AYER KEROH, 18 Nov - Melaka Bersejarah terus menjadi `syurga' kepada para pelancong daripada dalam dan luar negara, lebih-lebih lagi selepas negeri bersejarah ini diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) oleh UNESCO, Julai lalu. Kedudukan Melaka sebagai BWD terus meletakkan negeri ini di peta warisan dunia kerana nama Melaka sudah gah sejak dari dahulu lagi. Sejak dari zaman penjajah lagi.
Kepopulariti Melaka dapat dilihat menerusi penambahan bilangan pelancong yang semakin mendadak di negeri ini. Bagi para pelancong, Melaka Bandaraya Warisan Dunia bukan sahaja mampu menawarkan lokasi-lokasi menarik untuk dilawati, malah kemudahan yang sedia ada di negeri ini, termasuk daripada aspek penginapan serta makanan, banyak menambat hati mereka.
Selain daripada itu, budaya serta sikap ramah tamah rakyat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, China, India, Chetti, Baba & Nyonya, Portugis, membuatkan pelancong teruja untuk terus menjadikan Melaka destinasi pelancongan mereka.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, jumlah kedatangan pelancong mencatat seramai 4,619,625 orang menjelang akhir Ogos 2008 dan dari jumlah itu, seramai 3,726,715 orang merupakan pelancong domestik manakala seramai 892,910 orang merupakan pelancong asing.
Sepanjang bulan Ogos 2008 sahaja, Melaka mencatat seramai 904,748 orang pelancong, di mana, 717,000 darinya adalah pelancong domestik dan 187,748 merupakan pelancong asing. Peningkatan jumlah pelancong pada Ogos tahun ini didorong oleh pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) oleh UNESCO pada 7 Julai 2008.
Lima buah negara pasaran pelancong asing terbesar ke Melaka ialah Singapura seramai 14,839 orang, China seramai 13,591 orang, Indonesia seramai 7,549 orang, Arab Saudi seramai 6,905 orang dan Hong Kong seramai 5,518 orang. Pelancong dari Arab Saudi meningkat kepada 6,905 orang pada Ogos 2008 berbanding 493 orang pada Ogos tahun 2007. Manakala pelancong Iran pula turut menunjukkan peningkatan kepada 654 orang pada Ogos 2008 berbanding tujuh orang pada Ogos tahun 2007.
sumber : Melaka Hari ini
19 November 2008
18 November 2008
BKSAM lancar Islamic Circle-Malaysiakini
13 November-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah melancarkan Islamic Circle (IC) peringkat BKASM. Program di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah itu telah dirasmikan oleh anggota Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim yang juga Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM di Dewan Darul Ehsan, Rumah Selangor.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat subi Al-Quran oleh Ustaz Khairullah diikuti ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua BKASM, Ustaz Abdul Aziz Akhimullah Roslan seterusnya ucapan perasmian.Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Abdul Malik yang juga Badan Pengurus angkat bagi Selangor mengingatkan kepentingan usrah yang seharusnya diambil berat oleh semua. Ujar beliau, selain untuk berkenal-kenalan, matlamat usrah adalah lebih besar dari mengadakan perhimpunan atau ceramah.
"Matlamat untuk mengenali, memahami dan akhirnya bantu membantu sepertimana yang kita tahu rukun usrah (taaruf, tafahum dan takaful) itu akan lebih dapat direalisasikan dalam kelompok atau pertemuan yang kecil seperti usrah," jelas beliau lagi. Beliau turut kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mengkritik manhaj usrah yang disusun oleh PMRAM.
"Kita akui PMRAM ada kelemahan yang kita baiki dari semasa ke semasa. Sebab itu baru-baru ini kita baru selesai mengadakan Simposium Nuqaba'. Tujuannya ialah bagi meningkatkan mutu usrah dan naqib kita," ujar beliau. Tambah beliau, bagi mereka yang tidak berpuas hati dnegan manhaj yang disusun, seharusnya bersikap lebih telus sama ada berbincang dan memberikan cadangan dan pandangan yang lebih baik kepada pihak PMRAM.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pembantu Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), En.Daud Jamil, Yang Dipertua BKASM. Ustaz Abdul Aziz Akhimullah Roslan dan Ketua Jabatan Nuqaba' BKASM, Ustaz Norhan Hamsi. Majlis berakhir dengan pelancaran kumpulan usrah ikhwah dan akhawat serta pembahagian fail usrah kepada fasilitator kumpulan sebagai gimik pelancaran yang disampaikan oleh En.Daud Jamil.
PRISMA KELUARAN KELIMA DAH TERBIT-Malaysiakini
Badan Penerangan dan Penerbitan (BPP) PMRAM menerbitkan risalah PRISMA bagi bilangan kelima untuk sesi ini dengan memuatkan beberapa berita ringkas yang berkaitan aktiviti PMRAM. Anggota Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim berkata, pihaknya tetap mengeluarkan risalah untuk sebaran umum walaupun web rasmi PMRAM telah beroperasi.
"PMRAM tidak boleh bergantung kepada web semata-mata kerana dengan penyebaran risalah, kesannya lebih dirasai terutama bagi mereka yang sukar melayari web PMRAM, dengan penyebaran risalah ini sedikit sebanyak akan memberi maklumat kepada ahli," ujar beliau. Menurut beliau, dengan cetakan antara 400 hingga 500 naskhah pada setiap keluaran, pihaknya tidak mampu menyampaikannya kepada semua ahli PMRAM yang mencapai angka ribuan kini.
"Walau bagaimanapun pihaknya cuba mengedarkan dengan jumlah yang terhad kepada seluruh BKAN dan DPM. "Jadi kita amat mengaharpkan agar ahli dapat menghargai setiap helaian PRISMA yang dikeluarkan kerana ia adalah antara sebaran PMRAM," ulas beliau lagi.
PRISMA diterbitkan oleh Unit PRISMA yang diletakkan di bawah Urusetia Penerangan Umum (UPU) di bawah Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM dan diedarkan secara percuma. Unit lain yang berada di bawah BPP ialah WARTA (majalah berkala), Unit Web, PMRAM Multimedia Centre (PMC) dan Kem Latihan Penulis (KELAP) selain Urusetia Penerangan Umum (UPU).
PMRAM INGATKAN MAHASISWA JAGA KESELAMATAN DIRI -MALAYSIAKINI
Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail mengingatkan kepada sekalian mahasiswa dan mahasiswi supaya mengambil berat faktor keselamatan di Mesir kerana ia membabitkan pihak keselamatan. Tanpa merujuk mana-mana insiden, dalam kenyataan terbarunya itu, beliau mengingatkan visa dan pasport adalah perkara utama yang perlu diambil perhatian sewaktu berada di Mesir bahkan di mana-mana negara.
Tarikh tamat visa (iqamah) dan pasport perlu diambil perhatian yang serius. Perkara lain yang harus diberi perhatian juga ialah hubungan dengan warga Arab yang lebih perlu berhati-hati. "Sesetengah kita gemar belajar dan mengaji dengan guru-guru warga Arab atau menghadiri kelas pengajian mereka tanpa pengetahuan PMRAM, yang kita tidak ketahui status guru tersebut di sisi pihak keselamatan Mesir, ia amat membahayakan," ujar beliau. Oleh itu, pihak PMRAM menasihati agar para mahasiswa dan mahasiswi tidak menghadiri majlis pengajian atau program yang melibatkan warga Arab khasnya selain anjuran PMRAM.
"Ini kerana majlis di bawah anjuran PMRAM, pihak PMRAM terlebih dahulu akan memaklumkan nama pengisi kepada pihak keselamatan Mesir dan sebarang program PMRAM adalah dalam makluman pihak polis," jelas beliau lagi. Untuk makluman, Mesir adalah negara yang masih diperintah di bawah undang-undang tentera dan pihak keselamatan boleh menahan sesiapa jua yang disyakinya dengan apa jua jenis kesalahan yang boleh disabitkan. Antara kesalahan yang dikategorikan "amat berat" ialah melibatkan diri dalam aktiviti menentang kerajaan atau gerakan-gerakan politik yang anti-kerajaan.
Justeru, pihak PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi Malaysia tidak melibatkan diri langsung dalam kegiatan tersebut kerana niat dan tujuan utama kita ke Mesir ialah untuk menuntut ilmu.
10 November 2008
Pemimpin Yang Baik, Lahir Dari Masyarakat Yang Baik
Telah dijelaskan serba sedikit berkenaan kestabilan sesebuah negara (pemerintahan dan pentadbirannya) itu sebenarnya terbentuk bermula dari diri setiap individu yang kemudiannya keluarganya, dan seterusnya keterlibatannya dalam kemasyarakatan, yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara tertentu tersebut.
Maka, perlulah untuk kita memahami bahawa pemimpin yang baik itu asalnya sebenarnya terlahir dari masyarakat kebanyakan iaitu dari kalangan sesama kita. Jika setiap individu tidak dibina dengan keimanan dan kesolehan yang betul, bagaimana kita mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar baik dari kelompok masyarakat tersebut? Sedangkan usaha-usaha pembinaan yang positif tidak wujud dalam diri setiap individu yang mementuk sesebuah masyarakat tersebut?
Allah Subhanahu wa Taala berfirman (maksudnya),
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (an-Nuur, 24: 55)
揇ari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.
Rasulullah Shalallahu alaihi wa Sallam dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.
Dakwah yang dilaksanakan bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke Madinah.
Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah... ...Dan Allah Subhanahu wa Ta抋la pun menurunkan ayat tersebut (an-Nuur, 24: 55).
Adalah para Sahabat, kerana mereka merupakan kelompok (komuniti) manusia yang paling mentaati perintah Allah setelah Nabi wafat, maka kejayaan yang mereka perolehi itu adalah bersesuaian dengan (keikhlasan) mereka di dalam menegakkan kalimatullah di penjuru bumi di bahagian timur mahu pun barat.
Oleh kerana itu, Allah memperkuatkan (memperkukuhkan) kejayaan mereka sekuat-kuatnya sehingga mereka berupaya menakluki pelbagai negeri lainnya dan menjadi penguasa penduduk negeri yang mereka takluki. Namun ketika umat telah mula lalai dalam menjalani ketaatan kepada Allah, maka menjadi pudarlah kejayaan umat Islam. Namun dalam sebuah hadis yang termaktub di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih muslim, dan diriwayatkan melalui banyak jalur periwayatan, disebutkan bahawa Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda,
akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat??
Dari sini kita dapat melihat sebuah penjelasan yang menerangkan bahawa sebuah pemerintahan yang baik (pentadbiran yang berkesan) lahir dari sebuah masyarakat yang memiliki keimanan, kesolehan dan ketaatan yang baik kepada Allah.
Allah Subhanahu wa Taala berfirman,
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.? (al-A'raaf, 7: 96)
Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.(Yunus, 10: 98)
Dan Kami utus dia (Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.(ash-Shaffat: 147-148)
Allah Subhanahu wa Taala berfirman,
Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.(al-Ana'm, 6: 129)
Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.?
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.(al-Isra? 17: 16)
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan.
Begitu juga dengan firman Allah,
Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.(al-Hakfi, 18: 59)
Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.? (al-An'am, 6: 129)
Abdul Malik bin Marwan pernah berkata,
Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan.(Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)
Maka, dengan ini dapatlah kita mengetahui dan memahami bahawa kesolehan dan keadilan yang terpancar (lahir) pada diri pemerintah sebenarnya bergantung kepada kesolehan dan keadilan dalam diri-diri masyarakatnya.
Maka, atas sebab itu, kita tidak memiliki jalan lain melainkan kita masing-masing mengambil inisiatif untuk bermula melakukan perubahan ke dalam diri sendiri dan seterusnya ke dalam masyarakat di sekeliling kita. Maka, bermuhasabahlah dan berusahalah untuk memperbaiki diri-diri kita.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasehati supaya menetapi kesabaran. (al-asr, 103: 1-3)
Langgan:
Catatan (Atom)