12 Mac 2008
ADAB ZIARAH PESAKIT
* Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
* Apabila berada di sisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya. Kemudian letakkan tangan pada dahinya serta tanya mengenai penyakit dan keadaannya.
* Berdoa supaya dia segera sembuh.
* Ceritakan kelebihan sakit yang dialami sahabat, rasul dan nabi serta orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa gelisah dengan kesakitan dialaminya.
* Berikan nasihat yang baik serta ucapkan perkataan yang dapat meredakan kesakitannya seperti "bersabarlah, kesakitan ini adalah satu ujian."
* Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya.
* Sunat dibacakan doa untuknya, seperti dalam hadis yang dinyatakan at-Tirmidzi yang bermaksud: "Ya Allah, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan