16 November 2007

PAMERAN KERJAYA & UCAPAN PERDANA SEMPENA KARNIVAL TIMUR TENGAH 2007 BAKAL BERLANGSUNG DI MESIR.

PMRAM mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi beserta dengan rombongan yang bakal menjejakkan kaki ke Mesir pada Isnin, 26 November ini. PMRAM menyeru seluruh para ahli dan rakyat Malaysia yang menuntut ilmu di Mesir untuk tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Menurut sumber yang diperolehi daripada Tuan Yang Terutama, Duta Malaysia Ke Kaherah, Dato Zainal Abidin Abdul Kadir, beliau menyatakan bahawa sebanyak 40 buah syarikat dari Malaysia akan turut menyertai Karnival Timur Tengah yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para mahasiswa Islam di Mesir peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh para mahasiswa apabila pulang ke tanah air kelak. TYT Dato Duta juga mendedahkan bahawa sebanyak 500 jawatan yang bakal disediakan kepada para mahasiswa Islam di Mesir. Karnival Timur Tengah yang akan dijalankan selama dua hari ini akan diadakan di Dewan CICC bersebelahan dengan Makam Presiden Sadat, Hayyu Sadis Madinat Nasr, Kaherah. Bagi PMRAM, program dan pertemuan bersejarah antara para mahasiswa dan YAB Perdana Menteri Malaysia ini merupakan satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh para mahasiswa Islam bagi menyuarakan pandangan secara terus kepada pemimpin tertinggi Malaysia yang prihatin terhadap para mahasiswa Islam di Mesir secara khusus. Para Mahasiswa juga dapat memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan peluang pekerjaan di Malaysia secara terus daripada 40 syarikat yang bakal tiba ke Mesir. PMRAM berharap para mahasiswa Islam di Mesir akan memeriahkan lagi kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia. Untuk melihat tentatif penuh program, sila download.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan