BENTONG 29 Okt. – Datuk Dr. Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman, pakar kardiologi yang bertanggungjawab memulakan unit pembedahan jantung pertama di Malaysia, terbunuh setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya berlanggar dengan sebuah treler di sebatang jalan lama dekat Lebuh Raya Karak di sini petang ini.
Dr. Nik Zainal, 65, yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5 petang sewaktu mangsa dalam perjalanan dari rumah persinggahannya di Janda Baik dekat sini menuju ke bandar Bentong.
Sewaktu kejadian, katanya, mangsa memandu kenderaan itu sambil ditemani seorang rakan. Bagaimanapun, rakannya itu tidak cedera.
Ketika cuba keluar dari jalan lama menghala ke Lebuh Raya Karak, kenderaan Dr. Nik Zainal dirempuh treler yang sedang dalam perjalanan dari Bentong ke Kuala Lumpur.
Jurucakap polis memberitahu, mayat pakar bedah jantung itu kemudian dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang konsultan kardiologi di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur memiliki sebuah kediaman di Janda Baik yang dijadikan rumah persinggahan.
Sementara itu, rakan Allahyarham, pakar bedah jantung Datuk Dr. Rozali Wathooth ketika dihubungi berkata, beliau masih dalam keadaan tergamam.
‘‘Saya terkejut. Rasanya saya tidak dapat hendak cakap apa-apa,” ujarnya dalam nada sayu.
Dr. Nik Zainal ialah senior Dr. Rozali di Fakulti Perubatan Universiti Monash, Australia ketika mereka menuntut dalam bidang perubatan pada akhir tahun 1960-an.
Beliau merupakan salah seorang pakar yang terlibat dalam pembedahan pintasan koronari yang pertama di Malaysia pada 22 Oktober 1982 bersama sepasukan pakar bedah yang turut dianggotai oleh Dr. Rozali.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kehilangan Dr. Nik Zainal dirasai oleh seluruh warga perubatan di Malaysia terutama kerana jasanya menubuhkan pusat kardiologi pertama negara.
‘‘Takziah kepada keluarga Allahyarham. Hari ini negara kehilangan seorang pakar bedah dikagumi yang tidak ada bandingannya.
‘‘Jasa Dr. Nik Zainal terhadap dunia perubatan negara pasti tidak akan dilupakan,” ujarnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican pula menyifatkan Dr. Nik Zainal sebagai pakar kardiologi yang telah mengharumkan nama Hospital Kuala Lumpur (HKL).
‘‘Jasanya begitu besar. Reputasi Allahyarham yang mengagumkan dengan khidmatnya yang tidak pernah mengenal jemu tidak akan dilupakan,” ujar beliau.
Menurut Dr. Mohd Ismail, Allahyarham telah melahirkan banyak doktor pakar dalam bidang rawatan jantung di Malaysia.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kuala Lumpur esok.
30 Oktober 2007
Pakar jantung terulung negara maut nahas di Karak

Barang dah banyak naik harga ????
Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai
PULAU PINANG 29 Okt. - Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasaskan tepung seperti roti canai, capati, bihun dan mee berikutan kenaikan harga tepung.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, melalui permohonan yang dibuat minggu lepas, persatuan itu mahu harga roti canai dinaikkan ke 80 sen sekeping dari 60 sen mulai bulan depan.
“Kerajaan akan menimbang permohonan persatuan tersebut. Namun cadangan kenaikan sebanyak 80 sen sekeping itu di lihat agak tinggi dan akan membebankan pengguna.
“Selain roti canai, persatuan berkenaan juga turut memohon untuk menaikkan beberapa jenis makanan lain berasaskan tepung seperti mee, bihun dan capati,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga barang sempena perayaan Deepavali, di Jalan Penang di sini hari ini.
Pada 15 Mei lepas, harga tepung di Semenanjung dinaikkan 15 sen sekilogram iaitu pada RM1.35 berbanding RM1.20 sebelumnya.
Untuk Sabah dan Sarawak, harga baru ialah RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum itu.
Kenaikan harga barang kawalan itu hanya melibatkan tepung gandum serba guna dan tidak bagi tepung gandum bukan serba guna yang harganya tidak dikawal.
Harga tepung gandum tidak pernah mengalami perubahan sejak 1998 walaupun kos bahan mentah dan pengangkutannya dikatakan mengalami kenaikan setiap tahun.
- Bernama
Ulamak seumpama sebuah telaga – Prof. Dr. Saad Saad Jawish.
Isnin, 22 Oktober 2007
KAHERAH, 20 Oktober - "Ulamak seumpama sebuah telaga, tempat manusia menceduk untuk mengambil minuman darinya", kata Prof. Dr. Saad Saad Jawish.
Prof. Dr. Saad Saad Jawish yang merupakan pensyarah jurusan Usuluddin dalam bidang Hadith dari Universiti Al-Azhar ketika menyampaikan ucapan sempena Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa-mahasiswi Cemerlang (FKAMC) ke-15 di bawah anjuran PMRAM telah melahirkan rasa gembira dengan komitmen pelajar Al-Azhar khususnya, mahasiswa-mahasiswi dari Malaysia terhadap bidang ilmu.
Beliau yang berucap sebelum penyampaian anugerah kecemerlangan kepada graduan-gradunita dan mahasiswa-mahasiswi cemerlang mengaitkan kehidupan ulamak mahupun penuntut ilmu adalah seperti telaga. Menurut beliau, umat Islam akan menjadikan ulamak tempat rujukan dan bertanyakan sesuatu berkaitan agama yang mereka tidak ketahui.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan graduan-graduanita dan mahasiswa-mahasiswi yang hadir agar memperbanyakkan bacaan, di samping membuat kajian dan juga mengikuti kelas-kelas tafaqquh.
Beliau menegaskan, Al-Azhar dan ilmu Islam bukan untuk bangsa Arab sahaja malah terbuka kepada semua umat Islam seluruh dunia.
Akhir ucapannya, beliau mengajak supaya menitikberatkan amanah dan bersama mempertahankan aqidah Islam.
Sambutan Hari Raya Peringkat PMRAM berjaya
Isnin, 22 Oktober 2007
HAYYU SABI’ 18 Oktober 2007 – Sekali lagi Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjaya mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dipanggil Haflah Idil Fitri PMRAM (HATI) untuk semua warga Malaysia yang bermukim di Mesir. Bagi siswa, lokasi yang dipilih untuk menjamu selera adalah di Rumah Kelantan Baru manakala siswi pula bertempat di rumah Melaka. Majlis bermula pada jam 12.30 tengahari dengan ucapan ringkas daripada saudara Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PMRAM yang merupakan pengarah HATI PMRAM dan ditutupi dengan ucapan daripada Presiden PMRAM, saudara Hairul Nizam Mat Husain.
Di dalam ucapan Presiden PMRAM, beliau mengingatkan kepada para hadirin agar menjadi masyarakat pelajar yang bertakwa kepada Allah dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa kepada Allah Taala. Beliau menegaskan bahawa mahasiswa Islam di Mesir yang terdiri daripada mahasiswa jurusan Islam dan mahasiswa jurusan perubatan adalah bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah dan mesej Islam kepada masyarakat kelak. Ini kerana dua golongan ini adalah pengubat kepada masyarakat. Mahasiswa jurusan agama akan menjadi pengubat rohani manakala mahasiswa jurusan perubatan adalah pengubat kepada jasmani. Beliau menegaskan bahawa kemahiran para mahasiswa Islam di Mesir yang boleh mendekati masyarakat melalui ‘dua bidang perubatan’ ini perlu dijadikan sebagai pemangkin dan katalis dalam menyampaikan mesej dan dakwah Islam.
Sejurus selepas ucapan Presiden PMRAM, saudara Hairul Nizam Mat Husain, seluruh para hadirin dijamu dengan jamuan ‘nasi moi’ sempena hari raya Idul Fitri. Kedatangan para mahasiswa ke HATI PMRAM sangat menggalakkan sehingga HATI PMRAM terpaksa dilajakkan sehingga sekitar jam 5.30 petang.
PMRAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tenaga pelaksana yang telah berpenat lelah di dalam menjayakan HATI PMRAM dan para hadirin yang memeriahkan HATI PMRAM yang secara tidak langsung telah mengikat tali ukhuwah Islamiah di kalangan para mahasiswa Islam di perlembahan Nil bertuah ini.
22 Oktober 2007
Pelajar di Mesir harus bersatu mendepani tekanan pegawai kedutaan
KAHERAH, 22 Okt (Hrkh) - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyeru ke arah kesatuan ahli dan pendokong persatuan pelajar itu agar sentiasa berusaha serta berdoa supaya tekanan daripada pegawai rumah negeri dan kedutaan akan berkurangan.
Presiden PMRAM Hairul Nizam Mat Husain berkata demikian di dalam suatu perutusannya yang dikeluarkan di Mansourah, Kaherah bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri baru-baru ini.
Tekanan yang ditimbulkan daripada pihak tertentu ada hubungannya dengan Kedutaan Malaysia di Mesir termasuk pusat zakat di Malaysia.
Antara tekanan itu ialah ugutan sekatan wang zakat, pengusiran daripada rumah anak negeri dan lain-lain jika mereka didapati terlibat dengan PMRAM atau Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ataupun lain-lain pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh kedutaan.
"Marilah bermunajat agar Allah memberi kekuatan kepada para pimpinan BKAN yang mendapat pelbagai tekanan daripada para pegawai rumah negeri yang ingin melepaskan hubungan erat di antara PMRAM dan BKAN selama ini. "Kita tidak setuju dengan tindakan beberapa pegawai rumah negeri yang menyekat kebebasan pimpinan BKAN dalam membuat keputusan demi kepentingan mereka. Mereka ini perlu diberikan kebebasan dalam menentukan pendirian sendiri," kata Hairul Nizam.
Antara badan kebajikan mahasiswa anak negeri dan jaringan pertubuhan pelajar yang berada di bawah PMRAM ialah BKPJM (Johor), BKMIP (Pahang), MKKK (Kedah), KPKM (Kelantan), KPT (Terengganu), BKPPP (Pulau Pinang), KPIPM (Perak), DPM Zagaziq, DPM (Tanta), DPM Maqaz Shoubra, DPM Mansoura, dan pelajar Perubatan.
Tambahnya, kalau pelajar terus diugut dengan sekatan zakat, ancaman dinafikan hak menetap di rumah-rumah negeri dan sebagainya, ini mengakibatkan lahirnya generasi penakut, menghalang kelahiran idea dan gagal menjadi pimpinan yang kreatif di samping memberi kritikan membina.
"Ini tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan pihak terbabit memandangkan misi PMRAM adalah berorientasikan kebajikan sama ada dalam bentuk rohani, material dan pendidikan.
"Saya seru semua pelajar memperjuang kebebasan mereka dalam bersuara dan berpersatuan di mana persatuan mereka ini ingin dihakis sedikit demi sedikit. Mahasiswa harus bersama-sama PMRAM dalam memperjuangkan agenda ilmu dan kebajikan," tambah beliau.
Menurut Bernama pada Julai 2005: "Mais Tarik Balik Dermasiswa 9 Penuntut Tajaanya". Dalam laporan itu, sembilan pelajar Universiti al-Azhar menganggotai pertubuhan yang tidak diiktiraf Kedutaan Malaysia di Mesir, iaitu PMRAM dan Badan Kebajikan Anak Melayu Selangor.
Menurut suatu sumber, para pelajar itu ditarik balik wang zakat pengajian berdasarkan Perkara 4 (G) Fasal 12 Perjanjian Dermasiswa Zakat Mais yang menyebut-mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan Pusat Zakat Selangor (PZS) sebagai tidak selaras dengan kepentingan pelajar, kepada PZS dan Malaysia.
Mereka juga didapati bersalah kerana melanggar Perkara 4 (H) yang tidak membenarkan pelajar memegang apa-apa jawatan dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan tanpa mendapat keizinan daripada PZS terlebih dahulu.
PMRAM ialah organisasi yang ditubuhkan pada 1930 dengan nama Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) kemudian bertukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada 1952. Ia ditukar nama sekali lagi kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB) dan akhirnya pada 1971 ia ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Sambil menyeru ke arah perpaduan PMRAM, Hairul Nizam berkata adalah tidak adil jika pelajar cuma melihat dari jauh atau melepaskan kritikan kepada PMRAM sahaja.
"Malah kita patut menjiwai perjuangan, penat lelah PMRAM di samping membangun kritikan, mengerah tenaga fikiran dan wang bagi memastikan PMRAM yang cuba dihapuskan terus mampu hidup dan untuk menjaga kebajikan bersama," tambahnya.
Menurut satu sumber, antara persatuan yang diiktiraf kedutaan ialah Kelab Umno Republik Arab Mesir (NUMRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mesir, Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) dan ALAMI. - mks.
Langgan:
Catatan (Atom)