04 Disember 2006

TOKOH-TOKOH MUFASSIR SILAM

IBNU ABBAS Nama sebenar beliau Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib bin Hasyim. Merupakan salah seorang daripada sepupu Nabi SAW. Dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah Nabi SAW ke madinah. Semasa saidina Ali menjadi khalifah, beliau telah dilantik sebagai gabenor di basrah. Kemudian beliau telah meninggalkan basrah dan kembali ke Makkah. Beliau merupakan antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadith Nabi SAW dan mengambilnya dari Sahabat-sahabat yang besar. Selain berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk sasteraArab, sejarah dan mahir dalam menentukan sebab-sebab nuzul ayat, mengira harta pusaka dan faham tentang kitab-kitab suci dahulu. Beliau banyak meninggalkan jasa dalam menafsirkan Al-Quran. Catatan beberapa saluran oleh tokoh-tokoh terkemuka seperti al-kalbi,Muhammad bin marwan,muqatil bin sulaimandan ad-dakhak. Sepanjang hidup beliau memperhambakan diri kepada Al-Quran dan menyampaikan dakwah sialam tanpa melibatkan diri dengan politik Negara. Beliau meninggal dunia pada tahun 65 Hijrah di Taif. IBNU KATHIR Nama sebenar beliau ialah Ismail bin Omar al-Qarsy Ibnu Kathir Imaduddin Abu Al-fida’. Terkenal sebagai seorang hafiz,mufassir,faqih dan muarrikhin terulung.dilahirkan di basrah pada tahun 701 Hijriyah. Mendapat pendidikan daripada ibnu As-Syahnah,Al-Amidi,Ibnu Asakir,Ibnu Taimyyah dan Al-Mazi. Beliau juga menuntut ilmu di masjid-masjid kerana tradisi menuntut ilmu pada waktu ini adalah di masjid yang merupakan pusat penyebaran ilmu pengeatahuan. Syeikh Muhammad Rashid Redha mengakui ketokohan ibnu kathir sebagai tokoh mufassir kerana ketelitian beliau membicarakan ruwayat-riwayat ahli tafsir yang terdahulu terutaman tentangayat-ayat dan hukum. Sepanjang hayatnya beliau telah menulis kitab Al-Kawakib Al-Dirari, Al-Ijtihad fi Talabi Al-Jihad, Jami’ Al-Masanid alhadi liaqwam al-sunnan dan beberapa kitab lain karangan beliau. Beliau meninggal dunia pada tahun 774 hijriyah ketika berusia 73 tahun. Al-QURTHUBI Nama sebenar beliau ialah Abdullah Ahmad bin Abu Bakar bin Farakh Al-Qurthubi. Merupakan seorang yang alim dan luas ilmunya. Dilahirkan di Andalus,bersifat sabar dan teguh,semangat kerja yang tinggi,berfikiran terbuka,pandangan luas dan pandai berbahas serta kuat ingatan. Selain merupakan tokoh yang berwibawa dalam bidang tafsir Al-Quran dan tidak jemu membaca dan menulis beliau juga terkenal dengan ketaqwaan,zuhud,bijaksana dan kuat daya ingatan, berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang ilmu seperti alkauniyyat, ahkam, muamalat, ibadat, ekonomi, politik, perubatan, kejuruteraan, perubatan haiwan,falak , hubungan sosial,pendidikan,ilmu matematik,aqidah,falsafah dan fizik. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 671 hijriyyah.

11 Oktober 2006

TAZKIRAH RAMADHAN

SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG SOHIH Petunjuk Dari Al-Quran "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Maksud ayat 183 Surah al-Baqarah) (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk dan penjelasan-penjelasan mengenai petinjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu sesiapa antara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah berpuasa pada bulan itu." (Maksud ayat 185 Surah al-Baqarah) Dan, seterusnya Allah s.w.t. memuji terhadap sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w. yang bersungguh-sungguh dalam menghidupkan malam (khususnya malam-malam bulan Ramadhan): "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, Dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah s.w.t.)." (Maksud ayat 17-18 Surah al-Zariyat) Petunjuk Rasulullah s.a.w. Maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) { Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia} Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewajibkan puasa Ramadhan atas kamu sekelian dan aku mensunnahkan atas kamu agar beribadat pada bulan Ramadhan. Jesteru sesiapa yang berpuasa dan beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah s.w.t." (Riwayat Ashab al-Sunan) Maksudnya: "Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya, Allah (s.w.t.) melimpahkan rahmat-Nya, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa. Pada bulan itu Allah (s.w.t.) melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan membangga-banggakan kamu dihadapan para malaikat. Oleh kerana itu, tunjukkanlah kepada-Nya kebaikan-kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat Allah Azza wa Jalla pada bulan Ramadhan." (Riwayat al-Nasai) SOLAT TARAWIH Hukum dan keutamaannya. Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir. Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari) Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha. Demikianlah pendapat para Ulama Fekah. Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih menurut Ibnu Qudamah dalam kitabnya yang lengkap "Al-Mughni" berkata: "Solat Tarawih adalah sunnat muakkad. Orang yang pertama kali mengerjakannya adalah Rasulullah s.a.w.. Hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan Ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala daripada-Nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Imam Muslim) Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: "Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim) Abu Hurairah r.a. meriwayat sebuah hadith yang bermaksud: "Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid. Kebetulan pada malam bulan Ramadhan itu para sahabat mengerjakan solat ditepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. bertanya: 'Siapa mereka itu?' Ada yang menjawab" 'Mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca al-Quran, tetapi Ubai bin Kaab solat ditengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'Mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yng mereka lakukan itu." (Riwayat Abu Dawud) Adapun panggilan solat Tarawih adalah dinisbahkan kepada Khalifah 'Umar ibnu al-Khattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan ramadhan itu dibawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul-Qari, beliau berkata: "Saya keluar bersama Umar ibnu al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan. Kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu Umar berkata: 'Saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan dibawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." Kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat dibawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab." Seterusnya Abdurrahman bin Abdul Qari menerangkan bahawa pada malam hari yang lain, dia keluarlagi dengan Umar dan pada ketika itu umat Islam mengerjakan solat dibelakang seorang qari. Maka Umar berkata: "Sebaik-baik bid'ah adalah ini. Adapun orang yang tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (Tarawih) pada malam hari, yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan tetapi umat Islam mengerjakan pada awal malam." (Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari) Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih diatas, maka jelaslah bahawa orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan Ramadhan adalah junjungan Agung kita Nabi Muhammad s.a.w. . Baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat malam. Setelah itu Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat lagi kerana Nabi Muhammad s.a.w. khuatir solat Tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya. Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh al-Bukahri dan Muslim maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. keluar pada waktu tengah malam pada bulan Ramadhan kemudian solat dimasjid. Beberapa orang mengikuti solat Baginda Rasulullah s.a.w.. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka. Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini Nabi Muhammad s.a.w. keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun dimasjid bertambah ramai lagi. Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya. Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! al-solah!", tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid. Setelah selesai solat Subuh, Nabi Muhammad s.a.w. menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'Sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat malam Ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.' Dalam riwayat yang lain disebutkan: "Sehingga Nabi Muhammad s.a.w. wafat keadaan masih tetap seperti itu." Mengapa disebut solat Tarawih Solat pada malam bulan Ramadhan itu disebut 'Tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "Tarawih". Ibnu Manzur dalam kitab 'Lisanul Arabi' menerangkan bahawa 'Altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'Tarwihah' adalah isim marrah (Isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'Ar-rahah'. Jadi makna 'Tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata 'Taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'Assalam'. Disebut 'Tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'Ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat. Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat,Nabi Muhammad s.a.w. berkata pada bilal: "Marilah kita beristirehat dengan solat.' Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan solat itu, Istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada Allah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat." Dengan demikian solat Tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan al-Mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya. Bilangan raka'at solat Tarawih Solat Tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. Bilangan raka'atnya berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. Jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka'at. Demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat Islam, sama ada daripada golongan ulama Salaf maupun Khalaf sejak zaman Khalifah Umar Ibnu al- Khattab r.a. sehinggalah kezaman kita sekarang. Tidak seorang pun antara Imam-imam Mazhab yang empat, ahli fekah yang mujtahid memperselisihkannya kecuali ada sati riwayat saja yang menerangkan iaitu Imam Darul Hijrah (Imam Malik bin Anas) yang menambah sehingga 30 raka'at. Demikian pula dalam riwayat yang kedua dari Imam Malik yang berdasarkan pada amalam penduduk Madinah bersumberkan dari Nafi' yang berikut: "Saya menjumpai umat Islam (Madinah) mengerjakan solat Tarawih 39 raka'at bersama witirnya tiga raka'at." Akan tetapi menurut riwayat yang masyhur daripada Imam Malik dan bahkan riwayat yang amshyur ini sesuai dengan pendapat jumhur ulama daripada kalangan Syafi'i, Hambali dan Hanafi mengatakan bahawa solat Tarawih itu berjumlah 20 raka'at. Oleh kerana itu, berdasarkan pada riwayat yang mashyur ini, maka telah menjadi kesepekatan antara Imam-imam mazhab yang empat. Semoga Allah s.w.t. melindungi orang-orang Mukmin daripada permusuhan yang membinasakan. Dalil-dalil Para Mujtahidin Para Imam Mujtahid menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat al-Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada Saib bin Ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 raka'at." Mereka berhujah juga dengan hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta' dan riwayat al-Baihaqi daripada Yazid bin Rauman. Yazid bin Rauman berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan solat Tarawih sebanyak 23 raka'at." Yakni, 20 raka'at Tarawih dan 3 Raka'at Witir. Mereka juga berhujah dengan hadith yang diriwayatkan daripada al-Hasan yang mengatakan bahawa Umar r.a. telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab sebagai Imamnya dengan mengerjakan solat Tarawih 20 raka'at. Ubai bin Kh'ab tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam separuh kedua daripada bulan Ramadhan. Apabila masuk separuh ketiga yang akhir daripada bulan Ramadhan, Ubai bin Ka'ab menghilang, yakni dia mengerjakan solat dirumahnya sendiri, lalu jama'ah pun berkata: "Ubai telah lari." Ibnu Qudamah menceritakan didalam kitab Al-Mughni bahawa telah terjadi ijma atas bilangan solat Tarawih iaitu 20 raka'at. Dan diriwayatkan daripada Imam Malik bahawa bilangan raka'at Tarawih itu 36 raka'at. Dia berkata: "Solat pada malam-malam bulan Ramadhan adalah 20 raka'at. Ia adalah sunnat muakkad dan orang yang mula-mula mengerjakannya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Adapun nama Tarawih itu dinisbahkan kepada Umar ibnu al-Khattab r.a. Ini kerana Umar menghimpun umat Islam untuk mengerjakan solat Tarawih secara jemaah dibelakang Ubai bin Ka'ab yang bertindak sebagai imam." Telah diriwayatkan oleh para ahli hadith bahawa pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, Umar ibnu al-Khattab keluar kemasjid, kebetulan ketika itu umat Islam solat dimasjid sendiri-sendiri. Lalu Umar berkata: "Seabiknya aku himpunkan mereka dibawah pimpinan seorang ahli qiraat." Maka beliau pun mengumpulkan umat Islam dan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada malam berikutnya dia keluar lagi dan menyaksikan orang ramai mengerjakan solat dibelakang imam. Maka berkatalah Umar ibnu al-Khattab: "Sebaik-baik bida'ah adalah ini." Seterusnya Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa yang dipilih oleh Imam Ahmad bin Hanbal adalah 20 raka'at. Demikian juga 20 raka'at ini dipilih oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan al-Syafi'i, sedangkan Imam Malik memilih 36 raka'at dengan menyandarkan pada amalan penduduk Madinah dan bagi kami, sesungguhnya Umar ibnu al-Khattab ketika mengumpulkan orang ramai mengerjakan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab sebanyak 20 raka'at. Imam Malik meriwayatkan dengan sanad dari Yazid bin Abdurrahman: "Umat Islam pada zaman Umar mengerjakan qiyamullail sebanyak 23 raka'at." Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau telah menyuruh seseorang untuk menjadi imam Tarawih pada bulan Ramadhan dan mengerjakan 20 raka'at. Ini adalah seperti ijma'. Seterusnya Ibnu Qudamah berkata: "Seandainya seluruh penduduk Madinah mengerjakan 36 raka'at, nescaya bilangan raka'at yang dikerjakan oleh Umar ibnu al-Khattab dan telah diijma'kan oleh para sahabat yang lain ketika itu lebih utama untuk diikuti. Kerana sesungguhnya penduduk Madinah mengerjakan bilangan raka'at sedemikian itu hanya kerana mereka ingin menyemai amalan penduduk Makkah bertawaf tujuh kali setiap selesai dua kali salam (empat raka'at). Oleh sebab itu penduduk Madinah menggantikan tujuh kali tawaf tadi dengan empat raka'at. Namun demikian, apa yang telah ditetapkan oleh para sabahat Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih utama untuk diikuti." Diriwayatjan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." Berhubung dengan ayat-ayat yang dibaca dalam solat Tarawih, Imam Ahmad berkata: "Seseorang yang menjadi imam solat Tarawih hendaklah membaca ayat-ayat yang dirasakan dapat meringankan makmumnya dan bukan yang memberat-beratkan mereka. Jadi bacaan ayat-ayatnya adalah yang meringankan bagi makmumnya." Al-Qadhi berpendapat bahawa bacaan ayat suci al-Quran itu sunnat khatam dalam satu bulan agar dapat didengar oleh semua jama'ah dan hendaknya jangan menambah daripada satu kali khatam itu kerana khuatir memberatkan kepada makmum yang solat dibelakang. Kami berpendapat bahawa yang masyhur dalam Mazhab Maliki adalah 20 raka'at berdasarkan bahawa inilah imam-imam mujtahid berijma atas keutamaan mengerjakan 20 raka'at. Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya 'Aqrabul Masalik'ala Mazhab al-Imam Malik' Juzuk 1:552, beliau menulis: "bahawa solat Tarawih itu 20 raka'at dilaksanakn selepas solat Isyak dan salam setiap dua raka'at selain witir. Didalam Tarawih itu disunnatkan dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jama'ah yang mendirikan solat Tarawih. Akan tetapi jika amsjid kosong daripada solat Tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah." Begitu juga Imam Syafi'i dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa solat Tarawih itu berjumlah 20 raka'at berdasarkan ijma para sahabat pada zaman Khalifah Umar al-Faruq. Imam Ibnu Abdil Bar menerangkan: "Sungguh benar adanya daripada Ubai bin Ka'ab bahawa beliau solat Tarawih dengan 20 raka'at bersama umat Islam tanpa ada perselisihan antara para sahabat." Didalam kitab 'Al-Mukhtasor' yang disusun oleh Imam Al-Muzani disebutkan bahawa Imam Syafi'i berkata: Aku melihat orang ramai diMadinah mengerjakan solat Tarawih 39 raka'at tetapi yang lebih aku sukai adalah yang 20 raka'at kerana ia yang diriwayatkan daripada Umar. Demikian juga diMakkah, umat Islam mengerjakan solat Tarawih 20 raka'at dan mengerjakan solat Witir 3 raka'at." Penjelasan Imam Al-Turmuzi Imam al-Turmuzi didalam kitab hadithnya yang bertajuk 'Sunan Al-Turmuzi' menerangkan : "Majoriti ahli ilmu mengerjakan solat Tarawih berdasarkan kepada riwayat daripada Umar, Ali dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain, iaitu 20 raka'at. Bilangan ini juga yang dipegangi oleh Imam Sufyan al-Thauri, Ibnu al-mubarak dan al-Syafi'i. Syafi'i berkata: "Aku menjumpai umat Islam dinegeri aku Makkah mengerjakan solat Tarawih 20 raka'at." Ibnu Rusyd dalam kitab 'Bidayah al-Mujtahid' berkata: "Imam Malik dalam satu riwayat mengatakan Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad memilih 20 raka'at selain witir." Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima "tarwihat" (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat raka'at dengan terdiri dua salam." Demikian juga dengan pendapat Imam Abu Hanifah serta murid-muridnya, dan juga Imam Ahmad, Abu Daqud dan juga Qadhi 'Iyadh yang diambilnya daripada jumhul ulama. Imam Malik sendiri berkata: "Solat Tarawih terdiri daripada 9 tarwihat (istirahat) yang jumlahnya 36 raka'at selain witir." Seterusnya Imam Nawawi berkata: "Hujah mazhab kami berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dengan sanadnya yang sohih daripada al-Saib bin Yazid al-Sahabi r.a., beliau berkata: 'Umat I slam pada zaman Khalifah Umar ibnu al-Khattab mengerjakan solat Tarawih 20 raka'at dalam bulan Ramadhan, sedangkan pada zaman Khalifah Usman mereka mengerjakannya 200 (dua ratus) raka'at sehingga mereka bersandar pada tongkat-tongkat mereka kerana terlalu letihnya berdiri." Yazid bin Rauman berkata: " Umat Islam pada zaman Khalifah Umar ibnu al-Khattab r.a. mengerjakan Qiyam Ramadhan dengan solat 23 raka'at (Tarawih dan Witir)." (Riwayat Imam Malik dalam 'Al-Muwatta') Akan tetapi al-Baihaqi mengatakan bahwa hadith tersebut diatas adalah musral, sebab Yazid bin Rauman tidak bertemu dengan Umar ibnu al-Khattab. Seterusnya al-Baihaqi mengatakan bahawa dengan berpandukan kepada hadith-hadith yang diterangkan tadi, umat Islam mengerjakan solat Tarawih 20 raka'at dan Witir tiga raka'at. Al-Baihaqi meriwayatkan juga daripada Ali k.w. bahawa solat Tarawih 20 raka'at. Imam Ibnu Taimiyah menerangkan dalam kitab 'Al-Fatawa' : "Benar bahawa Ubai bin Ka'ab mengerjakan solat pada bulan Ramadhan bersama umat Islam sebanyak 20 raka'at dan Witir tiga raka'at. Jadi para ulama berpendapat bahawa yang demikian itu ditengah-tengah para sahabat Muhajirin dan para sahabat Ansar dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya (menentangnya)." Didalam kitab "majmu'ah al-Fatawa al-Najdiyah' disebut bahawa Sheikh Abdullah bin Abdul Wahhab memberikan jawapan tentang bilangan raka'at Tarawih: "Bahawa Umar r.a. ketika mengumpulkan umat Islam yang diimamkan oleh Ubai bin Ka'ab, bilangan raka'atnya adalah 20 raka'at." Demikianlah keterangan-keterangan daripada para ulama pimpinan Islam sama ada daripada golongan Salaf maupun Khalaf yang tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. Jelaslah bahawa solat Tarawih itu 20 raka'at yang dikerjakan oleh Umat Islam sekarang ini adalah amalan yang benar, yang tidak dapat disangkal lagi. Perlu diketahui bahawa 20 raka'at inilah yang dikuatkan oleh amalan para sabahat Radiallahu'anhum dan diijmakan oleh imam-imam mujtadij iaitu imam mazhab yang empat. Mereka semua adalah lambang hidayah dan merupakan pancaran ilmu setiap masa dan setiap zaman. Bilangan 20 rakat'at inilah yang telah diperintahkan oleh Umar al-Faruq r.a. yang mana Allah s.w.t. telah menjadikan kebenaran pada lisan dan didalam hatinya sebagaimana yang diterangkan didalam hadith-hadith yang sohih. Ikutan kita dua masjid yang mulia Ikutan kita kaum Muslimin ialah dua buah masjid yang mulia. Yang pertama Masjidil haram (di Makkah) yang telah dijadikan sebagai Qiblat bagi masjid-masjid umat Islam, sama ada yang ditimur atau dibarat. Dalam hal ini Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) bagi manusia, ialah Baitullah diBakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (Surah Ali Imran:96) Yang kedua ialah Masjid Nabawi (di Madinnah) yang didirikan atas dasar takwa dan Allah s.w.t. telah memuji penghuninya sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu mengerjakan solat didalamnya. Didalamnya ada orang-orang yang membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang suci." (Surah al-Taubah: 108)

24 Ogos 2006

Program Bengkel komputer BKKIMM 2006

Satu program bengkel komputer telah diadakan pada 22 ogos 2006 bersamaan 28 Rejab 1427 bertempat di dewan Muallim wisma Melaka. majlis ini telah sempurna dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Professor Madya Dr. Mohd Fakaruddin bin Abdul Mukti.Antara isi penting ucapan Perasmian, Pengarah mengucapkan tahniah kepada BKKIMM kerana telah berjaya menganjurkan program yang julung kali diadakan buat negeri melaka dan menyatakan bahawa azahari pada masa kini perlulah merebut segala peluang dan mempunyai pelbagai kemahiran sebelum pulang ke tanahair. ini kerana segala kemahiran yang ada sangat-sangat diperlukan bagi menaikkan serta membersihkan imej dan tanggapan buruk masyarakat terhadap golongan azahari yang menurut mereka hanya mahir dalam bidang akademik sahaja tetapi lemah dalam bidang-bidang yang lain terutama sekali dalam bidang pengurusan. dalam majlis yang sama juga beliau juga telah sempat merasmikan laman web rasmi BKKIMM yang baru iaitu www.bkkimm.org. selain itu juga beliau turut melancarkan satu lagi unit dibawah unit Penerangan dan Penerbitan iaitu Malacca Cyber Scuad yang bertindak sebagai medan yang bakal melatih ahli BKKIMM dengan pelbagai kemahiran sama ada dalam bidang pengurusan dan bidang multimedia. selain dari menjadi medan pertukaran maklumat, MCS juga diharapkan akan dapat menaikkan lagi nama BKKIMM dipersada maya dalam melatih anak-anak melaka khususnya yang belajar di Al-azhar agar mereka tidak tercicir dan ketinggalan dalam menghadapi segala masalah yang memerlukan penyelesaian. selain menjadi medan dakwah , ianya juga diharapkan dapat memberikan manfaat dan impak yang besar demi mengembalikan kegemilangan islam di melaka.Syabas BKKIMM.

PROGRAM SEMINAR BUDAYA DAN PEMIKIRAN MALAYSIA -MESIR

Satu program berkaitan perbezaan budaya dan pemikiran malaysia mesir telah diadakan pada 21 ogos 2006 bersamaan dengan 27 rejab 1427 bertempat di Dewan Muallim Wisma Melaka dekat sini. majlis perasmian pada jam 8.30 pagi di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah oleh Tuan yang terutama Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir , Datuk zainal Abidin bin Abdul Kadir. program ini adalah anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah,Jabatan usuluddin dan falsafah ,Fakulti Pengajian islam dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.program seumpama ini turut dijalan kan di beberapa buah rumah negeri selain Wisma Melaka antaranya Rumah Pulau pinang,Rumah Johor,Rumah Kedah dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah Program di Wisma Melaka telah dimulakan pada jam 8.30 malam dan dihadiri oleh hampir keseluruhan anak melaka yang berada di bumi Mesir. Pembentangan yang dijalankan berkisar sekitar perbezaan cara berpakaian di mesir dengan malaysia, kamus almarbawi satu kajian unggul ilmuwan melayu islam dan sebagainya.kebanyakan kertas kerja yang dibentangkan hanyalah sebahagian daripada tesis sarjana dan sarjana kedoktoran yang dibentangkan oleh para pensyarah dari IPT dalam negara. moga dengan apa yang telah disampaikan dapat dinilai dan dikongsi dengan sebaiknya.

08 Ogos 2006

BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA PMHK 49 BERMULA

Bola Sepak Piala Malaysia 2006 membuka tirai Sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan 2006 anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.Pada tahun ini semua perlawanan dilangsungkan di stadium zaqaziq bermula 5 ogos 2006. pertandingan yang acapkali dilangsungkan menjelang sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ini bertujuan memupuk semangat ukhuwah islamiah dan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara pelajar-pelajar melaysia di mesir.majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Ust Hairul Nizam bin Mat Hussin antara perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung pada hari pembukaannya pasukan DPM Shibin Elkom seri dengan Kuala Lumpur 2-2 pasukan Kedah mengatasi Maahad Buuth 3-0 pasukan Terengganu mengatasi pasukan Tanta menerusi jaringan pen (lwn sumbangsih) Negeri Sembilan seri dengan Johor tanpa jaringan DPM Shoubra mengatasi perlis 1-0 antara perlawanan yang melibatkan pasukan Melaka 6 ogos 2006 Melaka mengatasi Kedah 1-0 melalui sepakan penalti 7 ogos 2006 Melaka tewas kepada Johor 1-4 8 Ogos 2006 Melaka seri dengan maahad Buuth 1-1 9 Ogos 2006 Melaka seri dengan Negeri Sembilan 1-1 sekali gus tidak dapat melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. hanya kedah dan johor sahaja yang setakat ini dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir yang berlangsung 10 ogos ini.

18 Julai 2006

PUAN ZAHARAH PEGAWAI SUKARELA MELAKA

16 Julai 2006, kaherah , - Puan Zaharah bte Hj Hashim telah diwar-warkan sebagai pegawai sukarela untuk Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dalam satu majlis ramah mesra bersama pegawai pendaftar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka yang telah berlangsung di Dewan Muallim Wisma Melaka, kemarin. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Melaka yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memberikan kerjasama kepada BKKIMM. Beliau juga menyatakan bahawa segala urusan kebajikan serta yang berkaitan dengan urusan pelajar adalah dibawah tanggungjawab beliau. Dalam majlis yang sama juga, Pendaftar KTIAM, Dr Baharuddin bin Putih, telah menyatakan bahawa anak-anak melaka yang ada dimesir perlulah mempersiapkan diri dari segala aspek sebelum berangkat pulang ke tanahair. Ini kerana pelbagai masalah telah timbul disebabkan kebejatan akhlak dan moral yang berlaku dikalangan remaja yang memerlukan penyelesaian daripada anak-anak negeri melaka yang ada di mesir.

14 Julai 2006

PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI KEBAJIKAN WISMA MELAKA

satu perjumpaan diantara ahli BKKIMM dengan pegawai kebajikan Wisma Melaka akan diadakan pada 16 julai 2006 jam 8.30 malam bertempat di DEWAN MUALLIM WISMA MELAKA. semua ahli bkkimm dijemput hadir. terima kasih

03 Julai 2006

musim cuti baru saja bermula dan kini di rumah-rumah negeri, badan kebajikan anak negeri sedang sibuk mengatur pelbagai aktiviti bagi mengisi masa yang terluang. UKKS dengan kerjasama Unit Dakwah dan Tarbiah telah mengatur satu program yang diharapkan boleh mengisi masa lapang ahli BKKIMM selain kelas tafaqquh. kelas berzanji .. satu slot yang telah diatur bagi persediaan kepada ahli BKKIMM sebelum pulang ke tanahair.terbuka kepada semua lapisan ikhwah dan akhawat dan bermula pada hari ahad dan isnin setiap minggu sepanjang bulan julai. kepada semua .. inilah masa untuk kita dalami ilmu yang ada selain mengasah bakat yang terpendan dalam bidang seni suara..

MAKLUMAN PENTING

Mesyuarat AJKT BKKIMM baru-baru ini telah memaklumkan mengenai pemangkuan jawatan Ketua Unit Perumahan Dan Kebajikan yang sebelum ini kepegang oleh Ust Mohd Khairul Bin Aziz dipangku oleh Ust Hj Mohd Aizuddin Bin Salleh disebabkan Ust. Mohd Khairul sedang bercuti mengerjakan umrah. segala urusan yang berkaitan dengan Unit Perumahan Dan kebajikan adalah atas nama pemangku . sekian harap maklum .

20 Mei 2006

salam imtihan buat semua

assalamualaikum ... Bkkimmonline mewakili ahli jawatan kuasa tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengucapkan selamat menempuh peperiksaan fasa 2 kepada semua ahli BKKIMM yang dikasihi. Buatlah yang terbaik moga-moga apa yang dilakukan mendapat keredhaan dari Allah Rabbul Jalil .

14 Mei 2006

Tudung dipermainkan ??? (PANAS !!!!)

Jangan berbalah isu tudung KUALA LUMPUR 25 Mac - Pemakaian tudung di kalangan anggota polis tidak perlu dijadikan perbalahan kerana peraturan sedia ada sudah jelas dan tidak menimbulkan masalah, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri menjelaskan, pemakaian tudung hanya diwajibkan ketika berkawat di majlis-majlis rasmi sahaja dan tidak melibatkan tugas-tugas harian yang biasa. ``Ini peraturan yang dibuat oleh polis, untuk pakaian hari-hari, pemakaian tudung hanya pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, kena ikut peraturan. ``Tidak ada masalah...perbalahan yang akan timbul (jika pemakaian tudung dijadikan isu), semua pasukan ada uniform, semua anggota perlu patuh,'' tegas beliau. Bercakap pada sidang akhbar selepas sambutan Peringatan Hari Polis Ke-199 di sini hari ini, Abdullah berkata bertudung adalah termasuk dalam pakaian seragam polis wanita dan semua anggota wanita mesti patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Beliau memberi contoh perbarisan hari ini menunjukkan anggota polis wanita memakai tudung dan ia bukanlah satu masalah kepada mereka. Isu pemakaian tudung di kalangan anggota polis wanita ditimbulkan pada persidangan Dewan Rakyat minggu ini setelah pembangkang mendakwa kerajaan memaksa polis wanita memakai tudung. Ini menimbulkan kekecohan kerana penyokong kerajaan menyifatkan pembangkang sengaja menimbulkan isu itu untuk menjadi hero. Berhubung dengan peruntukan kewangan untuk kelengkapan anggota polis, Abdullah berkata segala bayaran tertunggak seperti pakaian seragam akan dibayar pada tahun ini. ``Apa yang diluluskan dalam Bajet 2006 untuk polis, kerajaan akan laksanakan pada tahun ini,'' katanya yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Beliau turut memberi jaminan, selepas Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diluluskan, pasukan polis akan mendapat peruntukan tambahan. ``Kita ingin laksanakan apa yang terbaik untuk meningkatkan tahap keupayaan, profesionalisme, peralatan dan semangat serta moral pasukan polis,'' kata beliau. Mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Abdullah berkata segala keputusan akan diumumkan kelak. Begitu juga dengan keputusan kabinet terhadap isu jambatan menggantikan Tambak Johor, beliau secara ringkas berkata ia dalam rundingan. Sebelum ini Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, satu laporan terperinci mengenai hasil rundingan kali kelima dengan Singapura berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor akan dibentangkan kepada Kabinet pada Rabu lalu. Beliau berkata, hasil rundingan peringkat pegawai sebelum ini telah mencapai kata sepakat untuk mengatur satu mesyuarat teknikal bagi membincangkan tuntutan tambahan termasuk kebenaran menggunakan ruang angkasa Johor oleh jet pejuang Singapura dan konsesi pembelian pasir. Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian perlu mendapat mandat daripada Kabinet sama ada untuk menghadiri mesyuarat teknikal atau sebarang arahan lain.

13 Mei 2006

kunjungan pemimpin negara ke Republik Arab Mesir

assalamualaikum ... berikut adalah makluman mengenai kehadiran para pemimpin negara ke Republik Arab Mesir 17-18 Mei 2006 - kunjungan Y.A.B Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr. Hj. Mohd Ali bin Rustam 21 Mei 2006 - kunjungan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 7 Jun 2006 - kunjungan Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri mohamad bin Hassan mengenai agenda serta majlis akan dimaklumkan kemudian ..

FINAL EXAM FOR OUR MALAYSIAN STUDENT

ASSALAMUALAIKUM ... MEMANDANGKAN IMTIHAN /FINAL EXAM YANG BAKAL BERLANGSUNG TIDAK BERAPA LAMA LAGI .. PIHAK BKKIMM ONLINE MEWAKILI SAFF KEPIMPINAN BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN FASA 2 YANG BAKAL MENENTUKAN HALA TUJU MASA DEPAN PEMBELAJARAN KITA . SAMA-SAMA KITA MOHON HIDAYAH SERTA NUSRAH DARIPADA ALLAH SWT MOGA-MOGA TAHUN INI KITA SEMUA AKAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG. SAMA-SAMA KITA BERUSAHA MENJADIKAN DIRI KITA CONTOH YANG TERBAIK SEBELUM KITA PULANG UNTUK BERHADAPAN DENGAN MASYARAKAT KITA DI TANAHAIR MALAYSIA. SALAM PERJUANGAN .. WASSALAM