24 Jun 2008

AJARAN SESAT KONGKONG MINDA

KEMUNCULAN pelbagai ajaran sesat disebabkan kece tekan ilmu pengetahuan mengenai agama akan memberi kesan terhadap akidah umat Islam.Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata apabila terpengaruh dengan ajaran sesat seseorang akan terdedah dengan aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam termasuk melakukan per buatan syirik dan khurafat.
“Perbuatan seperti percaya kepada ibu duit, kain kuning di kubur dan memuja roh adalah khurafat,” katanya, ketika berceramah pada Kursus Pemantapan Iman di surau The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.Kursus sehari dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan Unit Agama NSTP.Zamihan berkata, ajaran sesat juga boleh menyebabkan minda seseorang terkongkong, malah mencetuskan tindakan dan kelakuan tidak rasional kerana ketaksuban.Malah, ada yang lupa tanggungjawab terhadap keluarga dan akhirnya meruntuhkan institusi kekeluargaan.“Perpaduan dalam sesebuah masyarakat juga akan tergugat dan berlaku keganasan disebabkan masing-masing hendak menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.“Ini boleh menyebabkan negara mundur, tidak proaktif dan menjejaskan ekonomi negara.“Malah, banyak masa, tenaga dan harta digunakan bagi memberikan tumpuan pembanterasan kumpulan ajaran sesat,” katanya.
Dalam usaha mengekalkan keharmonian akidah, katanya umat Islam juga mesti menjauhi golongan pelampau agama, iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan dalam beragama.“Golongan ini seperti pelampau Syiah, pelampau Wahabi atau Salafi Moden, Islam Liberal,” katanya.Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan tersesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan