24 Ogos 2006

Program Bengkel komputer BKKIMM 2006

Satu program bengkel komputer telah diadakan pada 22 ogos 2006 bersamaan 28 Rejab 1427 bertempat di dewan Muallim wisma Melaka. majlis ini telah sempurna dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Professor Madya Dr. Mohd Fakaruddin bin Abdul Mukti.Antara isi penting ucapan Perasmian, Pengarah mengucapkan tahniah kepada BKKIMM kerana telah berjaya menganjurkan program yang julung kali diadakan buat negeri melaka dan menyatakan bahawa azahari pada masa kini perlulah merebut segala peluang dan mempunyai pelbagai kemahiran sebelum pulang ke tanahair. ini kerana segala kemahiran yang ada sangat-sangat diperlukan bagi menaikkan serta membersihkan imej dan tanggapan buruk masyarakat terhadap golongan azahari yang menurut mereka hanya mahir dalam bidang akademik sahaja tetapi lemah dalam bidang-bidang yang lain terutama sekali dalam bidang pengurusan. dalam majlis yang sama juga beliau juga telah sempat merasmikan laman web rasmi BKKIMM yang baru iaitu www.bkkimm.org. selain itu juga beliau turut melancarkan satu lagi unit dibawah unit Penerangan dan Penerbitan iaitu Malacca Cyber Scuad yang bertindak sebagai medan yang bakal melatih ahli BKKIMM dengan pelbagai kemahiran sama ada dalam bidang pengurusan dan bidang multimedia. selain dari menjadi medan pertukaran maklumat, MCS juga diharapkan akan dapat menaikkan lagi nama BKKIMM dipersada maya dalam melatih anak-anak melaka khususnya yang belajar di Al-azhar agar mereka tidak tercicir dan ketinggalan dalam menghadapi segala masalah yang memerlukan penyelesaian. selain menjadi medan dakwah , ianya juga diharapkan dapat memberikan manfaat dan impak yang besar demi mengembalikan kegemilangan islam di melaka.Syabas BKKIMM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan