTHUBI Nama sebenar beliau ialah Abdullah Ahmad bin Abu Bakar bin Farakh Al-Qurthubi. Merupakan seorang yang alim dan luas ilmunya. Dilahirkan di Andalus,bersifat sabar dan teguh,semangat kerja yang tinggi,berfikiran terbuka,pandangan luas dan pandai berbahas serta kuat ingatan. Selain merupakan tokoh yang berwibawa dalam bidang tafsir Al-Quran dan tidak jemu membaca dan menulis beliau juga terkenal dengan ketaqwaan,zuhud,bijaksana dan kuat daya ingatan, berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang ilmu seperti alkauniyyat, ahkam, muamalat, ibadat, ekonomi, politik, perubatan, kejuruteraan, perubatan haiwan,falak , hubungan sosial,pendidikan,ilmu matematik,aqidah,falsafah dan fizik. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 671 hijriyyah.