Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) buat julung kalinya mengadakan pemilihan kepimpinan di peringkat negeri selepas 4 tahun tidak berbuat demikian. Tahun ini merupakan tahun pertama sistem demokrasi mahasiswa dijalankan di dalam BKASM ataupun nama lamaya Badan Anak Selangor.
BKASM sebelum ini terpaksa dibekukan setelah melihat mahasiswa Selangor ditekan dan diugut dengan pemotongan zakat sekiranya bersama-sama dengan BKASM. Hasil daripada mesyuarat Ahlijawatankuasa Tadbir BKASM (AJKT BKASM), BKASM terpaksa dibekukan dan anak-anak Selangor kemudiannya bernaung di bawah Badan Anak Selangor (BAS).
Sistem pemilihan kepimpinan secara demokrasi sebenarnya telah lama dituntut oleh anak-anak Selangor di dalam BAS kerana kepimpinan itu sebelum ini mengamalkan sistem temuduga oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dijawat oleh Haji Idris Mastor selama 4 tahun. Berkat kesabaran mereka pada tahun ini BAS berbesar hati untuk bergabung dengan BKASM dan seterusnya kembali bernaung di bawah PMRAM dan berjaya untuk melaksanakan sistem demokrasi di dalam memlih kepimpinan BKASM untuk sesi akan datang.
Pembukaan pemilihan calon telah dibuka selama 3 hari bermula daripada 10 sehingga 12 Oktober yang lepas dan seterusnya pada 14 Oktober pula dibuka Hari Bantahan untuk ahli BKASM membantah segala apa yang tidak tepat di dalam perjalanan pilhanraya BKASM.
Suruhanjaya Pilihanraya BKASM (SPR BKASM) kali ini diketuai oleh Ustaz Ibrahim Abd Wahab dan kesemua calon menang tanpa bertanding. BKASM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 19 Oktober ini di Dewan Darul Ehsan seawal jam 7 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan