Sebagai bakal seorang guru, kita mestilah memiliki pelbagai tanggung jawab dantugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesiguru.Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggung jawab seorangguru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalamproses belajar. Segala usaha kearah itu harus dirancang dandilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalahguru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran.Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusahamemahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan sertamenggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.
Guru dapat memahami motivasi belajar jika sewaktu mengajar dia dapatmelaksanakan langkah-langkah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tingkat kecerdasan para pelajar.
2. Melaksanakan teknik memotivasi pelajar.
3. Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengankeperluan dan minat pelajar.
4. Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar.
5. Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan yang sistematik.
6. Melaksanakan penilaian diagnostik.
7. Melaksanakan komunikasi interpersonal.
Memotivasi pelajar merupakan salah satu langkah awal yang harusdilakukan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jikaguru telah berjaya membangun motivasi pelajar semasa pengajaran danpembelajaran bermakna guru itu telah berjaya mengajar. Namunpekerjaan ini tidaklah mudah. Memotivasi pelajar tidak hanyamenggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi jugamengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secaraterus menerus, walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelahmeninggalkan sekolah.
Untuk meyakinkan diri kita bahawa memotivasi pelajar dalam belajarmerupakan tugas guru dan berkewajiban pula melaksanakannya, makapendekatan Behavioristik perlu kita jadikan pedoman dalam mengajar.Para pakar Behavioristik mengemukakan bahawa motivasi ditentukanoleh persekitaran. Guru merupakan persekitaran yang sangatberperanan di dalam proses belajar. Oleh kerana itu, meningkatkanmotivasi pelajar dalam pelajaran merupakan tugas yang sangat pentingbagi guru.
Mengapa usaha memotivasi pelajar itu sangat penting bagi guru?Sesetengah guru mungkin beranggapan bahawa tugas mereka sebagai guruhanyalah mengajar sahaja, bukan menimbulkan minat pelajar terhadapapa yang mereka ajarkan. Guru-guru seperti ini menghabiskan masamereka di dalam kelas semata-mata hanya untuk menuangkan bahanpelajaran kepada pelajar. Mereka tidak peduli sama ada isi pelajaranyang mereka ajarkan atau yang mereka terangkan itu dapat diterimaoleh pelajar untuk dijadikan sebagai miliknya atau tidak. Merekatidak memperhatikan apakah bahan yang mereka ajarkan itu bermanfaatdan mempengaruhi tingkah laku atau perkembangan pelajar ke arah yangpositif. Guru-guru seperti ini tidak menyedari bahawa pelajar-pelajar yang tidak berminat tidak akan dapat menerima pelajarandengan baik.
Pelajar yang tidak berminat terhadap apa yang diajarkan oleh gurutetapi dia diharuskan mempelajarinya, dapat menimbulkan suatuperasaan benci terhadap mata pelajaran itu, bahkan untuk selanjutnyapelajar itu tidak akan ingin pernah mempelajarinya. Di dalam kelasyang kita ajar mungkin kita akan mendengar pelajar berkata, "Sayatidak mampu belajar Bahasa Inggeris" atau "Saya tidak dapat belajarmatematik." Jika kita teliti permasalahannya, bukan kerana kedua-duamata pelajaran tersebut sukar atau tidak menyenangkan, tetapi keranaguru kedua-dua mata pelajaran itu tidak menggunakan strategi yangberkesan, sehingga pelajar tidak tertarik untuk mempelajarinya.Pelajar tidak bermotivasi, malahan merasakan mata pelajaran tersebutmenjadi menyiksa mereka.
Guru seharusnya menggunakan masa yang banyak sewaktu mengajar untukmemotivasi pelajar-pelajarnya. Pelajar yang termotivasi dengan baikdalam pelajaran akan melakukan lebih banyak aktiviti dan lebih cepatbelajar jika dibandingkan dengan pelajar yang kurang atau tidaktermotivasi semasa belajar. Ini memandangkan, jika guru dapatmembangunkan motivasi pelajar terhadap pelajaran yang diajar makadiharapkan pelajar akan sentiasa meminati mata pelajaran tersebut.
Sesungguhnya usaha memotivasi pelajar dalam pendidikan adalahmerupakan suatu proses
(1) membimbing pelajar untuk memasukipelbagai pengalaman yakni proses belajar sedang berlangsung;
(2)proses menimbulkan semangat dan keaktifan pada diri pelajar sehinggadia benar-benar bersedia untuk belajar; dan
(3) proses yangmenyebabkan perhatian pelajar tertumpu kepada satu arah atau tujuanpada satu masa, iaitu tujuan belajar.
Situasi kelas yang pelajar-pelajarnya termotivasi dapat mempengaruhisikap belajar dan tingkah laku pelajar. Pelajar yang termotivasiuntuk belajar akan sangat tertarik dengan berbagai tugas belajaryang sedang mereka kerjakan; menunjukkan ketekunan yang tinggi;variasi aktiviti belajar mereka pun akan lebih banyak. Di sampingketerlibatan mereka dalam belajar lebih besar, mereka juga kurangmenyukai tingkah laku yang negatif yang dapat menimbulkan masalah disiplin.
Oleh kerana itu, dalam upaya menjaga dan meningkatkan disiplin kelasmaka motivasi pelajar mesti dipertimbangkan. Ini bermaknameningkatkan motivasi pelajar dalam belajar merupakan suatu carayang baik dalam menghindari tingkah laku pelajar yang negatif,kerana mereka terlibat aktif dalam belajar dan terangsang untukbelajar.
Sebenarnya tujuan jangka panjang dalam membangun dan mengembangkanmotivasi pelajar dalam belajar adalah terbentuknya motivasi kendiri.Kita sebagai guru ingin agar pelajar selalu terdorong untukmengembangkan minatnya untuk belajar walau di mana pun dia berada.Kita berharap agar pelajar-pelajar kita sentiasa ingin menimbapelbagai ilmu pengetahuan walaupun mereka telah lepas dari bimbingankita. Tujuan pendidikan yang paling utama adalah untuk membangkitkandalam diri pelajar suatu motivasi yang kuat dan terus menerus untukbelajar. Hal ini akan menjadi suatu kecenderungan dan kebiasaandalam melakukan proses belajar selanjutnya.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana caranya kita semasamelakukan pelbagai usaha untuk membangun dan mengembangkan motivasipelajar semasa belajar? Para pakar Humanistik, misalnya Carl Rogers,seorang pakar psikologi mengemukakan bahawa pada dasarnya di dalamdiri setiap manusia ada keinginan yang sangat kuat untuk belajaryang bersifat semulajadi. Jadi, di dalam diri pelajar keinginan itusudah ada. Guru hanya mengembangkan atau memupuk keinginan itusehingga keinginan belajar itu dapat direalisasikan dalam bentukprestasi yang maksimum. Para pakar Behavioristk pula, misalnya B.F.Skinner, seorang pakar pendidikan mengemukakan bahawa motivasipelajar sangat ditentukan oleh persekitarannya.
Pelajar akan termotivasi semasa belajar jika persekitaran belajar dapatmemberikan rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk belajar. Guruharus mengatur persekitaran atau suasana belajar secara bijaksana sehingga pelajar termotivasi untuk belajar.
Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagaipengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan danmeningkatkan motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga prosesbelajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu,guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsipdan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasipelajar dalam pembelajaran.
Memang banyak sekali prinsip dan teknikyang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalamusaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip danteknik yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjangmasa, dan untuk semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbezakeperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntutperbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar.Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dankeperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar.
Di dalam kelas yang pelajar-pelajarnya terdiri dari kelompok yangmemiliki kemampuan yang sama namun berbeza keperibadian dan minat,variasi prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang dipakai akan lebihbanyak. Di dalam kelas mungkin kita akan menemui beberapa orangpelajar yang mampu memotivasi dirinya sendiri. Pelajar-pelajarseperti ini tidak banyak memerlukan pertolongan dari guru untukmerangsang minat mereka dalam belajar, kerana mereka mampu mendorongdiri mereka sendiri.
Kebanyakan pelajar akan mempunyai motivasibelajar jika kita menggunakan berbagai teknik untuk memotivasimereka, namun ada pula sejumlah pelajar yang baru akan termotivasijika kita melakukan usaha-usaha khusus bagi mereka. Oleh kerana itukita sebagai guru hendaklah fleksibel dalam memakai berbagaipendekatan dalam merangsang minat pelajar dalam belajar, serta mampumenerapkan berbagai prinsip dan teknik yang berbeza sesuai dengankeperluan masing-masing pelajar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan