25 Ogos 2007
Tidak perlu fahaman lain kerana Islam cukup sempurna
Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu bertakwa kepada Allah Taala.
Marilah kita menyedari dan memahami dengan yakin bahawa Allah Taala telah menurunkan Islam secara sempurna dan Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan Islam dengan sempurna sehingga Allah Taala menurunkan firman-Nya di dalam al-Quran yang dibaca oleh umat Islam (maksudnya): “Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa daripada agama kamu, maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan telah Aku reda Islam itu menjadi agama kamu.” (Al-Maidah: 3)
Begitulah sempurnanya Islam, dan Rasulullah s.a.w. sendiri telah menunjukkan kepada umat Islam bagaimana beramal dengan ajaran Islam, bermula dengan mengucap dua kalimah syahadah, melakukan ibadat kepada Allah Taala, mendirikan keluarga, masyarakat dan negara yang mendaulatkan syariat Allah Taala termasuklah bagaimana melakukan perhubungan antara negara dan peraturan-peraturan dalam peperangan.
Allah Taala mewafatkan Rasulullah s.a.w. hanya setelah Islam itu sempurna dan Allah Taala tidak mewafatkan Rasulullah s.a.w. melainkan hanya apabila ada golongan yang sanggup mempertahankan Islam sehingga hari kiamat. Allah Taala, Tuhan yang bersifat Maha Mengetahui, maka wajib ke atas umat Islam yakin terhadap semua ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah Taala dan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
Pada hari ini, lahir golongan yang berpendidikan dan ahli fikir yang membawa fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan dunia. Fahaman sekular inilah menjadi senjata bagi musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam daripada ajaran yang sebenar. Apabila timbul semula kesedaran Islam di kalangan masyarakat Islam, maka senjata yang sama digunakan semula untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar.
Amat menyedihkan apabila ada di kalangan cerdik pandai daripada umat Islam yang mengaku Islam dan mengaku kuat berpegang dengan ajarannya dan sangat marah jika dituduh tidak berpegang dengan ajaran Islam tetapi mereka boleh diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk membawa ajaran sekular ke dalam masyarakat umat Islam.
Ulama Islam bermatian-matian menolak ajaran yang memisahkan agama daripada kehidupan. Ajaran sekular ini walaupun berjaya menumbangkan khilafah Islamiah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 tetapi tidak berjaya menghapuskan Islam.
Pada masa yang sama ada juga di kalangan mereka yang digelar ulama, mereka sebenarnya ulama jahat, mengambil upah daripada musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam dengan mengatakan: Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. daripada urusan mendirikan negara dan mentadbirnya dan apa yang ditunjukkan oleh baginda daripada segala urusan dunia adalah tidak ada kaitan langsung dengan agama dan bukan daripada perkara agama.
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. semuanya merupakan utusan agama yang menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam. Bukankah Islam agama yang sempurna? Bukankah Islam mengajar perkara akhirat dan mengajar perkara dunia? Bukankah manusia dijadikan di atas muka bumi untuk mentadbir dunia dengan hukum Allah Taala?
Kita semua tahu pada hari akhirat manusia akan disoal tentang nyawa mereka, masa, harta benda, kesihatan dan sebagainya, yang itu semua merupakan urusan dunia. Ini membuktikan bahawa urusan dunia akan disoal pada hari kiamat dan mereka yang menguruskan urusan dunianya dengan ajaran Islam yang akan selamat di akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk melaksanakan urusan dunia berdasarkan ajaran Islam. Rasulullah s.a.w. berhijrah kerana pemimpin-pemimpin Makkah dan kabilah-kabilah Arab tidak memberi peluang kepada Rasulullah untuk menegakkan ajaran Islam.
Apabila golongan Aus dan Khazraj besedia memberi tempat kepada Islam, sanggup menyerahkan dan mengorbankan semua nikmat pemberian Allah untuk menegakkan Islam, maka Rasulullah s.a.w. dan golongan Muhajirin diperintahkan oleh Allah Taala supaya berhijrah.
Apakah yang ada di sebalik hijrah itu? Adakah sekadar mendirikan masjid? Masjid yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. itu bukan sahaja digunakan untuk beribadat di dalamnya tetapi juga sebagai tempat untuk mentadbir urusan dunia dan urusan akhirat.
Islam adalah agama yang lengkap dan al-Quran adalah panduan hidup manusia di dalam semua perkara, dunia dan akhirat. Oleh itu umat Islam tidak perlu lagi kepada fahaman-fahaman dan sistem-sistem yang direka daripada Barat atau Timur. Islam sudah cukup untuk mereka.
Rasulullah s.a.w. telah menegur Sayidina Umar Al-Khatab r.a. apabila beliau mahu menulis cerita-cerita daripada ulama Yahudi ahlil kitab supaya tidak dilupai. Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada Umar bahawa Islam sempurna dan al-Quran adalah panduan kepada umat Islam. Sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup, wajib ke atas baginda mengikut syariat Rasulullah s.a.w.
Ini bermakna sekiranya mana-mana nabi dan rasul dihidupkan kembali di dunia, maka mereka wajib mengikut syariat Islam yang sempurna yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Jika nabi-nabi dan rasul-rasul mempunyai syariat sendiri yang diturunkan oleh Allah kepada mereka dan mereka wajib mengikut syariat Rasulullah s.a.w. sekiranya mereka masih hidup, maka mengapakah umat Islam hari ini berani mengikut ideologi-idealogi dan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., nabi mereka dan rasul mereka sendiri? - lanh
Kemerdekaan negara mengikut perspektif Islam
DALAM Islam, mensyukuri nikmat kemerdekaan adalah wajib kerana tanpa wujudnya negara merdeka dan berdaulat yang mempunyai pemerintahan sendiri tentu kita tidak dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna kepada Allah Taala.
Jadi ditinjau dan dihayati makna kemerdekaan negara secara tersirat, ia membawa kepada makna kedua iaitu pejuang negara seperti Mat Kilau, Tok Bahaman, Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Onn Jaafar dan seangkatan dengannya tidak berjuang dengan segenap raga melainkan untuk menentang perhambaan manusia ke atas manusia.
Perhambaan bukan saja bermaksud di tangkap, diikat, dipenjara, dihukum atau dikerah dalam bentuk fizikal melakukan kerja berat, tetapi genggaman secara ‘total’ ke atas corak kehidupan, hala tuju dan penguasaan sumber alam kita mengikut telunjuk kuasa asing yang hanya menjaga kepentingan material dan agenda peribadi mereka saja.
Dalam konteks sekarang, penjajahan tidak hanya berlaku dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk pemikiran, politik, ekonomi dan budaya. Dalam Islam penjajahan juga berlaku secara maknawi iaitu penjajahan hawa nafsu, kejahilan dan bisikan syaitan.
Penjajahan maknawi sentiasa berada dalam jiwa manusia. Justeru, Islam menyuruh berperang terhadap mereka dengan senjata keimanan, ilmu, amal dan keikhlasan, sesuai fitrah kejadian manusia sebagai khalifah Allah.
Kemerdekaan daripada sifat mazmumah yang berpunca daripada penjajahan maknawi juga dituntut dalam Islam seperti sebuah hadis diriwayatkan al-Bayhaqi berbunyi bahawa Nabi SAW bersabda: Kami pulang daripada Jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. Jihad lebih besar merujuk kepada kemerdekaan jiwa daripada penjajahan maknawi yang sentiasa mahu menguasai manusia pada setiap detik dan saat yang menghalang kepada mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.
Boleh dikatakan bahawa kemerdekaan negara tidak dapat direalisasikan melainkan selepas berjaya memerdekakan diri daripada musuh maknawi. Hal ini kerana kesedaran kemerdekaan negara daripada kuasa asing tercetus daripada pengenalan diri manusia terhadap Penciptanya dan tugas mereka sebagai khalifah-Nya.
Jadi kemerdekaan yang menyeluruh ialah kemerdekaan diri daripada cengkaman makhluk sama ada berbentuk jasmani dan rohani kepada perhambaan diri kepada Allah. Pengabdian diri kepada Allah dapat dijelmakan menerusi penghayatan terhadap ajaran Islam dan hukum hakam yang diturunkan oleh-Nya melalui lidah Rasulullah SAW.
Jika diimbas kepada sejarah Islam, diutuskan Rasulullah di muka bumi ini ialah untuk memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan diri kepada Allah. Sebab itulah berlaku peperangan pada zaman Rasulullah dan sahabat untuk membebaskan manusia daripada cengkaman kezaliman dan penindasan sesama manusia yang berteraskan kepada telunjuk hawa nafsu yang tidak pernah puas mengeksploitasikan anggota badan manusia mencapai cita-citanya alam dunia ini.
Ia juga menghalang manusia daripada menghayati tujuan hidup sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini yang dapat dimanifestasikan dengan menjunjung titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sebuah hadis membuktikan hal ini seperti diriwayatkan al-Tibrani bahawa Nabi SAW: “Semurka-murka Tuhan yang ditaati oleh manusia di muka bumi ini di sisi Allah ialah hawa nafsu mereka.” Hadis ini bermaksud orang yang mengikuti dan taat pada perintah hawa nafsunya pada hakikatnya ia mempertuhankan hawa nafsunya dalam kehidupan dirinya. (al-Ghazzali,1995:38). Sebab itu paksi kepada segala kejahatan, kezaliman dan penindasan berpunca daripada mengikut hawa nafsu serakah manusia.
Jika diselidiki secara halus faktor penentangan terhadap kuasa penjajahan ini datang daripada dorongan agama Islam sendiri yang dianuti masyarakat Melayu kita. Islam sangat menitikberatkan kedaulatan dan kebebasan negara daripada kuasa asing yang mengancam kestabilan politik, ekonomi, sosial dan agama itu sendiri.
Sebab itu Islam menyarankan seorang pemimpin yang dilantik memegang tampuk pemerintahan, dibantu ulama menjalankan hal ehwal masyarakat dan agama dalam sebuah negara yang merdeka untuk mencapai kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
16 Ogos 2007
'Merdeka Statement' cuba rombak kedudukan istimewa Islam dan Melayu
Dokumen The Merdeka Statement oleh Pusat Kajian Polisi Awam , dibawah ASLI ( Institut Kepimpinan Strategik Asia) yang dilancar pada 2 hb Ogos 2007 di Hotel Eastin , KL sekali lagi membawa masyarakat Malaysia kepada kontrovesi yang tidak perlu. Dokumen itu telah dilancar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Bernard Gulik Dompok. Atas nama sempena menyambut kemerdekaan 50 tahun negara ( 44 tahun selepas pembentukan Malaysia) , pusat ini dikatakan telah mengumpulkan pandangan dari 42 buah badan bukan kerajaan mengenai pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia. Awalnya deraf dokumen itu ditulis oleh Pengerusi CPPS Tan Sri Dato' Dr.Ramon V.Navaratnam .
Dalam ucapan pelancaran Bernard telah menegaskan bahawa negara ini tidak pernah bertujuan untuk menjadi negara Islam.
Hasilnya ialah sebuah dokumen yang dikatakan membawa semangat Agenda Malaysia Baru untuk membawa negara dalam perjalanan 50 tahun mendatang.
Dokumen ini mengunkap 8 agenda Malaysia baru yang antara lain dicatat mengenai pengukuhan perpaduan nasional.
Inti kepada dokumen ini adalah untuk menegaskan identiti Bangsa Malaysia dalam realiti kepelbagaian etnik yang ada di negara ini.
Sementara ia merupakan sebuah inisiatif untuk mengenengahkan ide perpaduan dan kesaksamaan, apa yang jelas ialah dokumen itu cuba merombak tafsiran kepada kenyataan masyarakat Malaysia yang ada masakini.
Dalam muka surat 8, mengenai agenda mengukuhkan perpaduan nasional ia mencatat " bagaimanapun akhir-akhir ini, keadaan perpaduan semakin menipis. Pemisahan etnik, bahasa dan agama semakin menajam , menyebabkan ramai yang terguris di negara ini..." (terjemahan).
Cuba mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera
Lantaran itulah dokumen ini menyarankan Panel Perunding Perpaduan Nasional dijadikan sebuah Suruhanjaya yang berkuasa untuk menilai semula undang-undang , dasar dan implementasi dasar yang menyekat perpaduan , menyiasat aduan mengenai diskriminasi etnik , bahasa dan agama sama ada dalam sektor kerajaan mahupun sektor publik.
Suruhanjaya ini dicadangkan bertanggungjawab kepada Parlimen. Ditegaskan lagi semua polisi negara yang sedia ada dan yang akan digubal selepas ini hendaklah selaras dengan Perlembagaan dan Rukunegara.
Kami melihat dokumen ini sedang cuba meniti persoalan yang akan merentas ketetapan yang sudah dimuktamadkan dalam kontrak sosial yang disepakati sejak negara ini dibina.
Dengan mengguna alasan menentang diskriminasi dan menuntut hak sama rata , CPPS cuba dengan halus untuk merempuh asas yang sedia ada iaitu hak istimewa bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan. Yang nyata ialah dokumen ini cuba atas nama menolak diskriminasi mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera.
Gambaran seolah kaum lain telah didiskriminasikan terbayang dalam pernayataan ini. Dengan itu ia mengusulkan agar apa-apa dasar yang memberi ruang lebih kepada kaum bumiputera hendaklah diketepikan.
Kami menegaskan sehingga 50 tahun negara ini merdeka , yang jelas kaum lainlah yang sebenar telah mendapat manfaat yang jauh lebih mantap. Cuba lihat dalam apa sahaja bidang ekonomi yang ada di negara ini , siapakah yang sebenarnya mendapat sebahagian besar dari kek ekonomi : dalam sektor pembuatan , pengangkutan , industri pengiklanan , percetakan , pemakanan , pertanian dan perladangan , industri binaan dan pembangunan perumahan , pembekalan dan perolehan kerajaan , industri perabut , klinik swasta , pemilikan hartanah , institusi kesihatan swasta , industri francise , runcitan , IKS dan restoran , hampir semuanya dikuasai oleh bukan bumiputera.
Lihat sahaja wajah bandaraya , kotaraya dan pekan kecil yang ada di seluruh negara. Siapa yang menguasai ekonomi di bandar-bandar ini?
Siapa yang menduduki premis perniagaan mewah di bandar-bandar seluruh negara sekarang? Untuk mempertahan seorang pengusaha bumiputera Melayu di KLCC sahaja bagaikan nyawa ikan.Padahal bangunan itu didirikan oleh GLC yang ditadbir oleh korporat Melayu.
Dengan tidak perlu mengenengahkan data , secara zahir sahaja sudah cukup untuk kita membuat rumusan , kaum bumiputeralah yang sebenarnya sedang melalui diskriminasi dalam sistem pasaran bebas ini.
Jika IPTA hendak dijadikan ukuran bahawa terlalu banyak kelebihan diberi kepada pengambilan pelajar kaum bumiputera , ia sebenarnya kecil berbanding dengan ratusan ribu pelajar bukan bumiputera yang berada di IPTS dalam negara dalam luar negara. Di IPTA sendiri akibat dasar meritokrasi dilaksanakan , bilangan kaum bumiputera dalam kursus kritikal kini semakin berkurangan.
Malah secara realitinya tidak ada negara yang memberi ruang seluasnya untuk etnik lain dari kaum pribumi berkembang sebegini subur selain Malaysia.
Perhatikan sahaja apakah negara jiran membenarkan sekolah jenis kebangsaan boleh didirikan dan diberi bantuan sepenuhnya dalam sistem pendidikan formal seperti yang ada di negara ini?
Ditambah lagi negara ini membenarkan pula IPT didirikan oleh parti politik bukan bumiputera tanpa sebarang masalah. Malah institusi ini dibantu lagi oleh kerajaan.
Tidak cukup dengan itu , walaupun ada yang menunjukkan peningkatan bilangan golongan professional Melayu dikalangan akauntan , jurutera , doktor pergigian ,arkitek , doktor dan peguam , pada keseluruhannya hampir semua firma swasta yang mengguna kepakaran golongan ini adalah bukan bumiputera.
Dokumen yang sarat dengan prasangka buruk
TERAS tidak dapat menerima percubaan 42 kumpulan yang diketuai oleh CPPS , ASLI ini berusaha mengambarkan dalam dokumen tersebut seolah-olah kaum bukan bumiputera sedang tertindas oleh sebuah sistem yang dikatakan tidak membantu perpaduan di negara ini.
Paling minima , TERAS mengesan bahawa dokumen ini sarat dengan prasangka buruk terhadap hak istimewa bumiputera di negara ini dan cuba merombak apa yang termaktub dalam Perlembagaan dengan menyisipkan perlunya semangat liberalisasi dan persaingan terbuka dalam asakan globalisasi tanpa batas.
Kami juga memberi perhatian terhadap pernyataan mengenai kebebasan memilih agama yang dituntut oleh dokumen ini . Tersirat dalam dokumen ini ialah tuntutan untuk rakyat dibenarkan mengamalkan kebebasan beragama termasuk dengan membolehkan sesiapa sahaja mahu keluar dari agamanya dan memileh agama lain.
Jelas dokumen ini secara tidak langsung mahu supaya tidak boleh disekat orang Islam untuk keluar dari agamanya (dalam ertikata lain murtad) kerana ini didakwa oleh CPPS dan 42 kumpulan lain sebagai menyekat kebebasan dan mendiskriminasi agama lain.
Kami lihat ini adalah antara tuntutan pokok yang tersirat dalam dokumen ini kerana kumpulan ini telah menganggap suatu ketidakadilan berlaku dalam beberapa kes yang dibicara dimahkamah mengenai murtad.
Sebagaimana yang telah dipertegaskan , TERAS nmelihat dokumen ini mempunyai unsur perpanjangan dari tuntutan mendirikan Interfaith Commission (IFC) yang pernah diketengahkan dan ditolak oleh rakyat.
Jika tuntutan ini diperakui oleh kerajaan ia jelas boleh membawa pelbagai implikasi lain termasuk mengenai kedudukan undang-undang syariah ,bidangkuasa mahkamah syariah dan penguatkuasaan enakmen jenayah syariah yang ada di negeri-negeri.
TERAS menolak dengan keras usaha ini yang cuba berselindung disebalik hujah perpaduan nasional, hak asasi manusia dan kesaksamaan gender seperti yang sering dilaungkan oleh golongan yang berfaham sekular-liberal ini.
Kami mendesak agar pihak kerajaan dan rakyat mengambil sikap tegas terhadap mana-mana usha yang cuba merombak asas kedudukan istimewa bumiputera dan Islam di negara ini.
Presiden,
TERAS Pengupayaan Melayu
Tips Menjaga Hubungan Persahabatan
1- Sering bertanya khabar samada malalui telefon ataupun SMS . Sekarang nie , banyak cara mudah untuk berhubung dan anda tidak punya alasan untuk berkata tidak !!!
2- Jangan lupa ulang tahun sahabat anda . Mereka akan rasa disayangi dan dihargai apabila anda mengingati tarikh yang penting itu . Tak perlu hadiah yang besar , ucapan SELAMAT HARI LAHIR sudah mencukupi untuk membuat sahabat anda GEMBIRA .
3- Sesekali keluar makan atau membeli belah bersama-sama . Disamping dapat mengeratkan hubungan , anda dapat bersantai dengan sahabat baik anda ..
4- Jika ada peluang , pergi bercuti bersama-sama . Atau jadikan percutian itu sebagai percutian keluarga . Dengan ini , bukan saaja anda dan sahabat anda bertambah rapat , malah keluarga pun saling mengenali .
5- Jika sahabat anda meminta bantuan , BANTU lah sekadar yang termampu . Jangan ' larikan diri ' apabila teman anda menghadapi masalah . Teman yang baik adalah teman bersama dalam suka dan duka .
6- Hormati pendapat dan pandangannya .
Banyak lagi cara untuk mengeratkan hubungan persahabatan . Terpulang kepada kita bagaimana untuk menjadikan persahabatan itu satu ikatan yang kukuh dan bermakna .
Calon Presiden USA desak Bom Makkah dan MaDinAh
Ogos 3, 2007. Calun Presiden USA Tom Tancredo dari parti Republikan (Parti Bush) bercadang untuk mengebom Makkah dan Madinah jika 'pengganas' menyerang USA . Ini disebut dalam ucapan nya di Iowa dalam ceramah kempen politik nya untuk merebut jawatan President USA.
'Jika diberi kepada saya untuk membuat keputusan, kami akan memberitahu bahawa serangan keatas negara kita akan di balas dengan serangan keatas tempat suci Makkah dan Madinah'. (If it is up to me, we are going to explain that an attack on this homeland of that nature would be followed by an attack on the holy sites in Mecca and Medina )
Mungkin bakal President USA ini menganggap serangan keatas Makkah dan Madinah akan membawa kematian yang paling ramai di kalangan orang Islam dan akan memberi malu yang besar terhadap ummah.Inilah sikap biadap yang berterusan oleh ahli politik usa terhadap ummat islam selepas 2 negara Islam di hancurkan.
Calun presiden USA kulit hitam terkenal, Barack Obama dari Demokrat pula memberi ucapan yang garang dan kurang ajar yang menunjukkan sikap biadap polisi luar negara America . Sebelum ini Obama di anggap calun ideal president kerana beliau berkulit hitam, anti war dan pernah belajar di Indonesia . Mengulas tentang krisis kepimpinan di Pakistan akibat serbuan terhadap Red Mosque, beliau memberi amaran bahawa beliau akan memberi arahan tentera USA menyerang sasaran 'eksremis islam ' di sempadan Pakistan dengan Afghanistan jika President Pervez Musharaf gagal bertindak.
Ini adalah stereotype prinsip dasar luar usa yang suka campurtangan, membunuh dan t ida k menghormati kedaulatan negara lain. Perkara yang sama keluar dari seorang bakal president USA yang dijangka akan menang besar dalam pilihanraya president.
Jelas, rakyat Amerika terdiri dari rakyat yang t ida k langsung mempunyai nilai etik menghormati kedaulatan negara lain. Boleh dikatakan semua calon President USA samaada Republikan atau Demokrat, hitam atau putih, t ida k tahu hidup d ida lam masyarakat antarabangsa dengan baik.
Langgan:
Catatan (Atom)