14 Julai 2006
PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI KEBAJIKAN WISMA MELAKA
satu perjumpaan diantara ahli BKKIMM dengan pegawai kebajikan Wisma Melaka akan diadakan pada 16 julai 2006 jam 8.30 malam bertempat di DEWAN MUALLIM WISMA MELAKA. semua ahli bkkimm dijemput hadir. terima kasih
03 Julai 2006
musim cuti baru saja bermula dan kini di rumah-rumah negeri, badan kebajikan anak negeri sedang sibuk mengatur pelbagai aktiviti bagi mengisi masa yang terluang. UKKS dengan kerjasama Unit Dakwah dan Tarbiah telah mengatur satu program yang diharapkan boleh mengisi masa lapang ahli BKKIMM selain kelas tafaqquh. kelas berzanji .. satu slot yang telah diatur bagi persediaan kepada ahli BKKIMM sebelum pulang ke tanahair.terbuka kepada semua lapisan ikhwah dan akhawat dan bermula pada hari ahad dan isnin setiap minggu sepanjang bulan julai. kepada semua .. inilah masa untuk kita dalami ilmu yang ada selain mengasah bakat yang terpendan dalam bidang seni suara..
MAKLUMAN PENTING
Mesyuarat AJKT BKKIMM baru-baru ini telah memaklumkan mengenai pemangkuan jawatan Ketua Unit Perumahan Dan Kebajikan yang sebelum ini kepegang oleh Ust Mohd Khairul Bin Aziz dipangku oleh Ust Hj Mohd Aizuddin Bin Salleh disebabkan Ust. Mohd Khairul sedang bercuti mengerjakan umrah. segala urusan yang berkaitan dengan Unit Perumahan Dan kebajikan adalah atas nama pemangku . sekian harap maklum .
20 Mei 2006
salam imtihan buat semua
assalamualaikum ...
Bkkimmonline mewakili ahli jawatan kuasa tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengucapkan selamat menempuh peperiksaan fasa 2 kepada semua ahli BKKIMM yang dikasihi. Buatlah yang terbaik moga-moga apa yang dilakukan mendapat keredhaan dari Allah Rabbul Jalil .
14 Mei 2006
Tudung dipermainkan ??? (PANAS !!!!)
Jangan berbalah isu tudung
KUALA LUMPUR 25 Mac - Pemakaian tudung di kalangan anggota polis tidak perlu dijadikan perbalahan kerana peraturan sedia ada sudah jelas dan tidak menimbulkan masalah, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri menjelaskan, pemakaian tudung hanya diwajibkan ketika berkawat di majlis-majlis rasmi sahaja dan tidak melibatkan tugas-tugas harian yang biasa. ``Ini peraturan yang dibuat oleh polis, untuk pakaian hari-hari, pemakaian tudung hanya pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, kena ikut peraturan. ``Tidak ada masalah...perbalahan yang akan timbul (jika pemakaian tudung dijadikan isu), semua pasukan ada uniform, semua anggota perlu patuh,'' tegas beliau. Bercakap pada sidang akhbar selepas sambutan Peringatan Hari Polis Ke-199 di sini hari ini, Abdullah berkata bertudung adalah termasuk dalam pakaian seragam polis wanita dan semua anggota wanita mesti patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Beliau memberi contoh perbarisan hari ini menunjukkan anggota polis wanita memakai tudung dan ia bukanlah satu masalah kepada mereka. Isu pemakaian tudung di kalangan anggota polis wanita ditimbulkan pada persidangan Dewan Rakyat minggu ini setelah pembangkang mendakwa kerajaan memaksa polis wanita memakai tudung. Ini menimbulkan kekecohan kerana penyokong kerajaan menyifatkan pembangkang sengaja menimbulkan isu itu untuk menjadi hero. Berhubung dengan peruntukan kewangan untuk kelengkapan anggota polis, Abdullah berkata segala bayaran tertunggak seperti pakaian seragam akan dibayar pada tahun ini. ``Apa yang diluluskan dalam Bajet 2006 untuk polis, kerajaan akan laksanakan pada tahun ini,'' katanya yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Beliau turut memberi jaminan, selepas Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diluluskan, pasukan polis akan mendapat peruntukan tambahan. ``Kita ingin laksanakan apa yang terbaik untuk meningkatkan tahap keupayaan, profesionalisme, peralatan dan semangat serta moral pasukan polis,'' kata beliau. Mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Abdullah berkata segala keputusan akan diumumkan kelak. Begitu juga dengan keputusan kabinet terhadap isu jambatan menggantikan Tambak Johor, beliau secara ringkas berkata ia dalam rundingan. Sebelum ini Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, satu laporan terperinci mengenai hasil rundingan kali kelima dengan Singapura berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor akan dibentangkan kepada Kabinet pada Rabu lalu. Beliau berkata, hasil rundingan peringkat pegawai sebelum ini telah mencapai kata sepakat untuk mengatur satu mesyuarat teknikal bagi membincangkan tuntutan tambahan termasuk kebenaran menggunakan ruang angkasa Johor oleh jet pejuang Singapura dan konsesi pembelian pasir. Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian perlu mendapat mandat daripada Kabinet sama ada untuk menghadiri mesyuarat teknikal atau sebarang arahan lain.
Langgan:
Catatan (Atom)