30 Oktober 2007

Barang dah banyak naik harga ????

Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai PULAU PINANG 29 Okt. - Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasaskan tepung seperti roti canai, capati, bihun dan mee berikutan kenaikan harga tepung. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, melalui permohonan yang dibuat minggu lepas, persatuan itu mahu harga roti canai dinaikkan ke 80 sen sekeping dari 60 sen mulai bulan depan. “Kerajaan akan menimbang permohonan persatuan tersebut. Namun cadangan kenaikan sebanyak 80 sen sekeping itu di lihat agak tinggi dan akan membebankan pengguna. “Selain roti canai, persatuan berkenaan juga turut memohon untuk menaikkan beberapa jenis makanan lain berasaskan tepung seperti mee, bihun dan capati,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga barang sempena perayaan Deepavali, di Jalan Penang di sini hari ini. Pada 15 Mei lepas, harga tepung di Semenanjung dinaikkan 15 sen sekilogram iaitu pada RM1.35 berbanding RM1.20 sebelumnya. Untuk Sabah dan Sarawak, harga baru ialah RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum itu. Kenaikan harga barang kawalan itu hanya melibatkan tepung gandum serba guna dan tidak bagi tepung gandum bukan serba guna yang harganya tidak dikawal. Harga tepung gandum tidak pernah mengalami perubahan sejak 1998 walaupun kos bahan mentah dan pengangkutannya dikatakan mengalami kenaikan setiap tahun. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan