29 Disember 2008

Islam Mengharamkan Perkauman -Malaysiakini

Realiti hari ini menunjukkan bahawa kaum Muslimin di seluruh dunia, walaupun mereka berkongsi aqidah, namun mereka bercerai-berai dalam politik, ekonomi dan hala tuju. Di dalam Al-Quranul Kareem, Allah SWT menjelaskan bahawa kaum Muslimin itu bersaudara, bukan setakat 'rasa' persaudaraan, namun kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan satu tubuh; bersatu dalam aqidah, aspirasi politik dan ekonomi serta hala tuju. Namun, situasi ini telah cuba diubah oleh penjajah dan buat sekian lamanya dipertahankan oleh kaum Muslimin itu sendiri. Bagi Muslimin di Malaysia yang ikhlas, ketika memerhatikan realiti yang digambarkan di atas, akan dapat melihat bahawa punca persengketaan, contohnya di dalam kes Ambalat tidak lama dulu, timbul akibat dari wujudnya nation states (negara-bangsa), yang lahir setelah lenyapnya Khilafah Islam pada tahun 1924.
Malaysia dan Indonesia yang dihuni majoriti Muslim bersungguh-sungguh berebut kedaulatan atas sebuah tanah yang sebenarnya dimiliki mereka secara bersama. Mereka disirami dengan doktrin nasionalisme, kerana itulah negara-bangsa tersebut telah berhasil dimanfaatkan oleh kaum penjajah untuk memecahbelahkan negeri kaum Muslimin sehingga menjadi negara-negara kecil dan lemah dan kaum Muslimin pula bergaduh sesama sendiri. Amat sedih untuk mengakui realiti ini namun hakikatnya, di antara negara kaum Muslimin yang termasuk di dalam negara-bangsa yang dilemahkan oleh kuasa Barat tersebut adalah Malaysia dan Indonesia yang sering dikatakan sebagai serumpun. Setelah kemasukan penjajah, kesatuan rumpun dengan aqidah yang sama yang pernah dikecapi satu masa dahulu, kini dikoyak-koyakkan dan akhirnya mereka pun menjadi lemah sehingga negara-negara penjajah kuffar dengan mudah menguasai mereka.
Sesungguhnya nasionalisme jelas diharamkan oleh Islam. Rasulullah SAW, "Dan tidak termasuk golongan kami orang yang menyeru kepada 'assabiyyah, berperang atas dasar 'assabiyyah, dan mati atas (sebab) 'assabiyyah". [HR Abu Daud] Sabda baginda yang lain, “Tinggalkanlah ia (nasionalisme/kesukuan). Ia merupakan suatu perkara yang jijik” [HR Bukhari dan Muslim] Di dalam suatu insiden Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi di mana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah di kalangan kaum Muslimin: “Kami sedang di dalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit, 'Wahai Ansar bantulah aku dan si Muhajirin juga menjerit, 'Wahai Muhajirin bantulah aku' Mendengarkan ini Rasulullah SAW berkata, 'Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?” Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan kebusukan dan kejijikan semangat perkauman, yang membawa perpecahan di kalangan kaum Muslimin yang sebenarnya adalah satu kerana kita disatukan oleh aqidah Islam. Salah satu tentangan dan cabaran besar kepada pejuang-pejuang Islam yang bergerak untuk menyatukan umat Islam dewasa ini adalah semangat perkauman ini. Sikap ini pula banyak menjadi duri dalam daging, dengan adanya gerakan Islam yang bersifat setempat dan mempertahankan bangsa dan negara masing-masing.
Sudah semestinya sempadan maya dalam pemikiran dan perasaan umat Islam dihapuskan dan digantikan dengan Khilafah Islamiyyah, sebuah negara Islam yang hakiki yang tidak lagi mengenal sempadan berdasarkan bangsa.

26 Disember 2008

SALAM MA'AL HIJRAH

KAMI MEWAKILI BEKAS-BEKAS PELAJAR UNIVERSITI ALAZHAR YANG MERUPAKAN MANTAN AHLI BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR INGIN MEGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU HIJRAH 1430H
"HIJRAH MENJANA UMMAH GEMILANG"

23 Disember 2008

Fadhilat Surah Yasin -Malaysiakini

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu: * Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. * Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. Jika terpenjara akan dibebaskan. * Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. * Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. * Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. * Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. * Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". * Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. * Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. Wallahualam…

Zikrullah Penyejuk Enjin Dalam Badan -Malaysiakini

“... serta banyak mengingati Allah” [surah al-Ahzab ayat 21]Ciri ketiga bagi golongan yang boleh menghargai Sirah, adalah kemampuan dirinya untuk berada kekal dalam zikrullah. Ia bukanlah suatu yang mudah kerana Rasulullah SAW sendiri sering melafazkan doa “Wahai Allah, bantulah aku supaya aku boleh sentiasa mengingatiMu, dan berkekalan mensyukuriMu serta senantiasa memperelokkan ibadahku kepadaMu”Manusia yang memuliakan Rasulullah SAW adalah manusia yang membesarkan Allah. Manusia hanya akan terus menerus membesarkan Allah jika dirinya sentiasa dalam zikrullah. Zikrullah itu bukanlah ertinya melafazkan kalimah Tuhan pada bibir semata-mata kerana itu hanya zikir lisan yang tiada kesan. Sedangkan Allah SWT telah berjanji bahawa “sesungguhnya dengan zikrullah itulah hati menjadi tenang” [surah ar-Ra’d : 28]. Perlulah manusia ingat bahawa zikir yang mendatangkan tenang kepada hati bukan sekadar zikir lisan malah perlu seiringan dengan zikir hati dan zikir perbuatan. Seandainya manusia bertemu ujian, dan hatinya menjadi resah dengan ujian, maka yakinlah bahawa dirinya akan sentiasa resah. Allah SWT telah menjadikan kehidupan dan kematian itu sebagai ujian, lantas memberikan makna bahawa manusia sentiasa hidup dalam keadaan diuji. Kerana itulah manusia mesti mencari bahagia dan letak bahagia adalah di hati. Untuk memberikan kebahagiaan kepada hati, setiap diri empunya hati mesti berkeadaan banyak mengingati Allah pada hati, lisan dan badan. Tatkala lisannya menyebut Subhanallah (Maha Suci Allah), hatinya perlu disucikan dari kecelaan supaya dapat merasai kesucian Allah yang dilafazkan. Di dalam masa yang sama, anggota badannya juga perlu melakukan perbuatan-perbuatan yang mensucikan Allah. Dengan gabungan zikir tiga dimensi ini, barulah seseorang itu dikatakan berzikir.Membaca sirah Nabi SAW akan menemukan kita dengan suatu jalan yang susah dan payah. Jalan Nubuwwah itu adalah jalan yang bermula dengan ketawa ejek manusia, balingan batu yang menumpahkan darah, sepi sendirian tatkala kematian teman hidup dan penyokong dakwah, malah terhumban buang di negeri asing, dipaksa pergi meninggalkan kampung halaman. Tidak mungkin hati boleh memilih untuk mencontohi hidup seperti ini melainkan hati itu perlu memiliki rasa yang sama dengan hati baginda SAW. Hati baginda tidak pernah duka dengan ujian, tidak pernah derita dengan ejekan. Dirinya cekal menuju Akhirat kerana hatinya sentiasa bertali hayat dengan Tuhan. Kerana itulah baginda ramai ketika sendiri, baginda tenang ketika diuji. Sirah Nabi SAW akan hanya beroleh penghargaan daripada manusia yang hatinya bertaut dengan Tuhan.

09 Disember 2008

Sehati Bersama Rakyat Palestin-Malaysiakini

Komuniti Mini Pavillion "From Palestine With Love" (MAP), sebuah unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM sedang menganjurkan kempen Simpati dan Sehati Terhadap Gaza. Menurut Pengarah MAP, Ustaz Abdul Muin Abdul Manan berkata, kempen tersebut adalah bagi bertujuan memberikan kesedaran kepada ahli PMRAM khasnya mengenai penderitaan saudara seIslam di Gaza yang terancam akibat sekatan yang dikenakan Israel ke atas mereka.
Menurut beliau, hingga kini seramai 256 orang telah menjadi mangsa korban akibat bekalan air, elektrik dan tenaga yang diputuskan ke seluruh semenanjung itu.
"Komuniti MAP meminta lampu rumah dipadamkan selama hanya 5 minit pada hari Selasa 2 Disember ini tepat jam 8 malam bagi bertujuan kita berkongsi sama dengan apa yang saudara kita rasai di Gaza.
Kita hanya bergelap 5 minit berbanding mereka yang telah lama mengalami penderitaan ini," ujar beliau. Oleh itu, beliau menjemput seluruh ahli PMRAM agar menjayakan kempen ini.
" Jika yang berada di kelas-kelas pengajian kitab kuliah bersama kawan-kawan juga boleh lakukan sedemikian. Ayuh kita lakukan bersama, bukan anda sahaja tetapi kita semua," jelas beliau lagi.
Untuk makluman lanjut, boleh layari blog MAP http://minipavilion.blogspot.com/.

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA - Malaysiakini

Assalamualaikum ..
kami dari BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR
(BKKIMM)
Mewakili seluruh anak-anak Melaka yang berada di Bumi Anbia Mesir
ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada seluruh muslimin
dan muslimat dimana saja berada.
marilah kita sama-sama menghayati semangat pengorbanan yang telah
ditunjukkan oleh Para Nabi dan Rasul terdahulu.
Selamat Hari Raya.

19 November 2008

Melaka Bandaraya Warisan Dunia -Malaysiakini

AYER KEROH, 18 Nov - Melaka Bersejarah terus menjadi `syurga' kepada para pelancong daripada dalam dan luar negara, lebih-lebih lagi selepas negeri bersejarah ini diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) oleh UNESCO, Julai lalu. Kedudukan Melaka sebagai BWD terus meletakkan negeri ini di peta warisan dunia kerana nama Melaka sudah gah sejak dari dahulu lagi. Sejak dari zaman penjajah lagi. Kepopulariti Melaka dapat dilihat menerusi penambahan bilangan pelancong yang semakin mendadak di negeri ini. Bagi para pelancong, Melaka Bandaraya Warisan Dunia bukan sahaja mampu menawarkan lokasi-lokasi menarik untuk dilawati, malah kemudahan yang sedia ada di negeri ini, termasuk daripada aspek penginapan serta makanan, banyak menambat hati mereka. Selain daripada itu, budaya serta sikap ramah tamah rakyat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, China, India, Chetti, Baba & Nyonya, Portugis, membuatkan pelancong teruja untuk terus menjadikan Melaka destinasi pelancongan mereka. Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, jumlah kedatangan pelancong mencatat seramai 4,619,625 orang menjelang akhir Ogos 2008 dan dari jumlah itu, seramai 3,726,715 orang merupakan pelancong domestik manakala seramai 892,910 orang merupakan pelancong asing. Sepanjang bulan Ogos 2008 sahaja, Melaka mencatat seramai 904,748 orang pelancong, di mana, 717,000 darinya adalah pelancong domestik dan 187,748 merupakan pelancong asing. Peningkatan jumlah pelancong pada Ogos tahun ini didorong oleh pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. Lima buah negara pasaran pelancong asing terbesar ke Melaka ialah Singapura seramai 14,839 orang, China seramai 13,591 orang, Indonesia seramai 7,549 orang, Arab Saudi seramai 6,905 orang dan Hong Kong seramai 5,518 orang. Pelancong dari Arab Saudi meningkat kepada 6,905 orang pada Ogos 2008 berbanding 493 orang pada Ogos tahun 2007. Manakala pelancong Iran pula turut menunjukkan peningkatan kepada 654 orang pada Ogos 2008 berbanding tujuh orang pada Ogos tahun 2007. sumber : Melaka Hari ini

18 November 2008

BKSAM lancar Islamic Circle-Malaysiakini

13 November-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah melancarkan Islamic Circle (IC) peringkat BKASM. Program di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah itu telah dirasmikan oleh anggota Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim yang juga Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM di Dewan Darul Ehsan, Rumah Selangor. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat subi Al-Quran oleh Ustaz Khairullah diikuti ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua BKASM, Ustaz Abdul Aziz Akhimullah Roslan seterusnya ucapan perasmian.Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Malik yang juga Badan Pengurus angkat bagi Selangor mengingatkan kepentingan usrah yang seharusnya diambil berat oleh semua. Ujar beliau, selain untuk berkenal-kenalan, matlamat usrah adalah lebih besar dari mengadakan perhimpunan atau ceramah. "Matlamat untuk mengenali, memahami dan akhirnya bantu membantu sepertimana yang kita tahu rukun usrah (taaruf, tafahum dan takaful) itu akan lebih dapat direalisasikan dalam kelompok atau pertemuan yang kecil seperti usrah," jelas beliau lagi. Beliau turut kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mengkritik manhaj usrah yang disusun oleh PMRAM. "Kita akui PMRAM ada kelemahan yang kita baiki dari semasa ke semasa. Sebab itu baru-baru ini kita baru selesai mengadakan Simposium Nuqaba'. Tujuannya ialah bagi meningkatkan mutu usrah dan naqib kita," ujar beliau. Tambah beliau, bagi mereka yang tidak berpuas hati dnegan manhaj yang disusun, seharusnya bersikap lebih telus sama ada berbincang dan memberikan cadangan dan pandangan yang lebih baik kepada pihak PMRAM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pembantu Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), En.Daud Jamil, Yang Dipertua BKASM. Ustaz Abdul Aziz Akhimullah Roslan dan Ketua Jabatan Nuqaba' BKASM, Ustaz Norhan Hamsi. Majlis berakhir dengan pelancaran kumpulan usrah ikhwah dan akhawat serta pembahagian fail usrah kepada fasilitator kumpulan sebagai gimik pelancaran yang disampaikan oleh En.Daud Jamil.

PRISMA KELUARAN KELIMA DAH TERBIT-Malaysiakini

Badan Penerangan dan Penerbitan (BPP) PMRAM menerbitkan risalah PRISMA bagi bilangan kelima untuk sesi ini dengan memuatkan beberapa berita ringkas yang berkaitan aktiviti PMRAM. Anggota Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim berkata, pihaknya tetap mengeluarkan risalah untuk sebaran umum walaupun web rasmi PMRAM telah beroperasi. "PMRAM tidak boleh bergantung kepada web semata-mata kerana dengan penyebaran risalah, kesannya lebih dirasai terutama bagi mereka yang sukar melayari web PMRAM, dengan penyebaran risalah ini sedikit sebanyak akan memberi maklumat kepada ahli," ujar beliau. Menurut beliau, dengan cetakan antara 400 hingga 500 naskhah pada setiap keluaran, pihaknya tidak mampu menyampaikannya kepada semua ahli PMRAM yang mencapai angka ribuan kini. "Walau bagaimanapun pihaknya cuba mengedarkan dengan jumlah yang terhad kepada seluruh BKAN dan DPM. "Jadi kita amat mengaharpkan agar ahli dapat menghargai setiap helaian PRISMA yang dikeluarkan kerana ia adalah antara sebaran PMRAM," ulas beliau lagi. PRISMA diterbitkan oleh Unit PRISMA yang diletakkan di bawah Urusetia Penerangan Umum (UPU) di bawah Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM dan diedarkan secara percuma. Unit lain yang berada di bawah BPP ialah WARTA (majalah berkala), Unit Web, PMRAM Multimedia Centre (PMC) dan Kem Latihan Penulis (KELAP) selain Urusetia Penerangan Umum (UPU).

PMRAM INGATKAN MAHASISWA JAGA KESELAMATAN DIRI -MALAYSIAKINI

Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail mengingatkan kepada sekalian mahasiswa dan mahasiswi supaya mengambil berat faktor keselamatan di Mesir kerana ia membabitkan pihak keselamatan. Tanpa merujuk mana-mana insiden, dalam kenyataan terbarunya itu, beliau mengingatkan visa dan pasport adalah perkara utama yang perlu diambil perhatian sewaktu berada di Mesir bahkan di mana-mana negara. Tarikh tamat visa (iqamah) dan pasport perlu diambil perhatian yang serius. Perkara lain yang harus diberi perhatian juga ialah hubungan dengan warga Arab yang lebih perlu berhati-hati. "Sesetengah kita gemar belajar dan mengaji dengan guru-guru warga Arab atau menghadiri kelas pengajian mereka tanpa pengetahuan PMRAM, yang kita tidak ketahui status guru tersebut di sisi pihak keselamatan Mesir, ia amat membahayakan," ujar beliau. Oleh itu, pihak PMRAM menasihati agar para mahasiswa dan mahasiswi tidak menghadiri majlis pengajian atau program yang melibatkan warga Arab khasnya selain anjuran PMRAM. "Ini kerana majlis di bawah anjuran PMRAM, pihak PMRAM terlebih dahulu akan memaklumkan nama pengisi kepada pihak keselamatan Mesir dan sebarang program PMRAM adalah dalam makluman pihak polis," jelas beliau lagi. Untuk makluman, Mesir adalah negara yang masih diperintah di bawah undang-undang tentera dan pihak keselamatan boleh menahan sesiapa jua yang disyakinya dengan apa jua jenis kesalahan yang boleh disabitkan. Antara kesalahan yang dikategorikan "amat berat" ialah melibatkan diri dalam aktiviti menentang kerajaan atau gerakan-gerakan politik yang anti-kerajaan.
Justeru, pihak PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi Malaysia tidak melibatkan diri langsung dalam kegiatan tersebut kerana niat dan tujuan utama kita ke Mesir ialah untuk menuntut ilmu.

10 November 2008

Pemimpin Yang Baik, Lahir Dari Masyarakat Yang Baik

Telah dijelaskan serba sedikit berkenaan kestabilan sesebuah negara (pemerintahan dan pentadbirannya) itu sebenarnya terbentuk bermula dari diri setiap individu yang kemudiannya keluarganya, dan seterusnya keterlibatannya dalam kemasyarakatan, yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara tertentu tersebut. Maka, perlulah untuk kita memahami bahawa pemimpin yang baik itu asalnya sebenarnya terlahir dari masyarakat kebanyakan iaitu dari kalangan sesama kita. Jika setiap individu tidak dibina dengan keimanan dan kesolehan yang betul, bagaimana kita mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar baik dari kelompok masyarakat tersebut? Sedangkan usaha-usaha pembinaan yang positif tidak wujud dalam diri setiap individu yang mementuk sesebuah masyarakat tersebut? Allah Subhanahu wa Taala berfirman (maksudnya),
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (an-Nuur, 24: 55) 揇ari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya. Rasulullah Shalallahu alaihi wa Sallam dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dakwah yang dilaksanakan bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke Madinah. Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah... ...Dan Allah Subhanahu wa Ta抋la pun menurunkan ayat tersebut (an-Nuur, 24: 55). Adalah para Sahabat, kerana mereka merupakan kelompok (komuniti) manusia yang paling mentaati perintah Allah setelah Nabi wafat, maka kejayaan yang mereka perolehi itu adalah bersesuaian dengan (keikhlasan) mereka di dalam menegakkan kalimatullah di penjuru bumi di bahagian timur mahu pun barat. Oleh kerana itu, Allah memperkuatkan (memperkukuhkan) kejayaan mereka sekuat-kuatnya sehingga mereka berupaya menakluki pelbagai negeri lainnya dan menjadi penguasa penduduk negeri yang mereka takluki. Namun ketika umat telah mula lalai dalam menjalani ketaatan kepada Allah, maka menjadi pudarlah kejayaan umat Islam. Namun dalam sebuah hadis yang termaktub di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih muslim, dan diriwayatkan melalui banyak jalur periwayatan, disebutkan bahawa Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda, akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat?? Dari sini kita dapat melihat sebuah penjelasan yang menerangkan bahawa sebuah pemerintahan yang baik (pentadbiran yang berkesan) lahir dari sebuah masyarakat yang memiliki keimanan, kesolehan dan ketaatan yang baik kepada Allah. Allah Subhanahu wa Taala berfirman, Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.? (al-A'raaf, 7: 96) Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.(Yunus, 10: 98) Dan Kami utus dia (Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.(ash-Shaffat: 147-148) Allah Subhanahu wa Taala berfirman, Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.(al-Ana'm, 6: 129) Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.? Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.(al-Isra? 17: 16) Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan. Begitu juga dengan firman Allah, Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.(al-Hakfi, 18: 59) Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.? (al-An'am, 6: 129) Abdul Malik bin Marwan pernah berkata, Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan.(Siraj al-Muluk, m/s. 100-101) Maka, dengan ini dapatlah kita mengetahui dan memahami bahawa kesolehan dan keadilan yang terpancar (lahir) pada diri pemerintah sebenarnya bergantung kepada kesolehan dan keadilan dalam diri-diri masyarakatnya. Maka, atas sebab itu, kita tidak memiliki jalan lain melainkan kita masing-masing mengambil inisiatif untuk bermula melakukan perubahan ke dalam diri sendiri dan seterusnya ke dalam masyarakat di sekeliling kita. Maka, bermuhasabahlah dan berusahalah untuk memperbaiki diri-diri kita.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasehati supaya menetapi kesabaran. (al-asr, 103: 1-3)

Malaysia perlukan Anda !!-Malaysiakini

Di waktu ini di negara kita, setiap jemaah atau kumpulan atau parti masing-masing mengaku benar Setiap kumpulan menuduh kumpulan yang lain adalah salah Yang lebih parah lagi ada yang menuduh kumpulan yang lain sesat lagi menyesatkan Ada yang kena tuduh sudah kafir, ada yang kena tuduh khawarij, ada yang kena tuduh membawa ajaran sesat Yang menghairankan orang yang tidak bersembahyang pun menuduh orang sesat Tidak kurang juga kaki rasuah, zina, penipu, dedah aurat menuduh orang sesat Di waktu pilihan raya, di ketika hendak bertanding suara, banyak yang datang berjumpa bomoh Bomoh yang membawa ajaran karut dan khurafat Mereka-mereka ini juga mudah menuduh orang sesat Padahal mereka telah terjebak dengan ajaran syirik Ertinya orang yang sudah sesat, menyesatkan orang Adakalanya orang yang baik kena sesatkan Kerana kalau orang ramai sudah banyak yang batil Sudah tentulah yang benar disesatkan orang Apabila berlaku masyarakat yang semacam ini Siapa pun tidak boleh menyelesaikan masalah Tidak ada orang tengah yang menjadi pendamai Pemimpin-pemimpin yang ada tidak lagi jadi penyelamat Hanya menunggu bantuan Allah yang Maha Berkuasa Menunjukkan seorang pemimpin yang ada keramat dan berkat Yang akan boleh menyelamatkan keadaan Seolah-olahnya seperti kedatangan rasul di tengah umatnya Ertinya perlu seorang pemimpin yang berwatak rasul di dalam kemelut masyarakat

Pejuang Kebenaran yang Unic -Malaysiakini

Pejuang-pejuang kebenaran sepanjang sejarah unik dan istimewa Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang kerana mempunyai quwwah atau kekuatan Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh barulah diberi kemenangan Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya baru menang Tapi yang membunuh tentera musuhnya dan mengalahkan adalah Tuhan Allah Taala datangkan tentera-tentera yang bukan jenis manusia Adakalanya para malaikat datang berperang Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat di peperangan Badar yang terkenal Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya tunggang-langgang Seperti yang telah berlaku di dalam peperangan Ahzab atau Khandak Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan dibantu Allah Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan bukan mereka yang berperang Tapi Firun dan tentera-tenteranya dimusnahkan oleh air lautan, semuanya tenggelam Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud dan tenteranya bukan dengan perang Allah Taala datangkan tentera nyamuk memusnahkan Namrud dan tentera-tenteranya mati bergelimpangan Kalau begitu jika ada di setiap zaman pejuang-pejuang Islam berjuang Tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah di waktu berperang Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu penuh dengan dosa, akhirnya kecundang Kita hendak menunggu kemenangan kita bukan dari kita Kita hendak menunggu kemenangan ini di tangan Tuhan Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri untuk keredhaan Tuhan

31 Oktober 2008

CARA MENCUCI HATI : DR FAZILAH KAMSAH-Malaysiakini

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4.. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka) 7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!). 8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah. 12. Belanja orang makan. 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. 14. Berkawan dengan ulama. 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) . 16. Pesan pada orang, jadi baik. 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

26 Oktober 2008

KEJORA GANTI MPS

Kembara Jejak Realiti (KEJORA) kini di persiapan terakhir, demikian menurut pengarahnya, Ustaz Hanafi Zulkifli ketika dihubungi sebentar tadi. Ujar beliau lagi, KEJORA atau lebih dikenali sebelum ini dengan Minggu Pengetahuan dan Silaturrahim (MPS) adalah bersifat ke arah lebih santai bersesuaian dnegan temanya kali ini "Ke Garisan Sedia, Mula.."
Program dijangka akan bermula pada 25 Oktober ini selama tiga hari bertempat di Ismailiyyah. Majlis perasmian dijangka diadakan pada pagi 25 Oktober ini oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail. Untuk itu, semalam beliau yang juga pemangku Ketua Lajnah MUhafazah bersama-sama beberapa anggota Badan Pengurus PMRAM meninjau persiapan terakhir yang dilakukan oleh AJK penggerak program bagi memastikan KEJORA berjalan lancar seperti yang dirancang.
Beliau juga mengharapkan agar semua mahasiswa dan mahasiswi baru menyertai KEJORA ini kerana ia adalah satu kewajipan bagi PMRAM memperkenalkan pertubuhan itu kepada mereka yang terbabit. "Tidak ada pengecualian kerana ia adalah program mega yang menjadi kewajipan kepada PMRAM melaksanakannya.
Cuma konsep dan nama program sahaja berubah namun matlamatnya tetap sama," tegas beliau lagi yang juga Timbalan Setiausaha Agung PMRAM. Beliau juga mengingatkan para peserta untuk berkumpul di Dataran Hayyu 'Asyir pada malam ini (24 Oktober) sebelum maghrib dan dijangka bertolak jam 8 malam.Pihaknya juga akan membuka meja pendaftaran di lokasi tersebut bermula lepas Asar hingga malam bagi peserta yang ingin menyertainya atau bagi menjelaskan yuran pendaftaran.
Dijangka 17 buah bas akan memenuhi kawasan dataran tersebut bagi membawa para peserta, AJK pelaksana dan anggota Badan Pengurus serta AJKT HEWI PMRAM ke satu destinasi yang sama.
Sepanjang tiga hari di sana, para peserta akan diisi dengan pelbagai pengisian yang berbentuk santai yang amat menarik. Antaranya talkshow, ceramah, gerak kerja berkumpulan (GKB), pengenalan sejarah ARMA, sejarah PMRAM dan paling menarik dapat berkenalan dengan teman dari negeri yang berlainan.

22 Oktober 2008

Peringatan buat TEKNO DAIE -Malaysiakini

Mungkin dalam kesibukan kita menyajikan bahan dakwah kepada mad'u(orang yang kita nak dakwah) kita di alam siber ini. Jangan kita lupa bahawa para duat(pendakwah) juga akan diuji oleh Allah swt. dalam pelbagai dimensi. Samada dari ujian dalaman mahupun luaran. Dalaman melibatkan persoalan sejauhmana rasa berTUHAN kita wujudkan dalam diri.Dakwah di dunia tanpa batasan. Tapi kadang-kadang ada yang tersesat didunia siber yang penuh dengan lumpur dosa. Akhirnya perjuangan terhijab daripada nusrah/pertolongan Allah swt. Bak kata pepatah yang didukung tercicir dan yang dicari tak dapat. Ini bukan sahaja tidak dapat bahkan dapat kemurkaan Allah swt. Bagaimanakah mungkin pertolongan Allah boleh turun jika keadaan ini berlaku? Ketika orang tiada pantau kita dalam melayari internet. Semuanya boleh berlaku. Pengaruh syaitan dan nafsu jangan dipandang remeh oleh para pendakwah siber sekalian. Kerana suntikan syaitan dan desakan nafsu mampu mengegarkan iman walau setinggi gunung. Bukti telah banyak Allah tunjukkan kepada kita. Mungkin disebabkan kita merasakan terlalu banyak menasihati orang menyebabkan kita sudah memandang ringan dosa kita sendiri. Dosa-dosa kecil kita anggap kecil. Boleh sahaja dihapuskan dengan amal kubra yang kita buat. Tapi kita lupa adakah kita yakin amalan kita itu sudah diterima atau tidak oleh Allah swt. Semuanya masih belum pasti. Tapi kita alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan kita sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita. Akhirnya, sebagai para duat siber sekalian. Ingatlah dan awasi diri bahawa cctv akhirat telah diwujudkan sejak kita baligh lagi. Tak perlu kawalan manusia dan software kalau kita betul-betul menghayati cctv akhirat.Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah,pertolongan dan lindungi kepada kita daripada fitnah ini kerana tiada jaminan untuk kita melainkan kita sendiri yang berusaha mewujudkan perasaan muraqobah(Allah sentiasa observe kita) dalam diri. Takutlah kamu wahai manusia akan slide show akhirat yang akan menayangkan segala tingkah laku mu samada buruk atau baik.Sanggupkah muka mu itu menanggung malu yang teramat sangat nanti. Renungkanlah

Kurangkan Ejekan -Malaysiakini

RAMAI orang minta orang lain berubah. Anak-anak mesti berubah. Remaja sering ditanya kenapa berdegil tidak mahu berubah-ubah? Malah, ada juga orang bertanya kenapa ekonomi tidak berubah, politik pun macam dulu tidak berubah-ubah. Pendek kata, semua kena berubah. Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun ubahlah diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain tetapi kita tidak ubah diri kita, orang akan ketawakan kita. Maksudnya asyik memikirkan kesalahan orang, keburukan orang, kelalaian orang tetapi lupa untuk membetulkan diri. Kita berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang tetapi jarang berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan agama Islam didasari dengan saling nasihat menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu nasihat.” Kita perlukan remaja dan pemuda yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja yang berjiwa besar ialah remaja yang boleh menerima dan berkongsi kekuatan dengan orang tua berpengalaman. Orang tua yang hebat juga ialah mereka yang memahami dan menghormati perasaan remaja. Pendek kata, mereka yang berjiwa besar menjadi ejen pengubah dan perubahan datang daripada diri sendiri. Inilah calon orang-orang besar. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, malah memberi pengaruh pada orang di sekitarnya. Dia menjadi dorongan serta simpati juga untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun susah untuk menguasai diri kita. Paling penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita, anak-anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata “susahnya hendak ubah remaja” , “isteri degillah” , “pekerja keras kepalalah.” Jawapan sebenarnya ada di dalam diri kita, asalkan jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Memang mereka pun ada salah, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Kekuatan mengajak memang disuruh tetapi jangan lupa kekuatan 'memberi contoh' amat penting. Rasulullah s.a.w. diutus untuk mengajak dan memberikan contoh baik. Kita pula banyak mengajak tetapi kurang memberi contoh yang baik.

Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat ???-Malaysiakini

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.
Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.
Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID.
Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga." Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran?
Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)." Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.
2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja.
Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?
3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan.

pendaftaran ahli Forum BKKIMM.com

assalamualaikum ... salam perjuangan
kepada mana-mana bekas ahli bkkimm tak kiralah dari awal penubuhan pada tahun 1976 hingga sekarang yang berada dimana sahaja , anda dipelawa untuk meneriahkan lagi FORUM BKKIMM.COM
hanya klik dan isi maklumat pada url ini :
Jom Meriahkan kembali BKKIMM

MKKK sambut ulang tahun - Malaysiakini

Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir (PKPK) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) menganjurkan Majlis Ulang Tahun Penubuhan MKKK kali ke-40. Majlis yang gilang gemilang ini dihadiri oleh ahli MKKK dan tetamu undangan yang juga merupakan ahli MKKK satu ketika dahulu. Majlis berlangsung sejerus selesai solat isyak. Majlis ini juga merupakan Majlis Ramah Mesra Anak Kedah Mesir bersama Tuan Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim dan Syeikh Al-Fadhil Ustaz Ismail Khamis. Kedua-dua tokoh ini adalah khirijil azhar dan tokoh yang disegani di kalangan masyarakat negeri Kedah khususnya. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Hadzle bin Johari ini bermula dengan ucapan aluan dari Syeikh Zakaria bin Othman, Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir dan seterusnya hadirin dan hadirat mendengar ucapan dari kedua- dua tetamu undangan. Ucapan yang pertama disampaikan oleh Tuan Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim, Ketua Pendaftar Sekolah-sekolah Agama, Majlis Islam Negeri Kedah. Tuan Syeikh memberi kata-kata semangat buat anak Kedah Mesir dalam mengharungi kehidupan kemahasiswaan di Bumi Anbiyak ini. Beliau menekankan agar Anak Kedah di sini belajar dengan konsep tafaqquh bukan ta’allum. Tafaqquh dengan ertikata yang lebih mendalam dalam menuntut ilmu dan bermatlamatkan menguasai bidang yang dipelajari. Beliau juga mengajak supaya mahasiswa berazam menjadi professional. Agamawan yang professional. Selain itu, Tuan Syeikh berpesan kepada semua ahli MKKK agar menjaga MKKK yang sekian lama terbina atas dasar kebajikan dan saling tolong menolong untuk sampai kepada titik kejayaan. Ucapan yang kedua disampaikan oleh Syeikh Al-Fadhil Ustaz Ismail bin Khamis yang juga merupakan mantan Yang Dipertua MKKK tahun 1977, Bekas Tenaga Pengajar Maktab Mahmud dan juga Bekas Wakil Rakyat Adun Anak Bukit. Al-Fadhil Ustaz menceritakan kisah penubuhan MKKK pada tahun 1968 yang ketika itu anak Kedah di Mesir seramai hampir 100 orang. Penubuhan ini amatlah bersejarah bagi anak-anak Kedah yang melanjutkan pelajaran di Ardhil Kinanah ini. Beliau juga mengisahkan perjalanan beliau ketika menuntut di Bumi Mesir ini. Katanya dalam ucapan “MKKK ditubuhkan atas dasar untuk menyatu padukan semua anak Kedah”. Beliau juga dengan harapan kepada kepimpinan MKKK kini agar meneruskan perjuangan anak-anak Kedah dengan berobjektifkan perpaduan. Panjang lebar beliau mengisahkan sejarah penubuhan MKKK ketika itu, susah payah dihadapi bersama.Akhirnya Al-Fadhil Ustaz berpesan supaya anak Kedah menuntut ilmu dengan sebanyak yang mungkin dan menyeru agar belajar bersungguh-sungguh. Majlis diteruskan dengan penyerahan raptika cek sumbangan dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Ismi Anuar kepada Syeikh Zakaria Otman mewakili anak-anak Kedah di Mesir. Seterusnya majlis berehat seketika sambil mendengar nyayian nasyid dari Ketua Badan Kebudayaan Kesenian dan Sukan MKKK. Sebagai Sambutan Ulang Tahun Penubuhan MKKK kali ke 40, ahli MKKK bersama-sama menyaksikan majlis potong kek secara bersama oleh Syeikh Al-Fadhil Ustaz Ismail bin Khamis, Tuan Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim, Syeikh Zakaria Otman dan Ustaz Abu Bakar bin Razak, Yang Dipertua MKKK. Sebagai kenang-kenangan kepada tetamu undangan PKPK dan MKKK menyampai cenderamata dan 2 buah buku karangan dan terjemahan dari anak Kedah Mesir.Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Sahrizan Mohd Hazime, anggota Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Nazrey Johani di Konsert Apresiasi Graduan

Artis jemputan, Nazrey Johani hari ini (21 Oktober) telah bersama-sama mahasiswa dan mahasiswi di kawasan Sabie' dalam program ramah mesra dan promosi Kamus Al-Miftah serta Konsert Apresiasi Graduan. Majlis berlangsung di dua tempat iaitu zon Sabie dan zon 'Asyir. Zon Sabie berlangsung di Rumah Perak jam 4 petang manakala di zon 'Asyir di Rumah Selangor jam 7 malam. Ia secara tidak langsung adalah sebagai sesi pertemuan beliau bersama mahasiswa sebelum persembahan beliau di konsert tanggal 22 Oktober ini. Majlis di Rumah Perak itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), Ustaz Mohamad Mujahid Mohamed Fadzil. Majlis yang hampir sama juga berlangsung di Rumah Selangor dengan sambutan yang amat menggalakkan dari warga BKASM. Majlis bermula selepas solat Isyak itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim yang juga pengarah Konsert Apresiasi Graduan. Kemudian diikuti ucapan alu-aluan Pegawai Pembantu Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Encik Daud Jamil diikuti Pengurus I Al-Azhar Media, Ustaz Khairi Zainudin. Dalam ucapan itu, beliau turut menceritakan hasrat serta keazaman beliau hingga mengambil masa beberapa tahun bagi menghasilkan Kamus Al-Miftah itu. Ucapan terakhir dari Nazrey Johani yang turut menyelitkan dengan beberapa rangkap lagu dengan suaranya yang merdu. Beliau turut mengiklankan laman web beliau yang boleh dilayari iaitu: www.sahabatnazrey.com.my atau www.nazreyjohani.com. Pihak PMRAM mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada En.Daud Jamil serta pihak Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) atas kesudiaan menyediakan tempat bagi promosi malam ini. Acara akhir bagi Nazrey Johani malam ini ialah mengadakan wawancara dengan stesen radio Qommunity.com di Hayyul 'Asyir yang dimiliki oleh individu mahasiswa dari negara Indonesia. Wawancara hampir sejam itu dapat didengari secara langsung melalui internet.

BADAN ANAK NEGERI TERAKHIR ADAKAN MAT

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang terakhir mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 19 Oktober lalu. Kesemua BKAN lain telah mengadakan MAT masing-masing sebelum ini dengan menyaksikan beberapa muka baru bagi kepimpinan di BKAN masing-masing bagi sesi 2008/2009. Paling menarik perhatian, ada BKAN yang menyaksikan pertandingan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) seperti di Kedah dan ada yang menyaksikan pertandingan bagi jawatan Yang Dipertua seperti di Melaka. Namun, perjalanan mesyuarat tetap berjalan lancar walaupun terdapat usul dan perbahasan yang agak panas. Berikut disenaraikan nama Yang Dipertua BKAN bagi sesi 2008/2009: Perlis: Mohd Zainureen bin Mahamud (penggal kedua berturut-turut) Kedah: Abu Bakar bin Razak Wilayah Persekutuan : Mohamad Hisyam bin Zakaria Pulau Pinang: Mohamad Hanif bin Haron (penggal kedua berturut-turut) Kelantan: Mohd Nor Halif bin Mohd Nor Terengganu: Mohd Shafizi bin Ismail Pahang: Mohd Ridzuan bin Abd.Aziz Selangor: Abdul Aziz Akhimullah bin Roslan (penggal kedua berturut-turut) Perak: Muhammad Mujahid bin Mohamad Fadzil Johor: Firdauz bin Noh Melaka: Husni bin Ali Hasan (penggal kedua berturut-turut) Tahniah PMRAM ucapkan kepada mereka yang sanggup memikul amanah ini serta Selamat bertugas. Allah bersama kita.

Selamat Kembali berbakti BKASM - Malaysiakini

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) buat julung kalinya mengadakan pemilihan kepimpinan di peringkat negeri selepas 4 tahun tidak berbuat demikian. Tahun ini merupakan tahun pertama sistem demokrasi mahasiswa dijalankan di dalam BKASM ataupun nama lamaya Badan Anak Selangor. BKASM sebelum ini terpaksa dibekukan setelah melihat mahasiswa Selangor ditekan dan diugut dengan pemotongan zakat sekiranya bersama-sama dengan BKASM. Hasil daripada mesyuarat Ahlijawatankuasa Tadbir BKASM (AJKT BKASM), BKASM terpaksa dibekukan dan anak-anak Selangor kemudiannya bernaung di bawah Badan Anak Selangor (BAS). Sistem pemilihan kepimpinan secara demokrasi sebenarnya telah lama dituntut oleh anak-anak Selangor di dalam BAS kerana kepimpinan itu sebelum ini mengamalkan sistem temuduga oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dijawat oleh Haji Idris Mastor selama 4 tahun. Berkat kesabaran mereka pada tahun ini BAS berbesar hati untuk bergabung dengan BKASM dan seterusnya kembali bernaung di bawah PMRAM dan berjaya untuk melaksanakan sistem demokrasi di dalam memlih kepimpinan BKASM untuk sesi akan datang. Pembukaan pemilihan calon telah dibuka selama 3 hari bermula daripada 10 sehingga 12 Oktober yang lepas dan seterusnya pada 14 Oktober pula dibuka Hari Bantahan untuk ahli BKASM membantah segala apa yang tidak tepat di dalam perjalanan pilhanraya BKASM. Suruhanjaya Pilihanraya BKASM (SPR BKASM) kali ini diketuai oleh Ustaz Ibrahim Abd Wahab dan kesemua calon menang tanpa bertanding. BKASM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 19 Oktober ini di Dewan Darul Ehsan seawal jam 7 pagi.

18 Oktober 2008

Ayah Pin Muncul lagi -Malaysiakini

BESUT: Pemimpin ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Mohamad atau Ayah Pin, 68, yang menghilangkan diri selepas perkampungan ajaran sesatnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dekat sini, dirobohkan pada Julai 2005, dipercayai muncul beberapa kali di situ. Ini berdasarkan dakwaan penduduk berhampiran perkampungan itu yang mendakwa masih melihat Ayah Pin dan ramai pengikutnya, termasuk dari luar daerah itu memasuki kawasan perkampungan berkenaan.Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro, walaupun tiada lagi replika yang menjadi sanjungan pengikut Ayah Pin seperti telaga zam-zam, kaabah dan bahtera Nabi Nuh serta dewan besar yang menjadi tempat ahli kumpulan berkenaan menjalankan upacara mereka, kawasan itu masih dikunjungi pengikut ajaran sesat berkenaan dari dalam atau luar negeri ini. Menurutnya, dakwaan pemimpin kumpulan itu yang dikatakan sakit dan bersembunyi di lokasi rahsia di negara jiran dipercayai tidak benar. “Saya sendiri pernah melihat Ayah Pin ketika dia balik dan pergi dari perkampungan itu beberapa kali. “Dia tetap balik kerana keluarganya masih tinggal di perkampungan itu, malah saya sendiri pernah bertanyakan keadaan Ayah Pin dengan anaknya selain pernah melihat sendiri ketika dia balik ke perkampungan itu,” katanya.Katanya, hanya penampilan Ayah Pin sekarang sedikit berbeza apabila dia membotakkan kepala.“ Pada Aidilfitri lalu, 200 dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat itu serta lebih 10 kereta, termasuk kenderaan mewah dilihat memasuki dan berkumpul di situ.“Cuma bentuk aktiviti dilakukan dalam markas itu tidak pula diketahui selepas replika yang menjadi keagungan ahli kumpulan berkenaan serta dewan besar sudah dirobohkan pihak berkuasa.“Dahulu, upacara seperti ratib kuat dan pemujaan terhadap Ayah Pin dalam perkampungan itu boleh didengari penduduk berhampiran tapi sekarang tidak pula diketahui,” katanya. Penduduk berkenaan berkata, sepanjang kehilangan Ayah Pin, perkampungan yang masih dipagar berduri itu tetap dikawal ketat pengikut kanannya dikenali sebagai Pok Nor dan anak sulungnya dikenali Mamat berusia 40-an.Dia berkata, ada beberapa penduduk yang memang mengenali Ayah Pin mendakwa melihat pemimpin ajaran sesat itu membotakkan kepala dan melarikan diri jika terserempak dengan penduduk kampung. Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke perkampungan itu semalam, mendapati kira-kira 10 rumah papan dan separuh batu yang sebelum ini dijadikan tempat tinggal ahli kumpulan itu masih digunakan, malah beberapa kenderaan dilihat selain kelibat kanak-kanak sedang bermain.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kemunculan Ayah Pin seperti didakwa penduduk setempat. Katanya, usaha pihak berkuasa agama bagi membantu memulihkan semula akidah dan memberikan pendidikan agama kepada penghuni perkampungan itu tidak mendapat kerjasama menyebabkan tindakan pemulihan sukar dilakukan.Mengenai menempatkan tenaga pengajar di kalangan ulama di kawasan berkenaan bagi memulihkan bekas pengikut ajaran sesat itu, katanya, tindakan terbabit tidak perlu. “Kami sudah melakukan usaha (memulihkan akidah) penghuni perkampungan itu tetapi mereka tidak memberikan kerjasama,” katanya.Ajaran Ayah Pin itu difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

Murahnya Aqidah Umat Islam Masa kini-Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Hanya mahu mendapatkan wang mudah, seorang wanita sanggup menjual agama dengan mengisytiharkan dirinya murtad melalui SMS untuk memperdaya orang ramai supaya memberi derma kepadanya. Difahamkan, wanita terbabit menghantar SMS secara rambang kepada pemilik telefon bimbit kononnya terpaksa keluar daripada Islam kerana kesempitan wang dan tekanan keluarga. Melalui SMS yang disebarkan itu, dia cuba menagih simpati orang ramai membantunya menghulurkan wang sara hidup bagi menyelamatkannya daripada memeluk agama lain. Tindakan itu ternyata berjaya memperdaya beberapa pemilik telefon bimbit yang sanggup memberikan wang kepadanya semata-mata bagi menyelamatkan akidahnya. Ini didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin, selepas menerima aduan berhubung penyebaran SMS berkenaan yang diterima beberapa rakan, baru-baru ini. Menurutnya, wanita terbabit menghantar mesej dengan kata-kata ‘saya kecewa dengan orang kita (Islam) tidak boleh membantu saya yang hidup susah. Tapi bila saya minta wang dari penganut agama ******** mereka cepat membantu. Saya cabar anda untuk bantu saya jika tidak mahu saya keluar agama Islam. “Sebaik membaca SMS itu, saya terkejut dan tak sangka wanita berkenaan sanggup mengugut mahu keluar Islam hanya kerana kesempitan wang,” katanya.Selepas menerima SMS itu, dia cuba membantu, namun wanita itu enggan mengangkat panggilan telefon.“Apa yang pelik, dia menjawab SMS yang dihantar. Melalui SMS yang dibalas, dia memberitahu mempunyai seorang anak dan hidup dalam kesusahan. “Malah, tindakan suaminya menghilangkan diri turut menyebabkan hidup semakin terhimpit,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.Ahmadi kemudian bertanya mengenai masalah sebenar dan terkejut apabila wanita itu mencemuh dan mempersoalkan Islam. “Dalam SMS itu, dia menyoal mengapa begitu susah untuk mendapatkan bantuan orang Islam sedangkan penganut agama lain mudah memberi bantuan kepadanya.“Dakwanya, dia menemui beberapa orang Islam untuk meminta bantuan, tapi tidak dilayan dan berbeza sekali daripada layanan diterimanya daripada penganut agama ******* yang didakwa lebih prihatin membantunya. “Wanita itu seterusnya mendakwa sedang berurusan dengan seorang pendakwah agama ******* untuk mendapatkan bantuan kewangan,” katanya.Daripada SMS itu juga, wanita itu mencabar Ahmadi dengan menyebut “Kalau betul dan ikhlas membantu dan prihatin sesama umat Islam, bertindaklah segera membantunya sebelum mengambil keputusan keluar Islam dan menjadi murtad.” Wanita berkenaan turut menyertakan sekali nombor akaun bank untuk memudahkan urusan sumbangan kewangan kepadanya kononnya untuk mengelakkannya murtad.Namun, kata Ahmadi, selepas disiasat penghantaran SMS seperti itu satu lagi bentuk penipuan dengan menggunakan agama sebagai modal memperdaya mangsa. “Kejadian itu amat dikesalkan jika individu yang cuba mengutip wang daripada orang ramai itu orang Islam sendiri. Perbuatan itu berdosa besar dan sesat.“Dia tidak sepatutnya mempermainkan agama Islam dan perlu segera bertaubat. Segeralah melakukan solat taubat nasuha dan mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.Menurutnya, memeluk agama Islam ialah satu perjanjian atau akad dan seseorang yang sudah berjanji tidak boleh sewenang-wenangnya keluar sesuka hati. ulasan: Betapa mudah dan murahnya aqidah umat islam pada masa kini dengan mudah diperdaya dan ditipu oleh golongan yang jahil murakkab. Nak elak mudah saja, laksanakan islam yang sebenar dalam kehidupan insya Allah selamat.

14 Oktober 2008

Pandangan masyarakat terhadap kegagalan mahsiswa al-azhar-Malaysiakini

Keputusan peperiksaan bagi sesi 2007/2008 kebanyakkannya telah diketahui oleh sebilangan pelajar. Khabar-khabar angin tersebar luas tentang keputusan yang diperolehi tanpa mengetahui sahih atau sebaliknya.
Namun khabar tersebut sudah cukup untuk menggusarkan hati pelajar-pelajar lain yang belum melihat keputusan mereka. Keluhan-keluhan kian kedengaran tanda kerisauan mahasiswa Universiti Al Azhar. Yang pastinya segala penyesalan sudah tidak berguna lagi. Keputusan yang bakal keluar tidak akan dapat diubah melainkan mereka yang masih diberi berpeluang untuk mengambil peperiksaan tambahan yang tertentu.
Pelbagai reaksi dapat dilihat dari mereka yang telah mengetahui keputusan peperiksaan. Wajah ceria sudah pastinya lahir dari mereka yang memperolehi keputusan yang baik. Bahkan begitu juga sebaliknya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Lumrah ini sentiasa berulang saban tahun menyaksikan kejayaan dan kegagalan mahasiswa di dalam peperiksaan tahunan. Namun yang pastinya kejayaan dan kegagalan ini akan menjadi buah mulut bagi mereka yang berada di Malaysia terutamanya berita tentang kegagalan.
Situasi peperiksaan di sini memang susah untuk digambarkan kepada mereka yang bukan ahlinya. Selalunya kegagalan mahasiswa Al Azhar menjadi kritikan masyarakat di Malaysia yang mengatakan bahawa ianya berpunca dari kemalasan, kecuaian dan kelekaan pelajar di dalam pelajaran. Bahkan kepada lepasan Al Azhar di Malaysia yang pernah gagal dalam pelajaran di Mesir turut dijadikan hujjah oleh golongan yang berkepentingan, yang kononnya mereka ini tidak perlu disegani oleh masyarakat.
Bagi mereka yang tidak pernah melalui jerih payah pengajian di Mesir, sudah pasti buah mulut akan menjadi lebih enak dan berperisa bila didengari. Inilah yang selalunya didengari sedangkan pada hakikatnya mereka tidak pernah mengalami dan mengetahui keadaan sebenar pengajian di Mesir. Ringkasnya, bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang.
Justeru itu, setiap kenyataan yang akan dilafazkan berkenaan dengan sesuatu perkara seharusnya dikaji dan dipastikan terlebih dahulu. Kegagalan seseorang di dalam pelajaran bukanlah antara sesuatu perkara yang diharapkan. Mustahil seseorang yang melakukan sesuatu perkara inginkan kegagalan sebagai hasil kerja yang dilakukan. Sudah pasti setiap manusia inginkan kejayaan di dalam setiap perkara. Begitu juga kami, mahasiswa Universiti AL Azhar di Mesir.

Jom Gerakkan BKKIMM Kembali

Antara kesulitan yang dialami oleh persatuan dalam melaksanakan gerak kerja ialah kekurangan tenaga kerja bagi menjayakan projek. Seringkali program-program yang dianjurkan oleh persatuan digerakkan oleh tenaga-tenaga yang sama. Bukan disebabkan oleh ketiadaan pelapis untuk menggantikan tugas, tetapi disebabkan keengganan pelajar untuk menerima tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Sekiranya diteliti dari pelbagai sudut, pasti akan menemui bahawa gerak kerja yang dijalankan dalam persatuan akan memberikan manfaat yang amat berguna. Sebaik sahaja tiba musim cuti, masing-masing selalunya mempunyai agenda tersendiri bagi memenuhi masa yang terluang. Tetapi, selalunya perkara-perkara yang diisi lebih kepada keseronokan dan kepuasan diri dengan peningkatan waktu tidur, berbual kosong, bermain internet atau game, aktiviti sukan yang melampau, travel yang tak berkesudahan dan sebagainya. Sedangkan keterlibatan diri dalam persatuan lebih kepada meningkatkan kemahiran dan jati diri dalam segenap sudut. Di samping melatih diri dalam berorganisasi, bahkan turut menjanakan thaqafah dengan program-program ilmiah yang dianjurkan oleh pihak persatuan. Dengan aktiviti yang lebih kepada kerjasama antara ahli, akan mengeratkan lagi silaturrahim di samping memudahkan gerak kerja dalam menjayakan sesuatu program. Selalunya, kerjasama di dalam persatuan adalah secara berterusan dari bermulanya perlaksanaan sesuatu program sehinggalah ianya berakhir. Sikap tolong-menolong dapat dilihat dengan lebih jelas bahkan turut menghasilkan kemesraan dan suasana harmoni. Ukhuwah inilah yang akan diikat sehingga tamat pengajian dan sudah semestinya akan saling ziarah-menziarahi walaupun masing-masing sudah berumahtangga. Berapa ramaikah yang berani dan tenang apabila berhadapan suatu jemaah? Selalunya diri akan berasa gementar dengan darah yang gemuruh sehingga menyebabkan tubuh bergigil apabila berdepan dengan hadirin yang ramai. Tidakkan dengan melibatkan diri di dalam persatuan akan sentiasa berada di dalam situasai begini? Sudah pasti dengan penglibatan yang berterusan akan berjaya mengikis sedikit demi sedikit ketakutan apabila berdepan dengan hadirin yang ramai. Bak kata pepatah melayu "alah bisa, tegal biasa". Dengan keterlibatan inilah akan menambahkan lagi keyakinan di dalam diri untuk menghadapai sebarang kemungkinan yang berlaku. Oleh yang demikian, jelaslah sebenarnya tenaga mahasiswa di dalam persatuan amat-amat diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul oleh sahabat yang lain. Siapa lagi jikalau bukan anda sahaja yang mampu menolong mereka...

BAGI YANG BAKAL KE UNIVERSITI AL AZHAR -Malaysiakini

Kenaikan harga pengurusan Universiti Al Azhar di bahagian pelajar agak mengejutkan warga Malaysia di sini. Dahulunya, institusi inilah yang terkenal dengan pengajian yang termurah dari segi perbelanjaan kemasukan dan belanja tahunan. Masing-masing menganggarkan berbagai tanggapan mengenai sebab-sebab kenaikan yang mendadak ini. Bahkan salah satu akhbar di Mesir mengeluarkan kenyataan tentang sistem pengurusan Al Azhar yang kurang sistematik walaupun telah dinaikkan harga pengurusan. Rungutan pelajar kerap kali kedengaran setiap kali berjumpa rakan-rakan. Masing-masing melahirkan tidak puas hati dengan pengurusan di bahagian pelajar yang masih tergendala walaupun peperiksaan sudah bermula. Ditambah pula dengan gelagat nakal pelajar bangsa arab yang cukup membosankan ketika mereka membuat urusan. Kadang kala penantian seharian untuk membuat kad pelajar menjadi sia-sia walau sudah lama menunggu. Dengan mudah sahaja pegawai terbabit menyatakan "datang esok!". Bukan sekali, bahkan berkali-kali kejadian seperti ini berlaku. Bagi anda yang bukan belajar di sini, pasti susah untuk menggambarkan keadaan yang berlaku, memandangkan pengurusan IPT di Malaysia lebih teratur dan sistematik berbanding pengurusan di sini. Agak tidak melampau jika dikatakan "bagai langit dan bumi" perbandingan pengurusan di sini dengan IPT di Malaysia. Bagi pelajar lama yang sudah bertahun-tahun di sini, kejadian seperti ini adalah perkara biasa. Namun, kenaikan mengejut harga pengurusan bahagian pelajar ini yang dikatakan agak luar biasa berbanding tahun-tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, catatan ini bukan untuk melemahkan semangat mereka yang ingin datang ke Mesir. Bahkan ini sebagai persiapan diri supaya anda lebih bersiap sedia dengan kesabaran dan keikhlasan yang tinggi sebelum menjejakkan kaki ke bumi para nabi ini. Mungkin pengurusan di bahagian pelajar agak memboringkan namun, ianya dapat dicari ganti dengan keilmuan para ulamak yang dikagumi bagi mereka yang benar-benar ingin mengaut ilmu pengetahuan di sini. Bahkan lebih ramai lagi ulamak-ulamak di merata-rata tempat yang sanggup mencurah keilmuan mereka secara percuma kepada yang menginginkan. Cuma diri sendiri sahaja penentu sama ada mahu ataupun tidak. Bahkan, sepatutnya bukan nilai harga pengurusan yang tinggi yang patut dijadikan sebagai alasan. Kerana agak berbaloi dengan thaqafah yang dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah di kelas pengajian. Yang pastinya, ikhlaskan niat dan kembali kepada matlamat utama anda ke Universiti.

Hikmah Puasa Enam

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.
Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”
Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar. Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya.
Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’
Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasaqada.Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapatsebahagian ulama.
’Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti. Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam.
Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Panduan Berurusan di Kuliah Universiti Al-Azhar-Malaysiakini

Sesi pengajian baru bagi Universiti Al-Azhar telahpun dibuka dan para pelajar kini sibuk membuat urusan bagi kuliah masing-masing. Bagi panduan mereka yang ingin membuat urusan pendaftaran di kuliah,sila beri perhatian kepada dokumen-dokumen berikut semasa urusan: Pasport beserta salinan-salinan pasport. Gambar sekurang-kurangnya 2 keping. Yuran sebanyak LE67 (jumlah tertakluk kepada kuliah masing-masing) Kad pelajar (kerneh) yang lama. Borang pengesahan perubatan (kasyfu tibb)- hanya kepada sesiapa yang bermusafir keluar dari Mesir. Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Ustaz Mohammad Azizudin Aznan dalam kenyataannya menasihati para pelajar agar mula membuat urusan sekarang. Beliau juga meminta kepada ahli agar mendapatkan surat pengesahan keputusan peperiksaan (kasyfu natijah). "Sekiranya mempunyai sebarang masalah berkenaan surat pengesahan keputusan dengan bahagian urusan kuliah, sila dapatkan surat dari pihak kedutaan," tambah beliau.

13 Oktober 2008

sebab shah rukh khan dapat Datuk

MELAKA 12 Okt. – Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Beliau berkata, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas. “Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort, Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam. Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi. Mohd. Ali berkata, penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang. “Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya. “Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya. Mohd. Ali berkata, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd. Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

AL-KISAH DATUK SHAH RUKH KHAN

BERKOCAKLAH sedikit meja hiburan apabila Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran 'Datuk'. Yang tanya itu pun bukan kalangan artis tetapi pembaca setia akhbar Berita Harian khususnya yang gemarkan ruangan sisipan Hip. Mereka bertanya teman, apa kesnya Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran tinggi itu. Kata kalangan ini lagi, apakah sumbangan aktor terkenal Bollywood itu dalam dunia hiburan kita sehingga melayakkan dirinya untuk bergelar ‘Datuk’? Kalau setakat gemar datang Melaka, kata mereka, rasanya artis kita pun ramai yang gemar pergi Melaka, makan ikan bakar, melawat A Farmosa dan tempat bersejarah di Melaka. Maksud mereka, biarlah alasan untuk memberi anugerah itu nampak logik dan bukan jadi bahan senda dan ketawa masyarakat. Mereka juga berpendapat ramai lagi artis kita yang layak diberi anugerah itu seperti Ratu Jazz Sheila Majid, aktres tersohor negara Azean Irdawaty dan juga sifu muzik M Nasir. Mereka juga bimbang kalau aktor seperti Shah Rukh Khan pun mesti dipanggil ‘Datuk’, barangkali tak mustahil Amitabh Bachan pula akan dapat gelaran ‘Tan Sri’ atau pun ‘Tun’. Teman katalah juga, nak dapat gelaran ‘Tan Sri’ atau ‘Tun’ perlu jadi ‘Datuk’ dulu. Tetapi kata mereka, dalam situasi sekarang ini macam-macam boleh berlaku macam cempedak tiba-tiba jadi nangka! Kalau tanya teman, memanglah tak ada jawapannya kerana pertamanya bukan teman yang bagi gelaran itu dan keduanya bukan hak teman nak tentukan siapa layak dan siapa pula yang tidak. Bukan kerja teman pun. Itu kena tanya pihak yang beri gelaran itulah. Tetapi teman faham benarlah sentimen kalangan yang bertanya soalan itu kerana kalau ikutkan siapalah Shah Rukh Khan itu. Bukan rakyat Malaysia pun. Bukan macam Michelle Yeoh yang juga dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’. Pelakon yang semakin galak mencipta nama di Hollywood itu sekurang-kurangnya anak kelahiran Ipoh, Perak. Shah Rukh Khan? Barangkali dia sekadar menjadi minat mereka yang kaki wayang Hindustan dan kegilaan gadis remaja dan wanita separuh umur yang berpendapat dia seorang aktor yang kacak gila. Faktor kacak ini pun subjektiflah kerana ada yang kata tak handsome manapun Shah Rukh Khan itu. Rupanya lebih kurang macam pekerja Bangla. Jadi, kalangan yang tak sependapat dengan mereka yang mengatakan pelakon itu kacak, naik hairan apabila ada yang tergila-gilakannya. Itu teman tak masuk campurlah. Suka hatilah kerana cita rasa masing-masing. Kalau ikutkan mata teman, aktor Hollywood, Brad Pitt paling kacak. Suatu ketika dulu Robert Redford dan Michael Douglas. Bagaimanapun tetap kacak di mata teman adalah Rosyam Nor walaupun ada yang kata Rosyam sudah tak handsome. Tetapi bagi teman dia tetap handsome. Sekarang lagilah nampak kacak sebab perangai dan budi pekertinya memang terpuji. Berbalik kepada soal gelaran tadi, hakikatnya begitulah dalam tempoh 10 tahun ini. Gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datin’ sudah menjadi begitu lumrah dan bunyi murah pula sehinggakan ada yang kata kalau baling batu, pasti ada yang terkena kepala si Datuk dan si Datin. Bagaimanapun teman begitu pasti ada yang tidak sependapat kerana bagi sesetengah orang gelaran itulah yang menjadi laluan mudah untuk banyak perkara terutama soal pengaruh, kuasa, imej dan bisnes. Kalau dulu orang tak berapa hendak peduli tetapi dengan gelaran, orang pasti buka mata. Ya Datuk, Ya Datin! Kebanyakannya dapat layanan VIP. Duduk pun di main table saja. Tak payah beratur, semuanya dapat laluan istimewa. Ibaratnya macam hari-hari lalu red carpet! Tetapi bagi teman, gelaran itu tentunya datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab untuk memastikan perilaku yang mulia agar setanding dengan gelaran yang digalas itu. Ia bukan sangat soal hendak dapat layanan VIP atau duduk di main table saja dan menaiki kereta atau rumah mewah. Sudahlah teman pun tak hendak mengomel panjang mengenai perkara ini bimbang nanti ada yang sensitif pula. Atau ada yang akan kata, teman ni bunyinya macam anggur masam kerana tak dapat gelaran apa-apa. Hakikatnya kalau Aiman tak kisah, teman pun tak kisah juga mengenai gelaran kerana teman lebih senang dengan kehidupan teman yang santai bersahaja. Nak naik teksi pun tak siapa nak peduli!

PRODUK MESIR

SEBUT saja Mesir, ramai yang terbayang atau teringatkan Piramid, Firaun dan Universiti Al-Azhar. Piramid dan Firaun sejak sekian lama menjadi kebanggaan dan 'eksport' terkenal Mesir manakala Universiti Al-Azhar pula adalah institusi pengajian tinggi terulung yang banyak melahirkan ulama terkenal dunia.
Sejarah ketamadunan kuno yang lahir di Lembangan Sungai Nil di Kaherah itu menjadikan Mesir destinasi pelancongan yang menjadi tarikan sejak sekian lama. Piramid di Giza adalah antara tarikan paling popular, hanya kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kaherah yang dianggarkan didiami 22 juta penduduk. Giza menempatkan dua bahagian monumen dengan kumpulan pertama dikenali dengan tiga piramid utama iaitu Khufu, Khephren dan Menkaure serta Sphinx, patung singa berkepala manusia yang terletak berhampiran tiga piramid besar di situ. Kumpulan kedua ialah tanah perkuburan untuk rakyat zaman Mesir kuno daripada pelbagai keturunan yang diperbuat daripada batu batan sedia ada di kawasan itu, berbanding batu kapur yang dibawa dari kawasan lembangan sungai dan digunakan untuk membina piramid untuk raja mereka. Pengunjung bukan saja boleh memilih untuk menempuh panas terik matahari dan melawat semua piramid di Giza pada waktu siang, malah mereka juga boleh menonton pertunjukan cahaya dan bunyi yang diadakan saban malam di kompleks piramid itu. Bagaimanapun, untuk mengetahui sejarah tamadun kuno dan pemerintahan bermula daripada pemerintahan firaun pertama dari 3050 sebelum Masihi hingga ke pemerintahan dinasti ke-30, 343 tahun sebelum Masihi iaitu sebelum Mesir jatuh ke tangan pemerintahan Parsi, pelancong perlu melawat Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, yang menempatkan artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun. Pengunjung hanya perlu membayar LE20 atau RM12.50 untuk tiket masuk melihat pameran di situ, selain membayar LE40 (RM18.75) jika mahu melihat mumia firaun yang ditempatkan di muzium itu. Bagi memahami sejarah Mesir kuno dan pemerintahan firaun, pengunjung boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong bertauliah di luar muzium yang akan menerangkan mengenai sejarah Mesir kuno kepada pengunjung. Bagaimanapun, jika pengunjung mahu mendapatkan penerangan yang lebih baik serta tanpa kesukaran memahami penerangan pemandu pelancong di muzium berikutan loghat bahasa Inggeris yang agak sukar difahami, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan sama melalui ejen pelancongan. Selain menempatkan makam dan keranda yang dibina sebelum satu-satu firaun mangkat, muzium itu juga menempatkan pelbagai jenis patung pemerintah Mesir zaman silam yang diukir dengan teliti dan masih dalam keadaan asal. Ia juga menempatkan perkakasan, perhiasan diri dan peralatan yang diguna pakai masyarakat Mesir kuno. Secara keseluruhan, Mesir, sebagai sebuah negara Afrika, menjadi tumpuan negara sekitarnya. Walaupun iklim padang pasir mungkin sedikit panas berbanding iklim Khatulistiwa dan Tropika, kedudukan Kaherah di tebing Sungai Nil menyebabkan cuaca panas seperti tidak terasa. Seperti bandar raya lain, kehidupan malam di Mesir juga menyeronokkan. Pengunjung boleh menikmati tarian gelek di restoran seperti di hotel penginapan atau mana-mana restoran terkenal atau berjalan menyusuri kota lama dan melihat kehidupan dan kebudayaan penduduknya. Kedudukannya di tebing Sungai Nil juga dimanfaatkan dengan restoran seperti bistro yang menjadi pilihan bukan saja rakyat tempatan malah pengunjung asing ke negara firaun itu. Kebanyakan rakyat Mesir berbangga dengan tradisi dan kesenian nenek moyangnya dan tidak hairanlah kraftangan menjadi eksport utama negara itu. Antara tempat yang boleh dikunjungi termasuk Rumah Harawi (Mansion Harawi) yang menawarkan pengalaman menarik termasuk melihat sendiri seni bina zaman dulu rumah orang berada di Mesir, lengkap dengan harem atau bilik yang terlindung untuk membolehkan kaum wanita menonton persembahan atau sebarang acara yang diadakan di laman di perkarangan rumah, tanpa dilihat lelaki bukan muhrimnya. Di rumah itu juga seni muzik Mesir diperdengarkan, ukiran lama dipulihara dan kraftangan Mesir dihasilkan, untuk mengekalkan kesenian masyarakat itu. Pengunjung yang gemar membeli-belah pula, boleh mengunjungi bazar El Fishawy yang terletak kira-kira satu kilometer dari Rumah Harawi. Bazar yang terkenal dengan pelbagai kraftangan, makanan, pakaian, perhiasan diri dan permaidani serta pelbagai perkakasan lain itu dibuka sepanjang hari dan menjadi tumpuan bukan saja pelancong asing, malah penduduk tempatan membeli-belah. Peniaga yang ramah, terus memanggil sebaik melihat wajah penulis yang dikenali berasal dari Malaysia, cuba menjual pelbagai barangan pada harga yang perlu ditawar jika tidak mahu tertipu. Di tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi Nagiub Mahfouz, penerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan untuk 1988 yang berasal dari Mesir. Negara yang terkenal juga dengan produk pertaniannya itu kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan yang selalunya kita peroleh dalam bentuk kering seperti kurma, buah fig dan pic, selain buah mangga yang dihidangkan sebagai jus mangga yang pekat, manis dan menyegarkan. Berikutan kedudukan Mesir di antara Afrika, Eropah dan Timur tengah, makanannya mempunyai pengaruh Meditterranean, Timur Tengah dan Afrika dengan daging menjadi hidangan utama. Taman Azhar yang terletak di tengah-tengah bandar raya lama Kaherah menjadi tarikan pelancong dengan taman yang membolehkan pengunjung mengimbas semula taman pada zaman pemerintahan Mesir kuno. Di taman ini juga terdapat Tembok Ayyubid yang dibina pemerintah Mesir, Salah El Din atau Saladdin, lebih 800 tahun lalu.

06 Oktober 2008

Wajib Ambil Ujian HIV Sebelum Kahwin

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua semua pasangan Islam di negara ini yang mahu berkahwin, diwajibkan menjalani ujian saringan HIV sebagai syarat sebelum dibenarkan untuk melangsungkan pernikahan. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata dasar itu dapat dilaksanakan tahun depan selepas semua majlis agama negeri memberi persetujuan untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama anjuran Jakim, Julai lalu.
"Walaupun bakal pengantin yang ingin berkahwin didapati positif HIV melalui ujian itu, mereka tidak akan dihalang bernikah jika tetap mahu meneruskan perkahwinan. "Sebaliknya pihak berkuasa agama negeri masing-masing akan berperanan membantu pasangan terbabit dengan memberi kaunseling dan khidmat nasihat supaya langkah pencegahan serta persediaan lengkap dari sudut fizikal dan mental dapat diambil," katanya kepada Berita Harian. Pada 2006, Ketua Pengarah Jakim ketika itu, Datuk Mustapa Abdul Rahman mengumumkan bakal pengantin di seluruh negara akan diwajibkan menjalani ujian saringan HIV/Aids mengikut modul Jabatan Agama Johor (JAJ), yang mewajibkan semua bakal pengantin Islam mendapatkan sijil kesihatan sebelum bernikah.
Bagaimanapun, dasar yang dipelopori Johor sejak 2001 itu tidak dapat dilaksanakan kerana Jakim tidak boleh mengeluarkan arahan kepada semua kerajaan negeri bagi mewajibkan ujian berkenaan berikutan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa mereka. Setakat ini, Selangor, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan mewajibkan ujian saringan itu bagi bakal pengantin, manakala Sarawak belum melaksanakannya. Pahang dan Sabah pula tidak mewajibkan ujian itu sebaliknya memberi pilihan kepada bakal pengantin sama ada untuk melakukannya atau tidak. Wan Mohamad berkata, ujian saringan yang akan dijalankan ke atas pasangan yang bakal berkahwin itu juga akan ditawarkan secara percuma.

Cerita Budak Al-Azhar ??

KISAH cinta agung Ayat-Ayat Cinta yang diadaptasi daripada novel karya Habiburahman ElShirazy akan ditayangkan di TV3, Jumaat ini jam 9 malam. Filem yang ditonton lebih empat juta penonton di Indonesia adalah antara filem cinta berteraskan Islam yang memberi nafas baru kepada produksi layar lebar. Ayat-Ayat Cinta mengisahkan Fahri Abdullah Shiddiq lakonan Fedi Nuril, seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Fahri adalah seorang pelajar pintar dari keluarga miskin yang mendapat biasiswa untuk belajar di Mesir. Fahri adalah seorang pelajar yang berdisiplin dan berdedikasi, dia memulakan kehidupan sebagai pelajar di Mesir sambil menterjemah buku agama dengan penuh semangat. Fahri mengecap semua yang diinginkan namun cuma satu saja yang boleh dikecapi jejaka itu iaitu perkahwinan. Jejaka ini adalah seorang yang lurus dan suci serta tidak percaya kepada konsep perhubungan sebelum berkahwin.
Dia sukar meluahkan perasaannya apatah lagi Fahri juga cukup malu apabila berhadapan dengan wanita. Dalam hidupnya, cuma ada dua wanita yang rapat dengannya iaitu ibu dan neneknya. Namun, hidup Fahri mula berubah apabila dia didampingi empat gadis jelita yang berbeza. Fahri memikat hati seorang wanita bernama Aisha Greimas dipegang oleh Rianti Cartwright, mahasiswi asing keturunan Jerman dan Turki yang berpenampilan cerdas, cantik. Aisha datang ke Mesir kerana melakukan penyelidikan di sana. Selain Aisha, Fahri turut diminati tiga lagi gadis yang juga tidak kurang hebatnya.
Nurul lakonan Melanie Putria ialah gadis Indonesia anak kepada seorang kiyai terkenal yang menebal sifat pemalunya. Maria (Mrissa Puteri) pula adalah seorang penganut Krisitian Koptik tetapi lancar membaca al-Quran. Seorang lagi gadis yang menyimpan perasaan pada Fahri ialah Noura lakonan Zaskia Adya Mecca. Biarpun empat wanita datang mencuba nasib, namun cinta Aisha ternyata berjaya menakluki hati dan jiwa raga Fahri yang begitu kukuh dan mendalam pegangan agamanya. Meskipun filem Ayat-Ayat Cinta berada dalam kelompok filem cinta, namun tarikan istimewa filem itu terletak kepada pancaran cahaya keislaman yang ditonjolkan menerusi watak Fahri. Jadi, jangan lupa temu janji anda bersama filem hebat ini di TV3 yang akan menemui penonton Jumaat ini jam 9 malam.

05 Oktober 2008

Majlis Gema Hari Raya Aidil Fitri BKKIMM Sederhana

Majlis sambutan Aidilfitri peringkat Badan Kebajikan Keluarga islam Melaka Mesir bagi tahun ini disambut dengan sederhana pada tahun ini. Sambutan yang saban tahun diadakan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli BKKIMM khususnya meraikan anak-anak melaka yang berada diperantauan dan mahasiswa baru yang baru sampai dari tanahair.
selain untuk mengeratkan silaturrahim, majlis ini juga bertujuan untuk berkenal-kenalan antara ahli baru dengan ahli lama serta mengubat kerinduan terhadap keluarga yang jauh di malaysia.
Majlis bermula selepas solat asar dan tamat pada jam 10 malam dan pelbagai program telah diatur untuk menghiburkan sekalian hadirin yang memenuhi Dewan Muallim Wisma Melaka antaranya persembahan nasyid, ucapan salam perantauan dari ahli yang mewakili muhafazah masing-masing serta ucapan dari malaysia, sketsa dan sebagainya. Semoga dengan segala yang telah dilaksanakan akan mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli BKKIMM. Admin BKKIMMONLINE.BLOGSPOT.COM mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

02 Oktober 2008

Mufti Perlis Selar ISA disalahguna

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya. "Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama."Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA."Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum."Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi. Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?," jelas beliau.Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.
"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi. "Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.
Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim."Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik."Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri.
Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya."Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.
"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan."Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit."Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.