10 November 2008
Malaysia perlukan Anda !!-Malaysiakini
Di waktu ini di negara kita, setiap jemaah atau kumpulan atau parti masing-masing mengaku benar Setiap kumpulan menuduh kumpulan yang lain adalah salah
Yang lebih parah lagi ada yang menuduh kumpulan yang lain sesat lagi menyesatkan
Ada yang kena tuduh sudah kafir,
ada yang kena tuduh khawarij,
ada yang kena tuduh membawa ajaran sesat
Yang menghairankan orang yang tidak bersembahyang pun menuduh orang sesat
Tidak kurang juga kaki rasuah, zina, penipu, dedah aurat menuduh orang sesat
Di waktu pilihan raya, di ketika hendak bertanding suara,
banyak yang datang berjumpa bomoh
Bomoh yang membawa ajaran karut dan khurafat
Mereka-mereka ini juga mudah menuduh orang sesat
Padahal mereka telah terjebak dengan ajaran syirik
Ertinya orang yang sudah sesat, menyesatkan orang
Adakalanya orang yang baik kena sesatkan
Kerana kalau orang ramai sudah banyak yang batil
Sudah tentulah yang benar disesatkan orang
Apabila berlaku masyarakat yang semacam ini
Siapa pun tidak boleh menyelesaikan masalah
Tidak ada orang tengah yang menjadi pendamai
Pemimpin-pemimpin yang ada tidak lagi jadi penyelamat
Hanya menunggu bantuan Allah yang Maha Berkuasa
Menunjukkan seorang pemimpin yang ada keramat dan berkat
Yang akan boleh menyelamatkan keadaan
Seolah-olahnya seperti kedatangan rasul di tengah umatnya
Ertinya perlu seorang pemimpin yang berwatak rasul di dalam kemelut masyarakat