24 Jun 2008

AJARAN SESAT KONGKONG MINDA

KEMUNCULAN pelbagai ajaran sesat disebabkan kece tekan ilmu pengetahuan mengenai agama akan memberi kesan terhadap akidah umat Islam.Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata apabila terpengaruh dengan ajaran sesat seseorang akan terdedah dengan aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam termasuk melakukan per buatan syirik dan khurafat.
“Perbuatan seperti percaya kepada ibu duit, kain kuning di kubur dan memuja roh adalah khurafat,” katanya, ketika berceramah pada Kursus Pemantapan Iman di surau The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.Kursus sehari dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan Unit Agama NSTP.Zamihan berkata, ajaran sesat juga boleh menyebabkan minda seseorang terkongkong, malah mencetuskan tindakan dan kelakuan tidak rasional kerana ketaksuban.Malah, ada yang lupa tanggungjawab terhadap keluarga dan akhirnya meruntuhkan institusi kekeluargaan.“Perpaduan dalam sesebuah masyarakat juga akan tergugat dan berlaku keganasan disebabkan masing-masing hendak menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.“Ini boleh menyebabkan negara mundur, tidak proaktif dan menjejaskan ekonomi negara.“Malah, banyak masa, tenaga dan harta digunakan bagi memberikan tumpuan pembanterasan kumpulan ajaran sesat,” katanya.
Dalam usaha mengekalkan keharmonian akidah, katanya umat Islam juga mesti menjauhi golongan pelampau agama, iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan dalam beragama.“Golongan ini seperti pelampau Syiah, pelampau Wahabi atau Salafi Moden, Islam Liberal,” katanya.Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan tersesat.

Dowri Tindas Wanita ??

GOLONGAN wanita mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam, dimuliakan dan dihormati sepanjang masa, tetapi banyak pencabulan berlaku dalam amalan sesetengah umat.Pencabulan ini disebabkan pengaruh budaya yang tiada asas langsung dalam agama Islam.Satu daripadanya ialah dowri iaitu hantaran kahwin daripada isteri kepada suami. Bagi sesetengah Muslim yang tinggal di India, mereka juga memasukkan bayaran dowri dalam amalan kehidupan mereka. Di India, dowri berasal daripada masyarakat Hindu berkasta lebih tinggi. Ia adalah pemberian perkahwinan sama ada wang tunai atau barang berharga daripada keluarga pengantin perempuan kepada keluarga mempelai lelaki. Ia bukannya asing atau satu keunikan yang mempengaruhi amalan bagi masyarakat Muslim kaum terbabit, malah ia amalan umum di banyak negara dunia. Ada yang mengatakan amalan itu tidak dianggap sesuatu yang salah selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Bagaimanapun, amalan dowri melanggar prinsip Islam.Kita biasanya menggunakan perkataan pemberian terhadap sesuatu yang kita beri secara sukarela kepada seseorang yang kita suka.
Pemberian sesuatu juga dapat mengukuhkan hubungan di antara dua pihak. Seperti di India, dowri, yang selalunya ditakrifkan sebagai ‘pemberian’ diberikan bersama pengantin perempuan oleh keluarga perempuan kepada pihak lelaki, digunakan sebagai perkakas paksaan dan ketamakan dalam masyarakat.Keluarga pengantin perempuan mesti memberikan ‘pem berian’ ini atau perkahwinan tidak diadakan. Selalunya walaupun harga dowri ditentukan lebih tinggi terhadap keluarga pengantin perempuan, ia diusahakan juga, tetapi di akhirnya ia menyebabkan kesedihan dan beban kepada keluarga.Dalam Islam, secara jelas lelaki yang sepatutnya mem berikan sesuatu sebagai maskahwin (mahar) kepada pe ngantin perempuan, selepas dipersetujui kedua-dua belah pihak.Ayat berikut menjelaskan lelaki bertanggungjawab mem bayar mahar kepada pengantin perempuan, kecuali pe rempuan terbabit memilih untuk tidak mengambilnya.
Dan, berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka memberikan kepada kamu dengan suka hatinya sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (an-Nisa':4)
Dan (diharamkan kamu mengahwini) isteri orang, kecuali hamba yang kamu miliki. Itulah ketetapan hukum Allah ke atasmu. Dan dihalalkan bagi kamu wanita-wanita selain dari itu, untuk kamu kahwini dengan hartamu secara bernikah, bukan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati dengannya, maka berikanlah mereka mas kahwinnya sebagai suatu ketetapan. Dan tiadalah kamu berdosa tentang suatu yang telah dipersetujui bersama, sesudah ditetapkan maskahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa: 24)
Justeru, budaya tuntutan dowri oleh keluarga lelaki daripada keluarga perempuan hakikatnya adalah adalah amalan yang bertentangan dengan apa dinyatakan Allah itu.Mereka yang masih mengamalkan dowri sepatutnya me nukarkan budaya itu selaras dinyatakan Allah.Dalam amalan dowri pengantin perempuan dipaksa mem bayar sejumlah pemberian yang dirunding kepada pengantin lelaki, kecuali lelaki terbabit memilih untuk tidak me ngambilnya.Apabila perempuan terbabit membawa wang pemberian yang kurang daripada jumlah dipersetujui, dia akan dianiaya oleh keluarga lelaki selepas berkahwin. Malah, jika suami atau ipar duainya tidak berpuas hati dengan jumlah nilai dowri yang dibawa pengantin pe rempuan itu, ia akan mengakibatkan pelbagai masalah, malah boleh membawa kepada pembunuhan.Pihak yang menjadi mangsa dalam pembunuhan itu se lalunya dilaporkan mangsa kemalangan atau mati kerana membunuh diri.
Ketika amalan dowri menjadi satu kebiasaan di kalangan orang Hindu, ia juga diterima di kalangan Muslim. Walaupun ada Akta Pencegahan Dowri 1961, amalan itu masih berlaku di India. Kementerian Dalam Negeri negara itu dan Biro Rekod Jenayah Negara (NCRB) misalnya me laporkan 6,285 kematian pada 2003. Di Delhi misalnya, 90 peratus kes wanita terbakar di laporkan sebagai akibat kemalangan, lima peratus sebagai bunuh diri dan hanya lima peratus pembunuhan. Amalan itu juga menyebabkan ramai perempuan tidak berkahwin.