17 April 2009

Jamuan Teh Bersama PERAWAN

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bersama Persatuan Anak-Anak Melaka di Perantauan (Perawan) menjemput semua anak Melaka yang berada di sekitar Lembah Kelang ke Majlis Jamuan Teh pada 18 April ini. Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, antara tujuan diadakan majlis tersebut adalah bagi menyatukan anak-anak Melaka di sekitar Lembah Kelang agar dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin. "Saya mengalu-alukan kehadiran mereka ke majlis tersebut dan untuk kita fikirkan bersama apakah bentuk sumbangan yang boleh mereka berikan bagi memacu kejayaan PAS di Melaka. "Adalah tidak mustahil untuk kita menguasai Negeri Melaka kerana pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu kita hanya memerlukan 11 peratus sahaja lagi bagi mentadbir negeri Melaka," kata beliau. Mereka itu, kata Ustaz Ghani terdiri daripada golongan intelektual, korporat dan terbuka mindanya mampu mempengaruhi ibu-bapa serta sanak saudara di kampung untuk melakukan perubahan politik dalam pilihan raya."Kalau mereka dapat balik mengundi dan mempengaruhi ibu-bapa maka tidak mustahil kita dapat perintah negeri Melaka," ujarnya. Majlis Jamuan Teh anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Perawan itu akan diadakan pada 18 April 2009, bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Chulan (019-641 2717) dan Ali Bakar (019-227 6874).

15 April 2009

Bila Cikgu Masuk Kampung ..

WALAUPUN menyedari tanggungjawab dan peranan profesion perguruan, ia bukan satu persetujuan bagi lepasan institusi perguruan untuk menerima tawaran mengajar di kawasan pedalaman. Selain faktor kedudukan sekolah yang jauh, kebanyakan mereka sukar menerima jika dihantar bertugas di luar kawasan disebabkan stigma negatif iaitu kemudahan terhad.Lantaran itu, ada yang sanggup menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman. Mereka yang menyedari tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik anak bangsa pula menerima tawaran terbabit walaupun terpaksa. Guru sekolah pedalaman di Sekolah Kebangsaan (SK) Balur, Gua Musang, Kelantan, Hazizul Mamat, 28, berkata selepas ditawarkan untuk mengajar di Gua Musang, dia menerimanya dengan hati yang gembira kerana masih berada di dalam negeri kelahirannya. "Namun, selepas sesi taklimat bersama guru besar sekolah itu dan menjejakkan kaki ke sekolah tempat mengajar, hati saya meronta untuk balik ke kampung. "Perjalanan yang jauh dengan menggunakan kereta pacuan empat roda dan terpaksa merentasi tiga batang sungai saya boleh terima. "Tetapi sebaik saja sampai ke sekolah itu dan melihat keadaannya, saya hanya mampu menitiskan air mata dan mahu pulang," katanya. Bagaimanapun, disebabkan tanggungjawab, Hazizul yang pada ketika itu berusia 21 tahun, pasrah dan meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik di sekolah Orang Asli sehingga kini. Bercerita mengenai pengalaman mengajar di sekolah pedalaman, Hazizul mengakui cabaran utama mereka hanyalah perjalanan dan penyesuaian diri. "Dari segi mengajar, tidak banyak masalah yang dihadapi kerana kebanyakan pelajar di sekolah itu mempunyai minat untuk belajar. "Tetapi, penyesuaian diri di perkampungan Orang Asli dan perjalanan ke sekolah adalah cabaran terbesar yang perlu saya tempuh," katanya. Hazizul berkata, dia terpaksa menempuh banyak halangan dalam perjalanan berikutan sekolah itu yang terletak di kawasan paling pedalaman di Gua Musang. "Untuk sampai ke sekolah ini, saya terpaksa merentasi laluan hutan yang dipenuhi dengan binatang buas. "Selain itu, bertembung dengan lori balak dan debu yang tebal sehingga buku lali juga adalah halangan serta risiko yang perlu dihadapi. "Sepanjang berkhidmat selama tujuh tahun di sekolah ini, pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan ialah terpaksa tidur di tepi sungai apabila air sungai naik," katanya. Menurutnya, dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran serta masyarakat pula, ia sedikit sukar terutama dari segi penginapan. "Ini kerana, saya adalah satu-satunya guru yang mengajar di sekolah itu selain guru besar. Jadi, tidak ada rumah penempatan untuk guru di sini. "Namun, alhamdulillah, sekarang keadaan sudah bertambah baik dan ia tidak lagi seperti dulu. Bilangan guru pun sudah bertambah," katanya yang dua kali menolak tawaran pertukaran sekolah. Sementara itu, Azhar Abdul Aziz, 31, guru pedalaman di SK Bukit Mat Daling, Hulu Tembeling, Pahang berkata, mengajar di sekolah terbabit adalah pengalaman yang cukup bermakna buatnya. "Ketika menerima surat tawaran, sekolah ini beralamat di Jerantut dan bukannya di Hulu Tembeling. Jadi saya tidak kisah sangat. "Namun, selepas bertemu dengan guru besar, barulah saya tahu yang sekolah itu terletak di pedalaman dan terpaksa menaiki perahu," katanya. Menurutnya, pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ialah ditipu guru besar yang memaklumkan perjalanan untuk sampai ke sekolah dengan menaiki perahu hanya memakan masa sejam, tetapi sebenarnya perjalanan yang ditempuh selama empat hingga lima jam. "Ketika baru menaiki perahu, setiap kali saya bertanya kepada guru besar, dia hanya menjawab, dekat lagi. Jadi saya hanya tunggu sehinggalah tiga kali bangun daripada tidur, masih juga tidak sampai dan guru besar hanya mampu tersenyum melihat gelagat saya. "Selain itu, disebabkan sekolah terbabit dikatakan berada di kawasan pedalaman, keluarga membekalkan saya dengan peralatan memasak seperti periuk, kuali dan bahan mentah kerana beranggapan ia tidak dapat diperoleh di kedai di sini," katanya. Kini, selepas 10 tahun menjadi guru di sekolah itu, Azhar menjadi lebih matang dan gembira menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

Benarkah Mahasiswa Malaysia Anak Manja ??

MAHASISWA di negara ini perlu bersyukur segala kemudahan dan peluang yang diberikan pihak universiti.Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Mohamad Nasir Mohamed Nazri, berkata kemudahan mahasiswa di negara ini jauh lebih selesa dan lengkap berbanding di Indonesia.
"Pihak universiti sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan dan kemudahan infrastruktur, tetapi sesetengah mahasiswa tidak menghargai perkara itu."Cuba lihat kemudahan pendidikan di Indonesia, suasana pembelajaran tidak selesa, malah kemudahan yang disediakan tidak lengkapi. "Kekurangan itu menyebabkan mahasiswa di Indonesia kuat berusaha dan bekerjasama," katanya yang mengikuti Lawatan Pembelajaran Malaysia Indonesia, baru-baru ini.Nasir berkata, mahasiswa perlu belajar berdikari dan tidak bergantung seratus peratus dengan pihak pengurusan universiti atau kerajaan. "Saya perhatikan mahasiswa di negara ini terlalu dimanjakan sehingga mereka sukar untuk berdikari. Setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara, kita akan mengharapkan bantuan universiti."Di Indonesia, mahasiswanya lebih berdikari. Ini kerana dalam setiap apa pun yang mereka lakukan, pengurusan universiti tidak akan membantu terutama kewangan. "Jadi, mereka perlu mencari sumber kewangan sendiri bagi menganjurkan program," katanya.Selain itu, menurut Nasir, mahasiswa di sana juga lebih kreatif dalam dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini."Di sana, mereka bebas untuk berfikir dengan kreatif dalam melakukan sesuatu dan pihak pengurusan hanya memberi dorongan kepada mereka. "Jadi, untuk mendapatkan sumber kewangan, sesetengah mahasiswa menjual nasi atau berniaga di kalangan mereka bagi menampung kehidupan," katanya.Justeru, sebagai presiden PMUKM dan pelajar, Nasir mengharapkan mahasiswa di negara ini lebih tahan lasak dan mencontohi mahasiswa Indonesia.

Bila guru berpolitik ....

APABILA isu pembabitan guru dalam politik dicadangkan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini, ia menerima pelbagai reaksi masyarakat. Ada menyambut baik cadangan itu, tetapi meletakkan syarat tertentu dan yang lain mahu golongan pendidikan dilarang menyertai politik kerana bimbang menjejaskan mutu pendidikan.Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik. Pegawai kerajaan Kumpulan A atau Pengurusan juga dilarang mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat.Bagaimanapun, jika cadangan itu ditarik balik, apakah guru mampu memberi sumbangan terhadap usaha memartabatkan industri pendidikan negara sedangkan mereka terpaksa menjalankan dua tanggungjawab serentak? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail, berkata pembabitan guru dalam politik tidak menjejaskan pendidikan negara terutama generasi muda. Beliau yang juga bekas guru besar, berkata kejayaan guru berpolitik sudah dibuktikan sejak Umno ditubuhkan."Berpolitik dalam kalangan guru bukannya baru kerana sejarah membuktikan pejuang bangsa dahulu terdiri daripada golongan pendidik malah mereka dipandang tinggi dalam masyarakat. "Walaupun bertanggungjawab mendidik, mereka turut memperjuangkan bangsa Melayu," katanya.Pembabitan guru dalam bidang politik juga dilihat mampu melahirkan idea baru kerana mereka dekat dan dihormati masyarakat.Menurutnya, cadangan Hishammuddin mungkin bertitik- tolak daripada trend masa kini apabila bidang politik lebih banyak dimonopoli golongan korporat. "Pembabitan guru membantu melahirkan golongan ahli politik yang berkebolehan dengan idea bernas dan segar."Tiada salahnya seseorang guru itu berpolitik asal mereka mempunyai minat dan bersikap profesional," katanya.Katanya, masalah guru mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa kerana berpolitik tidak akan timbul kerana beliau percaya mereka boleh menguruskan masa dengan baik. "Sebagai pendidik, mereka sentiasa bersikap profesional dan bertanggungjawab."Jadi, saya pasti guru yang berpolitik ini mampu melakukan dua tanggungjawab dalam satu masa," katanya yang berpengalaman 25 tahun menjadi pendidik.Mengulas Perlembagaan Persekutuan melarang pegawai dalam kumpulan A dan pengurusan tertinggi terbabit aktif dalam politik, Ibrahim berkata perlembagaan boleh dipinda jika mendapat persetujuan ramai. "Kita yang mencipta Perlembagaan, justeru tiada masalah untuk meminda atau mengubah asalkan mendapat persetujuan dan memberi manfaat kepada masyarakat."Pada masa sekarang pun, ada guru terbabit dalam politik secara diam-diam, justeru lebih baik memberi kebenaran daripada mereka melakukannya secara rahsia," katanya.Jika guru mahu aktif dalam politik, Ibrahim menasihatkan mereka sentiasa bertanggungjawab kepada kerjaya dan politik. "Jika menyertai mana-mana parti politik pun, mereka perlu bersikap adil dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar," katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli, berkata pembabitan guru dalam politik lebih banyak memberikan impak negatif berbanding positif.Menurutnya, jika guru berpolitik, ia akan menjejaskan pendidikan anak bangsa selain memecahbelahkan bangsa Melayu. "Guru perlu bersikap neutral dan tidak memihak mana-mana parti politik."Saya percaya golongan guru tahu pendirian mereka sebagai pendidik dan lebih bertanggung jawab untuk memberi ilmu kepada pelajar."Jika taksub kepada mana-mana politik pun, jangan dibawa sentimen atau emosi di sekolah termasuk ketika mengajar dalam kelas. "Jika emosi mengenai kepartian dibawa ke sekolah, saya bimbang perpecahan masyarakat bertambah parah," katanya.Katanya, bangsa Melayu sudah berpecah-belah dengan adanya pelbagai parti politik dan tidak punya persepakatan.Hilmi berkata, kebanyakan guru dahulu adalah pejuang politik terutama ketika era menuntut kemerdekaan dan penubuhan Umno. Bagaimanapun, katanya dengan perkembangan semasa yang gawat, pembabitan golongan pendidik dalam arena politik tidak sesuai."Jika golongan guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan lain pastinya mahu hak yang sama dan ini menimbulkan pelbagai implikasi kepada masyarakat serta negara."Jika semua pihak asyik berpolitik, apa akan jadi kepada urusan penting negara dan jika dilakukan pun, mungkin kualitinya merudum," katanya. Bagaimanapun, katanya jika golongan itu tetap mahu terbabit secara aktif dalam politik, mereka boleh berhenti dan meletak jawatan sebagai pendidik.

Kursus Terpaksa ??

HANYA kerana ingin memberontak, tidak berpuas hati dan terpaksa mengambil kursus kurang diminati, sesetengah pelajar sanggup menggadaikan masa depan serta mensia-siakan peluang yang diberikan.Disebabkan tidak berminat dengan kursus terbabit, sesetengah pelajar sanggup belajar separuh jalan. Ada juga enggan belajar bersungguh-sungguh dan gagal dalam peperiksaan.Situasi itu bukan saja memberi kesan negatif kepada pelajaran, tetapi menggelapkan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Kenapa perkara ini perlu berlaku? Bukanlah setiap apa yang dipelajari itu adalah ilmu dan harus dihargai? Jika faktor minat, bukankah ia boleh dipupuk? Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datin Nor Aziah Mohd Awal, berkata tidak dinafikan dalam pemilihan kursus, minat adalah paling utama. Menurutnya, jika seseorang itu meminati apa yang dilakukan, ia memberikan hasil yang terbaik."Namun, tanpa minat, seseorang itu boleh berjaya jika dia belajar bersungguh-sungguh dan menerima apa yang dipelajari dengan hati yang terbuka."Selain itu, minat juga akan datang dengan sendirinya jika mengenali kursus itu dan tahu apa kelebihannya," katanya.Nor Aziah berkata, sebagai seorang pelajar, mencari ilmu adalah satu tanggungjawab dan ia perlu dilaksanakan dengan sempurna. "Walaupun pada awalnya mungkin ia tidak boleh diteruskan, cuba perlahan-lahan tanam minat itu dan menjadikannya sebagai satu keperluan yang perlu lakukan."Ini mungkin membantu dalam meringankan beban pelajar yang tertekan kerana terpaksa mengikuti kursus yang tidak diminati," katanya.Di samping itu, katanya, tidak semestinya masa depan seorang pelajar itu gelap hanya mengikuti kursus yang tidak diminati. "Kursus yang diambil bukanlah penentu kerjaya selepas menamatkan pengajian. Ini kerana, dalam era globalisasii, bidang kerjaya sangat meluas dan ia bukan hanya berlandaskan kepada sijil atau diploma."Malah, ahli perniagaan, korporat atau mereka yang berjaya hari ini bukan semua mengikuti kursus yang diminati. "Namun, kerana ingin berjaya, mereka meneruskan kursus terbabit dan mengejar cita-cita mereka selepas menamatkan pengajian," katanya.Bagi pelajar yang menerima tawaran kursus yang tidak diminati dan tiada keinginan berjaya, Nor Aziah menasihatkan mereka memberi peluang itu kepada orang lain. "Jika tidak boleh menerima kursus itu, janganlah membuang masa anda kerana ramai lagi yang berminat mengikutinya," katanya.Seorang bekas mahasiswa, Mazlina Abu Bakar, 30, berkata tidak rugi mempelajari kursus yang tidak diminati walaupun terpaksa atau dipaksa. Dia yang juga terpaksa mengikuti kursus yang tidak diminati, berkata ilmu yang diperoleh itu mungkin berguna di kemudian hari walaupun bidang itu menyimpang dari kursus yang diikuti."Tidak semestinya kita menghabiskan masa bertahun-tahun mengikuti kursus yang tidak diminati, sia-sia saja."Mungkin ia tidak sesuai dengan kerjaya yang dijawat sekarang, tetapi dalam kehidupan seharian, sedikit sebanyak ilmu itu akan berguna," katanya. Mazlina mengambil bidang kedoktoran sedangkan meminati bidang penyiaran."Walaupun tidak menjadi doktor, saya masih boleh mengaplikasikan ilmu perubatan dalam kehidupan seharian. "Ilmu perubatan saya gunakan dalam masa kecemasan," katanya yang kini sudah membuka syarikat produksi sendiri.Sebagai bekas pelajar yang pernah tertekan dengan kursus yang tidak diminati, Mazlina menasihatkan pelajar senasib meneruskan kursus yang ditawarkan itu.Sebagai pelajar, kita perlu menerima ilmu yang diperoleh. Jangan kerana tidak minat, kita mensia-siakan masa depan."Dengan kelulusan dari kursus yang tidak diminati, ia seperti batu loncatan mencapai cita-cita dan merealisasikan impian selama ini," katanya.

29 Mac 2009

Sejarah Tercipta Sekali lagi dalam PRK

Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi telah disahkan selepas lima bantahan ditolak di ketiga-tiga kawasan tersebut. Di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (Umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris. Seramai 55,562 pemilih akan menentukan pertarungan sengit antara BN dan PAS - yang dianggap "pungutan suara" terhadap kepemimpinan baru kerajaan bawah Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat.Kekosongan kerusi PAS ini akibat kematian wakil rakyatnya Roslan Shaharum tidak lama selepas kemuncak krisis politik tersebut awal bulan lalu. Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang.Calon bebas Johnny Chuat menarik diri daripada penamaan calon dan didakwa menyokong calon PKR.Seramai 8,006 pemilih akan menentukan nasib kedua-dua calon ini. Kerusi Batang Ai dikuasai BN sebelum penyandangnya Datuk Dublin Unting meninggal dunia.
Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah. Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeriTempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut. Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.

Datuk Ali Terus Popular Walaupun Tak Menang

Walaupun tidak dapat bertanding untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan Umno kali ini, namun Datuk Seri Mohd Ali Rustam jelas merupakan seorang pemimpin yang masih popular di kalangan ahli Umno. Beliau turut dijemput membuat ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno pagi ini. Sebaik sahaja beliau mengakhir ucapannya, semua perwakilan bangun memberi tanda hormat dan tepukan gemuruh kepada beliau. Malah, naib presiden yang baru, Datuk Ahmad Zahid Hamidi - dalam ucapan penggulungannya - turut meminta para perwakilan bangun sekali lagi sebagai tanda hormat kepada ketua menteri Melaka itu. Mohd Ali yang dianggap sebagai calon popular bagi jawatan timbalan presiden, dilarang bertanding oleh Lembaga Disiplin Umno selepas ejen-ejennya didapati terbabit dalam rasuah dan sogokan politik. Sebelum ini dalam ucapannya, ketua menteri Melaka itu berkata beliau menerima keputusan parti terhadap dirinya itu dengan hati terbuka dan berlapang dada. Beliau turut meminta calon-calon yang yang senasib dengannya atau yang kalah dalam pertandingan kali ini supaya memberi tumpuan untuk meneguhkan parti seperti kata pepatah Melayu 'biduk lalu kiambang bertaut'."Janganlah kecewa... yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua...dunia belum kiamat dan esok belum pasti," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan. Beri laluan Beliau juga menegaskan bahawa memang menjadi resam, yang pergi tetap pergi dan yang hilang akan berganti. Mohd Ali mengingatkan perwakilan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga pernah kalah. "...tetapi Pak Lah tidak tidak pernah keluar parti. Umno tidak akan hilang selagi ahlinya tetap setia," tegas Mohd Ali Beliau juga memuji sikap Abdullah kerana memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden Umno dan perdana menteri yang baru. Katanya, sikap seperti itu jarang berlaku di seluruh dunia dan berdoa agar Abdullah membantu Najib sepanjang masa. Mohd Ali berikrar akan terus memberi sumbangan padu dan tidak berbelah kepada Najib.
Tidak mudah jadi pemimpin Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin dan yakin beliau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan. Mohd Ali juga turut mengucap tahniah kepada semua naib presiden baru dan ketua-ketua sayap umno yang baru.Bercakap mengenai kepimpinan dalam Umno, beliau berkata: "Jadi pemimpin tidak semudah yang kita fikirkan. Ada ketikanya kita rasa sangat bahagia, dan ada ketikanya kita rasa sangat terseksa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...dalam air badan berpeluh".Beliau mengakhir ucapannya dengan laungan 'Hidup Umno' dan Hidup Melayu' dengan disambut gemuruh oleh para perwakilan.

Tudung sekadar fesyen

Walaupun pelbagai gaya tudung diperagakan dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang yang menarik. Labuci warnawarni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar untuk fesyen bertudung. Betulkah cara pemakaian tudung sebegini? Sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekali gus menutup maruahnya sebagai seorang wanita, iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias hingga menjadikan daya tarikan lelaki bukan muhrimnya. Inilah yang menjadi akan dipaparkan dalam ruangan Isu kali ini. Adakah pemakaian tudung wanita Islam hari ini sekadar berfesyen ataupun benarbenar kerana mahu memenuhi tuntutan agama.

Harus lengkapi syarat menutup aurat Menutup aurat adalah menutup had anggota badan yang boleh menimbulkan fitnah atau keaiban diri kita. Soal bertudung tidak sama dengan soal menutup aurat. Perintah Allah adalah supaya menutup aurat agar kesucian diri kita terpelihara daripada pandangan orang yang tidak berkenaan. “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” (An Nur: 31) “Tudung adalah salah satu kaedah untuk menutup bahagian aurat dari atas kepala sehingga ke bahagian dada. Salah faham masyarakat adalah apabila menekankan soal bertudung tetapi mengabaikan hukum aurat. Perintah Allah diturunkan supaya meletakkan kain tudung di atas kepala sehingga labuh menutupi dada adalah kerana ayat tersebut diturunkan kepada wanita di zaman jahiliah yang sudah sedia berpakaian labuh tetapi cuma tidak menutup rambut mereka. Mereka disuruh supaya menambah pemakaian tudung kepala dan diperintahkan melabuhkannya sehingga menutupi dada,”demikian menurut Mohd Nor Mamat, Pengarah Kanan (Etika), Fellow (e-learning) Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung mereka sehingga menutupi dada (dan leher) mereka.” (An Nur: 31). Bermakna, pakai tudung sematamata belum menjamin perintah menutup aurat terlaksana. Penutupan bentuk dada masih termasuk dalam aspek penutupan aurat. Kadangkala, pemakaian fesyen bertudung hari ini lebih menekankan kecantikan dan seni berbanding melengkapkan syarat menutup aurat. Sebab itu terdapat hadis yang menyebut tentang wanita yang berpakaian tetapi seumpama tidak berpakaian (di sisi Allah). “Dari Abu Hurairah R.A. katanya: “Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya untuk memukul orang. Dan wanita-wanita yang berpakaian, tetapi sama dengan bertelanjang (kerana pakaiannya itu terlalu minimum, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka, dan wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh”. “Ringkasnya, apa pun yang kita pakai, apabila melengkapi syarat menutup aurat, maka ia adalah terlaksana. Setakat pemerhatian saya, kebanyakan ahli masyarakat kita faham dan tahu tentang aurat, had aurat dan dosa mendedahkan aurat tetapi tidak diamalkan,” ujarnya. Aurat wanita Menurut Mohd Nor lagi, salah faham masyarakat juga berlaku apabila bercakap tentang aurat, objeknya adalah wanita sedangkan lelaki juga ada had urat yang wajib ditutup. Menutup aurat yang sebenar bagi lelaki adalah antara pusat hingga lutut (paling minimum, dan perlu mengikut kesopanan). Bagi wanita, aurat mereka adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan bila berada di tempat terbuka atau bersamanya terdapat lelaki yang bukan muhrim. Apabila bersama sesama wanita atau dengan muhrim seperti bapa, abang dan sebagainya. Aurat mereka adalah antara pusat hingga lutut dan anggota badan yang menimbulkan fitnah. Anggota yang menimbulkan fitnah mengikut pandangan ulama ialah seluruh badan kecuali bahagian hujungan seperti leher ke atas, lengan ke tepi dan betis ke bawah. Tambahan syarat kepada pakaian untuk menutup had aurat tadi termasuklah longgar, tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk yang menarik perhatian nafsu. Hari ni, kadang-kadang bukan sahaja dada nampak, baju terbelah sampai nampak perut di tepi pun ada, lengan baju kembang sampai nampak sehingga bahu pun ada malah kain terbelah pun banyak sehingga nampak betis malah lutut juga. Selagi tidak melengkapi syarat di atas maka arahan menutup aurat masih belum terlaksana,” akhiri Mohd Nor.

28 Mac 2009

Jawatan Kosong (Eksekutif )

assalamualaikum .. salam ukhuwah Gembira dapat berhubung semula. Kepada semua Ikhwah & Akhawat yang sedang mencari kerja. Dapatkan segera maklumat jawatan kosong sebagai Eksekutif di Jabatan Ulum al-Quran & al-Hadith dan lain-lain jabatan. Gaji antara RM1.7k hingga 2.2k. Lokasi Bandaraya Shah Alam. Skop kerja : Kerja-kerja Tashih, penterjemahan, editorial, Data Entry dan sebagainya. Boleh mula segera. lawati : http://www.restu-art.com

Ramalan Arwah Cikgu Mohd Yasin Jadi Kenyataan -Malaysiakini

Anak aku, dalam ramai-ramai, ada yang akan menjadi menteri." Ramalan itu pernah dinyatakan oleh Tokoh Agama, Allahyarham Mohd. Yassin Mohd., namun yang nyatanya, salah seorang anaknya iaitu Tan Sri Muhyiddin dijangka melangkah ke depan lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.Menurut abang Muhyiddin, Abdul Rahman, 70, dia masih ingat bagaimana arwah ayahnya memberitahu mengenai ramalan itu. "Jadi, memang betullah apa yang arwah orang tua saya beritahu, malah dia (Muhyiddin) berjaya pergi lebih tinggi lagi hari ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.Abdul Rahman yang merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Agama (Arab) Saadiah di sini mengulas mengenai kejayaan Muhyiddin memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semalam. Menurut Abdul Rahman, dia berkongsi kegembiraan di atas kejayaan Muhyiddin dan yakin kemampuan adiknya itu membantu Datuk Seri Najib Tun Razak membawa negara ke tempat yang lebih baik dan berjaya."Semalam, seluruh keluarga berdebar menonton keputusan pemilihan di televisyen, sekali tengok dia berjaya, syukur Alhamdulillah. "Walaupun kami adik-beradik berlainan emak, namun hubungan kekeluargaan kami amat baik," katanya.Menurutnya, biarpun Muhyiddin dikenali sebagai seorang pendiam, namun tindakannya tegas dan disegani sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman lagi berpengetahuan luas.Sementara itu, menurut anak saudara Muhyiddin, Hairani Abdul Rahman, 35, dia mengenali bapa saudaranya itu sebagai seorang yang berprinsip dan amat bertanggungjawab. "Saya diberitahu yang sifat pendiam itu mengikut Allahyarham ayahnya yang merupakan seorang guru agama," katanya yang bertugas sebagai guru di sekolah yang sama.Jelas Hairani, Muhyiddin yang juga belajar agama di sekolah itu juga dikenali sebagai seorang yang berpandangan jauh dan tegas dalam merealisasikan sesuatu perancangan. Sementara itu, bagi seorang penduduk di kawasan Pagoh, Ruslan Sabtu, dia amat bersyukur di atas kejayaan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO memandangkan beliau sememangnya amat berkelayakan. "Kelebihannya adalah dia berpengalaman luas sama ada di peringkat kementerian ataupun kerajaan negeri."Kejayaan malam tadi menunjukkan masyarakat Pagoh khususnya dan rakyat di belakang Muhyiddin," ujarnya.

Nasib dua Najib yang berbeza -Malaysiakini

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui terharu dengan pengorbanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah memberikan laluan mudah kepada beliau untuk mengambil alih pucuk kepimpinan parti dan kerajaan.
Presiden baru Umno yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi itu berkata walaupun bukan mudah untuk pemimpin melepaskan jawatan yang disandang tetapi Abdullah bukan sahaja sanggup berbuat demikian malah melakukannya melalui proses peralihan kuasa yang amat tersusun, tertib dan harmoni.
“Saya tahu bukan senang untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, hendak melepaskan jawatan Ketua Bahagian pun susah...hendak lepaskan jawatan Ketua Cawangan pun susah, inikan pula jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan,” katanya dalam ucapan penerimaan jawatan sebagai Presiden Umno pada Persidangan Agung Umno 2008 di sini, hari ini.
Najib juga menyifatkan Abdullah telah membuat keputusan untuk berundur dengan cara yang begitu baik sekali di mana kedua-dua mereka telah beberapa kali mengadakan perundingan yang mengambil masa berjam-jam.
“Orang tidak tahu perkara ini, saya pun tak pernah cakap tentang perkara ini. Saya amat terharu kerana YAB Pak Lah buat proses itu (perundingan) sebagai sesuatu yang amat mesra dan penuh dengan perasaan kemanusiaan dan personal sifatnya sehingga Pak Lah, sebelum saya datang, berbincang dengan (Datin Seri) Jeanne Abdullah tentang apa yang saya suka makan dan biasanya itu yang akan dihidangkan,” katanya.
berbanding dengab Najib Aris,Hayat bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris akan berakhir di- tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian, hampir enam tahun lalu.
Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria memutuskan sebulat suara setelah menolak rayuan terakhir Ahmad Najib. Panel tersebut berpuas hati bahawa tidak syak lagi Ahmad Najib merupakan satu-satunya individu yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan Canny Ong berdasarkan laporan kimia dan keterangan ikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Hakim Arifin bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab.Rahman, Datuk Seri S. Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin. Ahmad Najib ketika ditemui pemberita sejurus keputusan itu diumumkan memberikan reaksi berikut: ''Saya sudah menjangka keputusan hari ini (rayuan akan ditolak). Saya menerimanya kerana ia takdir." Ibunya, Rapipah Ahmad yang hadir ditemani anak perempuannya, Suhana Aris hanya menggelengkan kepala sambil menyatakan: ''Tolonglah, saya tidak boleh cakap apa-apa sekarang." Ahmad Najib, 33, merayu terhadap sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh Canny Ong, 29, serta penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 10 kali kerana merogol mangsa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2005. Dia melakukan perbuatan itu antara pukul 1 dan 5 pagi, 14 Jun 2003 di Batu 7, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakimannya menyatakan, kehadiran laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak mampu disangkal kerana ia jelas mengaitkan perayu dengan kedua-dua tuduhan jenayah terhadapnya. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan sebelum ini berhujah, ujian DNA terhadap sepasang seluar jeans yang dipakai perayu mengandungi percikan darah mangsa cukup kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh Canny Ong. Menurut Hakim Zulkefli, mahkamah turut berpuas hati dengan bukti mengenai kehadiran sperma perayu dalam kemaluan mangsa yang disahkan melalui ujian DNA kerana ia secara terang-terangan membuktikan perayu bertanggungjawab merogol mangsa. Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa Mahkamah Rayuan betul ketika menerima alasan penghakiman Mahkamah Tinggi sewaktu mensabitkan tuduhan terhadap Ahmad Najib.

18 Mac 2009

HAK WANITA DI DALAM PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

Lokman Hakim bin Tuan Kamaludin Maksud 'Hak' Wanita ‘Hak wanita’ bermaksud wanita mempunyai keistimewaan di dalam undang-undang, yang ianya merangkumi berbagai perkara (yang akan dipantau). Termasuklah hak sedari kecil hinggalah kepada penghujungnya. Malah ianya perlu dijaga dan diserahkan kepada mereka. Kenapa Perlu Dijaga? Selalu ditimbulkan isu ‘wanita dan hak’, apakah kaum lelaki tidak ada hak? Ataupun hak lelaki sudah terjamin di dalam undang-undang? Oleh itu di dalam kertas kerja ini, penulis cuba mengenengahkan beberapa isu tentang hak-hak yang selalu ditimbulkan (terutamanya di dalam kes-kes Mahkamah). Ianya menjadi persoalanan apakah ianya sebegitu sukar untuk dimiliki? Apakah tiada satu aturan bagi memudahkan pemilikan hak-hak tersebut? Malah ianya dilihat seolah-olah satu isu yang agak sama (akan dilihat di bawah ini). Oleh kerana itu, sayugialah setiap wanita mengetahui hak-haknya bagi memudahkan setiap perbuatannya, apatah lagi dalam membuat tuntutan terhadap hak-haknya. Ianya tidak akan berbangkit jika tidak dijadikan masalah, dan masalah ini bukanlah satu perkara yang dipinta. Oleh kerana ianya satu keadaan yang tidak diketahui mungkin atau tidak berlaku kepada kita, maka perlulah ianya diambil tahu, bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan terhadap hak-hak kita. Nafkah Apabila hak nafkah dibangkitkan timbul dua suasana bagi wanita bergelar isteri iaitu: Hak nafkah di dalam perkahwinan; dan Hak nafkah sesudah terbubarnya perkahwinan. Hak-Hak Berbangkit (Wanita) Syariat berkahwin adalah syarat yang terulung, sedari zaman Nabi Adam hinggalah kepada zaman Rasulullah saw. Perkahwinan ini menjadi satu institusi yang utuh dan diperlukan. Islam sendiri menghormati dan mengutamakan perkahwinan, kerana ianya mampu membina masyarakat. Sabda rasulullah saw: “Sesiapa di antara kamu yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin, jika tidak mampu hendaklah dia berkahwin.” Selain itu dengan suluhan syariat telah mengariskan panduan untuk memilih pasangan hidup setiap orang antaranya, oleh itu tidak boleh dipersalahkan syariat Islam jika kepincangan melanda mereka. Oleh itu antara perkara yang wajib dan wajar diambil tahu oleh setiap pasangan adalah tanggungjawab serta haknya di dalam perkahwinan tersebut. Ini tidak kira samada ianya adalah suami mahupun isteri mahupun anak-anak. Setiap golongan ini mempunyai hak dan tanggungjawab. Merujuk kepada keadaan semasa sekarang, penumpuan serius perlu diberikan terhadap wanita agar mereka mengetahui hak dan tanggungjawabnya di dalam perkahwinan. Ianya banyak dijelaskan di dalam undang-undang yang di gubalkan, yang berhasrat untuk menjaga dan mengawal hak-hak ini dari dilanggari. Terdapat beberapa hak yang perlu diambil tahu oleh setiap wanita, dan pemegang hak itu perlulah menyerahkannya kepada yang berkenaan terutamanya seperti mana yang terkandung di dalam enakmen yang diguna pakai terhadap orang Islam di setiap negeri, antaranya:- Hak diwalikan semasa perkahwinan Paksaan dalam pilihan hidup Hak mengetahui dimadukan Bolehkan lelaki menuntut semula segala perbelanjaan Ithbat nikah Kausa bagi wanita pendaftaran perkahwinan Hak untuk ithbat cerai Hak menjaga anak (Hadhanah) Nafkah Mutaah dan harta sepencarian Hak mempusakai Hak untuk didengari Hak untuk diwakili

15 Mac 2009

Hukum Persandingan Dalam Islam

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja. 2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang. 3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964) Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu. 4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan: (a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. (b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu. Hukum Islam Terhadap Persandingan 1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful. 2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas. 3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.) 4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33) 5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26) 6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286) 7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat: 1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat. 2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. Rujukan 1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam. 2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha. 3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam. Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam

Ustaz dan Ustazah Interaktif

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran - penilaian kefahaman terhadap topik
Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik
Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Majlis Pelancaran Permuafakatan Alumni Timur Tengah Dan Alumni Pengajian Islam Malaysia

Majlis Pelancaran Permuafakatan Alumni Timur Tengah Dan Alumni Pengajian Islam Malaysia telah diadakan pada 26 Februari 2009 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kulala Lumpur sempena Seminar Takhrij Hadith Peringkat Kebangsaan. Majlis pelancaran Permuafakatan telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di JPM dengan kehadiran jemputan seramai 800 orang daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Objektif Pemuafakatan Alumni Timur Tengah Dan Alumni Pengajian Islam Malaysia adalah:
1. Mewujudkan kerjasama dalam merangka program-program bagi menyatukan ummah.
2. Melahirkan gabungan Ulama’ dan Umara’ dalam memperkasakan dakwah dan syiar Islam di negara ini.
3. Mewujudkan rangkaian kerjasama dakwah di antara Alumni Pengajian Islam Malaysia dan Alumni Timar Tengah.
4. Mewujudkan pangkalan data penceramah Alumni Pengajian Islam diInstitusi Pengajian Tinggi Awam dan Pengajian Timur Tengah.
5. Melahirkan tenaga mahir dalam penguasaan bahasa arab di peringkat nasional dan antarabangsa.
Y.B Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyalurkan sumbangan daripada pejabat Menteri sebanyak RM 150 ribu kepada Alumni Timur Tengah, Alumni Pengajian Islam Malaysia dan Persatuan Ulama' Malaysia.

MOtivasi Dalam Pembelajaran

Sebagai bakal seorang guru, kita mestilah memiliki pelbagai tanggung jawab dantugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesiguru.Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggung jawab seorangguru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalamproses belajar. Segala usaha kearah itu harus dirancang dandilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalahguru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran.Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusahamemahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan sertamenggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum. Guru dapat memahami motivasi belajar jika sewaktu mengajar dia dapatmelaksanakan langkah-langkah seperti berikut: 1. Mengenal pasti tingkat kecerdasan para pelajar. 2. Melaksanakan teknik memotivasi pelajar. 3. Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengankeperluan dan minat pelajar. 4. Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar. 5. Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan yang sistematik. 6. Melaksanakan penilaian diagnostik. 7. Melaksanakan komunikasi interpersonal. Memotivasi pelajar merupakan salah satu langkah awal yang harusdilakukan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jikaguru telah berjaya membangun motivasi pelajar semasa pengajaran danpembelajaran bermakna guru itu telah berjaya mengajar. Namunpekerjaan ini tidaklah mudah. Memotivasi pelajar tidak hanyamenggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi jugamengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secaraterus menerus, walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelahmeninggalkan sekolah. Untuk meyakinkan diri kita bahawa memotivasi pelajar dalam belajarmerupakan tugas guru dan berkewajiban pula melaksanakannya, makapendekatan Behavioristik perlu kita jadikan pedoman dalam mengajar.Para pakar Behavioristik mengemukakan bahawa motivasi ditentukanoleh persekitaran. Guru merupakan persekitaran yang sangatberperanan di dalam proses belajar. Oleh kerana itu, meningkatkanmotivasi pelajar dalam pelajaran merupakan tugas yang sangat pentingbagi guru. Mengapa usaha memotivasi pelajar itu sangat penting bagi guru?Sesetengah guru mungkin beranggapan bahawa tugas mereka sebagai guruhanyalah mengajar sahaja, bukan menimbulkan minat pelajar terhadapapa yang mereka ajarkan. Guru-guru seperti ini menghabiskan masamereka di dalam kelas semata-mata hanya untuk menuangkan bahanpelajaran kepada pelajar. Mereka tidak peduli sama ada isi pelajaranyang mereka ajarkan atau yang mereka terangkan itu dapat diterimaoleh pelajar untuk dijadikan sebagai miliknya atau tidak. Merekatidak memperhatikan apakah bahan yang mereka ajarkan itu bermanfaatdan mempengaruhi tingkah laku atau perkembangan pelajar ke arah yangpositif. Guru-guru seperti ini tidak menyedari bahawa pelajar-pelajar yang tidak berminat tidak akan dapat menerima pelajarandengan baik. Pelajar yang tidak berminat terhadap apa yang diajarkan oleh gurutetapi dia diharuskan mempelajarinya, dapat menimbulkan suatuperasaan benci terhadap mata pelajaran itu, bahkan untuk selanjutnyapelajar itu tidak akan ingin pernah mempelajarinya. Di dalam kelasyang kita ajar mungkin kita akan mendengar pelajar berkata, "Sayatidak mampu belajar Bahasa Inggeris" atau "Saya tidak dapat belajarmatematik." Jika kita teliti permasalahannya, bukan kerana kedua-duamata pelajaran tersebut sukar atau tidak menyenangkan, tetapi keranaguru kedua-dua mata pelajaran itu tidak menggunakan strategi yangberkesan, sehingga pelajar tidak tertarik untuk mempelajarinya.Pelajar tidak bermotivasi, malahan merasakan mata pelajaran tersebutmenjadi menyiksa mereka. Guru seharusnya menggunakan masa yang banyak sewaktu mengajar untukmemotivasi pelajar-pelajarnya. Pelajar yang termotivasi dengan baikdalam pelajaran akan melakukan lebih banyak aktiviti dan lebih cepatbelajar jika dibandingkan dengan pelajar yang kurang atau tidaktermotivasi semasa belajar. Ini memandangkan, jika guru dapatmembangunkan motivasi pelajar terhadap pelajaran yang diajar makadiharapkan pelajar akan sentiasa meminati mata pelajaran tersebut. Sesungguhnya usaha memotivasi pelajar dalam pendidikan adalahmerupakan suatu proses (1) membimbing pelajar untuk memasukipelbagai pengalaman yakni proses belajar sedang berlangsung; (2)proses menimbulkan semangat dan keaktifan pada diri pelajar sehinggadia benar-benar bersedia untuk belajar; dan (3) proses yangmenyebabkan perhatian pelajar tertumpu kepada satu arah atau tujuanpada satu masa, iaitu tujuan belajar. Situasi kelas yang pelajar-pelajarnya termotivasi dapat mempengaruhisikap belajar dan tingkah laku pelajar. Pelajar yang termotivasiuntuk belajar akan sangat tertarik dengan berbagai tugas belajaryang sedang mereka kerjakan; menunjukkan ketekunan yang tinggi;variasi aktiviti belajar mereka pun akan lebih banyak. Di sampingketerlibatan mereka dalam belajar lebih besar, mereka juga kurangmenyukai tingkah laku yang negatif yang dapat menimbulkan masalah disiplin. Oleh kerana itu, dalam upaya menjaga dan meningkatkan disiplin kelasmaka motivasi pelajar mesti dipertimbangkan. Ini bermaknameningkatkan motivasi pelajar dalam belajar merupakan suatu carayang baik dalam menghindari tingkah laku pelajar yang negatif,kerana mereka terlibat aktif dalam belajar dan terangsang untukbelajar. Sebenarnya tujuan jangka panjang dalam membangun dan mengembangkanmotivasi pelajar dalam belajar adalah terbentuknya motivasi kendiri.Kita sebagai guru ingin agar pelajar selalu terdorong untukmengembangkan minatnya untuk belajar walau di mana pun dia berada.Kita berharap agar pelajar-pelajar kita sentiasa ingin menimbapelbagai ilmu pengetahuan walaupun mereka telah lepas dari bimbingankita. Tujuan pendidikan yang paling utama adalah untuk membangkitkandalam diri pelajar suatu motivasi yang kuat dan terus menerus untukbelajar. Hal ini akan menjadi suatu kecenderungan dan kebiasaandalam melakukan proses belajar selanjutnya. Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana caranya kita semasamelakukan pelbagai usaha untuk membangun dan mengembangkan motivasipelajar semasa belajar? Para pakar Humanistik, misalnya Carl Rogers,seorang pakar psikologi mengemukakan bahawa pada dasarnya di dalamdiri setiap manusia ada keinginan yang sangat kuat untuk belajaryang bersifat semulajadi. Jadi, di dalam diri pelajar keinginan itusudah ada. Guru hanya mengembangkan atau memupuk keinginan itusehingga keinginan belajar itu dapat direalisasikan dalam bentukprestasi yang maksimum. Para pakar Behavioristk pula, misalnya B.F.Skinner, seorang pakar pendidikan mengemukakan bahawa motivasipelajar sangat ditentukan oleh persekitarannya. Pelajar akan termotivasi semasa belajar jika persekitaran belajar dapatmemberikan rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk belajar. Guruharus mengatur persekitaran atau suasana belajar secara bijaksana sehingga pelajar termotivasi untuk belajar. Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagaipengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan danmeningkatkan motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga prosesbelajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu,guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsipdan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasipelajar dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknikyang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalamusaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip danteknik yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjangmasa, dan untuk semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbezakeperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntutperbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar.Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dankeperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar. Di dalam kelas yang pelajar-pelajarnya terdiri dari kelompok yangmemiliki kemampuan yang sama namun berbeza keperibadian dan minat,variasi prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang dipakai akan lebihbanyak. Di dalam kelas mungkin kita akan menemui beberapa orangpelajar yang mampu memotivasi dirinya sendiri. Pelajar-pelajarseperti ini tidak banyak memerlukan pertolongan dari guru untukmerangsang minat mereka dalam belajar, kerana mereka mampu mendorongdiri mereka sendiri. Kebanyakan pelajar akan mempunyai motivasibelajar jika kita menggunakan berbagai teknik untuk memotivasimereka, namun ada pula sejumlah pelajar yang baru akan termotivasijika kita melakukan usaha-usaha khusus bagi mereka. Oleh kerana itukita sebagai guru hendaklah fleksibel dalam memakai berbagaipendekatan dalam merangsang minat pelajar dalam belajar, serta mampumenerapkan berbagai prinsip dan teknik yang berbeza sesuai dengankeperluan masing-masing pelajar .

Permohonan untuk Pengajian di Timur Tengah

permohonan untuk menyambung pengajian di Timur Tengah

Larangan Memasuki Premis Perjudian di Pahang

Umat Islam dilarang memasuki premis perjudian atas alasan apa pun sebagaimana tertakluk di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang yang telah ditandatangani oleh Sultan Pahang pada 3 Desember lalu.
Perkata itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat resam Melayu Pahang (MUIP) Dato� Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Di bawah larangan itu, premis perjudian adalah perbagaimana ditakrif di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (disemak 1983). Ia termasuklah kedai empat nombor, Sport Toto dan sebagainya yang berselerak di seluruh negeri. Dipercayai setiap daerah di Pahang mempunyai sekurang-kurang empat premis perjudian ekor, Sport Toto dan ramalan nombor.
Semua premis terbabit penuh sesak dengan pelanggan terutama pada hari Sabtu. Ia turut membabitkan warga asing dari Indonesia, Pakistan, Myanmar, Bangladesh, India dan sebagainya. Sesiapa yang melanggar perintah itu boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 169, Enekmen Pentadbiran MUIP No .8 /1982 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. Penguatkuasaan larangan itu berkuat kuasa 13 Mac lalu.

14 Mac 2009

Jiwa Islam Shamsiah Fakeh

Fahri Abdullah al-Masri
Salah satu andaian, telahan peribadi saya yang masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini ialah.. "British membuat propaganda dalam bentuk agama ke atas pemikiran Melayu supaya dengan itu, Melayu tidak akan menyebelahi dan atau masuk komunis." Tapi, seperti mana yang saya sebutkan tadi, tak dapat dibuktikan sama ada wujudnya dokumen, catatan dan kenyataan akhbar dalam bentuk propaganda British yang mengolah cara berfikir Melayu sehingga memandang serong ke arah komunis.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, saya tidak fikir bahawa cara berfikir itu terbitnya dari kalangan Melayu sendiri. Ini kerana, kita tahu British ingin memusnahkan komunis sejak zaman penaklukannya ke atas Malaya selepas Jepun kalah. British jugalah yang memberikan senjata secara rahsia kepada MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) untuk melawan tentera Jepun. MPAJA kemudiannya bertukar nama kepada Bintang Tiga atau komunis selepas British kembali menjajah Malaya.
Selepas kejatuhan Singapura, MPAJA dan British in Asia Tenggara putus hubungan. British mahu pulihkan semula perhubungan itu dengan mendaratkan agen tenteranya di Malaya. Kumpulan pertama, Kolonel John Davis bersama lima agen Cina, mendarat di Perak pada Mei 1943. Demikian menurut satu catatan. Kumpulan kedua tiba pada September 1943. Agen-agen inilah yang kemudian terkenal dengan nama "Force 136". Pada Januari 1944, pimpinan MPAJA tiba di kem Force 136 dan mengikuti perbincangan bersama para pegawai Force 136. "It was agreed that in return for arms, money, training, and supplies the MPAJA would cooperate and accept the British Army's orders during the war with Japan.." [Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya, 1983, Singapore.]
Maka, dengan tiba-tiba, British menyerang MPAJA (Bintang Tiga, Komunis) kembali. Di sini British tentulah bermusuhan dengan puak-puak dari gunung dan hutan ini. Dan kaum Melayu pun diminta agar tidak lagi mendekati komunis. Walhal, dahulunya Britishlah yang menyalurkan latihan ketenteraan kepada MPAJA Cina untuk menentang Jepun. MPAJA akhirnya berubah nama, Bintang Tiga atau komunis dan diperangi semula oleh British. Pada saat inilah, propaganda ke atas Melayu bermula!
Propaganda BritishSejak dahulu, British tahu bahawa sentimen agama Islam dan adat resam Melayu adalah suatu hal yang bersifat sakral, suci dan kedua-duanya tak boleh disentuh sama sekali. Di sini, mustahil propaganda bahawa Melayu tidak masuk komunis datang daripada Melayu sendiri. Ada juga orang Melayu yang terkenal kuat agamanya telah masuk komunis. British dalam rupa tentera berbeza daripada segi pendekatan British saudagar. Tapi dalam hal slogan dan seruan, mereka tetap ada persamaan. Jika pada masa British saudagar, hal slogan ini berbunyi, Residen British menasihati raja-raja kecuali dalam hal Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang tidak akan disentuh.
British dalam rupa paras tentera, menjelang kemerdekaan menyeru seruan yang bersifat keagamaan juga. Bahawa Melayu jangan menyokong komunis kerana faham mereka itu tiada bertuhan. Komunis adalah atheis. Dengan kepungan fikiran rakyat ini, British cuba menakluk hati, jiwa dan perasaan Melayu. Salah seorang pimpinan komunis yang terkenal kuat agama ini bernama Shamsiah Fakeh. Beliau yang asalnya dari Awas (Angkatan Wanita Sedar), sebuah sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) akhirnya terpaksa berpindah kepada perjuangan di hutan.
Membaca memoir Shamsiah Fakeh menyebabkan akal kita terpaksa bekerja keras semula untuk berfikir, kenapa insan yang tebal keinginannya untuk belajar agama ini mengambil keputusan memasuki PKM ketika propaganda bahawa PKM itu faham tiada bertuhan itu sedang giat dijalankan. Hanya ada satu jawapan. Ini semua adalah propaganda British supaya keanggotaan PKM itu semakin berkurangan dan pengaruhnya makin merosot. Mustahil Melayu atau kaum-kaum lain melancarkan propaganda ini.
Mereka tiada kepentingan apa-apa melainkan mahu menjalani kehidupan sebagai biasa, mencari nafkah untuk hidup dengan bebasnya dalam negara ini. Ada beberapa perenggan yang menarik untuk diteliti mengenai kuatnya hubungan gadis bernama Shamsiah ini terhadap agamanya sendiri.
Aku berasal dari keluarga miskin. Sejak kecil lagi aku ingin belajar ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya. Aku terdidik dalam masa panjang dengan pelajaran agama. Cita-citaku hendak belajar lebih tinggi tidak tercapai kerana pelbagai sebab. Yang terutamanya ialah kerana miskin. Pelajaranku terputus di tengah jalan kerana aku telah berkahwin. Rupa-rupanya, aku masih berpeluang melanjutkan pelajaran agamaku. Pada 1939, sebuah sekolah agama telah dibuka di Pelangai iaitu di daerah kediamanku di Kuala Pilah.
Sekolah itu ialah Madrasah Aliyah Islamiyah. Nama Inggerisnya iaah Islamic High School. Sekembalinya aku dari Sumatera, aku terus melanjutkan pelajaranku di sekolah ini. Minat Shamsiah ke atas pelajaran agama terserlah melalui cara melontarkan pendapatnya terhadap corak pembelajaran di sekolah ini lewat memoirnya. Lebai Maadah telah memperkenalkan cara baru dalam pengajarannya. Pengajian utama di sekolah ini ialah al-Quran dan hadis. Pengajian dimulakan dengan penterjemahan al-Quran secara perkataan demi perkataan iaitu secara harfiah. Para penuntut di sekolah ini termasuk aku sendiri sudah boleh menterjemah 30 juz al-Quran dalam masa satu tahun lebih. Seterusnya dalam masa tak sampaiu dua tahun, mereka mampu mentafsir 30 juz al-Quran itu. Bagaimanapun aku hanya dapat belajar selama setahun lebih saja di sekolah ini kerana aku berkahwin.
Ini bererti, Shamsiah sudah mengenal kaedah-kaedah pelajaran agama yang dianggapnya berbeza dengan sistem pendidikan yang lain. Beliau sudah boleh membuat perbandingan. Keupayaan Shamsiah menterjemah hingga 30 juz al-Quran membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang orangnya. Ini kerana, seseorang yang mampu memahami, manfsirkan dan menterjemah satu persatu istilah dan ungkapan dalam al-Quran itu, tentulah benar-benar mahir dalam menguasai selok-belok dan simpang-siur laluan pengetahuan agama. Perkahwinan bukan penghalang belajar agama.
Kiblat kesetiaannya ke atas pelajaran agama kekal tidak berubah. Apabila Shamsiah telah bernikah, antara syarat tuntutannya ke atas suami ialah beliau ingin diberi peluang belajar agama. Hal itu dipersetujui oleh suaminya. Rusdi bersertuju untuk memenuhi syarat itu. Aku dan Rusdi serta seroang kawan Rusdi bernama Abdul Ghani iaitu seorang tukang jahit telah berpindah ke Bagan Serai. Setelah masalah untuk mendapatkan rumah selesai, aku pun mulai belajar agama di sekolah agama di Masjid Tinggi, Bagan Serai selama sebulan saja. Sebetulnya, ada banyak lagi contoh-contoh perbandingan yang boleh dikembarkan di sini tapi biarlah kita rumuskan satu hal saja. Bahawa perjuangan Islam ini boleh masuk dalam lapangan apa sahaja. Baik komunis sekali pun.
Menurut Shamsiah Fakeh, komunis pada asalnya adalah sebuah parti yang sah dan bukan suatu yang pelik jika kita menganggotainya pada saat itu. PKM asalnya bukan perjuangan mengangkat senjata di hutan. Keadaan telah menyebabkan mereka berubah watak. Umno mengubah slogan Hidup Melayu kepada Merdeka pun disebabkan aktivis PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), sebuah pertubuhan Melayu Kiri telah masuk dalam Umno. Timbul persoalan, apakah ini terjadi kerana PKMM diharamkan sekitar 1948?
Apa pun.. perjuangan agama itu boleh wujud dalam mana-mana pertubuhan, parti politik, dan mana-mana wadah pun termasuk Umno. Bezanya, sejauh manakah seseorang itu boleh menegakkan kebenaran keyakinan hidup beragama dalam parti yang dianggotai itu? Katakanlah Umno, sejauhmanakah mereka dapat bersuara menterjemahkan hukum hudud dalam negara? Bagaimana ahli-ahli Umno mahu membanteras amalan khurafat dalam hal permainan kuda kepang yang terkenal di Johor?
Amalan itu berleluasa sehingga pemain-pemainnya dirasuk semangat jahat, jin dan syaitan ketika permainan itu berlangsung. Dan, banyak lagi hal yang kita harus segera bermuhasabah sebelum terlambat. Shamsiah Fakeh telah meninggalkan sebuah memoir. Dan di sana kita dapat menghukumnya sendiri samada beliau seorang yang taat beragama atau tidak. Tapi, ahli Umno bagaimana?

Perdana Menteri pun kena buli

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak terperanjat beliau dicari oleh pihak polis kerana dipercayai terbabit dalam perarakan tanpa permit membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Istana Negara, Sabtu lalu kerana "Perdana Menteri pun kena buli". "Apa yang nak dihairankan, Perdana Menteri pun kena buli," kata beliau sambil merujuk laporan bertajuk "Bahasa Inggeris: Kajian dasar tidak akan dipercepat, tegas Hishammuddin" setelah disiarkan berita bertajuk "Bahasa Inggeris: PM mahu keputusan dibuat segera elak masalah besar". "Bukan setakat (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) Karpal (Singh) yang dibuli oleh Pemuda Umno apabila mereka menyerang beliau di bangunan Parlimen, Perdana Menteri pun dibuli oleh Ketua Pemuda Umno kalau kita baca laporan mengenai kenyataan (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) mengenai PPSMI. "Kalau Perdana Menteri pun kena buli, apa nak dihairankan rakyat bawahan seperti saya dicari polis," kata Mahfuz.
Mahfuz seterusnya berkata, kalau Ketua Pemuda Umno sendiri begitu ketara tidak menghormati Perdana Menteri yang juga Presiden partinya sendiri, tidak ada sebab lagi rakyat patut menghormati Perdana Menteri dari Umno. "Kita bercakap mengenai Perdana Menteri dari Umno, bukan (Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi. "Kalau (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri, beliau juga Perdana Menteri dari Umno dan tidak ada sebab lagi rakyat patut menghormati Perdana Menteri dari Umno kerana Ketua Pemuda Umno sendiri tidak menghormati Perdana Menteri dari partinya malah Presiden partinya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Pihak polis Khamis lalu mengedarkan nama kesemua individu tersebut supaya mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samad Mah berkata, kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan kerana perhimpunan dan perarakan PPSMI itu tidak mendapat permit dan dianggap melanggar undang-undang mengikut Seksyen 27, Akta Polis 1967.
"Kami harap individu terbabit boleh membantu kami dengan memberikan keterangan kepada pegawai kita seberapa segera," katanya. Mereka adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad; Timbalan Pengerusi GMP, Prof Dr Shaharir Mohd Zain; Setiausaha GMP, Hasni Abas; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Mahfuz; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Akademik, Prof Abdullah Hasan; Ainon Mohd; penggiat teater, Shamsudin Othman (Dinsman); Suhaizan Kaiat; Mohamad Faizal Abd Aziz; Naib Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ketua AMK Bahagian Batu, Rozan Azen Mat Rasip.

GURU YANG EFEKTIF MENURUT IMAM GHAZALI

Al-Ghazali telah memberikan lapan ciri-ciri guru yang efektif, merangkumi aspek kualiti dan tugas seorang guru yang cemerlang. 1. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri. 2. Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya. 3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengatahuan tentang perkara tersebut. 4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka. 5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan murid-muridnya. 6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan. 7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

Kepentingan Pendidikan:

Maulana Syed Abul-Hasan ‘Ali al-Nadawi rh menyebut tentang kepentingan pendidikan ini dalam beberapa buah bukunya.Antaranya beliau menyebut tentang perkara itu dalam bukunya Islam and the World(2): “Susunan pendidikan Alam Islam mesti bentuk semula habis-habis habisan dalam suluhan cahaya cita-cita Islam dan ajaran-ajarannya. Mempelajari dari negeri-negeri Barat apa yang maju terkedepan dalam sains dan teknologi adalah satu perkara, tetapi bila sahaja Muslimin melupai bahawa akar-umbi kekuatan mereka berada dalam Islam, dan mereka menjadi pengikut-pengikut khemah orang lain dari segi intelektuilnya, tenaga-tenaga kreatif mereka menjadi terhalang. Dalam zaman lampau kepimpinan intelektuil Muslimin diterima di seluruh dunia. Budaya dan ilmu pengetahuan mereka berkembang dalam setiap bidang kehidupan manusia di seluruh dunia. Buat masa yang lama dunia terus menerus berfikir dalam cara Islam dan mendapat inspirasi daripada kehidupan cara Islam. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmu pengetahuan di dunia Barat dan setiap pengarang terkenal mengunakan bahasa ini untuk melafazkan apa yang hendak dinyatakannya Beliau meneruskan kenyataannya tentang bagaimana Barat mendatangkan banyak akibat-akibat yang merugikan Islam dan umatnya dalam sejarahnya. Kata beliau: “Kemudian masa berubah, dan berlakulah kemenangan Barat mengatasi (Muslimin). Ia membawa bersama-sama dengannya sikap baharu dalam hubungan dengan pengetahuan, yang merupakan hasil pengalaman-pengalaman dan keadaan-keadaan budaya Barat sendiri. Dunia mula mengikut dengan membuta tuli struktur yang baharu itu. Dunia Islam juga, oleh kerana kemalasan mental (mental sluggishness) terpedaya dengan ilusi bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka hanya terletak pada sikap tunduk sebagai abdi kepada barat dan sistem pendidikannya. Dengan itu maka asaspun disediakan bukan sahaja untuk pendewaan intellektuil tetapi juga peniruan (imitation) peradaban Barat oleh golongan intelektuil Muslimin. Maka sikap skeptik dalam agama, takbur, rasa tidak puas hati (dengan agama) dan semua ciri-ciri lain cara hidup Barat mula secara beransur-ansur dan tetap menggantikan cita-cita mulia dan tinggi budaya di kalangan generasi Muslimin yang baharu muncul. Peradaban kerohanian Islam mula secara sistematisnya digantikan dengan peradaban kebendaan Eropah.” Beliau menyatakan bahawa syarat untuk mendapatkan kembali kepimpinan dunia ini adalah melalui pencapaian kedudukan teratas dari segi intelektuil melebihi Barat. Kata beliau: “Adalah paling penting sekali demi untuk mencapai kembali kedudukan kepimpinan dunia bagi Islam bahawa Muslimin mestilah menimbulkan kembali ketinggian intelektuil mereka ke atas Barat. Untuk tujuan ini kebudayaan Islam mesti menegaskan dirinya kembali. Usaha-usaha perjuangan yang gigih mesti dilakukan dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Sudah tentu, ini bukannya kerja beberapa orang perseorangan ataupun beberapa pertubuhan. Lujnah-lujnah dan institusi-institusi yang bertenaga tinggi dengan segeranya hendaklah dibangunkan dengan tujuan untuk menyusun struktur pendidikan yang secara seluruhnya mengikuti roh ajaran al-Qur’an dan Sunnah tanpa mencuaikan syarat-syarat pengajian moden dan penyelidikan saintifik. Ahli-ahli pendidikan dan sains Islam hendaklah menggunakan kekuatan mereka sendiri dalam bidang pemikiran spekulatif (speculative reasoning ) dalam hubungan dengan pembentangan sains empiris supaya mereka boleh menyelamatkan generasi-generasi mendatang Muslimin daripada menimbulkan perasaan benci terhadap zaman yang telah lalu sejarah mereka dan merasa putus harap dalam hubungan dengan masa depan mereka”.(3) Dalam bukunya The Glory of Iqbal (4) beliau menyebut beberapa kritikan almarhum Muhammad Iqbal rh dengan penuh persetujuan terhadap pendidikan moden. Antaranya ialah bagaimana pendidikan moden telah mengabaikan pembangunan mental dan rohaniah generasi muda yang mengakibatkan timbulnya krisis moral di kalangan mereka; dengan itu maka fikiran pemuda dan pemudi sekarang cerdas dan gemilang tetapi jiwa dan rohaninya gelap; kemerosotan rohaniah berlaku bergandingan dengan perkembangan mental yang cerdas; bagaimana akibatnya juga timbul di kalangan mereka sifat tidak mengenali jati-diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan destini atau masa hadapan dan nasib mereka sebenarnya; bagaimana mereka itu lebih dipengaruhi oleh ideologi-ideologi asing lebih daripada dipengaruhi oleh agama mereka sendiri; bagaimana sifat kebendaan yang berlebihan di kalangan mereka dan juga sifat berlebihan dalam bergantung kepada pekerjaan sebagai matlamat pendidikan menyebabkan keruntuhan moral dan kerohanian mereka; bagaimana timbulnya sikap mengambil peluang dan faedah kebendaan yang sementara dalam sesuatu kegiatan (undue expediency) bersekali dengan budaya “artificial” dan hidup meniru-niru yang tidak wajar. Dengan itu pendidikan Barat moden menjadi alat penjajahan Barat ke atas Timur (kalau sekarang ini diperteguhkan lagi dengan seruan “Globalization” atau Globalisasi yang menjayakannya melalui ekonomi pasaran terbuka dan keadaan “dunia tanpa sempadan” dan “perkampungan global”); bagaimana pendidikan Barat moden yang terbentuk dalam atheisme , atau sekurang-kurangnya dalam keadaan keresahan mental dan kekalutan intelektuil (“intellectual anarchy”) mengakibatkan timbulnya skeptisisme, dan unsur-unsur rasionalisme dan pemikiran bebas di kalangan mereka yang terdidik di dalamnya; bagaimana kejayaan saintifik dan faedah-faedahnya membolehkan manusia menguasai angkasa lepas dan terbang di angkasa tetapi menyebabkan ianya terangkat daripada tempat berpijaknya dan memisahkannya daripada akar umbi rohaniahnya; bagaimana pendidikan itu berkecenderungan untuk membataskan nilai dan martabat manusiawi dalam hubungan dengan mesin, industri, dan lain-lain manifestasi kemajuan kebendaan walaupun ianya adalah “mutiara yang dikehendaki dari samudera seluruh penciptaan” dan “hasil penuaian dari ladang gandum kehidupan”; bagaimana akibatnya pengertian ilmu dan kefahaman manusiawi menjadi cacat dan tercela tanpa rahmat Ilahi dan wahyuNya; bagaimana dalam suasana pendidikan demikian setiap lintasan pemikiran yang tidak menasabahpun diangkat martabat menjadi “falsafah” yang dihormati; bagaimana sifat tergesa-gesa keinginan cepat dalam segala perkara dalam zaman teknologi ini menyebabkan kestabilan segala perkara menjadi musnah dan falsafah menjadi himpunan pemikiran yang tidak koheren yang tidak menentu (“haphazard collection of incoherent ideas”); bagaimana pendidikan demikian menggalakkan timbulnya sikap meniru-niru buta tamaddun Barat yang menghilangkan semangat dan roh keaslian dan tindakan yang bebas merdeka; dengan itu generasi muda tidak ada kewujudan dan jatidiri asli sebenarnya kerana ia menjadi bayangan bagi wujud Barat dengan kehidupan “artificial” yang diamalkannya; dengan itu jiwa mereka dilitupi dukacita dan rasa bosan, bukan lagi penuh dengan harap dan cita-cita tinggi dan murni.

25 Januari 2009

Nikah Melalui Telefon ?? Boleh Ke??

Berikut adalah persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang daripada pembaca majalah digital hidayatullah .com berkenaan hukum nikah melalui telefon . Saya bekerja di luar Hongkong dan punya calon pria Solo. Untuk menenangkan pikiran, bolehkah menikah melalui telefon? Ustadz ....saya sedang bekerja jadi TKW di Honkong masa kontrak saya masih 2 tahunan sementara saya punya kenalan di Solo. Kami berdua sudah saling cinta dan berjanji langsung akan menikah setelah kontrak saya habis.Masalahnya, sudah dua bulan ini saya sudah tak sabar dan was-was saya termasuk orang pencemburu kerana itu, agar menenangkan kami berdua kami mengusulkan untuk menikah melalui telefon setidaknya meski kami tidak bertemu, kami bisa tenang dan sudah sah sebagai suami-isteri. Bolehkan saya lakukan hal seperti ini dalam Islam??
Iqlimah-Hongkong
Jawaban dari ustaz :Proses pernikahan dalam Islam mempunyai aturan- aturan yang ketat. Sebuah akad pernikahan yang sah harus terpenuhi rukun dan syarat-syaratnya. Rukunnya adalah ijab dan qabul, sedang syaratnya adalah izin dari wali perempuan dan kehadiran dua orang saksi. Ini semuanya harus dilakukan dengan jelas dan transparan, sehingga tidak ada unsur penipuan dan pengelabuhan. Oleh kerana itu calon suami atau wakilnya harus hadir di tempat, begitu juga wali perempuan atau wakilnya harus hadir di tempat, dan kedua saksipun harus hadir di tempat untuk menyaksikan akad pernikahan.
Ketika seseorang menikah lewat telefon, maka banyak hal yang tidak bisa terpenuhi dalam akad nikah lewat telefon tadi, diantaranya : tidak adanya dua saksi, tidak adanya wali perempuan, dan tidak ketemunya calon penganten ataupun wakilnya. Ini yang menyebabkan akad pernikahan tersebut menjadi tidak sah.Seandainya dia menghadirkan dua saksi dan wali perempuan dalam akad ini, tetap saja akad pernikahan tidak sah. Kerana kedua saksi tersebut tidak menyaksikan apa-apa kecuali orang yang sedang menelefon, begitu juga wali perempuan tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Suara yang ada ditelefon itu belum tentu suara calon suami atau isteri. Ringkasnya bahwa akad pernikahan melalui telefon berpotensi untuk salah, atau rentan terjadinya penipuan dan manipulasi.
Disarankan siapa saja yang ingin menikah jarak jauh, untuk mewakilkan kepada orang yang dipercaya. Seandainya dia sebagai perempuan yang bekerja di luar negri, maka cukup walinya sebagai wakil darinya untuk menikahkan dengan lelaki yang diinginkannya, dan harus ada dua saksi yang hadir. Bagi seorang laki-laki yang ingin menikah dengan perempuan jarak jauh, maka hendaknya dia mewakilkan dirinya kepada orang yang dipercaya, seperti adik, kakak, atau saudaranya dengan dihadiri wali perempuan dan kedua saksi. Seandainya ada laki-laki dan perempuan yang ingin menikah di luar negeri dan jauh dari wali perempuan, maka wali tersebut bisa mewakilkan kepada orang yang dipercayai. Wakil dari wali tersebut beserta kedua saksi harus hadir di dalam akad pernikahan. Semua proses pemberian kuasa untuk mewakili hendaknya disertai dengan bukti-bukti dari instasi resmi terkait, supaya tidak disalah gunakan.Wallahu A’lam

Apa Perasaan Anda ??

GAZA: Air mata yang tumpah di pipi seorang wanita tua menceritakan detik ngeri dilalui selepas menyaksikan 29 ahli keluarganya ditangkap tentera Israel dan dikurung di sebuah rumah sebelum diletup menggunakan sekurang-kurangnya 10 butir bom C4.Taktik pembunuhan kejam itu menyebabkan semua mangsa hancur berkecai menjadi serpihan kecil umpama pasir halus.Malah, tiga bayi yang tidak berdosa turut maut di dalam kejadian terbabit yang dianggap antara tragedi paling menyayat hati sepanjang serangan tentera Yahudi selama 22 hari.Waris keluarga berkenaan, Sabah Hamdi Samouni, 52, berkata dalam kejadian jam 3 pagi, 5 Januari lalu, keluarganya diserang terlebih dulu oleh gerombolan tentera Israel yang memasuki kampung itu menggunakan puluhan kereta kebal.
Kebanyakan mangsa yang ketika itu tidur di dalam sebuah rumah berhampiran kampung South Zaitun, Gaza, diseret keluar dari rumah oleh tentera Yahudi yang lengkap bersenjatakan rifel M16.“Yang saya tahu, semua ahli keluarga tiga generasi saya, termasuk bapa, Samouni Maamod, 80, diheret sebelum diikat dan dikurung di sebuah rumah penduduk yang terletak 200 meter dari tepi jalan raya.“Malah, tiga bayi turut dijadikan tawanan di dalam rumah berkenaan walaupun mereka terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku,” katanya sebak.Menurutnya, semua ahli keluarganya dikurung selama empat hari dalam keadaan kelaparan tanpa diberi setitis air minuman dan makanan.
“Tentera Israel kemudian memasang bom jangka C4 di sekeliling rumah itu sebelum meletupkannya. Saya yang berniat melawat anggota keluarga di situ hanya mampu melihat sisa tinggalan tulang dan cebisan daging keluarga saya yang berkecai sebaik tiba ke kawasan itu.“Malah, rumah keluarga kami turut dimusnahkan dengan roket dari jet pejuang F16 Israel. Mereka bukan askar dan hanyalah petani... apa dosa mereka dibunuh?” katanya sambil meratap penuh hiba.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Faris Hamdan Mahmud, 65, hanya mampu menggeleng kepala sambil melihat ke arah rumahnya yang sengaja diranapkan oleh tentera Yahudi.Menurutnya, tentera Israel sengaja bertindak kejam apabila merempuh rumahnya dengan kereta kebal dari bahagian belakang hingga ke depan berulang kali.“Saya sempat menyelamatkan cucu, Arafah, 7, sebelum bersembunyi di bawah pokok zaitun.
“Kereta kebal Zionis itu sengaja melenyek rumah saya berulang kali sebelum melakukan perkara sama terhadap masjid yang terletak berhampiran rumah saya,” katanya dalam keadaan masih kebingungan.Tinjauan mendapati lebih 100 rumah penduduk sengaja dibom, dirobohkan dengan kereta kebal serta dibedil dengan roket bagi memastikan kawasan seluas 50 ekar itu menjadi padang jarak padang terkukur.Malah, ladang ternakan ayam yang menjadi sumber makanan rakyat Palestin turut dimusnahkan, menyebabkan lebih 300,000 ayam mati begitu saja.
Ulasan Admin:
Perkara ini sudah biasa didengari dan berlaku kepada ummat islam Palestine. Bayangkan jika berlaku perkara ini dimalaysia dan melibatkan salah saorang daripada ahli keluarga kita ?? apa perasaan kita ??

13 Januari 2009

Mubarak tolak Deligasi Cendiakiawan -Malaysiakini

Dr Yousef Al-Qaradawi, ketua cendiakawan Islam, berkata Mesir enggan menerima satu delegasi dari pertubuhan itu yang diaturkan untuk menemui Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan menyatakan bahawa keadaan tidak sesuai untuk lawatan seumpama itu.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Doha, Dr Qaradawi menyatakan bahawa delegasi itu menyeru pemimpin-pemimpin bagi negara-negara yang dilawati (Qatar, Arab Saudi, Syria, Negara Jordan Dan Turki) untuk bersatu dengan rejim Mesir dan mengenakan tekanan untuk membuka lintasan Rafah dan membenarkan laluan bantuan kemanusiaan pada rakyat Gaza.
Dr Qaradawi memberitahu yang bantuan ke atas penduduk Palestin mesti diteruskan dan menerima sokongan dari semua pihak, serta menegaskan perlunya tekanan demi tekanan dikenakan ke atas setiap cubaan Israel untuk membubarkan pendudukan Palestin.

Desak Pimpinan Islam Bangkit Bela Islam -Malaysiakini

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berharap pemimpin Islam sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang lantang menyuarakan bantahan dan kecaman terhadap kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza."Jika kita tidak membela nasib umat Islam kita sendiri, siapa lagi yang harus diharapkan?" tanya Setiausaha Agung PUM Dr Roslan Mohd Nor menerusi satu kenyataan, Isnin. Beliau berkata PUM amat kesal dan sedih dengan tindakan Israel yang terus membedil serta menyerang Gaza dengan menggunakan bom kimia dan mencerminkan Israel berniat untuk menghapuskan penduduk Palestin dari bumi mereka.Dr Roslan turut menggesa umat Islam dan para pemerintah negara Islam agar kembali mengukuhkan diri dengan mematuhi ajaran Islam dan bersatu menegakkan keadilan di negara mereka sendiri dan dalam isu antarabangsa agar dimenangkan oleh Allah S.W.T. dalam perjuangan mereka. PUM menyeru rakyat seluruh dunia, termasuk Amerika, mendesak kerajaan mereka dan pimpinan politik yang dipergunakan oleh rejim Zionis serta golongan pelampau Kristian agar menamatkan segera tindakan keganasan kerajaan negara mereka bagi mempertahankan hak dan nyawa manusia yang tidak berdosa. "Penganut agama Islam, Kristian dan agama-agama lain perlu bekerjasama membanteras keganasan individu dan negara, penjajahan dan segala bentuk kejahatan bagi menyebarkan keadilan, keamanan, kesejahteraan, dan persaudaraan sesama manusia," katanya.PUM juga, katanya menyokong tindakan kerajaan membawa usul mengutuk kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza dalam Sidang Khas Parlimen hari ini. Dr Roslan berkata sokongan padu yang diberikan oleh Sidang Khas Parlimen serta parti politik pembangkang dan penyokong kerajaan itu satu tindakan berani yang harus dipuji dan bersandarkan kepada kecaman ke atas kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin."Sokongan padu yang diberikan oleh anggota Parlimen menunjukkan kesepaduan suara rakyat Malaysia dalam mengecam dan mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya Malaysia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas Palestin. sumber : BERNAMA

Perasmian muktamar majlis amal islami -Malaysiakini

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan muktamar kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Muktamar sehari bertemakan "Bersatu Membela Islam" anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu antara lain bertujuan membincangkan mengenai isu semasa dan permasalahan sosial akibat perkembangan globalisasi. Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 peserta dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh negara itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Yadim Datuk Mohd Nakhaie Ahmad.Antara kertas kerja yang dibentangkan bertajuk "Peranan Pertubuhan Islam Dalam Memartabatkan Islam di Malaysia" oleh Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin. Terdahulu pada ucapan pembukaan, Mohd Nakhaie yang juga pengerusi MAIM berkata NGO Islam perlu sentiasa bertindak adil dan matang bukan hanya untuk orang Islam tetapi juga untuk manusia keseluruhannya.Masyarakat Islam tidak akan mampu bergantung harap sepenuhnya kepada parti-parti politik semata-mata tanpa kekuatan lain iaitu NGO Islam dalam menentukan masa depan rakyat seluruhnya, katanya. sumber : BERNAMA