02 September 2007

Sudah Jelas lagi Bersuluh ...

BAITULMAQDIS: Pegawai Israel mempertikai dakwaan kuil kedua Yahudi ditemui ketika kerja-kerja memasang paip dijalankan di bawah tanah Masjid al-Aqsa. “Jika itu benar, pihak berkuasa antikuiti yang menempatkan pemerhati di situ selain polis, tentu sudah campur tangan,” kata pakar arkeologi, Dan Bahat, bekas pegawai cari gali Israel di Baitulmaqdis. Khamis lalu, seorang lagi pakar arkeologi, Gaby Barkai dari Universiti Bar Ilan memberitahu televisyen mengenai penemuan tembok setinggi tujuh meter dan menggesa kerajaan menyuruh pentadbir Aqsa berhenti memasang paip itu. Bahat berkata, beliau akan mengunjungi tempat yang didakwa itu tetapi menuduh pakar arkeologi negara itu yang tidak dinamakannya sebagai ‘melakukan kempen bermotif politik bagi memperkuat kawalan Israel di situ.’ Jurucakap polis, Shmulik Ben Rubi, mengakui polis tidak diminta campur tangan menghentikan pemasangan paip berkenaan, sesuatu yang pasti dilakukan jika benar ada penemuan arkeologi. Jurucakap pihak berkuasa antikuiti Israel pula enggan memberi ulasan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan