25 Ogos 2008

KATA-KATA PAK HAMKA

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka).
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).
Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka).
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah. Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak. Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. (Hamka).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan". (Hamka).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan