Jumaat lalu kita menyambut ulang-tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Kemerdekaan yang dikecapi daripada tangan penjajah pastilah cukup besar maknanya kepada seluruh warga Malaysia. Rakyat yang pernah dibelenggu dan dipaksa bertuankan penjajah seperti Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris selama lebih 450 tahun di tanah air sendiri kini sudah mampu mengukir senyuman megah dan berbangga kerana bebas sebagai bangsa merdeka dan berdaulat.
Namun dalam kemeriahan dan keriuhan sorak-sorai sambutan ulang-tahun ke-50 negara ini, amat wajar untuk setiap warga berdaulat turut melakukan muhasabah bagi menilai secara objektif dan penuh keinsafan akan makna kemerdekaan yang hakiki.
Apakah selepas 50 tahun kita merdeka, bangsa Malaysia benar-benar terbebas daripada segala bentuk kongkongan dan belenggu? Apakah sudah terbenam jiwa hamba dan sebaliknya mekar berkembang jiwa merdeka dalam setiap diri warga Malaysia yang berdaulat? Apakah kemerdekaan telah berjaya membebaskan perasaan dan pemikiran kita daripada sebarang bentuk pemujaan kepada penjajah yang telah lama meninggalkan kita?
Persoalan-persoalan inilah yang perlu diamati dan ditelusuri secara ikhlas dan terbuka setiap kali kita menyambut hari kemerdekaan negara. Malah kemerdekaan kita yang melewati hampir separuh abad bersama timbunan khazanahnya perlu ditelaah oleh generasi pelanjut dan pewaris perjuangan.
Semangat untuk sentiasa merenung sejenak ke belakang sambil memperhalusi dan mengoreksi keaiban masa silam agar perencanaan lebih tersusun dan kesilapan tidak diulang adalah satu manifestasi semangat muhasabah yang menjadi asas perjuangan Islam sebagaimana yang diungkapkan oleh Allah:
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran bukanlah cerita yang direka-reka, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum-kaum yang beriman (Yusuf: 111).
Jika dinilai secara objektif, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah masyarakat kini masih terbudaya dengan nilai yang ditinggalkan penjajah. Malah rakyat khususnya generasi pasca kemerdekaan seolah-olah masih terbelenggu dengan mentaliti jiwa hamba hingga kadangkala begitu mendewakan bekas tuannya yang secara zahir sudah lama meninggalkan daerah penjajahan mereka.
Pemikiran dan perasaaan sebahagian masyarakat seringkali termomok dengan kehebatan dan keunggulan budaya dan nilai bekas tuannya hingga menjadi kayu ukur utama dalam membuat penilaian dan perbandingan. Penyimpangan orientasi pemikiran sebeginilah yang akhirnya memudahkan penjajahan bentuk baru yang cuba merubah cara hidup dan paradigma pemikiran rakyat secara disedari atau tidak.
Apa yang lebih membimbangkan generasi muda selaku pewaris kemerdekaan negara adalah golongan yang paling terdedah kepada pelbagai bentuk penjajahan budaya kini. Lihat saja anak muda kini dengan pelbagai gaya dan watak yang menggunakan pelbagai istilah seperti Generation X, Yuppies, Punk, Hip-Hop yang berteraskan nilai dan budaya hedonistik Barat bersemboyankan keseronokan rakus tanpa batasan mahupun ikatan agama dan adat resam.
Tidak hairanlah sejak akhir-akhir ini kedengaran pelbagai gejala keruntuhan moral yang semakin serius dikalangan anak-anak muda seperti gejala seks bebas, anak tidak lagi menghormati orang tua, pelajar mengugut guru, malah remaja sanggup melakukan apa sahaja sehingga ke tahap membunuh dan mencederakan sesiapa sahaja yang didendami demi memuaskan gelojak nafsu yang tidak terbimbing dengan prinsip tauhid dan nilai-nilai keinsanan.
Jawapan dan jalan keluar kepada segala kemelut dan krisis nilai yang begitu gawat kini hanya mampu ditangani jika kita kembali kepada nilai teras yang mendasari umat Melayu sebelum penjajahan. Ternyata Islamlah yang telah menerasi keunggulan dan kehebatan umat Melayu suatu ketika. Proses pengIslaman pada abad 13-16 Masihi yang meratai seluruh dunia Melayu telah melahirkan umat Melayu-Islam yang hebat dan berjiwa merdeka hingga terbentuknya tamadun Melayu seperti Tamadun Melayu Melaka dan Tamadun Acheh yang terkenal seantero dunia.
Justeru, bagi mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi 50 tahun ini, usaha bersepadu harus digiatkan untuk membangunkan generasi pewaris yang terbangun di atas dinamika ketakwaan, keimanan dan keilmuan yang kental, sekaligus membentuk budaya hidup dan jatidiri bangsa yang dinamik.
Orientasi keagamaan dan keilmuan yang dinamik akan menjadikan mereka bukan sahaja generasi pewaris negara yang mempunyai keupayaan intelektual dan ketajaman analisis namun akal budi sentiasa terikat dengan norma tauhid dan nilai keinsanan sejati.
Sebab itulah kemerdekaan hakiki adalah kemerdekaan yang membebaskan jiwa dan pemikiran daripada belenggu penjajahan. Kemerdekaan sejati adalah kemerdekaan yang menjana generasi pewaris yang mempunyai kekuatan daya saing, daya juang dan daya saring yang tinggi hingga mampu menjadi umat berjiwa besar untuk membina tamadun bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
02 September 2007
Islam memperkasa jiwa merdeka

Guru agama tak pandai Jawi.. apa citer ??
Exco dedah 100 ustaz, ustazah di Terengganu gagal ujian kemahiran asas
KUALA TERENGGANU: Lebih 100 guru agama di negeri ini yang kebanyakannya ustazah yang mengajar di sekolah kebangsaan dikesan tidak mahir menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik walaupun mereka mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Puisi, Cerpen dan Seni Khat anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Alwi Mohamad dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Rosol berkata, perkara itu dikesan melalui satu ujian khusus tulisan Jawi di kalangan guru agama yang diadakan di Setiu, baru-baru ini.
Justeru, katanya, satu pendekatan segera akan dilaksanakan kerajaan negeri khusus untuk membantu meningkatkan kemahiran tulisan Jawi di kalangan guru agama bagi mengatasi masalah itu dalam jangka waktu terdekat.
"Kerajaan negeri cukup memandang serius perkara itu dan terkejut apabila mendapati ada guru agama yang gagal menguasai sepenuhnya tulisan Jawi meskipun mereka mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam," katanya.
Rosol berkata, untuk itu pihaknya meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan kursus khas pengukuhan tulisan Jawi di kalangan guru agama terbabit bagi guru agama di bawah kerajaan negeri.
"Bagi guru agama di bawah Kementerian Pelajaran, diharap satu kursus khas dijalankan melalui Jabatan Pelajaran negeri supaya masalah ini dapat segera diatasi.
"Tulisan Jawi perlu dipelihara kerana ia adalah khazanah jati diri bangsa Melayu yang perlu dipelihara dan diletakkan pada martabat yang tinggi," katanya.
Selain itu, katanya, mata pelajaran khusus untuk memberikan kemahiran di kalangan pelajar kepentingan tulisan Jawi perlu diperkenal dan dipertingkatkan bagai memastikan tulisan Jawi tidak terus dipinggirkan.
Sementara itu, dalam pertandingan yang diadakan, seorang pelajar Ahmad Fadhlil Mohamad Fakarul Razy memenangi hadiah utama kategori puisi serta membawa pulang wang tunai RM1,000.
Kategori cerpen pula dimenangi Abdul Fatah Abdullah@Abas yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala hadiah utama kategori seni khat yang menawarkan hadiah sama dimenangi Syed Omar Syed Mohamad.
Sudah Jelas lagi Bersuluh ...
BAITULMAQDIS: Pegawai Israel mempertikai dakwaan kuil kedua Yahudi ditemui ketika kerja-kerja memasang paip dijalankan di bawah tanah Masjid al-Aqsa.
“Jika itu benar, pihak berkuasa antikuiti yang menempatkan pemerhati di situ selain polis, tentu sudah campur tangan,” kata pakar arkeologi, Dan Bahat, bekas pegawai cari gali Israel di Baitulmaqdis.
Khamis lalu, seorang lagi pakar arkeologi, Gaby Barkai dari Universiti Bar Ilan memberitahu televisyen mengenai penemuan tembok setinggi tujuh meter dan menggesa kerajaan menyuruh pentadbir Aqsa berhenti memasang paip itu.
Bahat berkata, beliau akan mengunjungi tempat yang didakwa itu tetapi menuduh pakar arkeologi negara itu yang tidak dinamakannya sebagai ‘melakukan kempen bermotif politik bagi memperkuat kawalan Israel di situ.’
Jurucakap polis, Shmulik Ben Rubi, mengakui polis tidak diminta campur tangan menghentikan pemasangan paip berkenaan, sesuatu yang pasti dilakukan jika benar ada penemuan arkeologi.
Jurucakap pihak berkuasa antikuiti Israel pula enggan memberi ulasan. - AFP
JALAN KE SYURGA PENUH DURI
Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. .
RAMADHAN... Kehadiranmu DiNanti ..
Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.
Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.
Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.
Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun 1998 sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?
Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.
Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.
Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.
Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1418 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1419. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.
Langgan:
Catatan (Atom)