12 Oktober 2005

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 17

Kaherah,3Okt- Mesyuarat Agung Tahunan BKKIMM kali yang ke 17 tahun ini telah dilangsungkan di DEWAN MUALLIM, WISMA MELAKA bertemakan MENDOKONG IDEALISME RABBANI. majlis bermula jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan proses pengundian untuk memilih barisan kepimpinan untuk sesi 2005/2006. Mesyuarat kali ini menjadi medan muhasabah bagi Ahli jawatankuasa yang telah lalu bagi menilai hasil gerak kerja yang telah dilaksanakan. kebanyakkan ahli yang mengikuti sidang mesyuarat tersebut kebanykannya melontarkan idea yang dapat mengukuhkan lagi jentera pentadbiran untuk sesi yang akan datang. Majlis telah dirasmikan dengan selamatnya oleh wakil daripada Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Ust. Mohamad bin Arshad. Majlis diakhirkan dengan pengumuman keputusan pilihanraya BKKIMM oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya BKKIMM, ust Badrol Hisham Majid dan penyampaian hadiah kepada pertandingan Bait Mithali anjuran Unit Perumahan sesi 2004/2005. semoga dengan pemilihan Pimpinan baru untuk sesi 2005/2006 akan memantapkan lagi jentera pentadbiran BKKIMM serta memperkasa wahdah antara ahli dan menyemarakkan lagi iltizam dalam menuntut ilmu di bumi anbia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan