Memaparkan catatan dengan label FEQH SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FEQH SEMASA. Papar semua catatan

25 Januari 2009

Nikah Melalui Telefon ?? Boleh Ke??

Berikut adalah persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang daripada pembaca majalah digital hidayatullah .com berkenaan hukum nikah melalui telefon . Saya bekerja di luar Hongkong dan punya calon pria Solo. Untuk menenangkan pikiran, bolehkah menikah melalui telefon? Ustadz ....saya sedang bekerja jadi TKW di Honkong masa kontrak saya masih 2 tahunan sementara saya punya kenalan di Solo. Kami berdua sudah saling cinta dan berjanji langsung akan menikah setelah kontrak saya habis.Masalahnya, sudah dua bulan ini saya sudah tak sabar dan was-was saya termasuk orang pencemburu kerana itu, agar menenangkan kami berdua kami mengusulkan untuk menikah melalui telefon setidaknya meski kami tidak bertemu, kami bisa tenang dan sudah sah sebagai suami-isteri. Bolehkan saya lakukan hal seperti ini dalam Islam??
Iqlimah-Hongkong
Jawaban dari ustaz :Proses pernikahan dalam Islam mempunyai aturan- aturan yang ketat. Sebuah akad pernikahan yang sah harus terpenuhi rukun dan syarat-syaratnya. Rukunnya adalah ijab dan qabul, sedang syaratnya adalah izin dari wali perempuan dan kehadiran dua orang saksi. Ini semuanya harus dilakukan dengan jelas dan transparan, sehingga tidak ada unsur penipuan dan pengelabuhan. Oleh kerana itu calon suami atau wakilnya harus hadir di tempat, begitu juga wali perempuan atau wakilnya harus hadir di tempat, dan kedua saksipun harus hadir di tempat untuk menyaksikan akad pernikahan.
Ketika seseorang menikah lewat telefon, maka banyak hal yang tidak bisa terpenuhi dalam akad nikah lewat telefon tadi, diantaranya : tidak adanya dua saksi, tidak adanya wali perempuan, dan tidak ketemunya calon penganten ataupun wakilnya. Ini yang menyebabkan akad pernikahan tersebut menjadi tidak sah.Seandainya dia menghadirkan dua saksi dan wali perempuan dalam akad ini, tetap saja akad pernikahan tidak sah. Kerana kedua saksi tersebut tidak menyaksikan apa-apa kecuali orang yang sedang menelefon, begitu juga wali perempuan tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Suara yang ada ditelefon itu belum tentu suara calon suami atau isteri. Ringkasnya bahwa akad pernikahan melalui telefon berpotensi untuk salah, atau rentan terjadinya penipuan dan manipulasi.
Disarankan siapa saja yang ingin menikah jarak jauh, untuk mewakilkan kepada orang yang dipercaya. Seandainya dia sebagai perempuan yang bekerja di luar negri, maka cukup walinya sebagai wakil darinya untuk menikahkan dengan lelaki yang diinginkannya, dan harus ada dua saksi yang hadir. Bagi seorang laki-laki yang ingin menikah dengan perempuan jarak jauh, maka hendaknya dia mewakilkan dirinya kepada orang yang dipercaya, seperti adik, kakak, atau saudaranya dengan dihadiri wali perempuan dan kedua saksi. Seandainya ada laki-laki dan perempuan yang ingin menikah di luar negeri dan jauh dari wali perempuan, maka wali tersebut bisa mewakilkan kepada orang yang dipercayai. Wakil dari wali tersebut beserta kedua saksi harus hadir di dalam akad pernikahan. Semua proses pemberian kuasa untuk mewakili hendaknya disertai dengan bukti-bukti dari instasi resmi terkait, supaya tidak disalah gunakan.Wallahu A’lam

29 Disember 2008

Islam Mengharamkan Perkauman -Malaysiakini

Realiti hari ini menunjukkan bahawa kaum Muslimin di seluruh dunia, walaupun mereka berkongsi aqidah, namun mereka bercerai-berai dalam politik, ekonomi dan hala tuju. Di dalam Al-Quranul Kareem, Allah SWT menjelaskan bahawa kaum Muslimin itu bersaudara, bukan setakat 'rasa' persaudaraan, namun kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan satu tubuh; bersatu dalam aqidah, aspirasi politik dan ekonomi serta hala tuju. Namun, situasi ini telah cuba diubah oleh penjajah dan buat sekian lamanya dipertahankan oleh kaum Muslimin itu sendiri. Bagi Muslimin di Malaysia yang ikhlas, ketika memerhatikan realiti yang digambarkan di atas, akan dapat melihat bahawa punca persengketaan, contohnya di dalam kes Ambalat tidak lama dulu, timbul akibat dari wujudnya nation states (negara-bangsa), yang lahir setelah lenyapnya Khilafah Islam pada tahun 1924.
Malaysia dan Indonesia yang dihuni majoriti Muslim bersungguh-sungguh berebut kedaulatan atas sebuah tanah yang sebenarnya dimiliki mereka secara bersama. Mereka disirami dengan doktrin nasionalisme, kerana itulah negara-bangsa tersebut telah berhasil dimanfaatkan oleh kaum penjajah untuk memecahbelahkan negeri kaum Muslimin sehingga menjadi negara-negara kecil dan lemah dan kaum Muslimin pula bergaduh sesama sendiri. Amat sedih untuk mengakui realiti ini namun hakikatnya, di antara negara kaum Muslimin yang termasuk di dalam negara-bangsa yang dilemahkan oleh kuasa Barat tersebut adalah Malaysia dan Indonesia yang sering dikatakan sebagai serumpun. Setelah kemasukan penjajah, kesatuan rumpun dengan aqidah yang sama yang pernah dikecapi satu masa dahulu, kini dikoyak-koyakkan dan akhirnya mereka pun menjadi lemah sehingga negara-negara penjajah kuffar dengan mudah menguasai mereka.
Sesungguhnya nasionalisme jelas diharamkan oleh Islam. Rasulullah SAW, "Dan tidak termasuk golongan kami orang yang menyeru kepada 'assabiyyah, berperang atas dasar 'assabiyyah, dan mati atas (sebab) 'assabiyyah". [HR Abu Daud] Sabda baginda yang lain, “Tinggalkanlah ia (nasionalisme/kesukuan). Ia merupakan suatu perkara yang jijik” [HR Bukhari dan Muslim] Di dalam suatu insiden Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi di mana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah di kalangan kaum Muslimin: “Kami sedang di dalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit, 'Wahai Ansar bantulah aku dan si Muhajirin juga menjerit, 'Wahai Muhajirin bantulah aku' Mendengarkan ini Rasulullah SAW berkata, 'Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?” Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan kebusukan dan kejijikan semangat perkauman, yang membawa perpecahan di kalangan kaum Muslimin yang sebenarnya adalah satu kerana kita disatukan oleh aqidah Islam. Salah satu tentangan dan cabaran besar kepada pejuang-pejuang Islam yang bergerak untuk menyatukan umat Islam dewasa ini adalah semangat perkauman ini. Sikap ini pula banyak menjadi duri dalam daging, dengan adanya gerakan Islam yang bersifat setempat dan mempertahankan bangsa dan negara masing-masing.
Sudah semestinya sempadan maya dalam pemikiran dan perasaan umat Islam dihapuskan dan digantikan dengan Khilafah Islamiyyah, sebuah negara Islam yang hakiki yang tidak lagi mengenal sempadan berdasarkan bangsa.

25 Ogos 2008

BOTOX MENURUT PANDANGAN ISLAM

MENIPU adalah haram, semua orang tahu ia termasuk dosa besar, bukannya dosa kecil. Yang menipu biasanya seronok saja tetapi yang tertipu malu, hati terguris, perasaan tercalar dan kerana itulah Islam awal-awal lagi mengharamkannya.Menipu pula banyak jenisnya, ada yang menipu duit, tipu janji maka jadilah janji palsu. Kata janji hendak kahwin alih-alih kahwin dengan orang lain. Kata nak bayar hutang tetapi lesap tak nampak ‘batang hidung’.
Dalam banyak-banyak menipu, yang kita hendak bincang kali ini ialah tipu wajah, tipu umur dengan menutup dan mengubah bentuk wajah dengan cara yang diharamkan oleh Islam. Yang saya maksudkan ialah menipu wajah dengan memakai susuk dan pembedahan plastik.Jika hendak menjadi lebih cantik, kita sanggup mengikut cara hidup materialistik barat yang sanggup mengorbankan berapa saja jumlah duit supaya berubah bentuk wajah.Hidung kemek diangkatnya, mata sepet dibulatkannya, tulang muka ditinggikan dengan pembedahan plastik. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan Rasul-Nya, kerana di dalamnya terkandung penyeksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ (pertunjukan) dan lebih mengutamakan bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.Bagaimanapun, Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi menyebut: “Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran.” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
Islam bukan sahaja mengharamkan penipuan dan segala mak neneknya malah syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda. Tujuan syariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadis Rasulullah maksudnya: “Tukarlah ia (warna rambut, janggut dan misai ) dan jauhilah dari warna hitam.” (Sahih Muslim) Hadis larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur. Ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan, ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi iaitu susuk.
Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam.Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Berkenaan pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan: “Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka.” (al-Baqarah: 102) Rasulullah menilai sihir sebagai satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia ini lagi.Justeru itu sabda Rasulullah maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara besar yang merosakkan. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, wahai Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu:
1) menyekutukan Allah;
2) sihir;
3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak;
4) makan harta riba;
5) makan harta anak yatim;
6) lari dari peperangan;
7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebahagian ahli fiqah menganggap, sihir itu bererti kufur atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir. Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, iaitu firman-Nya, bermaksud: “(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul.” (al-Falaq: 4) Peniup simpul satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan: “Barang siapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir dan barang siapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik.” (Riwayat Thabarani) Susuk itu ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi dan kemudian susuk dimasukkan ke dalam tubuh.
Jelas, bahawa pemakaian susuk mampu mempengaruhi seseorang itu mempercayai ada kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga diharamkan melalui hadis yang sahih sebagaimana pengharaman kepercayaan kepada tangkal dan menggantungnya. Pemakai susuk mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

BERJABAT TANGAN DALAM ISLAM

Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan.Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan.Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita? Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.“Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.“Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (mem bolehkan) jika berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas,” katanya.Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, se pupunya yang perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur tangan mereka untuk ber salam.“Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki, maka mereka me lakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu.“Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh) berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya,” katanya.Ketua Mahjlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, berkata berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi isu rumit.Jadi, menurutnya, untuk mendapatkan keputusan mengikut perspektif Islam, ia memerlukan usaha dari segi psikologi, intelektual dan saintifik.“Jadi, mufti perlu membuang tekanan yang mempenga ruhinya dan adat diwarisi, kecuali ia berdasarkan nas dari al-Quran atau sunnah.“Sebelum mengupas isu ini, saya suka mengenepikan dua perkara yang saya tahu wujud persetujuan di kalangan pakar undang-undang Muslim,” katanya.Pertama, dilarang berjabat tangan dengan wanita jika khua tir menimbulkan keinginan seksual atau keseronokan atau jika bimbang berlaku godaan.Kedua, pengecualian dalam berjabat tangan dengan pe rempuan tua, atas alasan tiada kebimbangan menimbulkan gelora nafsu.Perkara yang sama diamalkan kepada budak perempuan kerana tiada kekhuatiran akan membangkitkan nafsu atau godaan.Sama juga jika seseorang itu adalah lelaki yang sudah tua.Ini berdasarkan apa yang diceritakan daripada Abu Bakar as-Sidiq, bahawa beliau berjabat dengan perempuan tua. Juga dilaporkan, bahawa Abdullah ibnu az-Zubair me ngupah wanita tua untuk merawatnya ketika beliau sakit dan wanita itu pura-pura tidak melihat dan membuang kutu daripada kepalanya. Malah, ini juga berasaskan apa yang dijelaskan dalam al-Quran membabitkan wanita tua yang mandul, diberikan pengecualian.Allah berfirman, maksudnya: “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur:60)
Justeru, objek perbincangan yang ingin dikongsi bersama al-Qaradwi di sini membabitkan yang luar daripada dua kes berkenaan.“Berjabat tangan dengan wanita adalah haram menurut pandangan mereka yang berpegang bahawa menutup semua badan wanita, termasuk muka dan dua tangannya adalah wajib.“Jika memandang kepada mereka adalah haram, menyentuh pun haram kerana sentuhan lebih kuat daripada memandang, ia menimbulkan berahi.“Tetapi mereka yang menyokong pandangan ini adalah sedikit, sementara majoriti pakar undang-undang Muslim, termasuk Sahabat berpendapat muka dan tangan tidak ter masuk dalam larangan,” katanya.Pandangan mereka berdasarkan pandangan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 31, maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak...” Jadi, al-Qaradawi mempersoalkan, di mana nas mengenai larangan berjabat tangan jika ia membangkitkan keinginan nafsu?“Saya mencari nas menyakinkan untuk menyokong la rangan itu tetapi saya tidak menemuinya. Hujah paling kuat di sini ialah bagi menghalang maksud fitnah dan ini tidak syak lagi diterima apabila membangkitkan nafsu atau takut fitnah,” katanya.Bagi sesetengah ulama, mereka menjadikan tindakan Ra sulullah membiarkan wanita pergi selepas menerima ikrar taat setia pada hari penaklukan Makkah sebagai satu sandaran dalam memutuskan hukum ini.Mereka berpendapat, Rasulullah meninggalkan sesuatu per kara bukan menunjukkan ia adalah larangan, seperti baginda meninggalkannya kerana haram, makruh atau kerana tidak disukai.Kemudian mereka mendakwa, Nabi s.a.w menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita (selain isterinya) tidak menjadi nas larangan. Jadi, menurut mereka, sepatutnya ada hujah lain untuk menyokong pendapat mereka yang mendakwa berjabat ta ngan dilarang sama sekali.Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju Rasulullah menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita yang berikrar setia itu. Ini kerana Umm Atiyah al-Ansariyyah dilaporkan dalam riwayat lain, menunjukkan Nabi berjabat tangan dengan wanita terbabit.Ini nyata berbeza dengan hadis diriwayatkan Ummul Muk minin, Aisyah r.a yang menafikan perkara terbabit dan menyatakan akuan ia tidak berlaku.Dalam kes ini juga ada ulama mengatakan larangan terbabit tidak dapat dibuktikan jika tiada dalil qatie seperti dari nas al-Quran dan hadis sahih.Malah, jika sekadar mengandaikan hadis itu sahih, ia masih tidak jelas hadis berkenaan menyatakan larangan lelaki dan wanita bukan mahram berjabat tangan.Bagaimanapun, daripada perbincangan di atas, al-Qaradawi memberikan dua keadaan hukum, iaitu:“Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan fitnah.“Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan, kemudian berjabat tangan tidak diragui men jadi haram.“Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).“Kedua, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan perkahwinan,” katanya.