21 Mac 2008

Al-Quran, zikir ubat hati

KINI, banyak penyakit ganjil yang menyerang dengan pelbagai nama dan tanda mula dikesan. Manusia sangat takut dengan penyakit. Maklumlah penyakit mendatangkan derita, kecacatan, kekurangan malah kematian. Dalam kesibukan menjaga kesihatan dan pencegahan manusia terhadap penyakit fizikal, penyakit rohani pula menyerang. Penyakit fizikal jika terkena tahu tempat berubatnya, boleh berjumpa doktor tetapi jika terkena penyakit rohani, hendak berjumpa siapa?Payah benar hendak jumpa guru yang murabbi! Bila jumpa doktor, biasanya ada ubat dan penawarnya tetapi penyakit hati apakah ubatnya? Walaupun ada al-Quran dan hadis yang memberikan cadangan mengenainya, berapa ramai yang 'berkenan'? Menelan kepahitan membaca al-Quran, qiyamullail, berpuasa dan sebagainya. Sebagai muhasabah pada Jumaat yang mulia ini mengenai penyakit rohani, elok juga kita meneliti sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada menantunya Saidina Ali r.a: "Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan..."Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu: 1. Rajin beribadat ketika dilihat orang. 2. Malas ketika sendirian. 3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara. Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: "Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku..." Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...."

Hati raja kerajaan diri

SETIAP kerajaan mempunyai ketua atau raja. Bagi kerajaan diri, rajanya ialah hati dan kerana itu ia perlu dipelihara sebaik-baiknya, diberikan pendidikan dan asuhan sebegitu rupa, supaya kerajaan yang ditadbirnya dalam keadaan baik.Begitupun, hati mempunyai dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Ketika akal mengambil peranan sebagai penasihat, hati menjadi baik kerana pertimbangan dapat dibuat seadil-adilnya, tetapi apabila nafsu menjadi penasihat, hati turut berubah menjadi jahat.Ketika hati menjadi raja kepada sistem kerajaan diri, anggota fizikal yang lain, seperti mata, telinga, mulut, tangan dan kaki adalah rakyat yang perlu mengikut segala perintah dan peraturannya. Jika hati memerintahkan perkara baik, anggota badan sebagai rakyat mengikut saja perintah berkenaan, turut melakukan perkara yang baik, tetapi apabila hati memerintahkan kejahatan, jahatlah perbuatan dilakukan anggota badan. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."Hati mempunyai keistimewaan berbanding anggota yang lain. Ia adalah raja yang luar biasa, mahu tidak mahu kena ditaati rakyatnya. Disebabkan ada hatilah manusia dapat mentadbir dan menjalani sistem kehidupan di alam maya ini.Di dalam hati bersifat tersembunyi, pemimpinnya juga tersembunyi. Malaikat memimpin hati dengan benda yang datang daripada Allah manakala syaitan memimpin hati dengan benda yang datang daripada iblis.Walaupun pada hakikatnya semua perlakuan daripada Allah, tetapi kita sandarkan perkara jahat kepada syaitan manakala perkara baik daripada Allah. Dari Allah semestinya tepat lagi benar manakala daripada syaitan adalah kekufuran dan tidak baik.Orang selalu mengatakan kulit luaran sangat sensitif kepada sesuatu, tetapi sebenarnya hati yang berada di dalam diri lebih peka, sama ada pada perkara positif atau negatif. Hati akan cepat terasa dan cepat tersinggung, malah dengan tiba-tiba juga boleh hilang semua perasaan itu.Kadangkala disebabkan manusia tidak meneliti perjalanan hati di dalam diri, mereka berasa sudah cukup baik dan tenang, sedangkan hakikat adalah sebaliknya, kerana sebaik saja datang cabaran atau rangsangan dari luar, hatinya mudah cair, goyah dan tidak lagi tenang.Contohnya, apabila anda dimarahi, anda berasa mahu memarahi kembali orang terbabit. Ini menunjukkan anda mempunyai sifat pemarah. Apabila tiada rangsangan itu, anda merasakan tiada sifat pemarah dan hati sudah berkeadaan baik.Walaupun hati manusia cuma satu, tetapi kerana pelbagai cabaran mendatang, timbul pelbagai perasaan dan kesedaran. Seseorang yang berjaya akan berasa bangga atau riak dan ego dengan kejayaan itu dan ada juga berasa syukur, malah malu kepada Allah. Pada waktu itulah hati yang sensitif akan sedar.Jika hati tidak sedar dia sudah berbuat baik, ia adalah sifat terpuji kerana tidak berbangga dengan kebaikan itu. Tetapi jangan pula sehingga hati tidak bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya manusia dapat melakukan kebaikan.Perkara paling buruk ialah apabila hati tidak sedar ia sebenarnya jahat. Hati tidak sedar rangsangan yang datang membuatkan ia bangga atau ego.Lebih berbahaya apabila hati yang jahat dianggap sebagai hati yang baik, tidak sedar kejahatannya dan tidak cuba untuk berubah dengan bertaubat atau melakukan muhasabah, bahkan terus berbuat jahat kerana berasakan dirinya dalam kebaikan.Kemudian, rasa hati terbahagi kepada dua dan kedua-duanya adalah benih yang ditanam Allah ke dalam hati manusia. Ini adalah fitrah semula jadi, yang lahir bersama manusia, cuma sama ada ia subur atau terbantut bergantung kepada usaha manusia sendiri.Contohnya di kebun, benih jagung sudah ditanam dan terpulang kepada petani untuk menyiram, memberikan baja dan menjaganya. Apabila benih itu baik, tetapi tidak dijaga, mungkin ia mati sebelum tumbuh atau terbantut. Begitu juga dengan hati.Fitrah baik manusia apabila tidak disuburkan dari awal kemungkinan mati akhirnya. Sebaliknya, jika peringkat awal disuburkan ia akan berakar umbi di dalam hati sehingga dengan mudah hati menjadi baik.Apabila sudah terlewat baru hendak disuburkan, agak sukar kerana ia umpama benih yang terbiar lama tanpa disirami, dibajai dan dijaga.Perasaan positif pada hati boleh terbantut apabila dari kecil individu itu tidak dididik, dibimbing dan diasuh. Dia terpaksa menempuhi kesukaran untuk menyuburkannya.Benih yang positif dijaga dan disuburkan dari peringkat awal akan terus subur dan tidak perlu bersusah payah lagi apabila dewasa. Tetapi perasaan negatif sejak kecil sukar disuburkan, sukar untuk ditebang apabila sudah dewasa, ibarat pohon yang sudah teguh.Antara benih positif ialah perasaan kasih, penyayang, simpati, lemah lembut, pemurah, sopan, rendah hati, hormat, taat, baik sangka, reda dengan ketentuan dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup manakala benih negatif ialah rasa benci, pemarah, besar diri, bangga, dendam, dengki, khianat, bakhil dan suka menabur fitnah. Jadi, manusia sudah semestinya perlu berusaha menyuburkan sifat positif dan memadamkan sifat negatif sekiranya mahu kepada kejayaan, ketenangan dan keselesaan. Apabila sifat positif tumbuh subur, secara tidak langsung benih negatif terbantut atau terus padam. Dari situ, hati sebagai raja kepada kerajaan diri mula disinari dengan kebenaran dan kesucian, malah segala tindakan yang bakal dilakukan oleh rakyatnya terdiri daripada anggota badan yang lain juga adalah tindakan yang mulia lagi terpuji.

Tazkirah Remaja: Amal sunnah, cinta Nabi

Oleh Mohd Zawawi Yusoh WALAUPUN Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah meminta diraikan tarikh lahirnya tetapi 12 Rabiulawal rasanya tidak akan dilepaskan berlalu begitu sahaja. Jika hari lahir kita diingati dan diraikan, apa lagi tarikh lahir insan paling sempurna yang sangat banyak jasa kepada kita malah mencintainya termasuk dalam kesempurnaan iman, tentulah lebih patut diingati. Bagaimana cara dan kaedah menyambutnya itu adalah persoalan kedua. Cuma yang penting ialah cara hidup dan perjuangan baginda mesti diingati. Hari-hari biasa kita berselawat dan mendengar pengajaran sirah di kuliah yang diadakan di masjid-masjid.Justeru, bagi mereka yang mencintai Nabi s.a.w, segala yang bersangkutan dengan junjungan yang mulia adalah besar dan sangat bererti.Nabi Muhammad s.a.w sudah tiada lagi di dunia ini tetapi ajarannya masih bersama kita, bukan sahaja kita mesti menjalani kehidupan dengan Islam sebagai cara hidup tetapi mati pun dengan syariat yang dibawa baginda.Orang kafir yang tidak ada kena mengena dengan Rasul terpaksa mengakui kehebatan Rasulullah s.a.w. Buktinya ramai sarjana mereka mengungkapkan kehebatan itu di dalam buku dan tulisan mereka. Sebenarnya kebesaran dan kehebatan Nabi tidak memerlukan sokongan mereka, tetapi mereka yang terpaksa memberikan pengiktirafan. Itulah kebenaran yang terpahat dalam pengakuan bertulis sepanjang sejarah. Jika mereka yang tidak pernah merasai keberkatan dan kemanisan cinta Rasul pun boleh mengagungkan dan memuliakan Nabi, bagaimana kita yang sentiasa berselawat, mengadakan maulid dan berarak merasakan keberadaan ajaran nabi? Inilah yang patut diselongkar dan dilakukan muhasabah sempena kedatangan tarikh 12 Rabiulawal. Maulid bukan sahaja hendak mengingatkan mengenai kelahiran Nabi tetapi melahirkan sunnah Nabi dalam kehidupan harian kita.Pada zaman manusia kehilangan arah dan tiada panduan, tercari-cari cara hidup yang menyelamatkan namun kita yang mempunyai modul kehidupan yang lengkap dari A hingga Z, buat main-main pula, buat-buat tidak nampak.Kita bimbang nikmat ini akan ditarik Allah. Sesiapa yang tidak solat nikmat solat ditarik Allah. Nabi suruh berjemaah di masjid tetapi kita tidak pedulikan azan, itu maknanya nikmat masjid sudah ditarik Allah.Al-Quran ada di depan mata, tetapi kita tidak boleh baca dan tidak suka baca, maka itu maknanya nikmat al-Quran ditarik Allah.Nabi Muhammad s.a.w dan ajarannya dipermainkan orang, tetapi kita buat tidak kisah saja. Itu maknanya nikmat cinta Nabi sudah ditarik.Jika banyak sangat ditarik nanti kalau iman kita ditarik dan menjadi murtad kita tidak terasa apa-apa. Marilah kita menambah maklumat dan ilmu mengenai insan paling dicintai Allah ini dengan menghadiri kuliah di masjid, membawa keluarga bersama. Patut juga kita membeli buku sirah nabi untuk dijadikan bahan rujukan kita sekeluarga.Mulai sekarang tambahkanlah 'angka' selawat pada Nabi Muhammad s.a.w. Jika ada duit lebih berbelanjalah untuk menziarah kampung dan medan perjuangan Nabi serta Madinah yang diasaskan oleh junjungan Rasulullah iaitu dengan mengerjakan umrah dan haji.Jangan lupa juga bersama alim ulama dan mereka yang memperjuangkan sunnah nabi. Pada hari kelahiran Nabi ini patut juga melihat kembali pengamalan kita terhadap sunnah yang wajib dan sunnah yang sunat. Solat kita betul atau tidak seperti cara Nabi solat, mencari harta dan cara membelanjakannya menepati kehendak Islam atau tidak, malah keluarga kita dan anak-anak kita mampukah nanti memperjuangkan sunnah Nabi?Begitu juga kuasa yang kita dapat sudahkah membantu untuk menghidupkan sunnah atau memalapkan sunnah.Kita tidak sempat bersama Nabi tetapi kita cuma bersama sunnah Nabi. Harapan, semoga kita dapat bersama Nabi s.a.w di syurga nanti.

RAHMAT SEKALIAN ALAM ..

NABI Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda. Ini bersesuaian dengan maksud ayat 40, surah al-Ahzab: "Bukanlah Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."Baginda dilahirkan pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah, kira-kira 570 Masihi. Baginda lahir daripada keturunan mulia lagi berkedudukan dalam masyarakat Arab dan diperakui sebagai insan terbaik di kalangan anak Adam.Hadis riwayat Ahmad ada menerangkan, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk, maka Allah menjadikan aku sebaik-baik makhluk-Nya, Dia menjadikan beberapa kabilah, maka menjadikan aku dalam sebaik-baik kabilah..."Baginda datang daripada keturunan Nabi Ismail, manakala nabi lain daripada keturunan Nabi Yaakub. "Sesungguhnya Allah memilih Ismail daripada anak Ibrahim, memilih Bani Kinanah daripada Bani Ismail, memilih bangsa Quraisy daripada Bani Kinanah, memilih Bani Hasyim daripada bangsa Quraisy dan memilih aku daripada Bani Hasyim." (Hadis riwayat Muslim)Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w dilahirkan pada Isnin, baginda dilantik menjadi nabi pada Isnin, baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah juga pada Isnin dan baginda wafat juga pada Isnin.Baginda mempunyai beberapa nama, selain Muhammad, antaranya Ahmad, Al-Aqibah (kesudahan; kerana tiada nabi selepasnya), Al-Hasyir (menghimpun; kerana manusia dihimpunkan atas agama yang dibawanya) dan Khatamun Nabiyyin (penamat semua nabi).Ayahnya Abdullah, seorang saudagar meninggal dunia dalam perjalanan dari Syria ke Makkah ketika baginda dalam kandungan ibunya berusia enam bulan.Baginda menjadi yatim sejak dalam perut ibunya, manakala menjadi yatim piatu dalam usia enam tahun apabila ibunya meninggal dunia di Abwa, sebuah desa di antara Makkah dan Madinah.Kemudian baginda tinggal bersama datuknya, Abdul Mutalib. Datuknya pula meninggal, lalu baginda dipelihara bapa saudaranya, Abu Talib.Pada usia 12 tahun, baginda mengikuti bapa saudaranya Abu Talib membawa barang perniagaan ke Syam. Tetapi sebelum sampai ke tempat itu, iaitu di Bushra, kabilah yang disertai baginda ini bertemu dengan seorang pendeta Nasrani, bernama Buhaira.Pendeta itu mendapati ada tanda kenabian pada diri baginda, lalu dia menasihatkan Abu Talib supaya segera membawa anak saudaranya itu (Muhammad) pulang semula ke Makkah, kerana dikhuatiri terserempak dengan orang Yahudi lalu dianiayai mereka.Dari zaman kanak-kanak, sehingga meniti usia remaja dan dewasa, peribadinya sangat terpuji, diakui masyarakat, malah diberikan kepercayaan yang tinggi kerana bijak dan dapat mententeramkan kekecohan sehingga memuaskan hati semua pihak yang bertikai.Tetapi selepas kerasulannya, baginda tidak lagi dipandang tinggi oleh sebilangan besar masyarakat Quraisy, malah ada yang mengejek dan melemparkan pelbagai tohmahan. Baginda dibenci hampir keseluruhan masyarakat Quraisy. Semua pujian mengenai kebaikan dan kebijaksanaan baginda lenyap begitu saja hanya kerana status kerasulan dari Allah itu.Oleh kerana tidak suka kepada kerasulan itu, orang Quraisy khususnya kalangan bangsawan mahu memperdayakan baginda dengan menabur pelbagai janji manis, termasuk wanita cantik dan harta setinggi gunung.Nabi Muhammad menolak semua itu dan baginda tidak sedikit pun menyesal dengan keputusan yang dilakukannya. Baginya amanah Allah melalui kerasulannya amat penting dan paling utama untuk dipegang dan disampaikan kepada manusia.Ternyata orang Quraisy tidak menyerah kalah semudah disangkakan, malah kali ini tampil dengan wajah bengis, mahu mengancam nyawa baginda. Mereka berusaha sedaya-upaya untuk membunuh Muhammad, menghalang segala usaha Muhammad. Apabila dirasakan keadaan semakin genting di kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w memutuskan berhijrah ke Madinah. Pada saat akhir ke Madinah juga baginda masih diburu orang Quraisy, tetapi baginda terselamat dan berjaya tiba di sana.Di Madinah benih dakwah Islam subur, hingga memberikan kekuatan kepada Rasulullah s.a.w untuk menakluki kota Makkah daripada pemuka kafir Quraisy dengan dibantu kalangan sahabat yang menyaksikan kegemilangan misi dakwahnya.Apabila menundukkan kafir Quraisy, saat itulah Islam dapat dikembangkan di kota Makkah dengan mudah, malah makin ramai tertarik dengan kebenaran dakwah Muhammad s.a.w, berbondong-bondong memperakui keesaan Allah dan kebenaran Muhammad s.a.w sebagai rasul-Nya.Pengutusan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul terakhir kepada manusia yang melangkaui sempadan negara dan bangsa adalah rahmat yang membolehkan manusia seisi dunia mengenali jalan kebenaran dan kejayaan.Dengan usaha baginda jugalah manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk, dosa dan pahala, Tuhan dan hamba, dunia dan akhirat, manusia dan haiwan, malaikat dan iblis, keamanan dan kekacauan serta kebenaran dan kepalsuan.Firman Allah bermaksud: Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam. (al-Anbiya: 107)NABI Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda. Ini bersesuaian dengan maksud ayat 40, surah al-Ahzab: "Bukanlah Muhammad itu bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."Baginda dilahirkan pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah, kira-kira 570 Masihi. Baginda lahir daripada keturunan mulia lagi berkedudukan dalam masyarakat Arab dan diperakui sebagai insan terbaik di kalangan anak Adam.Hadis riwayat Ahmad ada menerangkan, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk, maka Allah menjadikan aku sebaik-baik makhluk-Nya, Dia menjadikan beberapa kabilah, maka menjadikan aku dalam sebaik-baik kabilah..."Baginda datang daripada keturunan Nabi Ismail, manakala nabi lain daripada keturunan Nabi Yaakub. "Sesungguhnya Allah memilih Ismail daripada anak Ibrahim, memilih Bani Kinanah daripada Bani Ismail, memilih bangsa Quraisy daripada Bani Kinanah, memilih Bani Hasyim daripada bangsa Quraisy dan memilih aku daripada Bani Hasyim." (Hadis riwayat Muslim)Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w dilahirkan pada Isnin, baginda dilantik menjadi nabi pada Isnin, baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah juga pada Isnin dan baginda wafat juga pada Isnin.Baginda mempunyai beberapa nama, selain Muhammad, antaranya Ahmad, Al-Aqibah (kesudahan; kerana tiada nabi selepasnya), Al-Hasyir (menghimpun; kerana manusia dihimpunkan atas agama yang dibawanya) dan Khatamun Nabiyyin (penamat semua nabi).Ayahnya Abdullah, seorang saudagar meninggal dunia dalam perjalanan dari Syria ke Makkah ketika baginda dalam kandungan ibunya berusia enam bulan.Baginda menjadi yatim sejak dalam perut ibunya, manakala menjadi yatim piatu dalam usia enam tahun apabila ibunya meninggal dunia di Abwa, sebuah desa di antara Makkah dan Madinah.Kemudian baginda tinggal bersama datuknya, Abdul Mutalib. Datuknya pula meninggal, lalu baginda dipelihara bapa saudaranya, Abu Talib.Pada usia 12 tahun, baginda mengikuti bapa saudaranya Abu Talib membawa barang perniagaan ke Syam. Tetapi sebelum sampai ke tempat itu, iaitu di Bushra, kabilah yang disertai baginda ini bertemu dengan seorang pendeta Nasrani, bernama Buhaira.Pendeta itu mendapati ada tanda kenabian pada diri baginda, lalu dia menasihatkan Abu Talib supaya segera membawa anak saudaranya itu (Muhammad) pulang semula ke Makkah, kerana dikhuatiri terserempak dengan orang Yahudi lalu dianiayai mereka.Dari zaman kanak-kanak, sehingga meniti usia remaja dan dewasa, peribadinya sangat terpuji, diakui masyarakat, malah diberikan kepercayaan yang tinggi kerana bijak dan dapat mententeramkan kekecohan sehingga memuaskan hati semua pihak yang bertikai.Tetapi selepas kerasulannya, baginda tidak lagi dipandang tinggi oleh sebilangan besar masyarakat Quraisy, malah ada yang mengejek dan melemparkan pelbagai tohmahan. Baginda dibenci hampir keseluruhan masyarakat Quraisy. Semua pujian mengenai kebaikan dan kebijaksanaan baginda lenyap begitu saja hanya kerana status kerasulan dari Allah itu.Oleh kerana tidak suka kepada kerasulan itu, orang Quraisy khususnya kalangan bangsawan mahu memperdayakan baginda dengan menabur pelbagai janji manis, termasuk wanita cantik dan harta setinggi gunung.Nabi Muhammad menolak semua itu dan baginda tidak sedikit pun menyesal dengan keputusan yang dilakukannya. Baginya amanah Allah melalui kerasulannya amat penting dan paling utama untuk dipegang dan disampaikan kepada manusia.Ternyata orang Quraisy tidak menyerah kalah semudah disangkakan, malah kali ini tampil dengan wajah bengis, mahu mengancam nyawa baginda. Mereka berusaha sedaya-upaya untuk membunuh Muhammad, menghalang segala usaha Muhammad. Apabila dirasakan keadaan semakin genting di kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w memutuskan berhijrah ke Madinah. Pada saat akhir ke Madinah juga baginda masih diburu orang Quraisy, tetapi baginda terselamat dan berjaya tiba di sana.Di Madinah benih dakwah Islam subur, hingga memberikan kekuatan kepada Rasulullah s.a.w untuk menakluki kota Makkah daripada pemuka kafir Quraisy dengan dibantu kalangan sahabat yang menyaksikan kegemilangan misi dakwahnya.Apabila menundukkan kafir Quraisy, saat itulah Islam dapat dikembangkan di kota Makkah dengan mudah, malah makin ramai tertarik dengan kebenaran dakwah Muhammad s.a.w, berbondong-bondong memperakui keesaan Allah dan kebenaran Muhammad s.a.w sebagai rasul-Nya.Pengutusan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul terakhir kepada manusia yang melangkaui sempadan negara dan bangsa adalah rahmat yang membolehkan manusia seisi dunia mengenali jalan kebenaran dan kejayaan.Dengan usaha baginda jugalah manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk, dosa dan pahala, Tuhan dan hamba, dunia dan akhirat, manusia dan haiwan, malaikat dan iblis, keamanan dan kekacauan serta kebenaran dan kepalsuan.Firman Allah bermaksud: Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam. (al-Anbiya: 107)

SALAM MAULIDURRASUL 1429