18 Julai 2006

PUAN ZAHARAH PEGAWAI SUKARELA MELAKA

16 Julai 2006, kaherah , - Puan Zaharah bte Hj Hashim telah diwar-warkan sebagai pegawai sukarela untuk Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dalam satu majlis ramah mesra bersama pegawai pendaftar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka yang telah berlangsung di Dewan Muallim Wisma Melaka, kemarin. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Melaka yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memberikan kerjasama kepada BKKIMM. Beliau juga menyatakan bahawa segala urusan kebajikan serta yang berkaitan dengan urusan pelajar adalah dibawah tanggungjawab beliau. Dalam majlis yang sama juga, Pendaftar KTIAM, Dr Baharuddin bin Putih, telah menyatakan bahawa anak-anak melaka yang ada dimesir perlulah mempersiapkan diri dari segala aspek sebelum berangkat pulang ke tanahair. Ini kerana pelbagai masalah telah timbul disebabkan kebejatan akhlak dan moral yang berlaku dikalangan remaja yang memerlukan penyelesaian daripada anak-anak negeri melaka yang ada di mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan