31 Mei 2008

Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:

  • Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.
  • Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana. Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.
  • Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.
  • Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.
  • Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.
  • Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir. Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.
  • Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.
  • Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.
  • Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.
  • Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.
  • Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
  • Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.
  • Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

TATU BUKAN AKHLAK ISLAM

JIKA ditinjau dari aspek sejarah, masyarakat Melayu dahulu sangat menyanjungi adat resam, malah pada satu tahap menjadikannya sumber hukum dan kerana itu tidak hairanlah ada peribahasa 'biar mati anak jangan mati adat.'Bagaimanapun, mutakhir ini adat resam semakin dilupakan, dek terkesan dengan gelombang modenisasi dan pengaruh budaya Barat. Cuma yang masih ketara di kalangan masyarakat hingga kini ialah dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Bagi bakal pengantin, adat berinai masih diamalkan, sekali gus menunjukkan ia boleh bertahan dan meneruskan kelangsungan warisan adat resam Melayu, walaupun ada sesetengah pihak mengamalkannya secara sederhana.Penceramah agama, Mohd Rani Awang Besar, berkata umumnya adat resam yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam boleh diamalkan.Malah, menurutnya, adat yang baik mencerminkan identiti dan warisan bangsa sesuai dengan agama wajar dipertahan serta diamalkan."Berinai pada dasarnya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak menggunakan bahan dilarang agama dan tidak menyerupai kaum bukan Islam."Tidak mengapa setakat berinai pada jari, asalkan jangan berlebih-lebihan membawa kepada bahagian lain, seperti tapak tangan sehingga menyerupai kaum bukan Islam," katanya.Beliau menegaskan, Rasulullah s.a.w melarang umatnya menyerupai kaum bukan Islam dalam amalan kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam satu hadis bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka ia tergolong dalam kumpulan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)Kata bidalan ada berbunyi 'hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah.' Ini menunjukkan orang Melayu turut menekankan prinsip agama dalam mengamalkan adat resam.Mohd Rani berkata, adat yang tidak ada percanggahan dengan hukum agama boleh diteruskan, tetapi dilarang sama sekali meniru pengaruh budaya asing secara melulu tanpa memikirkan akibatnya.Jika berinai itu satu adat resam Melayu dan hukumya boleh dilakukan selagi tidak terkeluar daripada lunas Islam, apakah hukumnya perbuatan membuat ukiran pada tangan, lengan dan anggota badan yang lain atau lebih tepat bertatu?"Berinai itu dibolehkan kerana tidak menyerupai kaum bukan Islam dan selagi ia menggunakan bahan dibenarkan agama, manakala membuat ukiran atau tatu itu haram hukumnya, kerana ia meniru budaya agama lain," katanya.Dalam hadis riwayat Thabrani, Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuatkan tatu, mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.Tatu ialah tanda ukiran pada tangan, muka atau bahagian lain pada badan dan ia bukan adat resam Melayu. Ia adalah pengaruh budaya asing, sesetengahnya baik lelaki mahupun wanita membuat tatu pada bahagian badan mereka.Bagi mendapatkan tatu, kulit badan biasanya dicucuk dengan jarum atau seumpamanya sehingga keluar darah, kemudian ditabur di atas badan yang dicucuk jarum itu dengan nila atau lain-lain bahan supaya tempat itu menjadi biru atau seumpamanya. Tujuan bertatu biasanya kerana suka-suka untuk tujuan perhiasan, malah tidak kurang yang melakukannya kerana amalan budaya dalam suku kaum mereka dan melambangkan persembahan agama seperti orang Kristian mengukir lambang salib pada bahagian badan mereka.Perbuatan itu termasuk juga mengubah ciptaan Allah dan ia adalah haram. Banyak hadis menerangkan Allah dan Rasul-Nya melaknat orang yang melakukan tatu."Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dalam tulisannya menegaskan, perbuatan yang buruk itu menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusuk jarum pada badan orang yang ditatu itu."Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatu atau orang yang minta ditatu," katanya. Fatwa dikeluarkan kerajaan Brunei menjelaskan, bagi golongan terbabit (yang melakukan tatu) wajib menghilangkan kesan tatu itu jika diperoleh cara yang selamat dan tidak memudaratkannya. "Jika tidak dapat dihilangkannya dengan apa juga cara, tidaklah mengapa yang tinggal (dari kesan tatu itu), bolehlah dia melakukan ibadat seperti sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain bersembahyang."Perkara ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan diusahakannya.."

ISLAM UTAMAKAN WASATIAH

HUTANG! Ada masa berhutang memberikan kesenangan, malah keselesaan, tetapi ada ketika menyebabkan diri merana apabila tersilap langkah.Justeru, Rasulullah s.a.w selalu meminta perlindungan kepada Allah daripada terjerat dengan musibah hutang. Dalam satu hadis diriwayatkan Abu Daud, baginda berdoa, maksudnya: “Wahai Tuhanku! Aku berlindung diri kepadamu dari terlanda hutang dan dalam kekuasaan orang lain.”Hutang mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain.Mutakhir ini istilah hutang sudah jarang diungkapkan, sebaliknya pinjaman atau loan yang lebih kerap disebut, namun membawa maksud yang sama.Jika dulu hutang-piutangnya adalah ringkas, tetapi kini dengan bilangan penduduk yang semakin besar, urusan itu menjadi semakin kompleks, malah wujud pelbagai jenis hutang, sehingga kadangkala sukar bagi sesetengah pihak untuk memahaminya.Hari ini masyarakat baik di desa mahupun di kota tidak dapat mengelak daripada berhutang, sedikit atau banyak, seperti berhutang dengan bank, koperasi, majikan, peruncit, saudara mara, rakan atau dengan ceti haram.Segolongan berhutang kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asasi yang sangat mendesak seperti untuk mendapatkan makanan dan tempat berteduh, manakala segolongan pula untuk mengejar keseronokan.Gara-gara berhutang juga menyebabkan beban kewangan bertambah, malah semakin banyak dihutang semakin berat bebanannya, sehingga tidak tertanggung untuk membayar semula dan akibatnya membawa kepada pelbagai musibah.Ternyata berhutang ada baik dan buruknya. Kena cara ia membawa kebaikan, tetapi jika tidak seperti berhutang untuk berjudi dan berfoya-foya sudah pasti membawa keburukan.Sejauh mana Islam melihat permasalahan ini? Apakah orang Islam dibenarkan berhutang, sedangkan di sebalik kebaikannya, ada juga keburukan yang menanti?Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abdul Rahman, berkata Islam mengharuskan umatnya berhutang hanya ketika benar-benar terdesak, bukan untuk perkara tambahan dalam kehidupan.Beliau berkata, berhutang sewenang-wenangnya dengan tujuan suka-suka kepada perkara yang tidak menjadi keperluan adalah dilarang.“Orang Islam sepatutnya tidak berhutang untuk benda tambahan atau sampingan seperti berhutang untuk mengubah suai kediaman,” katanya.Tidak salah untuk berhutang kerana tidak semua mempunyai kewangan yang stabil, malah ada yang terpaksa hidup mengharapkan belas ihsan orang lain, tetapi sebelum berhutang perlu berhati-hati, mengambil kira keperluan dan kemampuan membayar balik hutang.Jangan sampai disebabkan hutang membuatkan hidup tidak tenteram, asyik memikirkan hutang, sentiasa diburu pemberi hutang, sehingga bekerja pun untuk membayar hutang, membuatkan kenikmatan hidup mula pudar. Ini bertepatan juga dengan satu hadis diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud: “Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari.”Zaharuddin berkata, pemberi hutang pula sepatutnya menggunakan konsep sama banyak dengan jumlah hutang, bukannya mengenakan wang faedah.“Jika pemberi hutang dapat menggunakan konsep sama banyak, ia adalah satu contoh yang sangat terpuji. Malah, nabi kata pemberi hutang akan dibalas hingga 18 kali ganda lebih besar daripada amalan sedekah dengan 10 kali ganda,” katanya.Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah r.a, berkata seseorang; wahai Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda; memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”Katanya, seseorang berhutang wajib membayar balik (bagi yang berkemampuan) kerana ada hadis yang menyatakan mereka tidak berbuat demikian bila tiba waktunya dianggap orang yang zalim dan boleh dihukum. “Jika tidak bayar pelbagai sifat keji timbul, seperti sifat orang munafik, bila bercakap dia menipu, bila berjanji dia mungkiri, kerana untuk mengelakkan diri daripada membayar hutang,” katanya.Satu hadis berbunyi: “Sesiapa berhutang wang kepada orang lain dan berniat akan mengembalikannya, maka Allah akan luluskan niatnya itu, tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakan (tidak membayar), Allah akan merosakkan dia.” (Riwayat Bukhari)Dalam Islam, konsep umum yang ditekankan ialah kesederhanaan. Sekiranya umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan, termasuk ketika berbelanja, sudah tentu tidak berlaku kesempitan wang dan terhindar daripada hutang.Tetapi jika berbelanja boros, sesedap rasa, tidak setimpal dengan kemampuan kewangan sudah tentu terjerat dengan hutang. “Dan jangan kamu berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’am: 141) Implikasi Amalan Berhutang:1) Berhutang jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.3) Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara dilarang syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.4) Orang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”5) Amalan berhutang tidak hanya membabitkan kehidupan dunia, malah berpanjangan ke Hari Akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”6) Mereka berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan dilakukan, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Riwayat Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai' dan Ibn Majah)

BESARNYER IKAN HARUAN NIE

KUALA LUMPUR: Selepas aduan mengenai kesakitan dialami pada kemaluan tidak diendahkan ibunya, seorang murid tadika memberitahu gurunya mengenai tindakan abang kandungnya yang kerap ‘menindihnya’.Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dikatakan menjadi tempat pemuas nafsu abang kandungnya sendiri berusia 16 tahun sejak Disember tahun lalu.Bagaimanapun mangsa terpaksa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahun keluarga selepas diugut abangnya.Mangsa yang tidak tahan selepas mengalami kesakitan teramat sangat pada kemaluannya kemudian menceritakan perkara itu kepada guru tadikanya, baru-baru ini sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu dan penjaganya.Guru tadika berkenaan kemudian membuat laporan polis berikutan bimbang mangsa akan terus diperkosa.
Difahamkan, mangsa tinggal sebilik bersama dua abangnya, masing-masing berusia 8 dan 16 tahun di rumah mereka di Setapak, di sini.Berikutan laporan dibuat guru berkenaan, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Setapak, ditahan 16 Mei lalu dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Sementara itu, penjaga kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Chai mendakwa, mangsa dijaganya selepas ibu bapanya berpisah.“Pada mulanya, sukar untuk saya dan keluarga terima hakikat mengenai perkara ini. Ia sesuatu yang tak dapat diterima akal.“Malah kejadian ini hanya diberitahu kepada saya oleh guru tadika mengenai kelakuan buruk abangnya. Lebih mengejutkan perkara ini berlaku agak lama,” katanya yang membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.Chai berkata, lebih memilukan, remaja terbabit turut mengaku menjadikan adiknya sebagai pemuas nafsu dan kejadian itu berlaku pada sebelah malam.Menurutnya, mangsa kerap diperkosa ketika dia dan ibu mangsa keluar bekerja.“Kami menyesal kerana membiarkan mereka adik-beradik lelaki dan perempuan tidur sebilik dan ia satu daripada sebab berlaku kejadian sumbang ini.“Kejadian ini betul-betul mengejutkan keluarga kerana sebelum ini kami tak syak apa-apa, malah mangsa berkelakuan seperti biasa,” katanya yang berkawan baik dengan ibu mangsa.Katanya, tujuan dia membuat aduan itu bagi mendapatkan nasihat mengenai masa depan adik-beradik terbabit.Sementara itu, Ketua biro berkenaan, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya akan membantu keluarga berkenaan dari segi nasihat perundangan dan sokongan moral. “Saya menasihatkan semua keluarga supaya mengasingkan bilik anak lelaki dan perempuan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. “Keadaan sekarang tidak sama seperti dulu kerana pemikiran remaja sekarang lebih terdedah kepada unsur negatif yang disebarkan melalui media terutama Internet yang sukar dikawal ibu bapa,” katanya.Kejadian itu ternyata mengejutkan selepas Harian Metro semalam mendedahkan perlakuan seorang pemandu teksi durjana yang sanggup merogol dua anaknya sendiri, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun.Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya itu menyebabkan kedua-dua beradik terbabit trauma.Selepas sekian lama menanggung sengsara menjadi hamba seks bapa kandung sendiri kedua-dua beradik berkenaan nekad menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka sebelum lelaki durjana itu diberkas polis.Dalam kejadian haruan makan anak itu, kedua-dua beradik berkenaan mendakwa dirogol dan dicabul kehormatan oleh bapa ketika ketiadaan ibu di rumah.

Muhadharah untuk tingkat martabat Islam

Oleh W. Rahimah Draman APABILA memperkatakan tentang pengurusan Islam kita sering diperlihatkan dengan corak pentadbiran dan pengendalian yang lemah, lambat, tidak cekap dan pelbagai budaya negatif yang tidak berinovatif.Kelemahan dan kepincangan pengurusan berkaitan Islam di Malaysia paling terserlah dalam urusan institusi kehakiman dan perundangan syarie, institusi zakat, nikah cerai dan kekeluargaan hingga pengurusan masjid dan surau.Ia juga melibatkan seluruh agensi-agensi berkaitan agama Islam yang terdapat di negeri-negeri.
Sedangkan konsep dan prinsip pengurusan sebenar Islam cukup jelas dan mudah jika semua yang terbabit benar-benar telus, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Setiap Muslim pula bertanggungjawab untuk melaksana dan menjadikan Islam sebagai cara hidup sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan (kerana mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu... (al-Baqarah: 143). Soalnya bagaimana amalan dan budaya negatif yang bertentangan dengan prinsip-prinsip al-Quran dan al-Sunnah wujud dan terus menebal di kalangan Muslim terutama yang melibatkan urusan serta kepentingan ummah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sikap jumud dan taklid membuta tuli tanpa mahu berfikir, mengkaji serta bersedia untuk terus belajar bagi mengubah dan berubah di kalangan Muslim yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran Islam adalah punca agama suci ini diperlekeh dan umatnya dihina. Menurutnya, setiap Muslim khususnya mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah dalam kerja-kerja keislaman mesti bersikap proaktif bukan reaktif dengan tunggu dan lihat.Penguasa-penguasa Islam yang dipertanggungjawabkan kata beliau, perlu dan mesti jadi penasihat kepada sultan dan raja-raja bukan pelapor.Perbezaan"Jika timbul atau berlaku perbezaan hukum dalam syarie antara negeri dengan negeri, kitalah puncanya sebab kita yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan amanah Allah SWT," katanya.Ahmad Zahid berkata demikian semasa berucap dalam program Muhadharah (wacana minda) Hala Tuju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, baru-baru ini.
Menurutnya, pengurusan dan pentadbir Islam yang gagal melaksanakan amanah Allah SWT bagi menjana prinsip- prinsip al-Quran dan al-Sunnah adalah pengkhianat agama.Ini kerana tegas beliau, Islam adalah matlamat bukan wadah atau cara yang boleh disampai dan direalisasikan mengikut selera para pemimpin politik.Muhadharah adalah program wacana minda yang pertama kali diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui ILIM. Ia bertujuan membicarakan secara ilmiah bagi mengembalikan martabat Muslim sebagai peneraju isi alam di kalangan petugas dan penguasa dalam pengurusan Islam negara ini.Program sulung yang akan dijadikan agenda tetap Jakim sekurang-kurangnya enam kali setahun itu diadakan khusus kepada semua penguasa dan pengurusan di Jabatan Perdana Menteri iaitu seperti para mufti, Ketua-Ketua Hakim Syarie negeri-negeri, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Majlis dan Pengarah Jabatan Agama negeri-negeri. Program pembuka tirai itu disertai oleh 200 penguasa Agama Islam negara.Kata Ahmad Zahid lagi, jika semua penguasa pengurusan keislaman menjana perintah al-Quran dan sunnah, Islam pasti menjadi agama yang berdaulat dan dihormati penganut lain-lain agama dan Muslim tidak dihina.