Lokman Hakim bin Tuan Kamaludin
Maksud 'Hak' Wanita
‘Hak wanita’ bermaksud wanita mempunyai keistimewaan di dalam undang-undang, yang ianya merangkumi berbagai perkara (yang akan dipantau). Termasuklah hak sedari kecil hinggalah kepada penghujungnya. Malah ianya perlu dijaga dan diserahkan kepada mereka.
Kenapa Perlu Dijaga?
Selalu ditimbulkan isu ‘wanita dan hak’, apakah kaum lelaki tidak ada hak? Ataupun hak lelaki sudah terjamin di dalam undang-undang? Oleh itu di dalam kertas kerja ini, penulis cuba mengenengahkan beberapa isu tentang hak-hak yang selalu ditimbulkan (terutamanya di dalam kes-kes Mahkamah). Ianya menjadi persoalanan apakah ianya sebegitu sukar untuk dimiliki? Apakah tiada satu aturan bagi memudahkan pemilikan hak-hak tersebut? Malah ianya dilihat seolah-olah satu isu yang agak sama (akan dilihat di bawah ini).
Oleh kerana itu, sayugialah setiap wanita mengetahui hak-haknya bagi memudahkan setiap perbuatannya, apatah lagi dalam membuat tuntutan terhadap hak-haknya.
Ianya tidak akan berbangkit jika tidak dijadikan masalah, dan masalah ini bukanlah satu perkara yang dipinta. Oleh kerana ianya satu keadaan yang tidak diketahui mungkin atau tidak berlaku kepada kita, maka perlulah ianya diambil tahu, bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan terhadap hak-hak kita.
Nafkah
Apabila hak nafkah dibangkitkan timbul dua suasana bagi wanita bergelar isteri iaitu:
Hak nafkah di dalam perkahwinan; dan
Hak nafkah sesudah terbubarnya perkahwinan.
Hak-Hak Berbangkit (Wanita)
Syariat berkahwin adalah syarat yang terulung, sedari zaman Nabi Adam hinggalah kepada zaman Rasulullah saw. Perkahwinan ini menjadi satu institusi yang utuh dan diperlukan. Islam sendiri menghormati dan mengutamakan perkahwinan, kerana ianya mampu membina masyarakat. Sabda rasulullah saw: “Sesiapa di antara kamu yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin, jika tidak mampu hendaklah dia berkahwin.”
Selain itu dengan suluhan syariat telah mengariskan panduan untuk memilih pasangan hidup setiap orang antaranya, oleh itu tidak boleh dipersalahkan syariat Islam jika kepincangan melanda mereka.
Oleh itu antara perkara yang wajib dan wajar diambil tahu oleh setiap pasangan adalah tanggungjawab serta haknya di dalam perkahwinan tersebut. Ini tidak kira samada ianya adalah suami mahupun isteri mahupun anak-anak. Setiap golongan ini mempunyai hak dan tanggungjawab.
Merujuk kepada keadaan semasa sekarang, penumpuan serius perlu diberikan terhadap wanita agar mereka mengetahui hak dan tanggungjawabnya di dalam perkahwinan. Ianya banyak dijelaskan di dalam undang-undang yang di gubalkan, yang berhasrat untuk menjaga dan mengawal hak-hak ini dari dilanggari.
Terdapat beberapa hak yang perlu diambil tahu oleh setiap wanita, dan pemegang hak itu perlulah menyerahkannya kepada yang berkenaan terutamanya seperti mana yang terkandung di dalam enakmen yang diguna pakai terhadap orang Islam di setiap negeri, antaranya:-
Hak diwalikan semasa perkahwinan
Paksaan dalam pilihan hidup
Hak mengetahui dimadukan
Bolehkan lelaki menuntut semula segala perbelanjaan
Ithbat nikah
Kausa bagi wanita pendaftaran perkahwinan
Hak untuk ithbat cerai
Hak menjaga anak (Hadhanah)
Nafkah
Mutaah dan harta sepencarian
Hak mempusakai
Hak untuk didengari
Hak untuk diwakili
Tiada ulasan:
Catat Ulasan