14 November 2007

Liqa Ketua Fakulti Dan Malam Munajat & Motivasi Perdana

Pada 6 November 2007, sebuah perjumpaan di antara ketua dan timbalan pendidikan setiap BKAN dan DPM telah diadakan di dalam program Liqa’ Ketua Fakulti dan Malam Munajat & Motivasi Perdana bertemakan “KEJAYAAN HAK KITA”. Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor, Hayyu Thamin menjadi tempat berlangsungnya program tersebut. Seramai 43 peserta ikhwah dan 40 peserta akhwat dari pelbagai BKAN dan DPM dikumpulkan bersama bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah pendidikan. Antara agenda program ialah Taklimat Kelas Tutorial, Taklimat Study Group dan Taklimat Nota. Program yang dimulakan dengan pendaftaran peserta bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini hangat membincangkan segala permasalahan pendidikan yang timbul. Pelbagai juga buah idea yang dilontarkan bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut agar dapat meningkatkan lagi prestasi pelajaran Azhari dan Azhariyyah. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik ahli-ahli PMRAM khususnya, memberi penerangan kepada semua ketua fakulti tentang kaedah pembelajaran serta teknik ulangkaji yang berkesan dan menyuntik kesedaran dan semangat ahli PMRAM bahawasanya kejayaan adalah hak milik semua ahli PMRAM. Ucapan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih bagi semua yang menjayakan program ini. Malam Munajat & Motivasi Perdana Objektif PMRAM tidak terhenti sekadar di program Liqa’ Ketua Fakulti sahaja, bahkan diteruskan dengan program MALAM MUNAJAT & MOTIVASI PERDANA. Program ini telah dilangsungkan di Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor,Hayyu Thamin pada sebelah malam program Liqa’ Ketua Fakulti. Antara agenda program ialah Kalam Taujihat dari Presidan PMRAM, saudara Hairul Nizam Bin mat Husain Husain, Solat Sunat Hajat yang diimamkan sendiri oleh Presiden PMRAM dan dihangatkan lagi dengan Talkshow Kecemerlangan yang menggabungkan dua ahli panel yang cukup mantap. Program yang bermula pada jam 4.30 petang telah berakhir pada jam 12.30 malam. Program ini telah dihadiri oleh kebanyakkan pelajar tahun 1 setiap jurusan untuk dijadikan sebagai penyuntik semangat beljar dan mencapai kejayaan.Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.”KEJAYAAN HAK KITA”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan