Pejuang-pejuang kebenaran
sepanjang sejarah unik dan istimewa
Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya
Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang
kerana mempunyai quwwah atau kekuatan
Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh
barulah diberi kemenangan
Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran
mendapat kemenangan
Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan
Tidak juga setelah banyak membunuh
tentera musuhnya baru menang
Tapi yang membunuh tentera musuhnya
dan mengalahkan adalah Tuhan
Allah Taala datangkan tentera-tentera
yang bukan jenis manusia
Adakalanya para malaikat datang berperang
Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat
di peperangan Badar yang terkenal
Tidak kurang juga tentera
daripada ribut yang kencang
Menghuru-harakan,
tentera-tentera musuhnya tunggang-langgang
Seperti yang telah berlaku
di dalam peperangan Ahzab atau Khandak
Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita
Tentera-tentera kebenaran
mendapat kemenangan dibantu Allah
Seperti Nabi Musa dan tenteranya
mendapat kemenangan bukan mereka yang berperang
Tapi Firun dan tentera-tenteranya
dimusnahkan oleh air lautan, semuanya tenggelam
Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud
dan tenteranya bukan dengan perang
Allah Taala datangkan tentera nyamuk
memusnahkan Namrud
dan tentera-tenteranya mati bergelimpangan
Kalau begitu jika ada di setiap zaman
pejuang-pejuang Islam berjuang
Tidak dapat bantuan-bantuan
dari Allah di waktu berperang
Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu penuh dengan dosa,
akhirnya kecundang
Kita hendak menunggu kemenangan
kita bukan dari kita
Kita hendak menunggu kemenangan
ini di tangan Tuhan
Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri
untuk keredhaan Tuhan