23 September 2008

Ramai anak Melayu Buta dalam Beragama

Saya pernah mengajar dibeberapa buah sekolah rendah dan menengah sebelum ini sebagai salah saorang daripada guru sandaran tak terlatih pada tahun-tahun sebelum ini dan saya turut memerhatikan serta membuat penelitian mengenai pendidikan islam di sekolah-sekolah menengah dan rendah. Hasil daripada penelitian yang saya buat selama ini ramai dikalangan anak melayu khususnya yang beragama islam sama seperti saya buta dalam beragama.Banyak faktor yang saya dapat lihat dan saya dapatkan makluman daripada guru-guru yang seagama dengan saya.
Faktor yang pertama yang saya nak utarakan yang merupakan punca berlakunya keruntuhan akhlak dan aqidah para pelajar tidak kiralah yang bersekolah di sekolah menengah atau sekolah rendah .. yang sekolah agama atau tidak sekolah agama ialah faktor daipada keluarga. Ini kerana kebanyakan ibu bapa terutamanya yang masih muda kurang memberikan perhatian yang sebaiknya terhadap pendidikan agama anak-anak mereka.kalau nak dikiralah anggaran dalam kelas ada dalam 20 orang pelajar hanya 10 orang sahaja yang tahu bersembahyang dan boleh membaca alquran itu pun kerana mereka bersekolah agama pada waktu petang.
Tu baru sekolah rendah dan kalau kita tinjau pula disekolah menengah boleh dikatakan ramai yang tak tau bagaimana nak mandi wajib.. nak berwuduk dan yang paling teruk sekali ada juga yang tak pandai nak mengucap syahadah. bila disuruh jadi imam untuk solat fadhu macam-macam alasan yang dikeluarkan .. tak mandi wajib lah .. sakit perutlah .. dan bila diselidiki rupanya dirumah memang tak pernah solat (sembahyang) malahan ada juga ibu bapa pelajar yang tak tau bab sembahyang .
Disini kita dah boleh nampak bagaimana teruk ke tak teruk serta berjayanya perancangan musuh islam untuk menghancurkan generasi islam masa kini. Nak marah kat pelajar tak solat pun tak boleh sebab mak dan ayahnya pun tak sembahyang. Macammana nak berjaya rancangan nak membina modal insan kalau perkara yang berat seperti solat ini tak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya tak nampak perkara ini boleh kita pandang dengan mudah dan disini kita dah lihat gagalnya sistem kekeluargaan yang ada dimalaysia.
Faktor yang kedua pula ialah sistem pendidikan yang digunakan disekolah. Sistem yang digunakan tak memberikan kesan dalam membentuk peribadi muslim yang unggul. Kebanyakan guru agama terutamanya para guru kurang memberikan penekanan terhadap aspek ibadah khususnya disekolah bahkan mereka dilalaikan dengan pelbagai kegiatan yang melalaikan pelajar seperti aktiviti tarian, nyanyian dan sebagainya. Dari aspek pergaulan kurang diberikan perhatian. Tidak hairanlah ada pelajar yang sanggup untuk merakam video ketika sedang mandi bersama dengan teman lelakinya serta merakam hubungan seks yang dilakukan bersama serta menyebar luaskan video tersebut kepada rakan-rakan yang lain. ini jelas sekali menunjukkan generasi muda islam di ambang kehancuran.

19 September 2008

Ganjaran Buat Ummat Muhammad -Malaysiakini

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran Lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) ANTARA tuah menjadi umat Nabi Muhammad SAW kerana adanya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ia (malam Lailatul Qadar) adalah satu malam daripada malam-malam pada setiap Ramadan. Setiap orang berazam mahu berjumpa dengan malam berkenaan. Ada yang melihat dan mempercayai Lailatul Qadar itu berbentuk satu lembaga yang akan datang berjumpa individu tertentu dan boleh diminta apa sahaja yang dihajati.Kerana itu ada yang mentradisikan pemasangan pelita di halaman rumah, terutama pada dan selepas 15 Ramadan, kononnya untuk menarik perhatian para malaikat Lailatul Qadar masuk ke rumah mereka. Sebenarnya untuk masuk ke rumah sesiapa pun, malaikat tidak perlu ditarik dan diumpan (barangkali sama juga dengan disogok atau dirasuah) dengan pemasangan pelita, kerana gelap bagi kita (manusia) tidak semestinya gelap kepada para malaikat.Lagi pun Lailatul Qadar itu sendiri adalah nama bagi suatu malam, bukannya nama bagi satu lembaga.Lailatul Qadar yang mana dalam bentuk berkat dan kebergandaan pahalanya adalah khusus untuk kalangan yang beriman dan bertakwa sahaja.Kepada yang tidak beriman dan tidak bertakwa, yang beragama Islam tetapi tidak sembahyang, yang banyak buat maksiat, kalau sembahyang pun pada hujung waktu atau secara ekspres atau pun bagi yang melakukan suruhan Allah dalam keadaan jahil. Jangankan dengan memasang pelita, kalau dipasang lampu limpah pun malaikat bertugas pada Lailatul Qadar tidak akan datang dan kebaikan satu malam yang menyamai 1,000 bulan tidak akan diperolehi.
Yang paling berpeluang mendapat keberkatan, faedah, untung, laba, keistimewaan dan tuah dari Lailatul Qadar ialah mereka yang sentiasa berusaha tanpa rasa jemu dan rasa putus asa meningkatkan kualiti iman dan taqwa, terutama yang melakukan kerja amal ibadah dan menjauhi segala kemungkaran semata-mata kerana Allah dan bukannya yang selain dari itu, termasuk bukan kerana mahu berjumpa dengan Lailtul Qadar.
Kalau mengharapkan kedatangan Lailatul Qadar dalam bentuk lelaki tua berpakaian serba putih dan juga berjanggut putih untuk diminta agar dipenuhi segala hajat, ia tidak mungkin akan jadi kenyataan, malah kepercayaan untuk bertemu Lailatul Qadar berwajah sedemikian itu sebenarnya ada unsur-unsur Kristianisme yang penganutnya akan tunggu Santa Claus pada malam hari Krismas.Hakikatnya mahu tidak mahu kita yang masih hidup berpeluang bertemu dengan malam Lailatul-Qadar kerana ia adalah satu malam daripada malam-malam sepanjang Ramadan pada setiap tibanya Ramadan.
Macam mana pun perolehan kebaikan atau sama ada akan dipenuhi atau tidak hajat kita pada malam tersebut bergantung kepada jumlah amal ibadat, termasuk taubat nasuha dan doa yang dilakukan. Dengan sekadar membaca Bismillah atau menyebut Allah pun pada malam berkenaan, nilainya akan lebih tinggi dari yang yang dibaca atau disebut pada malam dan hari-hari biasa. Bacaan dan sebutan pada Lailatul Qadar sama dengan bacaan atau sebutan 1,000 bulan.
Bagi yang hidup sentiasa dalam berzikir, bertasbih, bersedekah, sembahyang malam dan melakukan pelbagai amal kebajikan, pahala yang akan diganjarkan kepadanya akan sama dengan yang dilakukan dalam tempoh 1,000 bulan yang bersamaan dengan 76 tahun 10 bulan
Maknanya kalau seseorang itu sejak mula akil baligh lagi sudah gigih, ketagih dan kemaruk beramal ibadat dan ia pula sempat hidup selama 63 tahun, maka setelah dikira dari umur balighnya pada usia 15 tahun, maka peluang untuknya mendapat pahala berganda pada malam Lailaul-Qadar ialah sebanyak 48 kali. Jumlah kebaikan yang diperolehnya pula adalah bersamaan 1,000 bulan didarab dengan 48 kali, bermakna untuk ganjaran pahala dari malam Laillaul Qadar sahaja berjumlah 48,000 bulan, bersamaan dengan amalan yang dilakukan oleh 48 keturunannya.Amat malanglah bagi yang beribadat secara sambil lewa, juga bagi yang hanya gigih, ketagih dan kemaruk bermusim dalam beribadat, termasuk hanya tunjuk kesungguhan pada bulan puasa dan pada malam-malam yang dijangka Lailatul Qadar. Beribadat perlukan komitmen dan kena sentiasa berusaha tanpa rasa jemu, kecewa dan putus asa untuk meningkatkan kualiti dan tahap keimanan dan ketakwaan. Walaupun tamak bagi mengumpul kekayaan keduniaan tidak berapa digalakkan dalam Islam tetapi tamak untuk tingkatkan kualiti iman dan taqwa adalah digalakkan.

Mesyuarat Agung Tahunan BKKIMM Ke-21

Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Kali Ke-21 Hari : Rabu Tarikh : 03 September 2008 Masa : 0700 Pagi Tempat : Dewan Muallim
Diharapkan kepada semua ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 ini.

02 September 2008

HIDAYAH AWAL RAMADHAN

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Kemboja sanggup datang dari negara asalnya ke negeri ini semata-mata menunaikan isi hatinya memeluk Islam dengan mengambil kesempatan sempena kedatangan 1 Ramadan, semalam.Lelaki berkenaan, Kim Keong, 22, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) Kelantan, Mohd Suhaimi Mohamed, jam 9.30 pagi.Menurut Kim Keong atau nama barunya, Abdul Haq Kim Abdullah, dia memeluk Islam selepas tertarik dengan keindahan yang terdapat dalam ajaran agama berkenaan.Katanya, niatnya memeluk Islam terpaksa dipendamkan dalam hati sejak setahun lalu kerana ketika itu masih belajar di sebuah universiti di negara asalnya.
“Pada mulanya, saya memberitahu kakak (Siti Aishah) yang sudah memeluk Islam mengenai niat ini dan dia menerima dengan hati gembira selain meminta saya segera ke Malaysia bagi memudahkan proses berkenaan.“Selepas tamat pengajian di Universiti Phnom Penh, saya terus ke sini bagi menyegerakan niat ini,” katanya yang berkelulusan Diploma Ekonomi.Menurutnya, dia ikhlas memeluk Islam terutama selepas tertarik melihat rakan sekelilingnya mendalami agama berkenaan melalui perbuatan masing-masing.Selain itu, katanya, Islam juga memberi kebaikan kepada penganutnya apabila setiap ajarannya terkandung disiplin yang kuat dan kukuh. “Sebelum memeluk agama suci ini, saya seorang penganut Buddha,” katanya ketika ditemui di pejabat JAHEAIK, dekat sini.Abdul Haq adalah adik kepada Siti Aishah Kim Abdullah, 24, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh.Menurutnya, di negara ini, masyarakatnya boleh beribadah pada bila-bila masa kerana terdapat banyak masjid dan tempat ibadah, sebaliknya di Kemboja, tempat beribadah agak terhad selain jaraknya agak jauh dari rumah iaitu kira-kira 100 kilometer. Sementara itu, Siti Aishah berkata, dia bersyukur apabila hasrat adik ketiganya yang mahu memeluk Islam terlaksana selepas berjaya mengislamkan abang sulungnya, Mohd Yusuf Kim Abdullah, 27.

TAZKIRAH SEHARI DIBULAN RAMADHAN

" Hai .. Tak sampai seminggu dah lembik...nie baru tahan nafsu makan jer nie .. tak kira tahan yang lain .. agak-agak boleh tahan lagi tak? begitulah pertanyaan yang sering diajukan oleh ayah dan ibu kita semasa kecil apabila ramadhan tiba. kadang-kadang bila dikenang balik nostalgia dan kenangan zaman persekolahan rasanya banyak perkara yang melucukan dalam hidup kita ini sepanjang bulan ramadan especially masa zaman kanak-kanak.
Almaklumlah kalau mula darjah satu lagi dah diajarkan memang nampak lembik, lemah longlai dan tak larat nak bangun. tapi ala kulli hal segalanya memberikan satu kekuatan dan keazaman dalam diri kita dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. selain menahan lapar dan dehaga kita juga dididik untuk menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kita serta kita juga diajarkan untuk bersikap prihatin terhadap golongan yang tidak senasib dengan kita. Jika nak dikirakan kehidupan kita di Malaysia sekarang ni cukup mewah dan mencukupi tak kiralah dalam bab apa sekali pun. Kita seolah-olah lebih terkehadapan dari segi maddiah tapi kita lupa untuk memperkasakan ruhiyah kita dan perkara ini jangan sekali kita ambil berat. rata-rata golongan muda-mudi pada masa sekarang ini lebih banyak memberikan penekanan dalam skop kebendaan dan meterial dan kurang memberikan perhatian kepada sudut kerohanian.ini yang menjadi masalah bagi mereka apabila berdepan dengan 'interview' yang dikendalikan oleh Tok Qadhi atau Imam yang ingin menikahkan.
Bila suruh ngucap dia tanya balik tok imam ngucap tu apa tok ?? bila tanya bab solat kantol .. tanya bab rukun nikah pun kantol .. akhirnya Tok imam pun tanya .. ni nak nikah ke tak ?? bab fardhu ain pun sangkut lagi cammana bab lain nak lepas tu tak tanya bab aqidah lagi gerenti bungkus bukan gerenti beres.kalau gerenti beres tak per gak. Tu kalau tanya yang nak nikah .. kalau tanya bab sembahyang atau yang dah nikah pak mertua suggestkan untuk jadi imam , wah timetulah buat-buat luper niatlah ... lupa ambik wuduk lah .. dan macam-macam lagi. Cammana nak kata merdeka kalau macam nie gayanyer.sepatutnya perkara yang sebegini yang merupakan salah satu daripada perkara pokok telah menjadi satu perkara yang rutin serta dilaksanakan dalam kehidupan. kalau nak dikirakan kat sekolah-sekolah rendah dan menengah dah diajarkan perkara-perkara yang asas ini tapi tulah realiti masyarakat kita,bila nak diajar.. lari tak nak belajarlah .. banyak kerja lain lah dan macam macam alasan yang dikemukakan.
Firman Allah SWT yang bermaksud " Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka" dan FirmanNya lagi " sesungguhnya solat yang didirikan itu dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara yang keji dan mungkar". Justeru itu, kita semua berperanan dalam mengubah perkara yang berlaku dan kita-sama-sama beringat antara satu sama lain kerana memberikan peringatan itu membawa manfaat pada semua mukmin dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.